>

Friday, April 4, 2014

cunning love 12



Hampir sebulan Aliyah menjadi orang gaji tak bertauliah kepada Henry. Jadi PA dialah. Kena mengikut kemana shooting dia pergi. Ikut sahaja arahan dia. Sampai nak menaip mesej di telefon pun suruh dia buat. Memang dia suka mencari pasal. Bergaduh bagai nak rak pun akhirnya dia menang juga. Hari ini kena ikut dia pergi shooting pula. Minggu lepas dia outstation jadi Aliyah takpayah datang. Memang holiday sakanlah dia.

“ wei. Aku haus.” Cakap Henry setelah duduk dikerusi sebelah Aliyah. Aliyah menggapai mineral yang belum dibuka dan menghulurkan kepada Henry. Henry menggeleng. Aliyah angkat kening. Ah sudah datang perangai ngada-ngadanya.

“ aku nak air coke. Nak yang sejuk. Kau pergi beli untuk aku.” Buntang mata Aliyah.

“ jangan nak gedik dekat sini.” Perlahan suara Aliyah memarahi Henry. Dia tak mahu orang salah faham dengan situasi disitu. Karang ada cerita keluar dekat majalah masak dia.

“ like I care. Now get me the damn water.” Arah Henry.

“ jaga cakap encik karang saya lesing kang.” Marah Aliyah. Suka sangat dia cakap kasar. Henry memandang atas membuat muka tidak kisahnya.

“ like i care. Now shuh shuh.” Halau Henry. Memang mencabar kesabaran betul. Aliyah menghentakkan kakinya geram sambil keluar membeli air untuk BOS KESAYANGAN dia itu. Henry hanya tergelak sahaja melihat perangai Aliyah. Memang lucu. Tak sia-sia dijadikan Aliyah sebagai alat permainannya.


beberapa minit kemudian Aliyah kembali membawa pesanan Henry. Henry mengambil air dari Aliyah. Kemudian dia menarik Aliyah ketempat persalinan. Aliyah cuba menarik tangannya tapi apakan daya kudratnya. Henry menunjukkan Aliyah pakaian dan menyuruhnya dia bertukar pakaian.

“ apasal pula? “ marah Aliyah. Dahlah kena tarik lepas itu suka hati suruh tukar baju.

“ model perempuan ada emergency and kau yang akan ganti model itu.” Bulat mata Aliyah. Gila! Ini memang gila. Apa kebenda dia jadi model hari ini.

“ what!! No no. Apa saya penduli kalau dia takda.” Protes Aliyah.

“ jangan nak membantah. Kalau siap shooting hari ini. Cepat kau boleh balik.” Ugut Henry.

“ tak mahu.” Marah Aliyah.

“ kalau kau tak nak tukar aku akan tukarkan baju kau.” Aliyah memeluk dirinya dan mengundur setapak. Henry mengenggam tangan Aliyah sebelum mengundur lagi.

“ aku jerit nanti. Kau yang malu.” Aliyah pula mengugut.

“ cubalah jerit. Sebelum kau jerit aku cium kau dulu.” Jarak dia dan Aliyah dirapatkan. Aliyah menekup mulutnya. Dia memandang Henry mana tahu dia mainkan dia seperti biasa. Matanya yang coklat kemerahan kelihatan dia serius dan akan mengotakan apa yang dikatanya. Aliyah merampas baju dari tangan Henry dan berjalan ke bilik persalinan.

“ no peeking.” Arah Aliyah. Henry hanya tergelak kemenangan. Urgghhh memang dia juara bab menyakitkan hati ini.

“ fiya.” Panggil Henry lagi.

“ apa?” tanya Aliyah. Dia membetulkan pakaian diberikan oleh Henry.

“ ini kau pakai selendang ini. Nanti aku betulkan. “ Aliyah membuka sedikit pintu dan mengambil selendang diberi Henry. Setelah selesai menukar. Henry menyuruh Aliyah duduk dikerusi dan Henry mula memekap muka Aliyah. Pada mulanya Aliyah menolak, setelah bertekak bagai nak rak. Akhirnya dia mengalah. Lepas itu dia membetulkan selendang yang dipakai Henry. Dia membelek dirinya dihadapannya cermin. Wow,cantik gila aku.



“ cantik kan aku buat.” Puji Henry. Aliyah hanya mendiamkan. Tidak mengiakan atau menggeleng. Henry membawa Aliyah ke set. Setelah diberi beberapa taklimat mereka memulakan shooting. Nasib baik mereka tidak mengambil gambar mukanya. Hanya muka Henry sahaja digunakan.

Selepas beberapa jam jadi model tak bertauliah akhirnya habis jua. Aliyah merenggangkan ototnya. Dia berasa gembira sebab kerjanya sudah habis pada hari ini.Henry sudahberjanji dengan dia yang dia boleh balik awal selepas habis shooting. Teringat dia ketika dia sedang shooting dengan Henry. Ya Allah malunya, nasib baik tak payah tunjuk muka dia dan dia hanya berdiri statik disitu biarkan Henry melakukan pose. Memang merah menyalalah muka masa itu. Gila malu! Tiba-tiba bahu Aliyah dicuit, dia berpusing dan melihat Henry tersenyum memandang dia. I smell something bad gonna happen.

“ada satu lagi scene. Last scene.” Arah Henry. Aliyah tergamam. Setahu dia tadi photographer cakap ok and it a wrap. A WRAP!!!

“ kan dah habis apa lagi?”

“ tadi tak berapa jadi. Kena buat balik.”

“ saya malas. Guna gambar yang elok sajalah. Yang tak jadi tu buang aje.” Aliyah beralih. Huh tak mahu dia berdekatan dengan mamat yang suka memporak perandakan hidup dia.

“ aku tak kisah. Kalau aku kata kita kena buat balik. Buat ajelah. Jangan nak membantah cakap aku boleh tak?”

“ saya tak naklah. Takkan nak paksa orang kot.”

“ kau lupa aku siapa ke? Kau nak aku tinggalkan kau dekat sini?” aliyah mencebik. Alah ingat dia takut dengan ugutan Henry. Kalau kena tinggal pergilah cari bus ke atau teksi. Apa susah.

“ oh sebelum aku terlupa. Handphone and beg kau dekat dalam kereta aku. Kalau kau taknak ikut cakap aku, so aku terpaksalah tinggalkan kau disini sorang-sorang. Becareful ye. Di sini aku dengar macam macam ada.” Henry mengugut lagi. Meremang Aliyah disitu. Dahlah diugut nak tinggalkan dia, lepas itu boleh pula dia pergi cakap bukan-bukan dekat aku. Urgh frust seh.

“ ye lah.” Aliyah mengalah dan berjalan sambil menghentak kakinya geram. henry hanya tertawa disitu. Henry menyuruh Aliyah duduk bersimpuh di lantai. Dia mengarahkan Aliyah jangan bergerak dan pandang mata dia. Duduk sahaja diam-diam.

Henry menundukkan badannya dan melutut kearahAliyah, mukanya dirapatkan ke muka Aliyah. Dia dapat merasakan ketidakselesaan Aliyah. Tapi dia tidak ambil peduli. Jemari Aliyah digenggam dan dirapatkan ke bibirnya. Muka Aliyah berubah dia cuba menarik tangannya, tetapi Henry memegang erat. Dia mencium jari Aliyah dan dia kembali memakukan pandangannya kepada Aliyah. Aliyah seperti terkedu dan mereka berdua seperti dalam dunia mereka sendiri. Tetiba mereka dikacau oleh photograher mengatakan dia sudah selesai. Henry melepaskan jari Aliyah dan mula menjarakkan dirinya dari Aliyah. Dia hanya tersenyum dan berjalan kearah krew produksi. Aliyah masih duduk kaku. Henry berpusing dan melihat keadaan Aliyah yang masih kaku tidak bergerak. Dia tersenyum.

“ fiya. Dah habis dah. Pergi tukar baju kalau nak balik awal.” Aliyah seperti tersedar dengan kata Henry. Dia bingkas bangun tetapi tidak berapa stabil kerana bangun secara mengejut. Terus dia bergerak ke bilik persalinan.

Henry yang melihat keadaan itu ketawa. Photographer hanya tersenyum sahaja.

“ kau nak semua gambar ini ke? Tak nak bagi aku edit dulu?” tanya dia kepada Henry. Photoshoot yang terakhir tadi adalah permintaan Henry.

“ yup.” Henry tersenyum. Dia memasukkan gambar tadi kedalam pendrive dan pendrive tersebut diberi kepada Henry. Aliyah baru sahaja keluar dari bilik persalinan berjalan kearah Henry.

“ thanks. Oklah balik dulu ya. Ada kerja lain kena buat.” Henry meminta diri dan pergi dari situ bersama Aliyah.

Hasyim menunggu dengan setia ketibaan tuan mudanya. Setelah dia nampak Henry dan Aliyah , dia membuka pintu untuk mereka. Aliyah masuk kedalam dan diikuti oleh Henry. Pintu ditutup dan Hasyim masuk ketempatnya dan memulakan pemanduan.

“ nak pergi mana?” tanya Hasyim memandu jalan keluar. Henry kelihatan penat.

“ hantar budak ini balik.” Hasyim hanya mengangguk dan dia menjeling melihat kebelakang. Henry merapatkan dirinya dengan Aliyah. Aliyah cuba menjarakkan dirinya sampai dia sudah berhimpit dengan pintu. Ada rupa burger pula rasanya.

“ jangan bergerak.stay.” henry berbisik. Selepas itu, dengan selamba dia melabuhkan kepalanya di bahu Aliyah sambil memejamkan matanya. Aliyah menjongketkan bahunya tanda protes.


“ duduk diam-diam kalau tak aku peluk kau. Kau nak?” Henry memberi amaran. Aliyah menelan air liurnya. Dia duduk statik membiarkan Henry tidur dibahunya. Tidak lama kemudian dia pun ikut terlelap sama.

Thursday, March 27, 2014

cunning love 11



Aliyah membetulkan baju dan tudungnya dihadapan cermin. Dia mengeluh halus. Teringat janji yang telah dibuat dengan Henry beberapa hari yang lepas. Dah elok-elok ade cuti terus tiada cuti. Aduh ini semua pasal nak bayar hutanglah. Aliyah mengeluh lagi. Dia memandang cermin kembali.


“ relax Liya. Cepat habis boleh relax.” Tangan digenggam dihayunkan keatas menunjukkan betapa berkobarnya dia. Ceh mainan minda shaja. Aliyah berjalan keluar rumah. Ibunya sedang menyiram tanamannya.

“ morning bu.” Tegur Aliyah sambil memakai kasutnya. Pn. Nadirah berpusing melihat anaknya yang sedang bersiap sedia nak keluar.

“ nak pergi mana pula?” tanya Pn Nadirah.

“ oh nak pergi rumah kawan.” Bohong Aliyah. Takkan nak dijawab pergi buat kerja sambilan kot. Masak dia nanti.

“ lama ke?” tanyanya lagi.

“ maybe.” Aliyah tersengih dan bersalam ibunya. Dia cepat-cepat keluar takut ibunya syak sesuatu. Sempat Pn Nadirah berpesan supaya berhati-hati dan balik awal. Aliyah berjalan sampai ke kedai makan dan menunggu pembantu si Henry datang. Kelihatan seorang lelaki bersut lengkap jalan kearahnya. Aliyah sudah mula berasa pelik. Siapa pula mamat ni?

“ Cik Aliyah Saffiyah?” tegur lelaki bersut hitam itu. Matanya memandang tajam kearah Aliyah. Seram sejuk Aliyah disitu. Dia hanya mengangguk mengiakan pertanyaan lelaki itu.

“ saya Hasyim pembantu tuan muda Iskandar. Sila ikut saya.” Hasyim mengenalkan dirinya. Dia berjalan kearah keretanya dan membuka pintu untuk Aliyah. Aliyah yang seperti kehilangan punca terus sedar apa yang berlaku terus memasuki dalam kereta. Hasyim menutup pintu dan berjalan ke tempat pemandunya. Mereka berdua diam sahaja didalam kereta.

Hasyim membelek memasuki kawasan perumahan elit. Aliyah hanya melihat sekeliling dengan perasaan pelik. Hasyim hanya melihat tingkah laku Aliyah dengan cermin belakang.

“ ermm. Encik kita nak ke mana?” tanya Aliyah yang tak tahan dirinya dibelenggu misteri. Hasyim hanya trsenyum. Mata hujungnya menjeling belakang.

“ kita dah nak sampai rumah tuan muda.” Aliyah terkejut. Rumah dia!!! Gila apasal bawa aku kesini!

“ kenapa kena pergi rumah dia.”

“ saya tak pasti saya hanya mengikut arahan sahaja.” Aliyah mengeluh. Dia memandang tingkap dengan perasaan sebal. Otaknya sudah memikirkan apa yang akan berlaku.

Hasyim membelok kanan dan memasuki sebuah villa yang luas. Terdapat air pancut berada ditengah laman. Disekeliling terdapat taman serta tasik yang cantik. Aliyah kagum dengan persekitaran disitu. Lamunan dia terganggu dengan panggilan Hasyim.

“ cik kita sudah sampai.” Aliyah keluar dari kereta dan berjalan membuntuti Hasyim.

“ duduk disini dulu. Saya panggil tuan muda.” Arah Hasyim. Dia berjalan meninggalkan Aliyah dan pergi ke bilik Henry.

Aliyah hanya berjalan melihat sekeliling rumah Henry. Mewah. Itu yang boleh disampaikan . ruang rumah itu kelihatan mewah. Dalam membelek lukisan dinding ada orang berdehem dibelakangnya. Terangkat bahu Aliyah terkejut. Dia pusing belakang dan melihat Henry berpakaian tshirt dengan seluar bermudanya. Rambutnya serabai seperti baru bangun tidur. Hasyim hanya berdiri dibelakang Henry.

“ lambat.” Itu sahaja yang keluar dari mulut Henry. Aliyah mencebik. Dibiarkan sahaja apa yang dikatakan Henry sebentar tadi. Dia mengambil tempat dihadapan Henry.

‘Cepat start boleh balik.’ Desis Aliyah.

“ hasyim kau boleh pergi.” Arah Henry. Hasyim menurut arahan dan meninggalkan Aliya berdua dengan Henry.

“ ok.” Henry memulakan bicara selepas Hasyim keluar.

“ harini kau jadi orang gaji aku. “ aliyah hanya mengangguk sahaja.

“ aku nak kau buatkan aku sarapan, kemas bilik aku, kemas rumah, basuh baju, basuh kereta aku lepas itu masak tengah hari untuk aku.” Sambung Henry lagi. Ternganga Aliyah. Kalau kemas takpe kalau masak habislah aku.

“ tapi encik saya takreti masak.” Aliyah cuba membantah. Henry tersenyum. Memang dia tahu perempuan didepannya tidak tahu masak. Malah dia tahu bahawa Aliyah boleh buat dapur penuh dengan asap tanpa sebab.

“ ada aku kisah?” sarkastik disitu. Okay kalau terbakar dapur jangan salahkan aku. Aliyah geram. rasa nak dipijak-pijak sahaja si Henry ini. Henry buat dunno sahaja.

“ dapur mana?” tnya Aliyah geram. henry tersengih. Seronoklah dia hari ini ada benda yang boleh dimain.

“ mari aku tunjukkan.” Henry menunjukkan ruang dapur kepada Aliyah. Dia juga menuju beberapa tempat lain kepada Aliyah supaya senang dia membuat kerja. Selepas dia menunjukkan dia berjalan ke tangga. Sebelum dia mencecah tangga. Dia teringat.

“ ha, aku nak sarapan. Siapkan dalam masa 15 minit.” Arah Henry. Dia meninggalkan sahaja Aliyah yang terkulat-kulat disitu. Aliyah menggaru kepalanya. Apa yang perlu dimasaknya. Aliyah menyelongkar dapur rumah Henry tengok apa yang ada.

“mee ada, roti ada, megi pun ada. Nak masak apa ini. Dah lah aku tak reti masak. Boleh mamat gila suruh aku masak. Ah lantak lah. Masak telur goreng sahajalah.” Bebel Aliyah. Dia mengambil telur dari peti sejuk dan dipecahkan didalam mangkuk. Telur dipukul dan kuali dikeluarkan serta dipanaskan. Dia mengambil juga sosej yang terdapat dalam freezer. Telur tadi dimasak scramble egg dan sosej juga digoreng. Lepas itu, dia membuat toast roti. Dia membuka kabinet untuk mencari kopi untuk dibuat air. Dia menjerang airnya, setelah panas segera menyiapkan air untuk Henry. Berterabur cara dia kerja. Ah,lantaklah. Janji siap. Aliyah menyusun sarapan diatas meja dan menunggu sahaja Henry datang.

Henry turun dari biliknya dan melihat Aliyah menyediakan sarapannya. Dia tersenyum. Dia tiba didapur dan melihat makanan yang disediakan Aliyah.

“ ai ni aje?” Henry sinis. Aliyah mencebik. Syukurlah orang masak untuk dia.

“ aku nak makanan berat. Nak makan nasi goreng ke, mee goreng ke, mee sup ke.” Sambung Henry lagi. Sengaja nak membuat Aliyah geram. henry menarik kerusinya dan duduk.

“ karang terbakar dapur encik tak nak saya bayar ganti lagi.” Aliyah membalas. Geram dengan perangai Henry.Henry memakan sarapannya.

“ telur dah sejuk.” Kritik Henry. Dia minum airnya. “manis sangat.”

Aliyah hanya diam malas nak membalas kata Henry. Karang bergaduh pula.

“ eleh habis juga.” Sindir Aliyah apabila Henry menghabiskan semua sarapannya. Henry memandang Aliyah dan tersenyum. Rasa nak dikoyak-koyak sahaja senyuman si Henry. Geram!!

“ well, aku tak biasa bazirkan makanan. Dahlah makanan dah nak sejuk, kopi pula rasa manis. Macam nak pergi jumpa doktor pula nak tengok dah kena gula dalam badan dah telebih or tak.” Balas Henry. Aliyah memeluk dirinya. Memang lelaki ini nak cari pasal dengan dia.

“ sudahlah. Saya nak pergi buat kerja. Dah habis makan biar sahaja nanti saya kemas.” Aliyah bergerak ke dapur memulakan kerjanya. Henry hanya melihat pergerakan Aliyah dengan ekor matanya. Dia tergelak halus. Dia menghabiskan airnya dan berjalan ke bilik kerjanya. Tok abahnya tiada dirumah dan dia pergi bercuti. Tak tahu mana dia pergi. Tup tup Tok Abah tinggalkan notis kata nak pergi holiday. Betul-betul dia kotakan janjinya.

Pintu biliknya diketuk.

“ masuk.” Arah Henry. Aliyah menjenguk kepalanya. Dia melihat Henry yang sedang tekun membuat kerjanya. Aliyah membetulkan suaranya.

“ erm. Dah pukul satu. Tak nak makan ke?” tanya Aliyah. Henry melihat jam. Oh dah pukul 1. Lamanya dia buat kerja. Henry berjalan ke meja makan dan Aliyah mebuntutinya. Aliyah menyediakan ikan bilis cili padi dan sayur campur. Simple gila makanan dia. Henry duduk dikerusi. Aliyah melihat sahaja tindakan Henry.

“ ini je? Kan ada ayam, ikan, daging kat freezer. Ini aja kau tahu masak?” tanya Henry.Aliyah sudah mendengus geram. memang lelaki ini tak tahu bersyukur. Kena hantar kelas cara nak bersyukur.

“ encik ini kira okaylah saya masakkan. Kalau tak saya masak telur goreng sahaja. Makanlah telur goreng dengan kicap. Orang dah masak tak reti bersyukur.” Aliyah membalas geram.

“ apasal kau tak guna semua benda dekat freezer itu?”

“ encik taknak makan sudah. Tak payah nak bising sangat.”

“ sukahati saya nak bising atau tidak. Sendukkan aku nasi dan lauk.” Aliyah mencebik geram. tapi tangannya mengambil pinggan Henry dan menyedukkan nasi dan lauk untuk Henry. Dia juga menuang air kedalam gelas Henry.

“ kau makan sekali dengan aku.” Arah Henry. Aliyah menggeleng. Tak mahu makan semeja dengan dia. Karang tak pasal perang dunia lagi.

“ duduk makan dengan aku.” Arah Henry lagi. Dia memandang Aliyah tajam. Aliyah menarik kerusi dengan kasar dan duduk disebelah Henry. Mulut mengherot tanda geram. henry menahan dirinya dari ketawa melihat Aliyah. Dia memulakan makanannya.

“ tak sedap.” Kritik Henry. Aliyah memandang Henry tidak percaya. Ya ALLAH tak habis lagi ke?

“ makan sahajalah encik banyak mulutlah.”

“ tak sedap. Dahlah kau buat pedas sangat. Lepas itu sayur dah lembut pula itu. Tak rasa zat sudah.” Henry sambung mengkritik lagi memang dia sengaja membuat Aliyah naik hangin.

“encik memang suka cari pasal dengan saya ke?” tanya Aliyah. Dari tadi Henry cari pasal dengan dia. Dah elok-elok taknak layan terus mendidih dengan dia.

“ mana ada? Kenapa terasa ke?” dalih Henry. Padahal tengok muka pun dah tahu. Aliyah menghabiskan suapan terakhirnya dan segera mengangkat pinggannya ke singki. Dia membiarkan sahaja henry disitu. Lagi lama dia disitu boleh jadi gila! Dia sental pinggan umpama dia menyental kepala Henry. Mulutnya terkumat-kamit mencerca Henry.

“ boo” bisik Henry ditelinga Aliyah. Terkejut Aliyah disitu. Nasib baik tak terlepas pinggannya. Dia berpusing melihat henry dibelakangnya tersengih. Henry meletakkan pinggannya disingki. Dia membuka pili dan membasuh pilinya. Aliyah tidak selesa dengan jarak dia dan Henry. Dia cuba bergerak ketepi tetapi henry mengepung dia dengan kedua tangannya. Aliyah hanya berdiri statik. Setelah Henry membasuh tangan dia mengundur. Aliyah masih kaku disitu.

“ hmm kau bau sedaplah.” Henry memandang Aliyah tersenyum. Aliyah mula berasa panas. Henry menarik senyumannya lagi. Dia berjalan meninggalkan Aliyah.

“ oh jangan lupa basuh segala baju aku dan kemas bilik aku.” Pesan Henry. Setelah Henry hilang dari pemandangan,Aliyah terduduk.



“ gila punya laki.” Aliyah membebel geram. dia menyambung kerjanya kembali. Peristiwa tadi cuba dilupakan.

Wednesday, March 12, 2014

cunning love 10



“ betul ke ini tempat dia?” Fian memberhentikan kereta dihadapan sebuah bangunan. Aliyah hanya melihat sahaja. Hanya membiarkan sahaja pertanyaan Fian

“ Liya!” panggil Fian lagi.

“ aku tak tahulah.”

“ ok. Aku tanya guard itu.” Fian mematikan enjin dan membiarkan Aliyah didalam kereta terkebil. Terkaku sebentar Aliyah melihat Fian berjalan kearah post guard. Kelihatan Fian mengatakan sesuatu kepada pak guard dan pak guard hanya mengangguk sahaja. Fian berjalan kembali ke kereta. Aliyah keluar dan mengangkat kepalanya menanyakan Fian.

“ kenapa?” tanya Aliyah.

“ dia cakap dekat sinilah. Jom gerak.” Ajak Fian. Aliyah sudah serba tak kena. Sekarang ke?

“ Fian, kau biar betul nak gi serang mamat tu. Ha apa kata kita pergi sarapan dulu?” Fian menyepetkan matanya memandang Fian. Aliyah hanya tersengih. Harap-harap Fian setuju sahaja.

“ nope. Jom.” Fian menarik tangan Aliyah ke reception. Kelihatan seorang perempuan muda yang sedang tekun membuat kerjanya.

“ assalamualaikum, selamat pagi.” Tegur Fian. Perempuan itu berhenti kerjanya dan memandang Fian.

“ ya. Apa yang saya boleh bantu.” Balas dia ramah. Fian memandang name tag perempuan itu. Oh Rosmah nama dia.

“ ya saya nak tahu office Encik Azlysham Iskandar tingkat berapa?”

“ erm. Cik ada temu janji dengan dia ke?”

“ tiada. Tapi dia tahu kami datang.” Selamba sahaja Fian. Aliyah sudah terkejut disebelah Fian. Sejak bila si Fian buat temujanji dibelakang dia.

“ dia di tingkat 10. Tapi saya perlu beritahu dulu kehadiran cik.” Fian tersenyum. Aliyah sudah mula risau. tangan Fian mula ditarik-tarik. Fian buat tak endah.

“ terima kasih.” Fian hanya berjalan pergi ke arah lif. Perempuan itu terkejut melihat tindakan Fian. Dan Aliyah seperti digam disitu. Cepat cepat dia menyedari apa yang berlaku. Dia berlari kearah Fian tetapi berlanggar dengan seseorang. Fian hanya masuk kedalam lif dan meninggalkan Aliyah yang sedang kelam kabut.

“ sorry.” Aliyah cuba meminta maaf kepada orang dilanggarnya. Aliyah melihat siapa dilanggar. Mamat cina dan dia memakai cermin mata gelap jadi sukar untuk melihat matanya.

“huh” lelaki itu hanya merengus kasar dan membetulkan pakaiannya. Lalu berjalan meninggalkan Aliyah.

“ sombong.” Aliyah terus berlari kearah lif yang terbuka dan dia tersedar orang yang dilanggarnya tadi.

‘oh my what a day’ desis Aliyah.

--------------------------------------____________________________---------------------------------


Azlysham menaip sesuatu dikomputernya. Tangannya juga membelek fail kerjanya. Telefonnya berdering.

“ hello?” Azlysham memulakan bicara.

“ encik ada dua orang cari encik dan sekarang dalam perjalanan ke atas.” Lapor orang disana. Azlysham mengerut dahinya. Sebelum dia bertanya, pintunya dibuka kasar. Dia meletakkan telefonnya terus dan memandang perempuan dihadapannya. Dia mencerna muka perempuan itu. Macam pernah lihat tapi dimana.

“ are you mr Azlisyam Iskandar?” Fian merempuh masuk pejabat Henry. Aqilah cuba menarik Fian keluar tetapi ditepisnya kasar. Marah betul Fian dengan mamat depannya. Henry yang melihat hanya tersenyum.

“ it’s ok, Aqilah. Please close the door.” Aqilah hanya menuruti arahan Henry. Dah sudah kenapa si Fian tiba-tiba serang bosnya.

“ yes i’m Azlysyam Iskandar. And you are.” Henry hanya duduk dikerusinya tidak berkutik. Fian memeluk dirinya.

“ no need to know.” Tegas Fian. Henry hanya diam dan tersenyum. Wajah Fian ditenung macam pernah tengok tapi bukan dalam fail yang diberi Hasyim. Dekat mana pernah nampak ya?

“ saya nak tahu kenapa encik saman kawan saya? Encik tak tahu ke yang kawan saya itu baru habis SPM and mana ada duit nak bayar ganti rugi semua.”

“ kenapa dia tak datang sendiri. Kamu ini peguam dia ke?”

“ bukan urusan encik. Encik tak boleh bertolak ansur dengan dia ke?”

“ kenapa awak nak sibuk pula bukan urusan awak. Ini urusan saya dan kawan awak.”

“ saya sibuk sebab dia kawan saya and mestilah saya sibuk.” Marah Fian. Lelaki depan dia ini suka putar belitkan keadaan.

Suasana senyap seketika. Tetiba pintu dibuka kelihatan Aliyah dan Andrew di muka pintu. Aliyah berjalan kearah Fian. Muka Fian berubah pucat. Macam mayat. Aliyah memandang Henry.

“ encik buat apa dekat kawan saya?” tanya Aliyah menembak.

“ nothing.” Selamba sahaja.

“ habis itu kenapa dia pucat.” Tetiba Fian berlari keluar meninggalkan Aliyah. Andrew hanya melihat sahaja apa yang berlaku.

“ you guys talk first. I’ll come back later.” Ucap Andrew dan menutup pintu bilik. Suasana senyap kembali.

“ kau nak apa?” soal Henry. Dia menyelak failnya kembali, seperti endah tak endah Aliyah disitu.

“ encik yang pasal saman itu. Tak boleh ke..” henry memotong

“ kau dah mungkir janji so kena bayarlah.”

“ encik saya bukan taknak bayar. Saya nak bayar ansur-ansur tapi encik yang nak bayar terus. Encik ini bertimbang rasalah sikit.”

“ nope, i don’t care.” Aliyah geram. Rasa nak menghempuk mamat ini dengan fail dia.

“ encik tolonglah. Saya ini baru habis SPM mana ada duit semua nak bayar ganti rugi.” Aliyah merayu. Taknaklah kena saman, kalau saman free tak apalah. Ini berjuta dia kaut.

“ kalau macam itu, kau bekerja dengan aku.” Dia menutup failnya dan memandang Aliyah.

“ encik saya dah ada kerjalah.”

“ kau berhenti sahajalah.” Selamba sahaja. Aliyah ternganga. Suka hati dia sahaja nak suruh dia berhenti. Ingat aku ini apa?

“ encik..” Aliyah merayu lagi

“ kalau awak taknak sekarang juga saya suruh orang saya hantar surat lawyer dekat parents awak. Awak bawah umur lagikan. So mesti parents awak akan kena.” Aliyah cuak. Habislah dia. Takkan dia nak susahkan parents dia. Aliyah sudah serba salah. Dia tak tahu apa yang perlu dibuat. Selamba sahaja dia menarik kerusi dan duduk dihadapan Henry. Henry mengangkat kening melihat tindakan Aliyah. Dia cuba menahan dirinya dari tersenyum. mukanya sengaja dimasamkan.

“ oklah saya setuju kerja dengan encik. Tapi encik saya tak sampai hati nak berhenti kerja dekat sana.” Aliyah cuba nasib lagi. Mana tahu hatinya cair sedikit.

“ ok. Kalau macam itu, saya nak setiap kali awak cuti, awak kena kerja dengan saya. Awak jadi PA saya. Kerja awak tak sama dengan Aqilah. Kerja awak lebih kurang jadi kuli saya.” Aliyah menjeling geram dekat henry. Ah lantaklah, daripada aku kena saman, buat ajalah.

“ oklah. Saya setuju. Bila saya boleh start?”

“ saya nak awak inform saya 3hari sebelum awak cuti and pembantu saya akan ambil saya di rumah awak. Awak akan kerja sampai habis semua hutang awak dekat saya.” Aliyah hanya mengangguk lemah. Apalah nasib dia.

“ dah pergi balik. Nanti saya jumpa awak lagi. Oh lupa pula. Awak tak payah nak bagitahu orang lain terutama semua kawan awak yang awak jadi kuli saya. Secara automatik surat lawyer saya sendiri hantar dekat parents awak. Faham?” Aliyah mengangguk lagi. Dia mengangkat punggung dan berjalan keluar bilik.

“ Faham tak?”tegas suara Henry.

“ fahamlah. Saya tak pekak lagi. Saya nak balik. Nanti minggu depan jumpalah.” Marah plus geram Aliyah dengan Henry. Orang nak balik pun susah.

“ i don’t like your tone.”

“ like I care.” marah Aliyah, dia menghempaskan pintu bilik Henry. Dia berjalan keluar dari situ. Aqilah hanya memandang tak tahu nak buat apa. Andrew pula masuk.

“ hei bro!” ceria suara Andrew menyapa Henry. Henry tersenyum melihat selamba Andrew.

“yes, mr Andrew what can i do for today.” Gurau Henry.

“ ermm. I think I want to hear a story from you.”

“ what story?” dalih Henry, dia membelek fail dia. Andrew tersenyum, dia nak tengok sejauh mana Henry bermain.

“ that cute girl.”

“ what about her?”

“ it seem that she pissed off with you. What did you do now?”

“ nothing.”

“ Yeah right. Just tell me. Can you see i’m desperate that want to know about her” Dia bermain fail kawan dia. Saja nak buat bersepah. Henry berhenti menyelak failnya.

“ nothing. I’m just making her my toy.” Mengalah Henry. Kalau dibiarkan boleh jadi tongkang pecah bilik dia lepas ini. Kalau tak pun dia buat bilik aku macam bilik penyiasatan. Bukan boleh percaya.

Andrew terkejut dengan pernyataan Henry. His toy? Oh my. Henry buat hal balik.dahlah dekat London dulu teruk gila dia mainkan orang. Tak kisah girl or boy semua dia mainkan. Yang kena bersihkan dia dan Hasyim juga.

“ seriously man. What game do you want play now?”

“ i’m still thinking. She’s quite interesting you know. She’s seem different from the others.” Henry menyambung kerjanya.

“ i don’t see anything special from her. Her attitude is normal just like the other people that been played by you.”

“ well, you don’t know that.”henry tersenyum dan Andrew memandang atas menyampah.

“ oh by the way, that was her isn’t she?” henry bertanya pula. Dia teringat kawan Aliyah, Fian.

“who?”

“ that girl who runs away after seeing you.”

“ maybe.”dia membiarkan kawannya berteka teki.

“ don’t try to fool me Andrew. When i ask Hasyim investigate that girl profile it seem that he was unable to investigate one of friends of her. I wonder why?” Andrew hanya mendiamkan diri. Henry menyambung.

“ so, you’re coming to Malaysia not only about business aren’t you. It about unfinished business that you told me before.” Andrew hanya tersenyum dengan telahan Henry. Henry tahu apa yang difikirkan tapi dia takkan mengaku. Ego dia menghalang dari setuju.

“ this time, you gonna take her with you, right?” teka Henry.

“ enough, Henry. Let’s continue later on. I’m starving.” Andrew menghentikan Henry kalau diteruskan memang tak habislah. Henry mengangkat tangan mengaku kalah.

“ ok. Let’s go.” Ajak Henry.

Friday, February 21, 2014

cunning love - 9



Fian yang tengah sedap melihat lawak Jozan dalam Raja Lawak tiba-tiba rumahnya dirempuh Aliyah.

“ Fian!!” jerit Aliyah dan meluru masuk kerumah Fian. Dia dengan selamba duduk disebelah Fian. Fian hanya memandang tindakan drastik jiran baiknya.

“ assamualaikum” perli Fian. Aliyah hanya membiarkan sahaja perlian Fian. Mukanya kelihatan risau, gayanya sudah berserabai macam orang ‘bahagia’ pula.

“ fian” Aliyah memanggil fian lagi. Tangannya menarik tangan fian dan dihayunkan kiri kanan. Suaranya sayu dan gelisah. Seperti orang dalam kesusahan.

“awat?” fian bertanya pelik. Dah kenapa kawan dia ini? Gelisah tak tentu pasal.

“ orang itu hantar surat saman dekat aku.” Fian blur. Surat saman? Siapa yang kena saman? Aliyah?

“ kenapa?” Fian bertanya pelik. Mata Aliyah mula bertakung. Dah sudah, jangan ada drama sedih dekat sini sudah.

“ kau ingat tak orang yang aku langgar dulu? Yang aku pernah cerita dulu.” Fian hanya mengangguk.

“ini dia hantar surat saman dekat aku. Aku dah bayar dekat dia tapi dia still hantar surat saman dekat aku.” Aliyah menghulurkan suratnya kepada Fian. Nasib baik Aliyah yang mengambil surat itu, kalau ibunya yang ambil habis masak salai dia lepas ini. Fian mengambil surat lalu membacanya. Dia tergamam.

“ kalau kau dah bayar macam mana dia boleh hantar surat saman dekat kau. And lagi satu, setahu aku hari itu kau cerita dia hanya tahu nama kau sahaja, macam mana dia tahu alamat rumah kau.” Fian membaca sekali lagi surat itu dan tidak percaya.

“ aku bayar,Fian. Aku bayar separuh sahaja. Aku nak minta bayar ansur-ansur dia taknak. Dia nak full by end of this month. Aku mana ada duit banyak itu. Kau tahu aku keluarkan semua gaji aku bayar ganti rugi dia tahu.” Aliyah mula menangis. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Otaknya blur.

“ habis macam mana dia tahu alamat rumah kau ini?” aliyah menggeleng kepalanya tidak tahu.

“ kau tak cuba slowtalk dengan dia.” Fian menyambung lagi.

“ sudah. Aku dah cuba banyak kali sudah. Dia asyik cakap no,no,no. Itu sahaja. Dia fikir tentang diri dia sahaja yang aku ini, dia biar sahaja.” Fian mula berasa marah. Memang lelaki itu cari pasal. Dia mesti nak mengenakan Aliyah. Dia menggigit bibir menahan geram.

“ dia ada bagi alamat pada kau?” tanya Fian. Aliyah berasa pelik dengan persoalan Fian.

“ ada tapi kenapa?” Aliyah menjawab dengan ragu-ragu. Takkan nak pergi serang mamat itu. Bukan tak tahu si Fian ini. Feminin dia ini berbahaya. Teringat dia semasa trial dulu dia hampir belasah seorang budak lelaki yang cuba cari pasal dia.

“ aku nak pergi jumpa dia.” Selamba Fian menjawab. Terbuntang mata Aliyah. Memang kuduga akan jadi begini.



“ kau jangan buat gila Fian. Cukuplah kau buat pasal masa sekolah. Kang mati dia kau kerjakan. Takkan aku nak back-up kau lagi.”Fian tersenyum sinis. Memang dia ada buat pasal masa sekolah. Tapi bukan dia seorang. Aliyah lagi teruk, dia pergi belasah mamat yang lain sampai lunyai hanya kerana diaorang mengejeknya. Nasib baik dia penolong ketua pengawas, jadi sebagai pengawas yang ‘berdedikasi’ dengan tugasnya dia tolong mengcover aktiviti dia dan Aliyah dari pengetahuan sekolah dan keluarga Aliyah. Kalau tak, memang tak ambil SPMlah tahun itu.

“ kau ini bagi ajelah.” Desak Fian. Aliyah menyeluk seluarnya dan mengambil kad nama Henry lalu memberikan pada Fian. Fian mengambil dan tersenyum.

“esok kau cutikan?” tanya Fian lagi. Aliyah jongkit keningnya. Apa kaitan esok dengan kad nama itu?

” apa kaitannya?”Aliyah bertanya kembali. Fian tersenyum. Aliyah mula cuak.oh no no no. Tolong jangan kata dia nak pergi serang si Azlisyam Iskandar.

“esok jom pergi jumpa dia.” Ternganga Aliyah.tepat pula tekaan dia kali ini. Selalu tak betul. Aduh parahlah macam ini.

“ kau biar betul. Takpayahlah biarlah aku settlekan. Esokkan kau kerja pagi.”Aliyah cuba mengingatkan Fian tentang kerjanya.

“esok aku MC” selamba sahaja Fian berkata. Ternganga Aliyah mendengarnya.

“ bila kau jumpa doktor ambil MC?” perli Aliyah.

“esok pagi. Kau ikut sekali.” Aliyah menggelengkan kepalanya sahaja. Tidak ada guna cakap dengan Fian. Memang dia tidak peduli. Tiba –tiba suara memanggil Aliyah dari rumah sebelah aka rumah Aliyah.

“ liya.” Aliyah berjalan kearah suara ibunya. Ibunya berdiri ditepi pemisah antara dua rumah.

“ ya,bu.” Jawab Aliyah.

“ tak reti nak balik ke? Nak tidur dekat rumah Fian ke?” tanya Puan Nadirah sinis. Aliyah mengoyakkan senyuman buat ibunya.

“ liya nak tidur rumah Fianlah hari ini. Esokkan kita orang berdua cuti. Jadi ingat nak buat wayang.” Aliyah melebarkan senyumannya lagi. Puan nadirah hanya menggelengkan kepalanya. Kalau tak setuju memang dia tahu anak sulungnya akan membuat pelbagai cerita sedih. Lagipun Fian tinggal keseorangan dirumah. Ibubapa meninggal dalam kemalangan 2 tahun lepas dan dia menetap dirumah itu walaupun ada saudara maranya mahu menjaganya. Tapi dia menolak, dia memberi alasan yang dia nak habiskan belajar dekat sini. Harta pusaka keluarga Fian digunakan sebaik mungkin oleh Fian dan selepas tamat SPM dia terus mencari kerja untuk kehidupannya.

“ yelah. Jangan buat sepah rumah orang pula.” Puan Nadirah memberikan kebenaran dan kembali masuk rumah. Aliyah membuat simbol peace. Apabila ibunya masuk, dia terus berlari ke Fian yang tengah seronok tengok Raja Lawak.

“ fian hari ini aku tidur rumah kau.” Aliyah selamba sahaja memakan jajan Fian. Fian memandangnya tidak percaya.

“ apasal kau nak tidur sini. Kau kena halau ke?” Aliyah memutar matanya keatas. Dramatik betul kawannya ini.

“ ai tidur sini pun salah ke?” perli Aliyah.

“ tak salah. Tapi kau itu dahlah terlebih hyper. Karang kita tak tidur malam nak layan berborak sahaja.” Aliyah mencebik kemudian tersenyum.

“ la. Memang niat aku pun.”

“ kau jangan nak mengada. Pergi tidur esok nak jalan. Kau itu bukan morning person. Nak kejut macam nak gila.” Fian menolak badan Aliyah. Aliyah buat derk.

“ ala malam masih muda.” Dia mengambil remote tv dan menukar-nukar channel.

“ hotak kau. Sudah pergi tidur. Kalau tak aku call ibu kau sekarang juga.” Dia menolak lagi badan Aliyah. Akhirnya Aliyah mengalah. Dia berjalan menuju kebilik Fian yang berada diatas.

“ kau pun sama jangan tak tidur pula. Esok kau yang bawa kereta bukan aku. Aku maam besar sahaja.” Laung Aliyah dari bilik Fian.

“ yelah.” Fian menjawab. Mulutnya terkumat kamit membebel. Aliyah baring diatas katil Fian. Dia dan Fian sudah biasa tidur menumpang sesama sendiri. Selepas kematian ibu bapa Fian, Aliyah kerap menemani Fian setiap malam. Walaupun Fian tak mahu Aliyah menemaninya. Tapi dia tetap berkeras dengan tindakannya dan akhirnya Fian mengalah dan sampai sekarang Aliyah akan tidur menemani Fian.(aku bukan lesbian ok.) Selepas berhempas pulas. Akhirnya Aliyah tidur dalam kepekatan malam.

-----------------------------_____________________________-------------------------------------------------------

“ Aliyah bangun!” Fian menggoncang badan Aliyah. Hampir pecah anak tekak dia mengejutkan Aliyah. Aliyah hanya buka mata tapi beberapa saat kemudian dia mengalih kedudukan baringnya dan sambung tidur semula. Siapa tak hangin?

“aliyah!!” jerit Fian lagi. Ini kalau tak bangun minah ini aku simbah dengan air. Fian berura-ura dengan rancangannya. Badan Aliyah digoncang lagi.

“ 5 minit.” Itu sahaja Aliyah membalas. Fian mula bengang. Tadi cakap 5 minit, dah lepas 5minit tambah lagi 5 minit. Memang nak kena. Fian berjalan kedapur dan membawa botol air kebiliknya. Dia mencurahkan air keatas Aliyah.

Terkejut Aliyah dibuatnya. Terus terduduk dia.

‘Takkan hujan kot dalam bilik ini. Apa bumbung dah bocor ke?’ Fian sudah mengekek ketawakan Aliyah. Aliyah menyepetkan matanya kearah Fian yang tidak berhenti ketawa dari tadi. Otaknya mula berfungsi dan dia mengambil bantal lalu dicampaknya kearah Fian. Fian mengelak.

“ sudah cepat balik pergi mandi. Kau dah lupa ke kita nak keluar hari ini?” tanya Fian. Aliyah menggaru kepalanya memikirkan sesuatu.

“ ala awal lagi.” Aliyah kembali baring dan menyelimuti dirinya. Sudah tak kisah tempat tidurnya basah disimbah air tadi. Fian membuntangkan matanya.

“ dah kau jangan nak mengada. Nanti dah tengah hari, kau takkan keluar kau cakap panaslah, matahari terik sangatlah, kau sepupu puteri lilinlah.” Fian membebel. Dia tahu Aliyah tak suka jalan tengah hari. Dia lebih rela jalan pagi dan petang. Kalau malam pun dia sanggup keluar, tapi tengah hari dia sanggup berkurung dalam rumah.

“ yelah aku bangun.” Aliyah akhirnya mengalah. Dia bergerak pulang kerumahnya untuk bersiap. Fian hanya melihat sahaja perlakuan kawan aka jirannya. Dia menyiapkan dirinya untuk bergerak.



“ ha nak pergi mana pula itu.” Tegur Puan Nadirah melihat Aliyah bersiap-siap hendak keluar. Aliyah mengambil tempat di meja makan dan menyeduk makanan dipinggannya.

“Fian ajak keluar,bu.”jawab Aliyah. Doa makan dibaca dan mula makan.

“ nak pergi mana.” Puan nadirah mengambil tempat setentang dengan Aliyah.

“ keluar jalan-jalan.”

“ itu ajelah kerja korang. Cuti je jalan. Tak boleh duduk rumah langsung.” Aliyah hanya tersengih.

“ jangan balik lambat.” Pesan Puan Nadirah. Aliyah hanya mengangguk. Dia menghabiskan makanannya. Setelah selesai, dia menyarung sneakernya dan tangan ibunya disalam. Aliyah bergerak ke kereta Fian.

“ sudah.” Tanya Fian sambil menghidupkan enjin.



“ sudah.” Fian memulakan perjalanan.

Friday, February 14, 2014

cunning love-8



Aliyah duduk di perhentian bas. Dia kelihatan berserabut. Keadaan di perhentian bas sunyi dan tiada orang disitu.

‘ mana cukup hutang nak bayar ini?’ rungut dia. Aliyah teringat beberapa hari sahaja tinggal untuk dia melunaskan segala hutang piutangnya. Dia mengambil handfonnya dan mendail nombor Henry. Panggilannya tidak disambut, dicubanya sekali lagi. Tidak berjaya. Setelah 10 kali missed call, Aliyah geram + bengang.

‘mana mamat ini. Tak reti angkat fon ke? Fon pergi campak dekat longkang ke?’ dia membebel sendirian. Tangannya digenggam dan dihayunkan laju gaya menumbuk orang. Nasib tiada orang masa itu, kalau tak, malu seh. Handphone berdering dan dia melihat siapa menelefonnya. ORG GILA aka AZLISYAM ISKANDAR. Aliyah menarik nafas.

“hello.” Aliyah memulakan perbualan.

“ hello. Siapa ini?” tanya Henry. Dia berasa pelik siapa yang missed call sampai 10 kali.

“erm ini Azlisyam Iskandar ke?”

“ ya dan siapa ini?”

“erm saya Aliyah.”

“ nak apa?”

“ sebenarnya saya..” Aliyah ragu-ragu. Dia menarik nafas panjang dan menyambung.

“ saya nak minta panjangkan tempoh bayar hutang ataupun saya nak bayar ansur-ansur.”

“no.” Pendek sahaja jawapan henry.

“ encik bolehlah. Saya merayu. Saya bukan taknak bayar tapi saya nak minta encik panjangkan tempoh bayar hutang itu sahaja.”

“no.”Aliyah berasa hangin. Rasa macam nak masak-masak sahaja si mamat ini. Orang dah terdesak macam nak mati boleh dia buat derk sahaja.

“encik saya merayu ini....” Henry memotong. “no”

okay 3kali no. Ini tak boleh jadi memanglah aku dah peduli.

“ kau ini. Aku minta elok-elok. Cuba kau bertimbang rasa sedikit. Aku bukan tak nak bayar. Tapi aku nak panjangkan tempoh. Dahlah bagi sebulan, nak orang bayar habis terus. Cuba encik fikir kedudukan saya.” Aliyah mula marah. Sudah hilang kesopanan dan kesusilaan dia tadi. Henry gelak perlahan. Memang sengaja cari pasal dengan perempuan itu.

“ ada aku kisah. Sudah aku ada banyak kerja. Dari aku melayan kau baik aku sambung kerja. Jangan lupa hujung minggu ini. Bye.” Henry mematikan telefon. Aliyah terkedu dan melihat skrin phonenya. How dare hung up on me? Hish berserabut kepala.

Bas berhenti di hadapan Aliyah. Aliyah bergerak menaiki bas dan menuju ke tempat kerjanya.

Henry tersenyum melihat Iphonenya,seronok dia mengenakan orang. Tak sangka Aliyah tidak lupa dengan janji mereka. Henry memutarkan pen ditangannnya dan membelek failnya. Pintu biliknya diketuk dan Aqilah masuk setelah Henry menyuruhnya masuk.

“ bos saya nak ingatkan bos ada shooting dalam masa 30 minit dekat studio S.” Aqilah membaca notenya kepada Henry. Henry terkejut dan tergendala segala kerjanya. Dia mencapai telefonnya dan menelefon Hasyim.

“ Hasyim siapkan kereta dan ambil aku dalam masa 5 minit.” Laju sahaja Henry mengeluarkan arahan. Dia mencapai kotnya dan berjalan melulu keluar dari pejabatnya. Aqilah hanya melihat dan menggelengkan kepalanya. Dia mengemaskan meja kerja Henry dan kembali ke tempat kerjanya.

----------------------------___________________________________--------------------------

Andrew dudduk disudut kafeteria yang terpencil. Dia merenung kearah Fian yang seronok berborak dengan seorang lelaki. Tangannya dikepal geram dan matanya dah mula berbola api cemburunya. Kalau dia sepupu sepapat Superman memang dia laser sahaja lelaki itu. Lagi lama dia tengok lagi berasap dia disitu. Andrew berjalan kearah Fian. Langkahnya terhenti apabila melihat Aliyah tiba disitu dan mengambil duduk di sebelah Fian. Dia membatalkan niatnya, kembali duduk semula.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aliyah duduk disebelah Fian. Didepannya Redza yang sedang menghabiskan minumannya.

“ wei korang buat apa disini?” Aliyah memulakan perbualan. Mata Redza memandang atas dan dia mencebik sinis.

“ la tak nampak ke kita orang tengah goreng pisang ini.” Perli Redza. Fian hanya ketawa sahaja. Bebola mata Aliyah diputar keatas. Sengaja dia tanya walaupun dia tahu mereka tengah makan.

“ aduh mananya goreng pisang itu sik.” Seloroh Aliyah. Dia dan Redza memang selalu bergurau kasar.

“ ada. Mau sik aku ambikkan?”

“boleh aja kalau kau mau bah”

“ bila den pikir balik. Maleh den nak poi ambik. Kau poi sondirilah.”

“ ala mu ni. Kedekut sokmo.” Fian dah gelak tak ingat dunia. Segala longhat diaorang bantai. Entah betul atau tidak.

“ sudahlah korang kalau mengarut memang tak habis.” Fian menghentikan perbualan Aliyah dan Redza. Mereka berdua hanya tersengih. Fian menyambung.

“ awal kau datang hari ini.”

“ ala aku datang awal salah, datang lambat kena perli. Macam mana ini” Aliyah mencebik geram. suaranya sayu sengaja dibuat buat.

“ bukan perli tapi kenyataan. Selalu kau buat rekod datang lambat. Lepas ini kau nak buat rekod datang awal ke.” Redza menyampuk. Aliyah tersengih, dia tahu memang dia selalu buat rekod datang lewat. Fian hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

“ sudahlah korang malas aku nak layan. Aku nak pergi toilet.” Fian berlalu jalan ketoilet. Aliyah menyambung kembali berborak dengan Redza.

Seusai Fian di toilet. Dia bergerak kembali tempat keberadaan kawannya tadi. Tiba-tiba tangannya ditarik. Fian menoleh dan melihat Andrew dihadapannya.

“ Illi.”Andrew bersuara. Fian merentap kembali tangannya. Gagal. Andrew menarik Fian ke sebuah lorong sunyi. Dia menolak badan fian kedinding dan menguncinya dari bergerak. Fian menolak badan Andrew tapi hampa.

“lepaslah.” Fian meronta lagi

“ Illi.” Andrew pandang mata hitam Fian. Andrew cuba memegang pipi Fian tetapi ditepis kasar. Tangan Fian masih digenggam erat.

“ kau nak apa lagi.”

“ you’re mine. Remember.”

“ kau siapa? Kau bukan siapa-siapa” Fian mula marah.

“ don’t tempt me, Illi.” Sambung Andrew. Dia teringat gelak tawa Fian dengan lelaki tadi. Api cemburunya meninggi.

“ jangan nak cari pasal dekat sini boleh. Blah boleh tak!”

“ Illi, who’s that guy.”

“ itu bukan urusan kau. Aku bukan milik siapa-siapa? Lepaskan akulah.” Muka Andrew merah menahan marah.

“ illi answer me.”

“ lepaskan aku.lepaskan akulah gila.”suara Fian naik seoktaf dan tangannya Fian digenggam erat lagi.

“ what did you say?”

“ kau pekak ke? Aku kata..” Andrew mendiamkan Fian dengan bibirnya. Lama. Fian mula menolak dan Andrew mengeraskan tubuhnya. Tangan Andrew diletak dipinggang Fian. Andrew melepaskan Fian. Fian terduduk diatas lantai. Dia cuba mencerna apa yang berlaku. Andrew hanya melihat sahaja dan dia mengukir senyuman yang menyembunyikan seribu maksud. Dia mencangkung ditepi Fian.

“ Illi, don’t try to tempt me again. And never forget that your mine.” Andrew kembali berdiri dan terus berjalan meninggalkan Fian yang terduduk dibawah. Fian hanya melihat sahaja Andrew pergi. Matanyan bertakung dan tangannya dikepal geram.



“ min, you such a jerk.”

Monday, January 27, 2014

cunning love - 7




Andrew berjalan sekitar apartmentnya. Kosong! Memang si Hasyim nak kenakan dia rasanya. Takkanlah satu perabot pun tiada? Sudah diteroka setiap inci rumah. Ini sudah melampau, memang hantulah diaorang ini. Dia teringat perkara tadi, selepas Henry dan Hasyim menghantarnya ke apartment Andrew.

“ welcome to your aparment!” teriak Henry sambil mendepakan tangannya. Dia mengajak Andrew masuk. Tercengang Andrew melihat rumah itu kosong! KOSONG! Macam lagu kosong dah.




“ wow, my house seem ‘wide’and spacious .” sinis Andrew.

“ well, you tell me. You want an house. So i get you an empty one! Are happy with this house.” henry sudah tersengih. Dia sudah masuk mood menyakat dia. Kalau tadi si Hasyim asyik kena buli dengan Henry kali ini Andrew pula disakat dengan Henry.

“ i’m appreciate it so damn much.” Andrew memandang keatas menyampah.

“ oh by the way, i’ll already ask Hasyim to buy comforter and pillow for you. If you don’t want to be alone you can sleep at my house for tonight.” Hasyim datang dan meletakkan barang yang dipesan Henry di ruang tamu. Andrew menjeling geram. Hasyim memandang dengan blur. Sudah kenapa si Mr hui pandang dia macam nak salai dia sahaja. Apa salah aku kali ini?

“urgh. Henry. Stop teasing people already. Thanks for the offer.i want o be alone tonight. I just decorate this house tomorrow and now both of you. Out. shuh shuh.” Dia menghalau tetamunya keluar dengan selamba. Henry hanya gelakkan sahaja tindakan spontan Andrew. Selepas itu mereka beredar meninggalkan rumah Andrew.

Andrew membentangkan comforter yang dibawa Hasyim di biliknya. Dia membaringkan dirinya diatas comforter. Andrew merenung jauh disiling. Sudah boleh tembus siling, nasib baik bukan sepupu sepapat Clark Kent.

“ Illi.” Satu nama yang diucap dari bibirnya. Teringat dia tentang kekasih lamanya yang menyebabkan dia pergi ke London. Nama yang mengkucar-kacirkan hidup dia.

“ Illi, i’m back darling.” Serunya lagi. Andrew tertidur keletihan. Esok ada projek yang akan dia uruskan.

-----------_________________________--------------

Fian memakai pakaian sukan dan bersiap sedia untuk berjoging. Pn Nadirah yang sedang menjemur pakaian. Dia merapati tembok pemisah rumah.

“ pagi, cik nadirah.” Tegur Fian ramah. Pn Nadirah berpusing dan melemparkan senyuman manis kepada Fian

“ pagi, awal bangun. Nak pergi joging ke?”

“ haah, mana liya?”

“ macam tak tahu. Sekarangkan waktu tidur dia. Selagi tak pukul 10 tak bangunlah.”fian tergelak. Memang dia tahu sikap Aliyah yang suka terlajak tidur dan berjaga malam.

“oklah cik. Saya pergi dulu.” Fian beredar selepas meminta diri. Fian berjoging sekitar kawasan perumahannya. Selepas beberapa pusingan, dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di padang. Dia duduk disebuah kerusi. Suasana lenggang disitu dan haruman bauan pagi menenangkan dia. Dia bersandar dan menutup matanya. Dia merasa seperti ada orang disebelahnya. Dia membuka mata dan melihat siapa disebelahnya. Dia kaku tidak beriaksi. Andrew hanya tersenyum memandang Fian.

“ illi.” Nama yang diseru oleh Andrew. Fian berasa tidak selesa dan mula mengangkat kaki dari situ. Andrew hanya mengikut dari belakang. Semakin laju langkah Fian semakin panjang pula kaki Andrew melangkah. Fian mula tidak sedap hati. Dia mula berlari. Bukan berjoging tapi pecut! Macam usain bolt. Andrew mengejar dan sempat menarik tangan Fian supaya berhenti. Fian mahu menjerit tetapi Andrew memotongnya.

“ dare to scream and i’ll kiss right here and now. don’t worry if they ask me I’ll tell everyone that your my wife.” Ugut Andrew. Fian sudah kecut perut. Dia tahu apa yang dikatakan oleh Andrew akan diperkotakan. Bukan setahun dua dia berkenalan dengan Andrew. Berbelas tahun lamanya, masing-masing masak dengan perangai sesama sendiri. Fian menarik tangannya dan Andrew mengemaskan genggamannya.

“ lepaskanlah.” Fian meronta. Andrew hanya membiarkan sahaja. Andrew menarik Fian ke kereta Ferrarinya. Andrew membuka pintu penumpang dan menolak kasar Fian untuk masuk keretanya. Setelah menutup pintu, dia menguncikan pintu untuk mengelakkan Fian melarikan diri. Andrew memasuki keretanya dan menghidupkan enjin.





“ kau nak bawa aku ke mana? Aku kenal kau ke?” Fian memandang jalan. Tak mahu memandang Andrew. Hati tengah baran. Nanti ada yang accident di tengah jalan. Andrew hanya menjeling dihujung mata.

“ Illi...” Fian memotng kasar.

“ saya Safianah. Kau salah orang hantar aku balik.” Tegas Fian bersuara. Andrew menghela nafas.

“ nope, i’m not mistaken. You’re my darling Illi.”

“ tak aku kata kau salah orang! Hantar aku balik.” Fian mula naik suara. Andrew geram, dia menekan pedal keretanya dan kereta semakin laju merentasi lebuhraya. Fian mula kecut perut.

‘ dah gila ke dia ini.’ Fian hanya mendiamkan diri. Dia berdoa dalam hati agar tidak berlaku kemalangan jiwa disini.

“ you really forget about me, Illi?” Andrew menghentikan keretanya disebuah kedai makan. Fian hanya terdiam. Sengaja didiamkan dirinya, bahkan muka Andrew tidak dipandangnya.

“ illi darling.” Suara Andrew berubah seksi. Fian mengawal diri dari cair dengan Andrew. Control Fian kau kuat. Masih tiada reaksi dari Fian. Andrew terus keluar dari keretanya. Dia mengunci kereta dan meninggalkan Fian yang masih dalam kereta. dia berlalu terus masuk ke kedai.

Fian tergamam kerana ditinggalkan begitu sahaja. Dia cuba membuka pintu tetapi tidak berhasil.dah mamat itu kunci. Fian cuba mengunlock pintunya dan dicari button unlock tetapi tidak berjaya.

‘ dia modified ke kereta dia ini. Mana button dia ini.kang aku pecahkan tingkap dia kena ganti pula. Dahlah Ferrari.’ Fian mula merungut itu dan ini. Dia menyentuh semua button tetapi tidak berhasil. Kelihatan Andrew berjalan semula kekeretanya dengan bungkusan makanan. Dia memasuki kereta dan menghidupkan enjin. Dia menyambung kembali perjalanan .

“ seronok main tekan-tekan?” perli Andrew. Dia tahu apa yang dibuat Fian tadi. Dari dalam kedai dia nampak apa yang Fian buat. Nasib baik tidak pecah cermin kereta dia. Kalau tak. Meraunglah dia on the spot. Fian mencebik sahaja. Dia memeluk tubuhnya. Dia mula tidak selesa dengan dirinya. Sudahlah baru lepas joging. Badan mula berbau dah ini.

Andrew membelok memasuki apartmentnya. Dia memakirkan keretanya dan mematikan enjin.

“ let’s go.” Andrew berkata lalu keluar kereta. Fian hanya mendiamkan diri tidak berkutik sedikit pun.

“ Illi you better move now or i’ll carry you like a princess. Choose now.” Fian hanya mengeraskan dirinya. Andrew mula berangin. Dia membuka pintu dibahagian Fian dan menarik Fian keluar. Fian menepis tangan Andrew dari menyentuhnya.

“ aku nak balik.” Fian menolak Andrew ketepi dan berjalan keluar dari situ. Lengan Fian ditarik kasar.Fian terundur sedikit dan dia hampir terjatuh. Nasib baik disambut oleh Andrew. Fian menolak Andrew agar menjauhnya.

“ Illi, don’t be stubborn. Come.” Andrew menarik tangan Fian agar berjalan bersamanya. Fian menarik kembali tangannya tetapi tidak berjaya. Andrew mengenggam kemas tangan Fian dan mereka berjalan ke apartment Fian.

Mereka tiba di hadapan pintu rumah Andrew. Mereka ditegur dengan kehadiran jiran Andrew.

“ baru pindah sini ke?” tegur jiran Andrew ramah. Andrew menayangkan muka tiada perasaannya. Fian hanya memandang sahaja perlakuan Andrew. Dia menggelengkan kepalanya. Masih tidak berubah sikap berlagaknya.

“ ya, makcik kami baru pindah sini. Sorry kami masuk dulu.” Andrew hanya senada. Tiada unsur mesra alam dalam tone dia. Fian hanya tersenyum ke arah jiran Fian. Apalah nasib jirannya dapat jiran berlagak macam Andrew.

‘Eh tahu pula dia cakap Melayu’ perli Fian. Tapi hanya dalam hati sahaja. Andrew menarik masuk Fian kedalam rumahnya. Tangan Fian dilepaskan. Fian menjauhi Andrew, langkah berjaga-jaga diambil. Andrew hanya tergelak halus melihat perlakuan Fian. Dia menutup pintu dibelakangnya dan dikunci. Dia berjalan kearah. Setiap langkah diambil oleh Andrew, selangkah kebelakang diambil Fian. Makin lama Fian tergelincir jatuh. Fian terjerit kecil dan Andrew ketawa terbahak-bahak. Dia cuba bantu Fian bangun tetapi ditepis kasar. Kening Andrew terjongkit naik. Play hard to get i see.

“ kenapa bawa aku kesini?” Fian bersuara. Dia melihat sekeliling rumah Andrew. Kosong. Itu yang dia nampak. Kosong dan suci. Biar betul dia ini.

“ i want you accompany me to buy some stuff.” Fian memeluk diri dan merengus geram.

“ kenapa aku kena teman kau?”

“because you’re my darling.”

“stop!” Fian mengangkat tangan. Tak sanggup rasa mendengar apa yang akan dikata oleh Andrew. Dah muak rasanya.

“ darling.” Andrew tidak menghiraukan amaran Fian.

“aku nak balik!” suara Fian naik seoktaf. Tak peduli kalau jiran dengar. Kalau dia orang dengar lagi bagus. Muka Andrew sudah merah. Geram dengan keras kepala Fian.

“ nope. After we shopping then i’ll send you home.” Fian mencebik geram. Dia berjalan menuju balkoni rumah Andrew. Cantik tapi isinya kosong.

“ Illi.” Andrew memanggil. Fian memusing nanti tak dilayan si mamat apa lagilah dia boleh buat.

“ come here.eat.” Andrew menepuk lantai agar Fian duduk bersama dengannya. Fian mengambil makanannya dan terus berjalan ke balkoni . Andrew terkebil-kebil melihat tindakan Fian. Kemudian dia tersenyum. Dia mengambil makanan dan berjalan kearah Fian. Dia selamba sahaja duduk disebelah Fian. Fian menjeling tajam. Tapi bukan diambil peduli Andrew.

Selesai makan, Fian dipaksa pula mandi dan menukar sahaja pakaian di apartment itu sahaja. Mengamuklah si Fian. Berlakulah peperangan dunia antara mereka. Setelah penat berhujah dan membidas, Fian mengaku kalah. Dia merampas kasar tuala dan beg pakaian di tangan Andrew dan berlalu ke shower. Pintu bilik air dihempas kuat. Andrew hanya menggeleng sahaja melihat Fian.

“ gila punya laki. Kalau boleh aku sepak-sepak sahaja kepala dia.” Fian membebel tidak berhenti. Segala makian memang dihamburkan disitu juga. Dia mengeluarkan pakaian yang diberikan oleh Andrew. Sebuah blouse peach dan floral skirt serta selendang pashmina. Tidak dilupakan juga pakaian dalam Fian juga disediakan Andrew. Fian malu disitu.

“ Dia beli benda ini semua? Dahlah ngam-ngam saiz aku. Pervert gila.” Fian menyambung sesi mengutuknya lagi.

Andrew duduk dilantai sambil bermain game dihandphonennya. Fian keluar dari bilik itu dengan pakaian yang diberinya tadi. Andrew memandang lama kearah Fian dan tersenyum. Fian pula tidak selesa dengan renungan Andrew.
adorable this clothes



“ kenapa? Aku cute sangat ke sampai kau tenung aku macam itu.” Perli Fian. Dia merenung jauh kedalam mata biru Andrew.

“ nope. I’m just looking at the clothes that i give to you. Hmm. My choice was right. So do you wear the lingerie that i gave to just now?” muka Fian merah menahan malu. Dia memandang tempat lain dan membiarkan sahaja soalan si Andrew itu. Melihat reaksi Fian sahaja, Andrew sudah tersenyum lebar.

“ come illi sit here.” Fian hanya menggeleng.

“ if not i’ll do more than you regret.” Andrew mengugut. Terus Fian duduk sebelah Andrew. Cuak.

“ dah duduk sudah. Puas?” Andrew tersenyum manis. Fian buat tak nampak. Control Fian.

“ so, how’s your life?”

“normal.” Fian jawab pendek. Dia malas nak berbual dengan Andrew. Andrew hanya mengeluh.

“ darling.” Fian menjeling tajam. Geliman mendengar perkataan itu dari Andrew. Andrew melihat jam tangannya dan dia lantas bangun. Fian mengikuti pergerakannya dan mereka berjalan ke kereta Andrew.

“ nak pergi mana?” fian bertanya setelah menarik tali pinggang keledar. Andrew menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan.

“ wei kau dengar tak aku cakap ini?” Andrew masih tenang memandu. Tidak dipeduli Fian.

“call my name.” Arah Andrew. Matanya masih di jalanraya.

“ aku tak kenal kau.” Andrew tersenyum sinis.

“ i’ll make you called my name either you like it or not.” Fian mencebik. Dia nak tengok sekeras mana kepala si Fian ini. Dia memandu kearah sebuah kedai perabot. Disitu dia membeli belah untuk peralatan rumahnya. Andrew memaksa Fian membantu dia dalam dekorasi rumah. Walaupun terdapat interior designer disitu yang boleh beri pendapat, sengaja dikerah Fian agar menghiasi rumahnya. Bertengkar jugalah mereka disitu, tak kisah tempat umum atau apa.

Selepas itu, mereka singgah bukit bintang. Andrew bershopping sakan disitu. Dibelinya pelbagai barang untuk Fian tetapi ditolak mentah. Tetapi semua itu, tidak diambil peduli Andrew. Dia menarik Fian agar jalan beriringannya. Fian pada mulanya meronta, akhirnya setelah penat berwrestling dengan Andrew, dia mengikut sahaja kaki Andrew melangkah. Nasib baik dia dah biasa window shopping, kalau tak memang dicarinya kerusi setiap 15 minit. Selepas itu, mereka berdua singgah sebuah pasar raya dan Andrew membeli beberapa makanan mentah untuk dimasak di rumah. Setelah selesai, Andrew membawa Fian pulang ke apartmentnya semula. Fian tidak berasa selesa disitu, rasa nak cabut lari sahaja. Mana nak pergi. Dahlah beg duit tak bawa, ic jangan cakaplah. Handphone pula awal-awal kena rampas.

Andrew memaksa Fian memasak dirumahnya. Terbeliak mata si Fian. Apa dia ingat aku ini maid dia? Dahlah tadi paksa aku macam-macam, sekarang suruh masak pula? Lepas ini apa pula? Tidur dengan dia. Hisy Nauzubillah. Moga dijauhkan.

“ i want...” Andrew berfikir sebentar. Fian mula terkumat-kamit disitu.

“ ayam goreng cili padi!” menjerit Andrew suka. Sudah lama di luar negara membuatkan dia rindu nak makan masakan Malaysia. Fian hanya mencebik. Dia berjalan kedapur dan menyiapkan masakan untuk bos terhormatnya. Andrew berdiri dipintu dapur.

“ want any help?” Andrew berjalan kearah Fian. Dia melihat Fian yang lincah menyediakan makanan.

“ no. Now go play with your game.” Halau Fian. Andrew tergelak sedikit.

“ i want to stay here. Watching you.” Andrew selamba sahaja duduk diatas lantai. Dagunya ditongkat.

“ whatever.” Dia menyambung kerjanya dan membiarkan sahaja si Andrew.

Mereka makan bersama buat kali kedua dan mereka menunggu tempahan perabot Andrew yang akan sampai beberapa jam lagi. Loceng rumah ditekan dan Andrew pergi menyambutnya. Mereka menghias segala isi dalam rumah. Dan beberapa jam selepas itu, akhirnya mereka siap menyusun. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Andrew menghantar Fian pulang.

“ dear, you’re not gonna call me aren’t you?” Andrew mengucap setelah tiba di pekarangan rumah Fian. Fian mendiamkan diri dan Fian cuba membuka pintu. Andrew menahan.

“ dear. You still miss me right?” Fian tersengih sinis. Perasan betul si Andrew.

“ in your dream. Dah aku nak balik tidur.” Fian cuba keluar lagi. Andrew menarik lagi lengan Fian. Fian mula berang.

“ lepaslah. Tak cukup lagi kau culik aku seharian. Kau kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?” muka Andrew berubah warna.

“ dear, i just want to see you so damn much.”

“ like i care. Sudah aku tak peduli kau nak buat apa. Yang penting aku nak balik dengan selamat. Itu sahaja yang penting.” Fian tidak peduli dengan apa yang terjadi. Dia mahu keluar dari situ dan kembali ke rumahnya.

“ ok. But don’t forget. I’ll never let you go just like 3 years ago.” Fian tergamam. Matanya mula bergenang dan merentap kasar lengannya dan terus keluar dari situ. Kalau lama lagi, memang ada drama airmatalah lepas ini. Andrew terus memecut laju keluardari kawasan perumahan Fian. Fian berjalan masuk.

“ fian.” Aliyah memanggil. Fian menoleh terkejut. Aliyah tengok ke drama sebabak tadi?

“ kau ok ke?” sambung Aliyah lagi. Tadi dia ada nampak Fian keluar dari kereta Ferrari tadi. Riak muka Fian mendung seperti lagi beberapa saat nak hujan turun berderai.

Fian cuba mengukirkan senyuman kepada Aliyah. Biarpun palsu biarlah dia seorang merasa.

“ aku tak apa. Dahlah aku nak tidur. Esok kerja jangan lambat datang. Nanti bising kakak kesayangan kau nanti.” Aliyah memandang keatas menyampah. Fian tergelak melihat Aliyah yang mencuit hati. Fian melangkah masuk kerumahnya. Dia membaringkan dirinya diatas katil. Dia sempat solat di rumah Andrew tadi. Tak sangka dia rumah Andrew pun ada telekung. Dia dah masuk islam ke?

“ min.” Nama Andrew disebut Fian.

“ kenapa kau balik? Kenapa tak tinggal terus dekat sana? Kenapa cari aku lagi? Kau nak seksa aku lagi ke?” Fian bermonolog sendiri. Dia menangis semahu-mahunya. Dia tak mahu terluka lagi. Cukuplah apa yang dirasainya. Dia lebih rela bersendiri. Masa telah mengajar dia cara menguatkan hati. Akhirnya dia terlelap keletihan.








Wednesday, January 22, 2014

cunning love - 6




Henry tersenyum sendiri di pejabatnya. Dia memusing-musingkan kerusi. Gembira pula mengenakan Aliyah. Memang dia sengaja beritahu berapa ganti rugi selepas seminggu hari kejadian. Mesti dia lupa tentang kereta kesayangan Henry itu. Henry tergelak sendiri. Kalau orang luar tengok mesti sangka CEO dia gila dan Tok Abah mungkin terpaksa menghantar cucunya ke hospital bahagia. Interkomnya berbunyi, dia menjawab.

“ Ya, Cik Aqilah.”

“ pesanan encik dah sampai.”

“ ok. Suruh dia masuk.” Pintu diketuk dan Hasyim masuk bersama failnya. Henry bangun dan bergerak ke sofa pejabatnya. Dia menyuruh Hasyim duduk di sofa itu. Hasyim menurt perintah.

“ dah siap dah apa yang aku suruh buat.” Henry bersuara.

“ Dah tuan muda.” Hasyim memberi failnya kepada Henry. Henry membaca failnya.


PERSONAL DETAIL: 

NAME : NUR ALIYAH SAFIYYAH BT MOHD HARITH 

BORN : 17 AUG 

AGE : 18 

EDUCATION : FRESHLY GRADUATED IN SPM 

FAMILY : ELDEST IN FAMILY 

MOTHER : NUR NADIRAH BT ASHRAF 

OCCUPATION : CURRENTLY WORK AT CAFE (klia) 




Cukup segala maklumat yang dicari oleh Hasyim. Apa yang dia suka, benci, takut senang kata memang terbaiklah kerja si Hasyim. Henry senyum puas hati. Henry menyelak lagi. Tak sangka pula si setiausahanya, Aqilah pun satu sekolah dengan Aliyah dan dia still lagi berhubung dengan Aliyah.Tiba di satu mukasurat dia tentang kawan Aliyah yang lain ada satu nama dihighlightkan confidential. Dia pelik. Apasal pula ini.

“ ini kenapa si Nur Illiyana Safiannah kau kata confindential?”

“ semua maklumat tentang dia hanya yang general. Yang lain saya tak dapat tuan muda. Seperti ada orang halang.” Henry mengurut dahinya. Ah biarlah bukan kawan dia aku nak kacau. Dia menutup fail dan berpuas hati dengan hasil kerja Hasyim.

“ macam mana tuan muda. Ok tak saya punya kerja.” Hasyim bertanya setelah henry meletakkan fail.

“ ok. Bagus. Tapi ada satu yang aku tak puas hati.” Hasyim dah berkerut. Apa yang tuan muda tak puas. Tadi kata ok.

“ dah masuk sejuta kali aku cakap yang aku taknak kau pangil aku tuan muda. Kau banyak makan semut ke?” Hasyim hanya tersengih.

“ maaf Is terbiasa.”

“ yelah. Lagi sekali panggil aku tuan muda aku gantung kau dekat tiang bendera. Baru puas hati aku.” Hasyim mengurut belakang lehernya. Wajib ingat ini kalau tak memang aku akan digantung lepas ini. Henry bersandar disofanya.

“ erm. Is nak tanya boleh.”

“ tanyalah.”

“ kenapa kena siasat tentang perempuan ini?” henry tersenyum. Hasyim blur dengan senyuman Henry. Orang tanya boleh pula dia senyum.

“ tak ada sebab. Sahaja bagi kerja dekat kau.” Hasyim seperti tidak percaya. Bukan dia tak kenal tuan mudanya. Sejak tuan mudanya 10 tahun dia sudah berkhidmat dengan tuan mudanya.

“ nak main permainan baru ke?” Hasyim menembak. Henry memang suka permainkan orang. Sebab nanti dia yang kena bersihkan semua sisa-sisa kerja si Henry. Henry hanya diam dan terus tersenyum. Tidak mengangguk ataupun menggeleng.

“ sudahlah, malaslah saya nak layan. Ini Andrew call tadi dia kata dia akan datang ke Malaysia. Kau pergi sewakan rumah untuk dia and ambil dia petang ini.” Terbeliak Hasyim mendengar. Boleh keluar biji matanya. Petang ini? Gila ke apa tuan mudanya tahu tak sekarang pukul 2. Mana nak cari rumah lagi lepas itu nak ambik dia lagi.

“ biar betul.” Henry mengangguk.

“ Is mana sempat nak cari rumah. Nak pergi ambil lagi.” Hasyim mula merungut. Henry memandang menahan ketawa. Sengaja dia kenakan bodyguardnya. Dia membiarkan Hasyim membebel seorang diri. Tak lama selepas dia menahan ketawa akhirnya terburai jua. Hasyim memandang pelik. Aduh tuan muda jangan buat kerja gila sekarang.

“ aduh, hasyim kau buat aku gelak sahajalah. Aku dah cari rumah untuk dia.” Henry memeluk perutnya dan ketawa lagi. Hasyim dah berkerut muka.

“ ini aku ada cari 10 buah rumah untuk dia dan aku nak kau pergi setiap rumah. Kau pergi check keadaan rumah itu dan persekitaran dia.” Terkejut Hasyim 10 rumah. Ok tuan mudanya suka buat gila. Dahlah suruh check kalau dia check tak apalah juga. Apalah nasib dapat bos yang sadis ini. Henry menyambung ketawa lagi. Memang kelakar tengok muka Hasyim yang berkerut dan mulutnya tak berhenti membebel.

“ kalau macam itu saya keluar dulu.” Hasyim meminta diri kalau lama lagi memang menambah lagi kerja dia. Henry memanggil sebelum dia keluar.

“ oh lupa pula. Aku dah suruh Aqilah buat appointment dengan tuan rumah. Kau ikut sahaja apa dia arrangekan kalau kau dah jumpa rumah yang ok call aku. Kau kena dapatkan rumah sebelum pukul 4.30 petang ini. Faham.” Hasyim mengangguk faham. Dia menutup pintu pejabat Henry dan berjalan pejabat isterinya, Aqilah. Aqilah sedang khusyuk menaip sesuatu. Dia memandang muka suaminya yang monyok. Mesti kena buli dengan bos. Nak balas dendam dekat aku sebab arrange jadual dia padat minggu lepas. Desisnya.

“ kenapa ini sayang?” Aqilah bertanya. Henry mengeluh perlahan.

“ tuan muda bulilah,apa lagi. Abang nak senarai yang tuan muda suruh arrange tadi.” Aqilah terus mencari senarai yang dia selesai buat. Dia berikan kertas kepada Hasyim. Hasyim mengambilnya.

“ thanks Anje.” Selepas Aqilah menyalaminya. Dia memulakan kerjanya yang baru.

-------------------------------------_________________________________-----------------------------------

Lelaki cina kacukan Inggeris berdiri di area ketibaan. Matanya melilau sekeliling. Dipandangnya jam mahalnya. Dia tidak senang berdiri tambahan lagi dengan orang sekeliling yang asyik pandang dia sahaja. Mulutnya terkumat-kamit dan mukanya sudah kelat . Dia orang sampai memang siap aku kerjakan. Dari jauh kelihatan Hasyim dan Henry berjalan. Hasyim berjalan pantas dihadapan dengan bersut lengkap manakala Henry hanya santai sahaja dengan lengan dilipat dan butang baju paling diatas dibuka. Tienya dah hilang ke mana.

“ Sorry, Mr Hui. We’re stuck at traffic just now.” Hasyim bersuara. Dia hanya mengangguk dan cermin mata gerhana terlekat dimatanya. Macam ada matahari dalam KLIA ini.

“ andrew it’s been awhile.” Henry memeluk kawannya. Dia senyum.

“ i thought you don’t want to pick me up. I’ve waited an hour you know.” Andrew mula bising. Henry mengangkat tangan menghalang Andrew dari bercakap.

“ well, you can file all your complain to Hasyim. He will delighted to listen all your blabbering.” Henry tersengih. Andrew rasa nak ketuk sahaja kepala kawan dia. Hasyim dah mula blur kembali.

“ henry you never change. Still expert on escaping, i see.” Perli Andrew.

“ some people may never change. Ok, you want having dinner here or outside?” cadang Henry

“ here is fine. How about we go eat in this one cafe.”henry mengangguk. Andrew menunjuk kearah cafe yang dicakapnya. Hasyim hanya mengikut dari belakang. Mereka mengambil tempat duduk. Hasyim membuat pesanan untuk tuan mudanya dan Andrew.

“ i’m gonna go to gents for awhile.” Andrew berkata. Dia berlalu pergi ke toilet. Henry dan Hasyim hanya membiarkan sahaja. Takkan mahu diikut sampai ke toilet.

Seusai Andrew urusannya, dia terlanggar dengan seorang perempuan yang baru keluar dari cafe tempat dia makan.

“ sorry.” Perempuan itu meminta maaf. Dia memandang Andrew. Mukanya berubah.

“ Illi?” Andrew ragu-ragu. Tangannya masih memegang lengan perempuan itu. Dia melepaskan tangannya dari Andrew dan terus beredar dari situ. Andrew mengejar dan menahan dia dari pergi.

“ Nur Illiyana Safiannah” Andrew bertanya lagi. Dia cuba memandang mata gadis dihadapannya. Tetapi gadis itu seperti mengelak dari dia. Andrew menekan lengan gadis itu dan memaksa dia memandang Andrew. Tapi usahanya sia-sia. Andrew berbisik di telinga gadis itu.

“ i’m miss you so damn much,dear.” Gadis itu merentap kasar dan berlari sepantas mungkin dari Andrew. Andrew tahu yang gadis itu marah dan sedih mungkin juga kecewa. 3 tahun dia meninggalkan bumi Malaysia sebab dia. Kini dia kembali untuk menghadapi segalanya. Andrew kembali kemeja kawannya berada.

“ hey andrew,why you taking your time so long?” perli Henry. Andrew hanya membiarkan soalan Henry. Makanan mereka sampai.

“ so, how about my apartment?” Andrew bertanya kepada Hasyim. Dia tahu Henry mesti suruh Hasyim carikan apartment untuk dia.

“ i got it. The priceis quite good and the security is tip top.” Hasyim membalas. Andrew mengangguk. Dia memandang Henry yang sedang menghabiskan makanan dia.

“ henry, about your second job. How is it? Ok?” henry hanya mencebik geram. Macam Andrew tak tahu kerja model dia berlambak. Itu pun dia sudah suruh Aqilah tolak mana-mana shooting job. Dia nak fokus dekat business pula.

“ i’m quit being model for awhile. This month gonna be the last. I m want to focus in my business.”

“ so, your really want to quit, huh. Well, if you have less time again call me.” Perli Andrew. Dia tahu Henry kalau sudah bosan memang dicarinya Andrew. Lepas itu, macam-macamlah suruh bagi dia kerja. Ada sekali dekat London dia nak kerja sebagai cleaner dekat syarikat Andrew sebab dah bosan sangat kerja executive di office Henry. Henry tergelak. Mana dia boleh lupa dengan kerja mengarut dia pernah buat. Merayu habis si Hasyim suruh dia kerja executive balik di syarikat dia sendiri.

“ don’t worry when i’m bored I call you.” Hasyim hanya menggeleng sahaja mendengar tuan mudany berkata. Memang tuan mudanya suka buat penat badan sahaja. Henry melihat jamnya.



“ oh shoot. I’m late. I have shooting tonight. Let’s go” henry mengeluarkan arahan. Mereka berjalan ke kereta dan meninggalkan KLIA.