>

Wednesday, June 18, 2014

cunning love -18



Henry memandu laju ke masuk kesebuah apartment. Dia memakir dikawasan pelawat dan berlalu ke lif. Dia menekan nombor 13 dan tiba ditingkat 13 dia terus keluar dan berjalan sehingga berada dihadapan pintu. Henry mengetuk sekuat hatinya. Dia mengetuk bertalu-talu sampailah pintu dibuka. Kelihatan Andrew dengan boxernya dan muka mamai. Dia baru mahu maki siapa yang berani mengganggu tidurnya. Dia membuka pintu dan memberi kawannya masuk.

Henry terus masuk dan duduk di sofa. Dia melihat dekorasi rumah Andrew. Nice and simple.

“ come in and make yourself at home.”sindir Andrew. Dia menggosok matanya yang masih ngantuk dan berjalan ke Henry. Dia duduk disebelah Henry.

“ spill it man.” Andrew menggapai remote tv dan menekan. Henry masih diam kaku memandang tv.

“ are you coming to my house just to watch tv?” sambung Andrew setelah Henry yang masih diam.

“ arrange..” bisik Henry.

“ what i didn’t heard it”

“ arranged married.” Terbeliak mata Andrew mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Henry. Wow this day arrange married still alive.

“ wow. Congrats man. Who’s the luckygirl.” Henry semakin bengang. Dahlah tokabah nak jodohkan dia dengan anak kawan arwah ayah dia. Sekarang kawan dia pula mengapi-apikan dia.

“ Andrew.” Suara Henry berubah keras. Andrew mengangkat tangan mengaku kalah. Dia tahu jelingan mata dan suara Henry membawa maksud apa.nampak je cool mamat ni tapi baran dia memang hantu pun takut.

“ ok. Sorry man. So tell me.” Henry menarik nafas. Dia menceritakan apa yang telah berlaku tadi dirumahnya.

4 jam sebelum itu....

Henry menyiapkan kerjanya didalam bilik dan pintunya diketuk. Pintu dibuka dan tok abah terus masuk kedalam bilik cucunya. Dia mengambil tempat disofa yang berada di bilik Henry. Henry melihat sahaja gelagat atuknya. Pelik.

“ henry” Tok Abah memanggil henry dan menepuk disebelahnya sebagai isyarat dia dia bersamanya. Henry bangun lalu mengambil tempat disebelah atuknya.

“ ada pa tok abah?”

“ ni sebenarnya tok abah ada benda nak besar nak cakap.” Hati Henry tidak tenteram. Dia tahu nada Tok Abahnya itu, mesti ada perkara yang dia pasti sukar hendak menolak.

“ apa dia?”

“Tok Abah dah dapat cari siap bakal isteri kamu.” Terbeliak mata Henry mendengar butiran dari Tok Abahnya. Aduh apa aku nak buat ni.

“ tapi Tok, Henry muda lagilah. Awal sangat nak kahwin.” Henry menolak secara lembut. Kalau dia terus membantah memang harulah dia. Bukan dia tak tahu kalau Tok Abah sudah membuat keputusan pasti susah nak ubah.

“ala lambat laun Henry pun akan kahwin juga.”

“ tapi Henry tak bersedialah. Lagipun biarlah Henry cari sendiri siapa bakal isteri Henry.”

“ kalau nak tunggu Henry cari memang tak adalah. Yang Henry cari semua mangsa mainan Henry kan?” sindir Tok Abah. Dia tahu perangai cucunya yang suka mempermainkan perasaan orang. Walaupun sudah ditegur banyak kali tapi tetap bergitu jua.

“ ala Tok Abah, Henry tak mahulah macam ini.”

“ sudah Tok Abah sudah buat keputusan. Lagipun ini wasiat dari mendiang ayah kamu juga.” Henry tersentak dengan kata Tok Abahnya. Wasiat arwah ayahnya? Ayahnya sudah menetapkan jodohnya sejak kecil lagi. Tok Abah berlalu meninggalkan Henry.



“ so now what you’re gonna do.” Andrew bertanya setelah Henry habis bercerita.

“ i don’t know. I don’t want to do it. But, it was my father last will.” Dia memanggung kepalanya. Matanya dipejam rapat. Andrew hanya melihat sahaja Henry.



“ Drew, i stay here.” Andrew mengangguk dan berjalan meninggalkan Henry. Dia membiarkan Henry menenangkan dirinya.

Sunday, June 8, 2014

cunning love-17



Aliyah mengeringkan rambutnya, dia baru sahaja selesai mandi. Dia melemparkan dirinya diatas katil. Tangannya digoyangkan atas ke bawah ala-ala berada atas salji. Dia memeluk bantal peluknya. Tiba-tiba dia teringat peristiwa minggu lepas dimana Henry datang ditempat kerjanya. Dan tidak dapat dilupakan ketika dia hendak pulang, Henry mengejutkan dirinya lagi dengan kehadiran dirinya. Dia boleh berkawan dengan segala hantu didunia. Perangai nauzubillah sampai dah tak boleh beristigfar dah. Kalau dia nak menyakat sampai hujung dunia agaknya.

-----flashback------

“fiya miss me?” Fiya terkejut dengan kehadiran Henry. Dia mencebik dan memeluk tubuhnya. Badannya diseret kehujung kereta.

“ i’ll take it you miss me.” Selamba Henry menarik baju Aliyah. Aliyah merentap kasar. Tapi matanya still tidak memandang Henry. Henry menarik lagi hujung baju Aliyah. Sengaja membuat Aliyah berasap.

“ awak tak ada kerja ke?” Henry sengih.

“ tak nampak saya tengah buat apa? Tengah kerjalah ini.” Jawabnya selamba. Tangannya masih lagi menarik baju Aliyah.

“ kalau tengah kerja buat apa pergi sakat saya? Kerja baru ke?”

“ eh awak tak tahu ke. Nilah kerja baru saya.”

“ eh..awak ni.....” tiba-tiba kereta terlonjak sedikit. Aliyah terlompat sedikit dan peluk Henry. Henry terkejut dengan apa yang berlaku. Hebat betul si Hasyim sampai terlompat kereta aku. Aliyah seperti mati sebentar dan dia dikejutkan dengan sindiran Henry.

“ ai macam seronok je?” cepat-cepat dia menjauhkan diri semula. Henry gelak halus. Hasyim memandang belakang menggunakan cermin pandang belakang. Diadapat melihat betapa gembiranya tuan mudanya. Bukan selalu dia dapat melihat tuan muda dia gembira, kalau dia gembira pun seperti dibuat-buat sahaja.

Lamunan Aliyah terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Pintu dibuka dan neneknya menjenggolkan kepalanya kedalam.

“ liyah. Kamu nak pergi mana-mana tak?”

“ tak rasanya kenapa?” Aliyah duduk bersila diatas katil. Neneknya duduk disisi katil Aliyah.

“ jom keluar. Nenek nak pergi pasar rayalah.”

“ nak naik pe? Ayah tak balik lagi.”

“ naik keretalah. Takkan nak naik flight. Tak apa nenek bawa.”

“ nenek nampak ke? Ibu kasi ke?” dia ragu-ragu dengan neneknya. Boleh ke dia bawa kereta.

“ apa kamu igat nenek buta. Dah nenek nak keluar. Kamu ikut sekali. Pasal ibu kamu nanti nenek beritahu.” Arahan sudah keluar apalagi arahan jangan dilanggarkalau tak binasalah telinga mendengar celoteh dari nenek kesayangannya.

Aliyah dan nenknya berjalan ke cafeteria. Sejam lebih mereka berjalan dan membeli barang. Pn Ayu, nenek Aliyah memang kaki jalan walaupun dah berusia tapi jalan must go on. Pn Ayu duduk dikerusi berdekatan dengan cermin luar. Jadi dia dapat melihat permandangan diluar. Aliyah membawa nasi ayam dan air anggur ke meja makan mereka. Mereka berjalan keluar dari cafeteria, Pn Ayu seperti perasan sesuatu. Dia berjalan kearah seorang lelaki separuh abad. Aliyah mula pelik.

‘ dah kenapa nenek pergi dekat sini?’

“ eh mokhtar ke ni?” Pn Ayu menegur lelaki sebayanya. Lelaki itu menoleh. Dia melihat seorang perempuan sebayanya dan sebelahnya seorang gadis muda. Mungkin cucunya kerana ada iras muka peremuan berusia. Bisik hatinya. Dia cuba mengingati siapa dihadapannya.



“ Ayu ke?” dia bertanya kembali.


“ la, mokhtar. Memang kamu rupanya. Ingat siapa tadi. Takut juga nak tegur takut salah.” Pn Ayu tersenyum gembira.

“ tak sangka kita berjumpa lagi. Apa khabar sekarang sihat?”

“ biasalah dah tua ni.” Pn Ayu merendah diri.

“ mana ada tua. Gaya masih muda dan cantik lagi.” Dia memuji Pn Ayu.Pn Ayu tersipu malu.

“ hish kamu ni Mokhtar tak habis-habis dengan perangai gatal kau. Macam manalah arwah Zu suka dekat kau.”

Mokhtar tersenyum. Dia teringat akan arwah isterinya.

“ biasalah, lelaki terhangat dipasaranlah katakan. Ni siapa pula. Cucu kamu ke.” Dia menunjuk kearah Aliyah.

“ ha’ah, cucu sulung aku. Kamu seorang aje ke.”

“ takdelah. Dengan cucu juga tapi mana entah menghilang. Eh. Jomlah kita duduk minum dulu boleh sambung borak.” Mokhtar mengajak Pn Ayu dan Aliyah ke food court. Pn. Ayu memandang cucunya. Aliyah hanya mengangguk dan menolak troli ke food court. Mereka membeli minuman dan duduk disitu. Pn Ayu dan En. Mokhtar sambung berborak. Aliyah dah kebosanan. Dia mencuit Pn Ayu.

“ nek nak gi Popular kejap.” Pn Ayu mengangguk dan Aliyah bangun sambil tersenyum. Dia menunduk sedikit kearah En Mokhtar dan berlalu pergi.

“ cantik betul cucu kamu itu”

“ tengok siapalah nenek dia.” Pn ayu berseloroh

“ kamu ini tak pernah berubah. Macam manalah arwah Man suka kamu.”

Pn Ayu tersenyum. Dia teringat akan suaminya yang meniggal beberapa tahun yang lepas.

Mereka terdiam lama. masing-masing melayan diri.

“ ayu. Kau ada ingat tak dulu aku dengan Man ada cakap.” Mokhtar memecah kesunyian.

Pn Ayu mengangguk. “ mestilah aku ingat. Aku dengan Zu pun ada disitu. “

“ kau nak teruskan apa yang kita rancang tak?”

Pn Ayu terdiam lama. Dia memandang kosong dihadapannya.

“ macam mana dengan cucu kau. Dia ok ke?”

“ aku pun tak pasti. Tapi aku berkenan dengan cucu kau. Aku nak kita jadi satu keluarga.”

“ amboi sampai berkenan. Kau nak buat bini cucu atau bini kau ini.” Uji Pn Ayu.

“ hish kau ini. Buat isteri cucu akulah. Aku ni setia pada yang satu tau.”

Pn Ayu tergelak melihat kawannya.

“ aku setuju tapi kau kena jumpa sendiri dengan keluarga Aliyah sendiri. Ala macam kau pergi risik untuk anak kau dulu. Ataupun masa kau wakilkan abang man dulu untuk risik aku.” Usik Pn Ayu.

“ kau ni ayu. Kalau tak mengusik tak sahkan.”pipi mokhtar merah menahan malu. Kawannya suka mengusik dia.

“betul apa aku cakap.” Pn ayu sambung mengusik. Suka dia menyakat kawannya itu.

Aliyah memasuki kedai popular. Pantang nampak kedai buku je pasti diterjahnya. Dia mengimbas semua komik dan novel yang berada disitu. Tangannya mula penuh dengan barang yang dia ambil. Aliyah berjalan pula ke seksyen cd. Dia melihat kalau ada cerita yang menarik perhatian dia. Dia mengundur kebelakang dan tiba-tiba dia terlanggar tanpa dia sedari. Barang yang dia pegang jatuh. Aliyah lantas menunduk dan memungut semua benda yang jatuh. Orang yang dilanggarnya juga turuk membantunya. Sebelum sempat dia mengucapkan terima kasih ada suara menghalang dia.

“ jalan mengundur apa ingat ada mata dekat belakang ke?” Aliyah terhenti sebentar. Suara seperti pernah dengar. Oh my! Harap-harap bukan dia. Aliyah masih lagi menunduk tidak mengangkat kepalanya. Dia tak mahu tahu siapa dihadapannya.

“ fiya, sejak bila kau bisu.” Aliyah terus berdiri bersama bukunya. Henry menghulurkan buku Aliyah. Tidak dilupakan dengan senyuman yang terlebih gula itu. Aliyah merentap kasar buku dari tangan Henry dan terus berjalan meninggalkan Henry. Lagi lebar senyuman Henry. Memang dia perasan Aliyah ketika Aliyah masuk kedai ini. Dia mengekori Aliyah yang berada di kaunter bayar. Aliyah membuat endah tak endah dengan dia. Ketika Aliyah hendak membayar, tangannya ditepis dan Henry menghulurkan kad kreditnya. Aliyah cuba menahan tapi henry menggenggam kemas tangan Aliyah. Aliyahmenjeling dan mendengus geram. Aliyah selamba sahaja meninggalkan Henry yang di kaunter dan cepat-cepat keluar.

Henry mengekori Aliyah dari belakang. Aliyah yang sedar lagi laju dia melangkah pergi dari Henry. Dari hujung matanya dia melihat Henry masih mengikutinya sambil tersenyum, Aliyah berhenti dan terus berpusing. Akibat tindakan secara mendadak Aliyah, Henry hampir memeluk Aliyah. Nasib baik dia sempat membrek dirinya. Kalau tak confirmlah minah ni keluar silat lagi.

“ kenapa nak asyik ikut orang saja?” Aliyah mula naik angin apabila dia melihat senyuman Henry. Rasa mahu dikoyak-koyak sahaja.

“ siapa kata aku ikut kau?” dalih Henry. Aliyah berpusing dan berlalu pergi lagi. Henry mengikut dia dari belakang. Beberapa langkah Henry berhenti.

“ kalau ikut lagi saya jerit nanti.” Ugut Aliyah.

“ cubalah kalau berani. Tapi sebleum tu aku beri amaran. Kalau kau nak aku kiss kau dan announce ko bini aku cubalah.” Suara Henry kedengaran tegas. Aliyah mendengus kasar.

Telefon Henry berbunyi, dia mengangkat.

“ hello.” “ dah? Ok. Nanti Henry datang.” Henry mematikan telefonnya. Aliyah masih dihadapannya.

“ sorry sayang. Duty call. See you later.” Henry pergi meninggalkan Aliyah yang masih cuba memproses apa yang telah dia sampaikan.

Aliyah seperti tersedar dari alam fantasinya, hanya memandang Henry dari pergi. Sayang? Siapa sayang dia? Aliyah menghentak kaki dan berjalan kembali ke kafeteria mencari neneknya.

Monday, June 2, 2014

cunning love - 16



Aliyah sedang mengelap meja di cafe. Suasana cafe agak lenggang. dia berjalan dikawasan rehat,disebabkankurang customer bolehlah dia goyang kaki disitu.

“ liya.” Kak Ros memanggil Aliyah. Aliyah memandang Kak Ros dan berjalan ke arah Kak Ros.

“ kenapa?”

“ ni kamu jadi barista sekejap. Saf nak pergi break sekejap.” Aliyah mengangguk dan dia berjalan kearah kaunter. Kak Ros memanggil Saf dan menyuruhnya pergi break. Aliyah berdiri dan melihat sahaja orang lalu lalang. Disebabkan cafe tempat kerjanya berdekatan dengan balai berlepas bolehlah dia menonton drama sedih sebabak disitu. Ala bukan dia curi tulang pun. Dah memang tak ada kerja. Tiba-tiba ada suara menegurnya.

“hello.” Aliyah memandang siapa yang menegurnya. Tergamam dan tidak terkata dia. Mata coklat kemerahan memaku kearahnya seakn-akan dia memukau Aliyah agar tidak bergerak.

“ Am i too sexy in your eyes?” tegurnya lagi lalu gelak halus. Aliyahcepat-cepat tersedar dan dia mencebik.

“is that your reaction towards your customer?” Dia sambung lagi. Dah boleh nampak asap kemarahan Aliyah.

“ well, hello sir. May i take your order.” Nada Aliyah kedengaran sarkastik sahaja.

“ hmm, what would you offer to me?” dia meletakkan lengannya di meja kaunter dan memanggung kepalanya. Matanya bermain nakal dengan Aliyah. Aliyah mula tidak senang. Harap-harap dia tak cari pasal dekat sini. Dalam banyak kedai makan kenapa lah si Henry makan disini? Tak ada tempat high or low class ke dia nak pergi. Aliyan menenangkan dirinya dan menarik nafas panjang.

“ do you want coffe, tea,milkshake or carbonate drinks?” Henry mengetuk dagunya seperti berfikir.

“ coffee.”

“ cold or hot?”

“ hmm. Give me suggestion?” Henry bermain lagi. Aliyah mula memutarkan matanya. Memang sah dia nak mainkan aku!!

“ how about you takehot americano?” Henry memandang Aliyah yang sedang memaksa dirinya senyum.

“oh dear it just plain and pure black coffee.”

“ well how about cappucchino or au lait?” tangannya digenggam dan cuba menenangkan dirinya.

“ hmm i don’t want hot. How about cold beverage?”gigi Aliyah diketap kuat. Memang lelaki dia sedang cari pasal dengan dia.

“carbonate drinks? Milkshake? Or you can see the menu up here and choose.” Aliyah menunjuk menu diatas. Giginya diketap geram, memang mamat ni bawa malapetaka kalau macam ni. Makin suka Henry melihat reaksi Aliyah.

“ bila you break?” Henry mula melencong.

“ tak payah nak sibuk.” Marah Aliyah perlahan.

“ oh takapalah. Nanti saya order balik.” Henry berlalu pergi meninggalkan Aliyah yang sedang tercengang. Urgh memang menghabiskan boreh je melayan dia.

Sejam kemudian Saf masuk ke cafe dan menyambung tugasnya. Kak Ros menyuruh Aliyah pergi berehat. Aliyah keluar dari tempat cafenya, tangannya ditarik. Dia melihat Henry menarik dirinya dan mereka berjalan ke Mcd. Dia membawa Aliyah ke kaunter dan mengorder makanan. Aliyah meronta minta dilepaskan. Henry buat derk sahaja dan genggamannya diperkemas. Selepas mengambil makanan, Aliyah ditarik lagi dan mereka duduk ditempat tersembunyi. Henry duduk disebelah Aliyah dan menghalang Aliyah dari gerak dari tempatnya.Aliyah kini tersepit antara dindind dengan Henry.

“ encik Azlysham, encik memang takde kerja ke hari ini. Bukan selalu encik busy mengalahkan perdana menteri, sekarang buang tebiat ke?” sindir Aliyah.Henry hanya tersenyum mendengar sindiran Aliyah. Dia menyuakan makanan kepada Aliyah dan dia terus makan makananya. Aliyah hanya melihat gelagat Henry yang buat derk dengan dia.

“ Encik sekarang saya tengah break, kenapa encik kacau saya dekat sini? Dah takde tempat lain nak melepak ke?” tanya Aliyah lagi. Dia melihat Henry yang masih buat taktahu dengan soalan Aliyah. Aliyh menyepetkan matanya, dia melihat kecil besar je si Henry.

“ encik pekak ke? Saya cakap dengan orang pekak ke?” kesabaran Aliyah semakin menipis. Geram dia melihat gelagat Henry yang buat seperti dia tiada disitu. Aliyah mendengus kasar. Dia bangun dari kerusinya tetapi tindakannya dihalang Henry. Henry menarik lengan Aliyah supaya Aliyah tidak dapat bangun. Aliyah menarik nafas dalam. Cuba menenangkan dirinya.

“ Henry, sejak bila awak bisu dan pekak?” Aliyah mengawal suaranya agar kemarahan dia tidak terlepas disitu.

“ siapa kata aku bisu dan pekak.” Akhirnya Henry bersuara. Memang sengaja dia taknak bercakap dengan Aliyah. Dia nak Aliyah memanggil dia dengan nama yang dia suruh panggil dulu.

“ awak buat apa dekat sini?”

“ saja, aku bosan. So, aku datang kacau kau.” Aliyah cuba menahan tangannya mengetuk kepala Henry. Kepalanya sudah mula berasap. Henry melihat gelagat Aliyah dihujung matanya. Bibirnya mengukir senyuman. Dia suka melihat Aliyah kemerahan menahan marah. Seronok pula rasanya apabila dapat mengenakan Aliyah.

“ break saya dah nak habis. Saya tak makan lagi. Saya dah lapar ini”

“ tu aku ada belikan makanan untuk kau. Tak reti nak makan ke? Nak aku suapkan. Meh aku suapkan” Henry mengambil quarter pounder yang diletak dihadapan Aliyah dan membuka pembalutnya. Dengan selamba dia cuba menyuapkan burger ke mulut Aliyah. Aliyah cuba mengelak. Henry buat lagi. Matanya kelihatan bersinar ketika dia mengusik Aliyah. Dia suka perasaan itu.

“ tak apalah saya boleh makan sendiri.” Aliyah cuba mengambil burger dari tangan Henry tapi Henry melarikan burger dari tangan Aliyah. Dia melambaikan burger dihadapan muka Aliyah. Muka Aliyah semakin merah. Dia tahu apa Henry nak buat. Dia nak suap Aliyah! Gila punya laki suka buat jantung hati limpa usus buat kerja overtime.

“ aku suapkan.” Itu bukan permintaan tapi satu arahan. Aliyah menggeleng kepalanya. Gila!!tempat awam kot. Jangan buat pasal dekat sini.

“ kalau taknak aku habiskan. Break kau dahnak habiskan? Nanti kau nak sambung kerja. Lapar nanti, kesian dia nak buat kerja.” Dan itu bukan pujukan tapi satu ugutan. Dia memandang tajam kearah Henry. Lagi lebar sengih Henry melihat Aliyah menjeling kearahnya. Entah kenapa dia berasa senang dengan Aliyah. Bila dia bersama Aliyah, dia seperti berada didunia lain. Hanya dia dan Aliyah sahaja. Walaupun dia selalu keluar dengan banyak perempuan tapi semua dia tinggalkan dengan kejam. Tapi bila dia berada dengan Aliyah, dia mahu Aliyah sentiasa dengannya dan tak mahu Aliyah jauh dari dia.

“ taknak.” Aliyah mematikan lamunan Henry. Dia sedar yang mereka ditempat awam dan sekarang mereka tengah bergaduh kerana nak suapkan dan sorang lagi tak mahu disuapkan.

“ betul ini?” Henry mula mengacah. Makin merah muka Aliyah. Dia menggeleng kepalanya. Tak mahulah, gila! Tak tahu malu ke? Tempat awam ini. Berapa banyak gila daa..

‘oh kalauberdua oklah?’ otak Aliyah mula berperang sesama sendiri.

‘lagilah taknak! Entah lagi teruk dia buat nanti.’

‘dia buat apa?dia buat...’

‘ oh diamlah otak!! Kau tak membantu aku langsung!’

Henry perhatikan sahaja perangai Aliyah. Mesti sekarang dia tengah berlawan dengan perasaan sendiri. Dari reaksi muka dia tahu yang apa yang fikirkan. Comel pula. Comel? Amboi Henry pelangi + taman dan muncul dalam hati ke?

“ fiya. Hurry up. Your break time almost done. You want it or not?” Aliyah melihat jam tangannya. Lagi beberapa minit lagi sahaja masanya nak habis. Henry merapatkan burger ke bibir Aliyah. Akhirnya Aliyah membuka mulut. Kalau tak makan memang kebulur dia nanti. Boleh gila dia kalau tak makan. Selepas Aliyah menghabiskan burgernya, Henry menyuakan kentang dan juga air kepada Aliyah. Naik malu Aliyah apabila dimanjakan sebegitu sekali. Selesai semua, Henry mengelap mulut Aliyah dengan comot dengan tisu. Gaya dia memberi makan kepada budak kecil sahaja. Walaupun Aliyah cuba protes tapi setelah diugut beberapa kali barula dia mengalah.

Aliyah kembali ke cafenya, sebelum masuk, lengannya direntap sekali lagi. Dia memusingkan badannya mengadap Henry.

“ pukul berapa habis kerja?” tanya Henry.

“ tak payah sibuk.” Henry menggenggam erat. Aliyah mendesis sakit.

“ fiya.” Henry mengeraskan suaranya. Aliyah memandang Henry yang sudah berubah wajah. Macam hulk pula.

“ 3.30” jawab Aliyah.Henry melonggarkan genggamannya. Tapi masih tidak melepaskan lengan Aliyah.

“ good, nanti balik sekali dengan aku.”

“ takmahu!” bentak Aliyah.

“ don’t defy me, Fiya or you’ll be suffer the consequences.” Dia melepaskan lengan Aliyah dan berlalu pergi. Aliyah menggosok lengannnya dan melihat arah Henry meninggalkan dia.

Aliyah cuba melengahkan shiftnya daripada habis. Bukan nak cari overtime tapi elakkan diri dari balik dengan Henry. Setelah punch out, dia mengintai luar takut Henry menunggu dia disitu. Tiada sebarang bayang Henry, Aliyah senyum. Dia keluar daricafe tiba bahunya ditepuk. Terkejut dia, dia berpusing dan melihat Hasyim yang memandang dia dengan muka blur. Hisy, dia ni kalau tak terkejutkan orang tak boleh ke?

“ kenapa ada dekat sini?” Aliyah memulakan bicara.

“ tuan muda minta saya bawa kamu pulang.”

“ mana dia?”

“ dia ada emergency.” Lebar senyuman Aliyah apabila Henry tiada. Kalau boleh dia nak buat lompat bintang disitu. Gembira tak terkata, kalau boleh nak buat announcement yang si hantu tu dah balik!!! Aman dunia dia. Harap boleh berkekalan sampai minggu depan.

Mereka berdua berjalan ke parking lot, mereka masuk kedalam kereta dan Hasyim menghidupkan enjin. Tiba-tiba pintu sebelah penumpang dibuka. Henry masuk kedalam kereta dan duduk sebelah Aliyah. Bukan tadi dia kata ada emergency ke? Henry memandang muka Aliyah yang pucat. Dia menahan diri dia dari tergelak dari situ. Senyuman paling sinis diberikan kepada Aliyah. Dia nampak Aliyah gembira apabila Hasyim memberitahu yang dia ada emergency.



“ fiya? Miss me?” senyuman Henry memang tak boleh disorokkan lagi. Aliyah mengalihkan pandangan dari memandang Henry. Dia berpeluk tubuh. Urgh si hantu ni ada lagilah pula! Harapan memang tinggal harapan. Harapan....harapan menjadi layu...