Aliyah membetulkan baju dan tudungnya dihadapan cermin. Dia mengeluh halus. Teringat janji yang telah dibuat dengan Henry beberapa hari yang lepas. Dah elok-elok ade cuti terus tiada cuti. Aduh ini semua pasal nak bayar hutanglah. Aliyah mengeluh lagi. Dia memandang cermin kembali.
“ relax Liya. Cepat habis boleh relax.” Tangan digenggam dihayunkan keatas menunjukkan betapa berkobarnya dia. Ceh mainan minda shaja. Aliyah berjalan keluar rumah. Ibunya sedang menyiram tanamannya.
“ morning bu.” Tegur Aliyah sambil memakai kasutnya. Pn. Nadirah berpusing melihat anaknya yang sedang bersiap sedia nak keluar.
“ nak pergi mana pula?” tanya Pn Nadirah.
“ oh nak pergi rumah kawan.” Bohong Aliyah. Takkan nak dijawab pergi buat kerja sambilan kot. Masak dia nanti.
“ lama ke?” tanyanya lagi.
“ maybe.” Aliyah tersengih dan bersalam ibunya. Dia cepat-cepat keluar takut ibunya syak sesuatu. Sempat Pn Nadirah berpesan supaya berhati-hati dan balik awal. Aliyah berjalan sampai ke kedai makan dan menunggu pembantu si Henry datang. Kelihatan seorang lelaki bersut lengkap jalan kearahnya. Aliyah sudah mula berasa pelik. Siapa pula mamat ni?
“ Cik Aliyah Saffiyah?” tegur lelaki bersut hitam itu. Matanya memandang tajam kearah Aliyah. Seram sejuk Aliyah disitu. Dia hanya mengangguk mengiakan pertanyaan lelaki itu.
“ saya Hasyim pembantu tuan muda Iskandar. Sila ikut saya.” Hasyim mengenalkan dirinya. Dia berjalan kearah keretanya dan membuka pintu untuk Aliyah. Aliyah yang seperti kehilangan punca terus sedar apa yang berlaku terus memasuki dalam kereta. Hasyim menutup pintu dan berjalan ke tempat pemandunya. Mereka berdua diam sahaja didalam kereta.
Hasyim membelek memasuki kawasan perumahan elit. Aliyah hanya melihat sekeliling dengan perasaan pelik. Hasyim hanya melihat tingkah laku Aliyah dengan cermin belakang.
“ ermm. Encik kita nak ke mana?” tanya Aliyah yang tak tahan dirinya dibelenggu misteri. Hasyim hanya trsenyum. Mata hujungnya menjeling belakang.
“ kita dah nak sampai rumah tuan muda.” Aliyah terkejut. Rumah dia!!! Gila apasal bawa aku kesini!
“ kenapa kena pergi rumah dia.”
“ saya tak pasti saya hanya mengikut arahan sahaja.” Aliyah mengeluh. Dia memandang tingkap dengan perasaan sebal. Otaknya sudah memikirkan apa yang akan berlaku.
Hasyim membelok kanan dan memasuki sebuah villa yang luas. Terdapat air pancut berada ditengah laman. Disekeliling terdapat taman serta tasik yang cantik. Aliyah kagum dengan persekitaran disitu. Lamunan dia terganggu dengan panggilan Hasyim.
“ cik kita sudah sampai.” Aliyah keluar dari kereta dan berjalan membuntuti Hasyim.
“ duduk disini dulu. Saya panggil tuan muda.” Arah Hasyim. Dia berjalan meninggalkan Aliyah dan pergi ke bilik Henry.
Aliyah hanya berjalan melihat sekeliling rumah Henry. Mewah. Itu yang boleh disampaikan . ruang rumah itu kelihatan mewah. Dalam membelek lukisan dinding ada orang berdehem dibelakangnya. Terangkat bahu Aliyah terkejut. Dia pusing belakang dan melihat Henry berpakaian tshirt dengan seluar bermudanya. Rambutnya serabai seperti baru bangun tidur. Hasyim hanya berdiri dibelakang Henry.
“ lambat.” Itu sahaja yang keluar dari mulut Henry. Aliyah mencebik. Dibiarkan sahaja apa yang dikatakan Henry sebentar tadi. Dia mengambil tempat dihadapan Henry.
‘Cepat start boleh balik.’ Desis Aliyah.
“ hasyim kau boleh pergi.” Arah Henry. Hasyim menurut arahan dan meninggalkan Aliya berdua dengan Henry.
“ ok.” Henry memulakan bicara selepas Hasyim keluar.
“ harini kau jadi orang gaji aku. “ aliyah hanya mengangguk sahaja.
“ aku nak kau buatkan aku sarapan, kemas bilik aku, kemas rumah, basuh baju, basuh kereta aku lepas itu masak tengah hari untuk aku.” Sambung Henry lagi. Ternganga Aliyah. Kalau kemas takpe kalau masak habislah aku.
“ tapi encik saya takreti masak.” Aliyah cuba membantah. Henry tersenyum. Memang dia tahu perempuan didepannya tidak tahu masak. Malah dia tahu bahawa Aliyah boleh buat dapur penuh dengan asap tanpa sebab.
“ ada aku kisah?” sarkastik disitu. Okay kalau terbakar dapur jangan salahkan aku. Aliyah geram. rasa nak dipijak-pijak sahaja si Henry ini. Henry buat dunno sahaja.
“ dapur mana?” tnya Aliyah geram. henry tersengih. Seronoklah dia hari ini ada benda yang boleh dimain.
“ mari aku tunjukkan.” Henry menunjukkan ruang dapur kepada Aliyah. Dia juga menuju beberapa tempat lain kepada Aliyah supaya senang dia membuat kerja. Selepas dia menunjukkan dia berjalan ke tangga. Sebelum dia mencecah tangga. Dia teringat.
“ ha, aku nak sarapan. Siapkan dalam masa 15 minit.” Arah Henry. Dia meninggalkan sahaja Aliyah yang terkulat-kulat disitu. Aliyah menggaru kepalanya. Apa yang perlu dimasaknya. Aliyah menyelongkar dapur rumah Henry tengok apa yang ada.
“mee ada, roti ada, megi pun ada. Nak masak apa ini. Dah lah aku tak reti masak. Boleh mamat gila suruh aku masak. Ah lantak lah. Masak telur goreng sahajalah.” Bebel Aliyah. Dia mengambil telur dari peti sejuk dan dipecahkan didalam mangkuk. Telur dipukul dan kuali dikeluarkan serta dipanaskan. Dia mengambil juga sosej yang terdapat dalam freezer. Telur tadi dimasak scramble egg dan sosej juga digoreng. Lepas itu, dia membuat toast roti. Dia membuka kabinet untuk mencari kopi untuk dibuat air. Dia menjerang airnya, setelah panas segera menyiapkan air untuk Henry. Berterabur cara dia kerja. Ah,lantaklah. Janji siap. Aliyah menyusun sarapan diatas meja dan menunggu sahaja Henry datang.
Henry turun dari biliknya dan melihat Aliyah menyediakan sarapannya. Dia tersenyum. Dia tiba didapur dan melihat makanan yang disediakan Aliyah.
“ ai ni aje?” Henry sinis. Aliyah mencebik. Syukurlah orang masak untuk dia.
“ aku nak makanan berat. Nak makan nasi goreng ke, mee goreng ke, mee sup ke.” Sambung Henry lagi. Sengaja nak membuat Aliyah geram. henry menarik kerusinya dan duduk.
“ karang terbakar dapur encik tak nak saya bayar ganti lagi.” Aliyah membalas. Geram dengan perangai Henry.Henry memakan sarapannya.
“ telur dah sejuk.” Kritik Henry. Dia minum airnya. “manis sangat.”
Aliyah hanya diam malas nak membalas kata Henry. Karang bergaduh pula.
“ eleh habis juga.” Sindir Aliyah apabila Henry menghabiskan semua sarapannya. Henry memandang Aliyah dan tersenyum. Rasa nak dikoyak-koyak sahaja senyuman si Henry. Geram!!
“ well, aku tak biasa bazirkan makanan. Dahlah makanan dah nak sejuk, kopi pula rasa manis. Macam nak pergi jumpa doktor pula nak tengok dah kena gula dalam badan dah telebih or tak.” Balas Henry. Aliyah memeluk dirinya. Memang lelaki ini nak cari pasal dengan dia.
“ sudahlah. Saya nak pergi buat kerja. Dah habis makan biar sahaja nanti saya kemas.” Aliyah bergerak ke dapur memulakan kerjanya. Henry hanya melihat pergerakan Aliyah dengan ekor matanya. Dia tergelak halus. Dia menghabiskan airnya dan berjalan ke bilik kerjanya. Tok abahnya tiada dirumah dan dia pergi bercuti. Tak tahu mana dia pergi. Tup tup Tok Abah tinggalkan notis kata nak pergi holiday. Betul-betul dia kotakan janjinya.
Pintu biliknya diketuk.
“ masuk.” Arah Henry. Aliyah menjenguk kepalanya. Dia melihat Henry yang sedang tekun membuat kerjanya. Aliyah membetulkan suaranya.
“ erm. Dah pukul satu. Tak nak makan ke?” tanya Aliyah. Henry melihat jam. Oh dah pukul 1. Lamanya dia buat kerja. Henry berjalan ke meja makan dan Aliyah mebuntutinya. Aliyah menyediakan ikan bilis cili padi dan sayur campur. Simple gila makanan dia. Henry duduk dikerusi. Aliyah melihat sahaja tindakan Henry.
“ ini je? Kan ada ayam, ikan, daging kat freezer. Ini aja kau tahu masak?” tanya Henry.Aliyah sudah mendengus geram. memang lelaki ini tak tahu bersyukur. Kena hantar kelas cara nak bersyukur.
“ encik ini kira okaylah saya masakkan. Kalau tak saya masak telur goreng sahaja. Makanlah telur goreng dengan kicap. Orang dah masak tak reti bersyukur.” Aliyah membalas geram.
“ apasal kau tak guna semua benda dekat freezer itu?”
“ encik taknak makan sudah. Tak payah nak bising sangat.”
“ sukahati saya nak bising atau tidak. Sendukkan aku nasi dan lauk.” Aliyah mencebik geram. tapi tangannya mengambil pinggan Henry dan menyedukkan nasi dan lauk untuk Henry. Dia juga menuang air kedalam gelas Henry.
“ kau makan sekali dengan aku.” Arah Henry. Aliyah menggeleng. Tak mahu makan semeja dengan dia. Karang tak pasal perang dunia lagi.
“ duduk makan dengan aku.” Arah Henry lagi. Dia memandang Aliyah tajam. Aliyah menarik kerusi dengan kasar dan duduk disebelah Henry. Mulut mengherot tanda geram. henry menahan dirinya dari ketawa melihat Aliyah. Dia memulakan makanannya.
“ tak sedap.” Kritik Henry. Aliyah memandang Henry tidak percaya. Ya ALLAH tak habis lagi ke?
“ makan sahajalah encik banyak mulutlah.”
“ tak sedap. Dahlah kau buat pedas sangat. Lepas itu sayur dah lembut pula itu. Tak rasa zat sudah.” Henry sambung mengkritik lagi memang dia sengaja membuat Aliyah naik hangin.
“encik memang suka cari pasal dengan saya ke?” tanya Aliyah. Dari tadi Henry cari pasal dengan dia. Dah elok-elok taknak layan terus mendidih dengan dia.
“ mana ada? Kenapa terasa ke?” dalih Henry. Padahal tengok muka pun dah tahu. Aliyah menghabiskan suapan terakhirnya dan segera mengangkat pinggannya ke singki. Dia membiarkan sahaja henry disitu. Lagi lama dia disitu boleh jadi gila! Dia sental pinggan umpama dia menyental kepala Henry. Mulutnya terkumat-kamit mencerca Henry.
“ boo” bisik Henry ditelinga Aliyah. Terkejut Aliyah disitu. Nasib baik tak terlepas pinggannya. Dia berpusing melihat henry dibelakangnya tersengih. Henry meletakkan pinggannya disingki. Dia membuka pili dan membasuh pilinya. Aliyah tidak selesa dengan jarak dia dan Henry. Dia cuba bergerak ketepi tetapi henry mengepung dia dengan kedua tangannya. Aliyah hanya berdiri statik. Setelah Henry membasuh tangan dia mengundur. Aliyah masih kaku disitu.
“ hmm kau bau sedaplah.” Henry memandang Aliyah tersenyum. Aliyah mula berasa panas. Henry menarik senyumannya lagi. Dia berjalan meninggalkan Aliyah.
“ oh jangan lupa basuh segala baju aku dan kemas bilik aku.” Pesan Henry. Setelah Henry hilang dari pemandangan,Aliyah terduduk.
“ gila punya laki.” Aliyah membebel geram. dia menyambung kerjanya kembali. Peristiwa tadi cuba dilupakan.
No comments:
Post a Comment