>

Tuesday, January 13, 2015

cunning love 30





“hello.” Henry menjawab telefonnya.

“ tuan muda.” Suara Hasyim memanggil tuannya.Henry keluar dari bilik tidur dan berjalan keruang tamu.

“ apa dia hasyim?”soal Henry sambil melabuhkan badan diatas sofanya.

“ apa yang tuan muda dah buat?” Henry membiarkan soalan Hasyim.

“ tuan muda...” Henry diam lagi. Hasyim menghela nafas.

“ Is, dekat mana sekarang?”

“ adalah.” Akhirnya Henry membalas.

“ budak tu ada dekat situ ke?”

“ siapa?”

“ Aliyah.” Henry kembali senyap.

“ apa yang Is nak buat kali ini?”

“ make her as my wife.” Kali ini Hasyim pula terkedu.

“ maksud is....” henry cepat memotong.

“ not like that, if you thinking about it. How dirty minded you are.” Henry tergelak.

“ habis itu?” Hasyim sudah mula confius.

“ kau datang sini.” Arah Henry pula.

“ is dekat mana?”

“ ai takkan tak tahu aku dekat mana?” sarkastik nada Henry. Hasyim menghela nafas.

“ yela. Sekarang atau nanti?”

“ datang dalam satu jam. Lambat aku potong gaji.” Henry terus mematikan panggilannya. Dia sempat mendengar bebelan pembantu peribadinya.

Disana Hasyim masuk ke bilik air menyegarkan diri. Dia keluar lengkap dengan pakaian kasual t-shirt berkolar dan seluar jeans. Aqilah tersedar suaminya sedang bersiap.

“ Abang nak pergi mana?” Aqilah menggosok matanya. Hasyim senyum dan berjalan kearah katil. Dahi isiterinya dicium.

“ ayang pergi sambung tidur. Abang nak pergi kerja kejap.” Mata melirik pada jam bilik. Jam menunjukkan pukul 3 pagi.

“ kerja apa pukul 3 pagi ni?”

“ tuan muda panggil, so abang kena pergi jumpa dia.” Hasyim mengusap kasih kepala isterinya.

“ bos takde kerja ke? Dia ingat abang ni apa? Robot ke? “ Aqilah membebel memarahi Henry. Hasyim senyum melihat muncung Aqilah yang semakin panjang.

“ dah kerja abang. Dah pergi tidur balik. Tak payah hantar abang. Pergi tidur.” Hasyim membaringkan kembali Aqilah ke katil dan mencium pipi dan dahinya sebelum menutup lampu. Sempat dibisikkan nite dan love you ditelinga Aqilah.

Hasyim menghidupkan kereta dan memandu keluar dari rumahnya. Dia memandu ketempat dimana ada tuan mudanya. Dia tahu mana tuannya, bukan susah pun gps ada. Dan satu lagi, dah biasa sangat main sorok sorok dengan tuannya.

“ apa kau dah buat kali ini, mohd Azlysham Henry Iskandar?”

Hasyim memakirkan keretanya di hadapana sebuah banglo. Disekeliling penuh hutan dan sunyi. Henry berada dipintu menyambut ketibaan pembantunya. Hasyim mematikan keretanya dan berjalan kearah tuan mudanya.

“ Is..” Hasyim memulakan perbualan selepas mereka duduk disofa.

“ hmm.”

“ mana dia?”

“ tidur.”

“ apa yang is dah buat?”

“ well, nothing really. Oh by the way. Fiya setuju jadi isteri aku.” Muka Henry berubah gembira. Kelihatan ceria ketika memberitahu berita pada Hasyim.

“ siapa Fiya?” Hasyim tanya blur. Perempuan mana pula ni. Henry memandang tajam kearahnya. Matanya seperti berkata seriously-are-freaking kidding-me!!

“ Aliyah” Hasyim hanya mengangguk.

“ macam mana dia setuju?”

“adalah. Rahsia kitaorang berdua saja.” Makin lebar senyuman Henry. Henry teringat perkara yang terjadi sebentar tadi. Hasyim melihat dan membaca tingkah laku tuannya. Dia tahu senyuman tuannya mesti dia ugut budak itu. Hailah budak, welcome to my world.




Fian menonton pirate of carribean di ruang tamu rumahnya. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dia menunggu Aliyah pulang. Aliyah ada berjanji nak tidur dirumahnya. Telefonya berdering.

“ hello” Fian menjawab telefonnya. Volume tv diperlahankan.

“ hello,darling” Fian tergamam. Dia tahu siapa menelefon dia. Pantas dia mematikan panggilannya. Telefonnya berbunyi lagi. Dia biarkan dia berdering.setelah beberapa lama panggilan tidak berangkat, akhirnya 1 sms masuk.

Darling pick up your stupid phone!!! I wanna tell you about ur dear friend. U wanna hear it??

Fian kaku, dia mula tidak sedap hati. Ada sesuatu berlaku pada Aliyah ke? Ya Allah janganlah berlaku sesuatu kepada kawanku. Handphone berbunyi lagi dan kali dia menjawab.

“ hello?” Fian memulakan kata. Dia mendengar dia gelak halus.

“ finally you answering your call.”

“ kau nak apa? Kau buat apa dengan kawan aku?” Fian dapat merasakan yang dia tersengih.

“ oh nothing. I just wanna talk with you.” Fian rasa ditipu, dia hendak menutup panggilan tapi ditegah.

“ ah ah ah.. don’t you dare shut me off again. “

“ kau nak apa?” Fian membuat suara sakit hatinya.

“ i don’t like your tone but its ok. Im infront of your house. Let’s hang!”

“ are you crazy!! Sekarang dah nak pukul 1 pagi dan dah malam!” marah Fian.

“ but im bored.” Rayu Andrew lagi.

“ pergi cari orang lain.Good night”

“ no wait darling!!” Fian merapatkan kembali fon ke telinga. Naik menyampah pula melayan Andrew.

“ what!!” naik seoktaf suara Fian. Andrew menghela nafas.

“ come meet me outside. Don’t worry about your friend. She’s not coming home tonight.”

“ what do you mean? Who are talking about?”

“ Aliyah. Your dear neighbour, schoolmate, collegue. You name it.”

“ kau buat apa dekat Aliyah?”

“meet me outside darling. I give you 5 minutes.” Fian memakai tudung dan menyarung cardigannya. Dia berjalan keluar dan menuju ke kereta Andrew yang sedia terparking dihadapan rumahnya. Andrew menurunkan cermin tingkapnya.

“ come in.” Fian berdiri sahaja tidak bergerak kemana-mana. Dia menggeleng.

“ kenapa dengan Aliyah.”

“ come in first.” Fian menggeleng lagi.

“ darling don’t be stubborn right now. Come inside my car!”

“ tak nak. Kau nak bawa aku kemana?” Andrew mendengus kasar. Ya Tuhan degilnya perempuan ini.

“ fine Illi, i wont tell anything if you don’t enter...” Andrew sengaja menekan pedalnya untuk menggertak Fian. Tiba-tiba pintu kereta dibuka dan Fian cepat-cepat masuk.

“ good” Andrew mengunci pintu dan memandu pergi.

Sunday, January 11, 2015

cunning love 29




Aku terasa tangan hangat membelai pipiku.aku membuka mataku. didepan ku, dia memandangku dengan penuh misteri.

“hello, sayang.” Dia masih membelai pipiku. Aku menepis kasar dan berundur kebelakang. Aku melihat pakaianku berubah. Aku pegang kepala, tudung dah tiada.

‘siapa yang tukarkan baju aku’ desis aku. Aku menarik selimut menutup kepalaku. Dia tersenyum membawa seribu maksud. Aku menjeling dia tajam.

“ kenapa ni sayang?” dia tanya lagi.

“ kenapa aku ada dekat sini?” aku mula marah. Dia berjalan kearah ku. Aku mengengsot kebelakang.

“kk..kau jangan dekat!” aku memarahinya. Henry meneruskan langkahnya dan duduk dihujung katil.

“sayang dah lupa ke?” dia bermain kata

“ a...apa kau dah buat” mata mula berair. Bertahan Aliyah. Ini mesti mainan dia.

“ erm. Kita buat macam-macamlah.” Tersenyum. Dia suka melihat Aliyah cuak dan takut.

“ apa kau nak henry?”

Dia tersenyum dan duduk diatas katil. Dia memandang aku seperti menunggu masa untuk diterkam aja. Aku mengeratkan pegangan selimutku.

“ tak tahu lagi ke sayang?” dia masih bermain kata. Aku mula bengang dengan henry.

“ kau jangan nak main-main lah. Aku nak balik!” aku terus turun dari katil dan berlari kepintu. tombol pintu dipusing tetapi dikunci. Tiba-tiba badanku dipeluk dari belakang. Aku meronta.

“ lepaskan akulah.” Aku diangkat dan diletakkan diatas katil semula.

Aku cuba melepaskan diri tetapi dia memeluk aku dengan kejap.

“ nope until you agree to be my eternal wife.” Bisik dia ditelingaku.

Aku terkejut. Aku menolak dia kuat. Dia melepaskan aku dan aku berundur kebelakang.

“ no! I said no. Don’t you hear me before. I don’t agree with this marriage and don’t want to be your wife or lover or what so ever!”

“ are you sure about that. Is that your final decision.?”

“ yes that was my final decision. I don’t want to be with you ever!”

Dia senyum dengan penuh muslihat. Aku mula pelik. Kenapa dia senyum pula. Gila ke?

“ well this might change your mind.” Dia melempar beberapa gambar diatas katil. Aku ragu ragu mengambil gambar itu. Tergamam aku. Aku menekup mulut menahan rasa. Gambar aku dan henry berpelukan dan yang penting gambar mereka diatas katil. Cukup boleh buat skandal.mampus aku kalau parents aku tahu. Dia masih memandang semua pergerakan aku dan tersenyum. Aku mengoyak gambar ditangan ku.

“ kau nak buat apa dengan benda ni semua?” aku menahan airmata dari jatuh. Diri aku penuh dengan kemarahan. Kalau syaitan hasut mesti menang ini.

Dia menyilangkan kakinya. Like a boss.

“ well, disebabkan kau tak setuju. Aku ingat nak hantar dekat parents kau. Aku terkejut dengan apa dia cakap.

“ kau nak bunuh diri kaulah ini” aku bersandar pada sisi katil untuk mengelakkan aku jatuh. Badan aku terasa lemah.

“ well, aku cakap kau goda aku. A very seductive and little bit of feisty.”

Terbeliak mata aku. Tiba-tiba aku berjalan kearah dia. Dia memandang atas kearahku. Aku geram lalu menampar mukanya. Tetapi tanganku dihalang dan aku ditarik dalam pelukan dia. Aku meronta, memberontak macam-macam aku buat tapi tak berjaya.

“ lepaskan akulah. Kau kenapa nak seksa aku?” air mataku mengalir jua akhirnya.

“ its simple sayang. I want you to be with me as my partner, my wife and mother of my child” dia membersihkan air mata di muka ku.

Aku menolak dadanya lagi. Dia mengeratkan lagi pelukan.

“ aku kata taknaklah. Kenapa kau nak paksa aku?” aku memandangnya dengan penuh kebencian. Aku meronta dan cuba cari jalan melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Dia seperti sudah menghafal setiap pergerakanku.


“ well, i just want you and no one else. no reason needed here.” Dia menjawab perlahan. Dia mengusap ubunku lalu menciumku. Aku berhenti meronta, badan aku mula berasa penat. Emosi aku sudah tidak stabil.

“ aku bukan sesiapa pun. Takkan atuk suruh kau kahwin dengan aku, kau kena paksa setuju.” Aku cuba membuat helah dan semakin rimas dengan pelukan dia.

Dia memandang aku tersenyum dan pelukan dibetulkan. ‘ Ya memang betul tok abah suruh aku kahwin dengan dia. Kalau aku tak setuju pun tak apa. Tapi kalau dah mula tertarik nak buat macam mana kan’ Bisik hatinya.

“ just agree with the wedding sayang” dia cuba memujukku.

“ no!” aku menjerit. Kemarahan aku dah sampai kemuncak. Aku cuba melepaskan diri sekali lagi. Muka dia mula merah mungkin menahan marah barangkali. Tubuh aku didukung dan sekali lagi dicampak diatas katil. Berapa kalilah kena campak ini. Tangan aku direntap dengan sebelah tangan dan dibawa keatas, kakinya menahan kakiku dari bergerak. Aku tidak boleh bergerak. Pergerakanku dikunci. Dia merapatkan mukanya ketelinga ku.

“ kalau kau tak setuju aku akan buat kau setuju.” Bisik dia berbaur ugutan

Dia mula mencium dan bermain di leherku. Aku mula takut. Badanku mula menggigil.

“ no. Henry please. not like this.” Aku merayu. Mata airku tidak berhenti mengalir. Aku mula takut. Aku mula membayangkan bukan-bukan.

“ then what. You tell me.” Dia berhenti menciumku. Tangan dia bermain dengan bibirku. Aku mula sesak.

“ tell me, Fiya.” Suara dia berubah seakan-akan menggoda. Dia merapatkan muka kerarahku. Aku cuba memandang tempat lain. Dia memaut daguku memandang kematanya. Matanya warna coklat kemerahan memukau siapa yang melihatnya.

Aku menarik nafas. Ya allah tolonglah aku

“ tell me fiya.” Pujuknya lagi. Aku memejam mataku. Jika ini suratan jodohku aku pasrah.

“ fine. Aku setuju.” Aku berkata perlahan. Dia tersenyum lebar. Tangannya mula bermain dibibirku kembali.

“ setuju apa sayang.” Dia bertanya kembali. Mengenakan aku. Aku mengetap gigiku, geram!

“ aku setuju jadi wife. Puas sekarang?” aku menjerit geram.

Dia tersenyum kemenangan. Dia melepaskan tanganku dan bangun dari katil. Dia berjalan kearah kerusi dan duduk sambil menyilangkan kakinya. Tangan sebelah menongkat mukanya memandang aku nakal. Aku menarik selimut menyelimuti badanku.

“ don’t forget what you said.” Dia berkata perlahan. Dia mengambil dan menghulurkan air kearahku. Aku ragu-ragu ingin mengambilnya.




“ ambik ini, minum dan pergi tidur.” Paksa dia. Aku mengambil dan minum. Tangan aku masih menggeletar dnegan apa yangberlaku.

“ pergi tidur.” Arah dia. Aku menggeleng kepala, tak mahu. Takut dia ambil kesempatan. Aku bersandar di kepala katil. Dia masih duduk dikerusi memandang aku dengan penuh maksud tersirat. Tiba-tiba kepala aku berasa berat. Aku memegang kepalaku dan mataku tiba-tiba layu. Aku memandang dia dan dia masih lagi tersenyum.

“ apa kau letak dalam minuman tadi?”aku mula marah kembali. Badan aku cuba gagah bangun tapi tidak berjaya. Aku berasa lemah dna semakin lemah.

“ aku letak ubat tidur. Kalau tak kau takkan tidur.” Dia selamba berkata.

“ kau memang tak guna,henry. Kau memang..” aku rebah diatas katil.

Dia berjalan kearahku dan membaringkan serta menyelimuti aku. Dia mengusap lembut rambutku.

“ you are mine and whether you like it or not, you have to be mine and solely mine.” Ucap dia ditelingaku dan dahiku dikucup. Telefon dia berdering dan dia meninggalkan aku tidur dibilik itu. Dan dia menguncinya sebelum pergi.

“ hello.” Dia menjawab panggilan.

Saturday, January 3, 2015

cunning love 28



Henry memandang kawannya yang sedang menonton tv. Sudah sejam dia duduk terpacak disitu, boleh pula dia buat derk aje. Dari hotel tadi terus dia pecut ke rumah Andrew. Dia sudah beritahu Hasyim lokasi dia. Karang ada SWAT team cari dia kalau tak beritahu si Hasyim.

“ drew, i need your help now” andrew memusing badannya kearah kawannya. Tak pernah dia minta tolong hari ini dia minta tolong. Wow. Talak pecaya ma.

“ hui andrew min, im serious!” henry geram. Aku cakap betul-betul boleh dia ingat aku main-main.

“ ok man. What’s the problem.” Akhirnya dia mengalah. Layan sajalah dia ni. Nanti dia yang merana.

“ ok i need you to kidnap this girl”

Terkejut, tergamam, terbeliak dia mendengar permintaan kawannya.

“ are you crazy man. Why i have to be kidnapper?” andrew membantah keras.

“ i need your help. Pretty please.” Ahh mula mood persuade dia ini. Memang dia juara bab ini.

“ give me a reason.” Andrew mengalah.

“ well i can give you ten if you want. Kalau kau nak aku nyanyikan lagu just give me a reason pun boleh.” Henry tersengih. Macam nak disekeh je kawan dia ini

“ just tell me!” andrew mula bengang

“ ok.chill man. I want this girl to be my partner of life. That’s it.”

“ why don’t you asked her to be with you.”

“ well, she’s quite stubborn, a hardheaded person and she already reject me. So i want to force her to be with me.” Henry berkata selamba. Andrew mahu ketuk-ketuk sahaja kawan dia ni. Dia ingat perempuan ni mainan dia.

“ if she doesn’t love then don’t take her as your partner. There’s other who want to be with you.”

“ no. I want her. That’s final.” Henry bertegas. Dia mahu Nur Aliyah Saffiyah penyeri hidup dia.

“ henry, tell me what so special about her. Is she goddess of beauty? Smart? High class diva? Tell me” dia membetulkan kedudukan dia disofa.

Henry memegang dagunya memikirkan sesuatu. Memang tabiatnya memegang dagu apabila berfikir.

“ well, she average and nothing special. But the thing is when she’s around me, i feel something. It made me want to hug her and kiss her and caress her.if you understand what i meant”

Terkejut Andrew dengan statement Henry. Parah ni.

“ you should go hug and kiss her. And take her to bed if you want to.”

Henry geram dengan statement Andrew. Dia melempar buku kearah Andrew. Nasib baik buku nipis sahaja. Kalau tak masuk wad lah jawabnya. Andrew mengangkat tangan mengaku salah.

“ well i hug and kiss her before.” Henry berkata perlahan tapi dapat didengar Andrew. Dia mencampak kembali buku kepada Henry. Henry hanya tersengih.

“ you kiss that girl?”

“ just the forehead”

“oh yeah, just the forehead. And now you want more.” Perli Andrew.

“ drew, im serious. Please help me. I’m begging you. See.”

“ for what, so you can sleep with her?”

“ of course not. I want her to agree to be with me.and it will be happy ever after.”

“ wow. Sound like fairytale. Wake up dummy, you in real world.”

“ urgh. Andrew just trust me please. I know what i’m gonna do.” Pujuk henry lagi

“ yeah right, the last time you plan and you almost got yourself killed. You knew how horrified i and Hasyim back then.”

Henry hanya tersengih. Dia teringat dimana dia pernah ditembak oleh saingan syarikat dia dan beberapa musuh keluarga dia. Trauma Hasyim nak tinggalkan dia sorang-sorang lagi.

“ok this time my plan no one getting hurt”

“except the girl” celah Andrew lagi.

“ andrew. Could you stop being cynical. You make me as the worst person ever.”

“ yeah. You are the most worst and un-feeling human in the universe”

“ ouch, that’s hurt.” Henry pura-pura sakit.kononnya ayat Andrew menikam kalbunya.

“ yeah yeah. So what’s the plan” akhirnya dia setuju. Henry tersenyum, dia memang tahu kawan dia akan setuju dan dia perlu bagi sebab munasabah sahaja.

“ that’s my partner in crime!” henry menepuk belakang kawannya. Andrew menjeling kearah Henry. Henry mula bercerita perancangan dia.



Aliyah berjalan kearah rumahnya. Hari ini dia nekad akan beri tahu family tentang keputusan dia. Semalam selepas Fian mengambil dari hotel. Terus dia bertapa dirumah Fian. Dia menceritakan semuanya kepada Fian. Fian hanya mendengar dan mendengar segala luahan Aliyah. Otaknya seperti memikirkan dan tidak sedar ada kereta SUV hitam berhenti dihadapannya.

Aliyah terkejut dan pintu terbuka dihapannya dan dia ditarik kedalam. Aliyah tidak sempat menjerit kerana mulutnya ditutup dengan kain.

Aliyah memandang penculiknya, pandangannya mula kabur dan gelap.


“ done, let’s go.” Hanya itu yang dia dapat tangkap. Suara macam kenal tapi siapa?

Thursday, October 2, 2014

cunning love 27



“ buat apa dekat sini.” Aliyah terus bertanya kearah Henry yang masih murah hati mendermakan senyumannya.

“ datang untuk makanlah. Takkan untuk clubbing kot.” Balas Henry bersahaja. Henry menarik kerusi dan duduk dihadapannya.

“ situ bukan tempat awak. Saya makan dengan kak Qilah bukan awak.”Henry tersengih lagi.

“ well, aku ganti Aqilah date dengan kau.” Dengan selamba Henry menghirup minuman yang sepatutnya milik Aqilah.

“ sesuka hati awak je kan. Awak ingat awak siapa nak ganti tempat orang?” tempelak Aliyah.

“well, im her boss. So yeah.” Henry membalas sinis sambil mengangkat bahunya.

“ saya tak mahu date dengan awak.” Aliyah berura- ura hendak bangun.

“ awak tahu ke jalan balik?” henry tersenyum sinis. Aliyah mendengus geram. tenang Aliyah jangan biarkan dia kenakan kau.

“ tahu. Awak tak payah nak offer apa-apa.” Alah redah sajalah. Kalau dah kritikal sangat call aje Fian suruh ambil. Aliyah terus bergerak, ketika dia melintas sebelah Henry. Tangannya dipegang, Aliyah menjeling tajam kearah Henry.

“ makan Fiya. Nanti aku hantar balik.” Nada Henry berbaur arahan. Terangkat kening Aliyah.

“ nope. Tak mahu. Saya nak balik.”

“ Fiya.” Meleret Henry memanggil Aliyah. Aliyah bo layan saja.

“ kalau macam itu. Jom bincang.”

“ nak bincang pasal apa?” Aliyah memeluk tubuhnya.

“ pasal kita yang bakal berkahwin.” Aliyah mendengus kasar.

“ tak akan terjadi.” Henry mengecilkan matanya kearah Aliyah. Bakal berlaku peperangan lagi nampaknya.

“ well, it will be.”

“ it won’t!”

“ sit Aliyah Saffiyah. Don’t make me deposit you to your sit.” Aliyah memutarkan bebola matanya. Dia kembali ke tempat duduknya. Henry menyembunyikan senyumannya.

“ well, listen here Mr Azlysham Henry Iskandar! I will and never listen to your order and the wedding is off!” Aliyah mengambil beg dia dan berjalan lepas Henry. Tubuh Aliyah diangkat dan dibawa ke paha Henry. Henry memeluk kemas pinggang Aliyah.Aliyah meronta melepaskan diri.

“ ok. Now listen carefully Fiya. I will get what i want. And now I want is you.” Henry memandang tajam kearah Aliyah. Rahangnya bergerak-gerak menahan kemarahannya.

“ saya bukan patung cendana. Nak ikut aja kemahuan awak.” Bantah Aliyah, matanya dikecil sekecil boleh memandang orang dihadapannya. Dia kegeliman didalam pelukan Henry.

“ well, you bukan patung cendana tapi tunang i and my wife-to-be.” Henry meletakkan hidungnya di bahu Aliyah dan menghirup wangian Aliyah.

“ saya nak cakap bahasa apa yang awak boleh faham? Saya tak nak kahwin dengan awak. Not marry to you. Wa tak mau kawin sama lu.” Geram Aliyah. Tak faham-faham lagi ke? Henry gelak halus. Bahunya terhennjut menahan gelak.

“ kenapa pula? Aku handsome, ada duit,kareer dan kau boleh hidup senang dengan aku.” Tanya Henry pelik.

“ sebab saya tak suka awak.”

“ itu aja?” Henry mengangkat keningnya. Aliyah hanya mengangguk kepalanya sahaja.

“ tu boleh settle.”

“ saya still tak nak.” Protes Aliyah.

“ habis tu apa lagi?”

“ saya baru habis spm. Baru nak sambung belajar, lepas tu nak kerja pula. Nak jalan-jalan satu dunia baru fikir pasal kahwin.” Berkerut dahi Henry memikirkan kata Aliyah.

“ kau boleh je buat lepas kita kahwin tapi kau kena masukkan aku dalam angan-angan kau tu.”

“ sebab itu taknak kahwin!” Henry keterbelakang sedikit.

“ kau fikir aku akan kongkong kau ke?” Aliyah mendiamkan dirinya. Dia mengalihkan pandangan ke makanan dihadapannya.

“ Fiya, look at me and answer.” Aliyah masih seperti tadi.

“ Fiya, listen. If you married to me. I’m not going to control you. I want you as the way you are. Not become passive wife.”pujuk Henry.

“ sorry, henry.”

“ you wont change your mind, aren’t you?” Aliyah hanya mengangguk.

“it’s really hard to married me,huh?” bisik Henry. Aliyah menolak Henry kebelakang. Dia berdiri memandang tajam kearah Henry.

“ i’m freaking young to be married! I want to be single as long as i want. Not because my father said i have to marry you! Even you force me, i will not doing it! Saya akan bagitahu ayah saya untuk cancel benda ini semua. Jangan risau saya takkan jual nama awak. I’ll take responsibility for the act.” Aliyah berjalan keluar meninggalkan Henry yang termangu ditempat ditempatnya. Dia tidak berpaling melihat Henry. Dia tahu hatinya tidak berapa kuat nak tinggalkan dia disitu.

Aliyah berjalan keluar dari hotel. Handphonenya dicapai, nama Fian discroll dan tekan. Dia tak mahu menelefon Kak Qilah,mesti dia tengah date dengan hubby dia.

“ hello. Fian boleh tolong ambil aku tak.”

“ kau dekat mana?” Aliyah memberi alamat dan memberitahu segalanya kepada Fian. Selepas mematikan telefon, dia berjalan sekeliling hotel menunggu Fian.



Henry menggosok dagunya memikirkan sesuatu.

“ even you force me im not going to married you.” Dia mengulangi ayat yang dilontarkan Aliyah tadi.

“ hmm, that’s nice idea Fiya. Thanks.” Dia tersenyum dan menyambung makannya. Dia memandang dihadapannya, tempat yang sepatutunya tempat Aliyah duduk. Makanan Aliyah tidak diusik Aliyah tadi.

Dia memanggil pelayan suruh membungkus makanan yang tidak disentuh Aliyah.

‘ sayang nak buang. Tak boleh membazir, boleh makan dekat rumah Andrew nanti.’ Cadang dia.

Dia menghabiskan makanan dia dan membayar makanannya.







Sunday, September 21, 2014

cunning love - 26



Aliyah berjalan keluar dari tempat kerjanya. Dia berjalan menuju ke lif, sedang dia menunggu bahunya ditepuk. Dia berpaling dan melihat Aqilah berdiri di hadapannya tersenyum.

“ eh kak Qilah!” Aliyah terus memeluk Aqilah. Aqilah membalas pelukan kawannya itu.

“Liya apa khabar? Sihat? Fian mana?”

“ macam biasalah. sihat je. Fian OT hari ini.” Aqilah hanya mengangguk sahaja mendengar balasan Aliyah.

“ akak buat apa dekat sini?” aliyah ragu-ragu bertanya. Bukan kak qilah secretary mamat 3 suku ke?

“ oh tak ada tadi hal dekat sini. Ini baru nak balik.” Aqilah cuba berdalih. Dia mengekalkan reaksi muka agar Aliyah tidak mengesyaki apa-apa. Aliyah hanya mengangguk sahaja.

“ Liya nak balik ke? Meh akak hantarkan.” Tawar Aqilah.

“ eh tak apalah. Kang nanti menyusahkan pula.” Tolak Aliyah.

“ eh apa susahnya pula. Lagipun kita dah lama tak berborak. Alang palang kita boleh dekat kedai mana-mana.” Ajak Aqilah lagi. Aliyah berbelah bagi mahu ikut atau tidak.

“ kalau macam itu bolehlah.” Aliyah bersetuju dengan cadangan Aqilah. Mereka berborak sambil berjalan ke kereta Aqilah.

“ so bila result spm keluar?” tanya Aqilah sambil memandu keretanya keluar dari kawasan KLIA.

“ dalam bulan 3 nanti.” Aqilah hanya mengangguk. Mereka sepi hanya radio sahaja kedengaran. Aliyah perasan yang Aqilah bawa mereka bertentangan dengan jalan rumah dia.

“ kak salah arahlah.” Dia memandang Aqilah yang masih lagi fokus pemanduannya. Aqilah menoleh dan senyum. Dia memandang kehadapan semula.

“ akak tahu. Dah lama tak jumpa. Ingat nak pergi jalan-jalan.” Aliyah hanya membiarkan Aqilah bawanya pergi.

Tiba mereka di Alamanda, Aqilah mengajak Aliyah kesebuah butik. Dia menunjukkan beberapa dress kepada Aliyah untuk dia cuba. Aliyah menggeleng tidak setuju.

“ ala cubalah. Akak nak tengok.” Pujuk Aliyah.

“ tak mahulah kak. Lagipun nak buat apa dengan dress ni? Bukan saya ada function nak pakai dress ni bagai.”

“ ala itu akak tahulah. Liya try aje,bukan kita nak beli pun.”

“ tapi kak...”

“ sudah jangan degil. Tukar ajelah. Akak nak tengok.” Aqilah menolak Aliyah masuk ke bilik persalinan. Sempat lagi dia memberi semua baju kepada Aliyah untuk dicuba. Aliyah memperagakan semua baju yang dipilih Aqilah. Aqilah hanya memberi reaksi tidak puas hati wajahnya sahaja.

Tiba – tiba telefon Aqilah berdering, dia meminta diri sebentar. Aliyah berjalan sekeliling butik. Dia melihat sebuah dress yang menarik perhatiannya. Dia mengambil dress berwarna scarlet. Dia menggayakan pakaian dihadapan cermin. Cantik. Bisik Aliyah. Dia terdengar orang terkejut dibelakangnya. Dia berpaling dan melihat Aqilah yang tergamam disitu dan dia menjadi patug cendana tidak berbayar.

“oh my god! Masya Allah! You look gorgeous liya!” puji Aqilah. Aliyah sudah merah mukanya menahan malu.

“ biasa ajalah kak ni.” Aliyah menenangkan dirinya. Betul ke apa yang kak Qilah cakap? Entah-entah nak hati sahaja.

“ betullah Liya. Meh akak belanja beli dress ini.”

“ eh tak apalah. Tadi kata nak try saja.” Tolak Aliyah.

“ no i insist. Lagipun Liya,sebenarnya hubby akak ada reserved dinner tapi dia terpaksa cancel sebab ada emergency. Dia dah bayar deposit dah. Sayanglah kalau tak pergi. akak ingat nak bawa liya makan disitu.”

“ apa kaitan dengan dress ini pulak?” Aliyah mula pelik.

“ liya,restoran itu dah tetapkan dress code kalau mahu masuk. That’s why i want to buy you this dress.”

“ ala kak, liya tak biasalah nak pergi tempat macam itu.” Tolak Aliyah lagi. Lecehlah pergi dinner macam tu.

“ pleaselah, Liya sekali saja. Akak tak sampai hati nak cancel. Yang ni Liya tak perlu keluar duit pun. Semua akak tanggung,please.” Aqilah mimik sedih. Aliyah menghembuskan nafasnya. Serba salah dia nak menolak pelawaan Aliyah. Aliyah akhirnya mengangguk setuju. Melompat Aqilah bila Aliyah setuju, Aliyah hanya tergelak sahaja melihat gelagat temannya.

“ tapi kak takkan nak pakai baju ni terus. Liya dahlah baru habis kerja. Melekit badan ni.” Aqilah menggosok dagunya memikirkan sesuatu.

“ tak apa nanti kita singgah hotel, mandi dekat situ and siap-siap dekat situ juga.”

“ takkan semata-mata nak tukar baj, tempah hotel bagai.”

“ haip! Dah jangan banyak cakap. Ikut saja.”

“ yelah.” Aqilah mengambil pakaian Aliyah dan pergi membayarnya. Aliyah mengikut sahaja Aqilah membawa mereka berjalan. Aqilah menempah sebuah bilik dan Aliyah terus membersihkan dirinya. Setelah dia solat dan bersiap, Aqilah memakaikan mekap kepada Aliyah. Aliyah cuba menolak, setelah didesak beberapa kali siap guna ayat ‘ala hari nikan ladies night, so kena tip toplah’ barulah Aliyah mengalah. Setelah Aliyah bersiap, Aqilah mengarah Aliyah pergi dulu. Aliyah pelik.

“ kenapa tak gerak sekali je?” berkerut dahi Aliyah. Aqilah tersenyum.

“ akak takut nanti cancel pula. Jadi Aliyah pergi dulu ye. Dekat bawah ini aja.” Paksa rela Aliyah pergi ke tempat yang dicakapkan Aqilah. Aliyah dibawa pelayan ke tempat duduk mereka. Aliyah ditempatkan di sebuah bilik yang lagi private. Pelayan menarik kerusi untuk Aliyah duduk. Pelayan juga berpesan yang makanannya akan tiba sebentar saja lagi. Aliyah hanya mengangguk. Mungkin suami kak Qilah yang arrange semua ini. Makanan Aliyah pun tiba tapi Aqilah tidak muncul juga. Aliyah menunggu lagi. Dia menghabiskan masa menunggunya dengan bermain games di handphonenya. Pintu dibuka dan kepala Aliyah terangkat. Terkejut dia melihat orang yang berada di muka pintu. Matanya melirik gerakan selamba orang yang duduk dihadapannya. Tidak dilupakan juga senyuman manisnya.



“ Assalamualaikum darling.” Terasa berpusing kejap dunia Aliyah. Kenapa dia?

cunning love- 25



Aliyah menghempas segala kerjanya disingki kerja. Mulutnya terkumat kamit memarahi sesuatu. Semua pekerja cafe perasan dengan perubahan Aliyah tapi tiada siapa yang berani tegur. Pabila dia teringat Henry lagi tinggi amarah dia.

“ gila punya orang. Nak kahwin sangat pergilah cari sendiri. Yang pergi kacau aku buat apa?” Aliyah membebel seorang diri sambil membasuh. Bahunya ditepuk. Hampir terlepas cawan yang dia pegang. Dia berpusing dan melihat Fian sedang tersengih.

“ kau apahal Fian. Nasib baik tak pecah cawan ni.” Fian buat muka tak bersalahnya.

“ dah kau tu, hangin tak tentu pasal apasal?” Aliyah diam dan kembali melakukan kerjanya.

“ ni mesti kes laki tu kan?” tembak Fian. Aliyah menjeling tajam kearah Fian. Fian tahu tekaan dia betul.

“ kau dah jumpa dia ke suruh dia cancel?” tanya Fian. Aliyah hanya memuncungkan mulutnya dan mengangguk sebagai jawapan.

“ Dia kata apa? Dia setuju ke?”

“ kau tahu Fian. Dia pergi setuju dengan cadangan atuk dia! Gilalah dia tu.” Marah Aliyah. Teringat Henry lagi membara dia.

“ habis kau nak buat macam mana. Lagipun itu wasiat terakhir arwah keluarga dia.”

“ aku pun tak tahulah.”

“ Liya!” Aliyah dan Fian pusing dan melihat Kak Ros berdiri di pintu.

“ pergi break.” Arah Kak Ros lagi. Aliyah mengangguk. Dia menyiapkan kerjanya dan keluar untuk break. Sebelum dia keluar, dia melambai kearah kawannya. Aliyah berjalan kearah lif, tiba-tiba tangannya ditarik. Dia melihat Henry berjalan kearah tempat kapal terbang berlepas. Aliyah meronta untuk dilepaskan dan Henry menggenggam kemas tangan Aliyah. Setiba disana dia melepaskan tangan Aliyah. Aliyah mengurut tangannya dan duduk dikerusi disitu. Jauh dari Henry.

Henry tersengih dan sengaja duduk disebelah Aliyah. Aliyah mendengus kasar. Mereka mendiamkan diri. Tiada siapa memulakan bicara. Disitu agak lengang. Kalau adapun cleaner, itupun hujung sana.

“ nak apa? ” Aliyah mula bertanya.

“ saja bawa kau tengok permandangan.” Dari hujung mata Henry, jelas melihat kegeraman Aliyah. Bila-bila masa sahaja dia boleh kena pelangkung.

“ baik tak payah.” Aliyah bangun dari situ. Henry cepat-cepat menarik tangan Aliyah dan menariknya duduk kembali. Aliyah menggoyangkan tanganya agar Henry melepaskannya. Tapi dia buat bodoh sahaja. Akhirnya Aliyah diam memeluk tubuh.

“ kau nak apa Henry?” tanya Aliyah lagi. Matanya menjeling Henry.

“ tak boleh ke aku lawat bakal isteri aku?” Aliyah mendengus kasar. Henry memandang luar.

“ bila masa aku jadi bakal isteri kau?” sinis Aliyah bertanya kembali.

“ habis kerja pukul berapa?” Henry menukar topik.

“ bukan urusan kau.” Tegas Aliyah. Dia masih memandang kapal terbang disitu. Henry mengeluh. Keras kepala betul.

“ nak makan tak?”

“ nak pergi makanlah ni.” Aliyah terus bangun tapi Henry pantas menarik tangan Aliyah duduk kembali. Aliyah cuba melepaskan dirinya dari Henry tapi tidak berdaya.

“ lepaslah.” Ronta Aliyah.

“ aku ikut sekali.”

“ tak payah!” bantah Aliyah.

“ kalau macam itu, duduk dekat sini sampai kau habis break kau.” Ugut Henry.

“ tak kisah.” Dengan selamba Aliyah membalas. Mereka duduk diam disitu. Masing-masing diam seribu bahasa. Henry menjeling sekilas Aliyah disisinya. Dia tahu Aliyah tidak selesa dengan dia disitu. Dan dia tak tahu kenapa dia nak bersama dengan Aliyah sekarang. Walhal kerja dekat office bertimbun dan dia pasti setiausaha akan cari dia nanti.

“ tuan muda.” Suara lelaki mematikan lamunan dan kebisuan antara Henry dan Aliyah. Mereka berpaling dan melihat Hasyim berdiri disebelah. Dari mana dia datang pun tak tahulah. Aliyah melihat jam tangannya. Dia bangun. Henry memegang tangan Aliyah, jangan pergi.

“ masa break dah nak habis.” Senada Aliyah berkata. Hasyim menyuakan plastik KFC kepada Aliyah. Aliyah hanya memandang sahaja plastik disuakannya.

“ kenapa?” tanya dia kepada Hasyim. Hasyim hanya berdiam diri dan memberi isyarat suruh ambil.

“ untuk kau. Tak payah banyak tanya, ambil sahaja. Tak sempat letak racun pun.” Henry menyampuk. Aliyah teragak-agak mengambilnya. Dia terus pergi meninggalkan Hasyim dan Henry disitu.

Hasyim memandang tuan mudanya yang masih memandang arah Aliyah walaupun dia sudah pergi.

“ tuan muda.” Hasyim teragak memula kata. Henry mengeluh halus. Dia memandang kehadapan kembali.

“ duduk syim.” Hasyim mengikut arahan tuannya. Mereka berdua diam sejenak, Henry menyambung lagi.

“ apa yang aku patut buat lagi. Dia tak nak dengan aku. Aku cakap baik atau teruk pun still dia tak nak juga.” Henry mengeluh.

“ aku nak bantah cadangan Tok Abah. Aku tak dapat nak tunaikan amanat papa. Tapi bila aku nampak Fiya. Aku jadi kaku. Jadi macam patung dan tiba-tiba aku nak dia. Pelik kan?” luah Henry. Dia memaksa dirinya gelak. Hasyim membiarkan tuannya bercakap lagi.

“ you know hasyim she’s not pretty like other i’d been seen and she’s totally not perempuan melayu terakhir.” Gurau Henry. Hasyim gelak sedikit apabila mendengar statement tuan mudanya.

“ but.. there’s something in her that make me like her. I don’t know Syim. She’s cute, adorable and funny. Dan kau tahu setiap kali aku buat dia marah, aku rasa macam seronok.” Hasyim melihat sahaja tuannya berseronok bercerita tentang Aliyah.

“ sekarang tuan muda nak buat macam mana supaya dia setuju?” tanya Hasyim setelah dia habis mendengar segala luahan tuan mudanya.

“ aku ada plan.”

“ kalau tak jadi macam mana.” Hasyim ragu-ragu bertanya. Henry menjeling tajam kearah Hasyim. Hasyim terkedu disitu.

“ kalau tak jadi aku ada plan B. Jangan risau aku ada plan sampai Z.” Henry tersenyum megah dengan rancangan yang direncananya.

“ ok kalau macam tu. Apa plan A tuan muda?”

“ ok. Plan aku ialah nak gantung kau dekat kapal terbang tu dulu.” Selamba sahaja Henry sambil menunjuk kapal terbang dihadapannya. Hasyim ke terbelakang sebentar. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

‘dah kenapa gantung aku masuk dalam plan dia.’

“ er..tuan...” tak sempat Hasyim berkata, Henry sudah menghadiahkan pandangan tajam menikam kalbu gitu kepada dia. Tangannya digenggam kemas. Turun naik halkum Hasyim melihatnya.

“ sorry is. Sambung..sambung.” Hasyim tersengih dan menggayakan tangannya menyuruh tuannya menyambung lagi.

“ bagus. Aku perlukan Aqilah disini. Kau pergi telefon dia cakap dengan dia suruh datang sini. Tinggalkan semua kerja yang dia tengah buat sekarang.”

“ sekarang ke?”

“ yelah takkan tahun depan kot?” sinis Henry membalas.

“ er.. tapi sekarang dia dalam mood membunuh.” Serba salah Hasyim hendak menelefon isterinya.

“ dah kenapa dia tu?” Henry sudah membuat muka.

“ er...is dah lupa ke. Yang is selamba saja tinggalkan kerja macam itu, office tadi pun bersepah is buat. Dan hilang macam itu aja. Tak pesan dia apa-apa. Hanya cakap nak pergi lunch aja.” Hasyim mengurut lehernya.

‘haiya. Janganlah disuruh aku pula. Tak mahu nak mengadap amuk dia.’

“ ala kau call aje. Dah okey dah tu.” Arah Henry lagi dengan selamba badaknya. Hasyim dengan paksa rela dia menelefon isterinya. Setelah beberapa dering panggilannya disambut, Hasyim menarik nafas.

“ assalamualaikum ye kenapa bang?” Aqilah menjawab panggilan.

“ waalaikumsalam. Er.. sayang busy ke?” Hasyim sudah tidak keruan. Dia memandang tuan mudanya meminta tolong. Tapi dia boleh buat bodoh je. Akan ku sekeh kepala tuan muda aku suatu hari nanti.

“ agaklah, kenapa?”

“ er, tuan mudasuruh datang KLIA sekarang. Dan dia suruh tinggalkan semua kerja yang sayang tengah buat.” Dalam satu nafas dia menyampaikan arahan tuannya. Tiba-tiba senyap. Hasyim dah mula pelik.

‘ ai takkan bini aku dah letak telefon?’ dia mendengar kembali deruan nafas Aqilah.

“ oh, boss ada dekat situ ye bang?” tiba-tiba badannya merasa sejuk semacam.

“ ya”

“ boss suruh pergi KLIA ye?”

“ya”

“ boss suruh tinggalkan kerja ni semua?”

“ ya”

“ boss tak bagitahu kenapa?”

“ tak”

“ boss ada cakap tak dia ada appointment hari ini?” Hasyim memandang Henry. Dia tahu Henry dengar apa Aqilah kata. Buat loudspeaker memanglah. Henry hanya mengangkat bahu sahaja.

“ tak.”

“ boss lupa nak bagitahu sayang ke yang dia nak lunch sampai ke malam?”

“ ya.”

“ boss sengaja ke sepahkan office dia?” Henry hanya mengangguk.

“ er..ya?” tiba-tiba Henry merampas handphone dari tangan Hasyim.

“ Aqilah just do what i’ve said. Come here and don’t say another word.” Dengan selamba Henry mematikan telefon dan memulangkan handphone kepada Hasyim. Hasyim terkebil-kebil melihat selamba tuannya. ‘ habislah dia kena dia isterinya membebel lagi.’

“ Relaxlah hasyim. Ok sambung dengan perancangan aku.” Henry menyambung kembali perancangannya.

































Wednesday, September 10, 2014

cunning love-24




Henry menyiapkan kerjanya yang telah diberikan oleh Aqilah. Hari ini jadual kerja dia padat, terlalu padat sampai terseksa pula rasanya. Pintu biliknya dibuka kasar. Aliyah menghempas tutup pintu bilik Henry. Aqilah sempat juga masuk bilik Henry sebelum dihempas Aliyah. Dia berhenti membuat kerjanya melihat Aliyah yang sedang marah dan setiausahanya yang tak tahu hendak buat apa. Dia memberi signal agar Aqilah keluar, Aqilah pada mulanya seperti tidak mahu tetapi pandangan mata Henry cukup membuat dia keluar dari situ. Henry menyandarkan diri kepada kerusi, pen bermain di tangannya. Dia hanya memerhati tindak tanduk Aliyah.

“ nak apa?” Aliyah memandang tajam kearah Henry.

“ takkan tak tahu lagi?” putar Aliyah sambil menarik kerusi dan duduk dihadapan Henry. Henry menjongkit keningnya.

“ aku kena tahu apa?” Henry menyembunyikan senyumannya. Dia tahu apa yang Aliyah cakapkan.mesti pasal kes kahwin itu.

“ kenapa atuk awak datang rumah saya semalam?”

“ bila atuk saya datang?” Aliyah mendengus kegeraman. Rasa nak diluku saja mamat 3 suku ini.

“ semalamlah. Takkan tak tahu kot.”

“ dia datang pasal apa?” Aliyah mula naik darah.

“encik jangan cari pasal dengan saya ye. Kenapa atuk encik datang rumah saya untuk pinang saya untuk encik?”

“ mana aku tahu kalau tok abah datang meminang kau.” Henry masih lagi tenang dikerusinya.

“ hello, dia atuk awak. Yang kena kahwin dengan saya awak bukan orang lain. Takkan tak tahu lagi.” Nafasnya mula tidak teratur. Suaranya mula naik seoktaf, silap-silap lepas ini satu bangunan dengar mereka bergaduh.

“ kau setuju jelah apa susah” terbeliak mata Aliyah. Memang rasa nak flip meja rasanya. Eh tak rasa nak flip si mamat ni rasanya.

“ jangan nak cari pasal dengan saya ye. Kenapa saya kena kahwin dengan encik? Encik pergi suruh awek encik kahwin dengan encik. Lagipun saya bukan suka kahwin dengan encik dan encik bukan encik suka saya pun.”

“ ala mana kau tahu. Entah-entah kau kahwin dengan aku, kau jatuh cinta dekat aku macam novel melayu yang kau baca itu.” Dia teringat novel yang Aliyah beli semasa mereka terserempak dulu.

“ tolong sikit, itu fantasi dan ini realiti. Lagipun saya baru habis belajar dan tak ada apa-apa. Saya tak mahu terikat dengan encik.”

“ yeah..yeah.. apa-apa pergi cakap dengan tok abah aku. Aku tak ambil port.”

“ encik tak ambil port! Amboi sesedap doremi je. Dengar sini encik, encik pergi cakap dengan atuk encik yang encik tak setuju dan cancel this whole stupid arrangement!!”

“ why don’t you ask your family to disagree all of this?”

“ sebab tak bolehlah saya suruh encik cancel. Kalau tak, takdenya saya datang sini.”

“so you want to abort this?”

“ yes.” Aliyah berharap Henry setuju dengan permintaannya. Henry melemparkan senyum dan membalas.

“ nope. Just move it on. It would be nice if you become my wife.” Tercengang Aliyah. Dia menghentak tangannya ke meja Henry. Henry terkejut dengan tindakan drastik Aliyah. Dia berundur sedikit. Mana tahu kalau Aliyah berniat nak campak semua barang dekat dia.

“ no! I won’t become your wife. If you are the last person on earth, i’ll never choose you.” Kata Aliyah sedikit sebanyak mencabar Henry.

“ careful, sweetheart. Your word might bite you back if not careful.” Suara Henry berubah keras. Aliyah mula takut, dia cuba mengumpul kekuatan melawan Henry lagi.

“ encik Muhammad Azlysham Henry Iskandar, dengar sini. Saya takkan TAK AKAN kahwin dengan awak.”

“ cik Nur Aliyah Saffiyah, kau akan menjadi isteri aku.” Henry memandang tajam kearah Aliyah.

“ no i said no! Read my lips it N-O no!”Aliyah berjalan menghentak kakinya keluar dari situ. Aliyah sempat lagi menghempaskan pintu pejabat Henry.

“ whatever you said sweetheart. In the end your gonna be mine.” Henry menenangkan fikirannya kembali. Dia teringat kembali wajah Aliyah yang begitu marah dengannya dan Aliyah membantah cakapnya. Pintu bliknya diketuk dan kelihatan pembantunya masuk dan duduk dihadapannya.

“ erm, is..” hasyim ragu-ragu hendak bertanyakan hal Henry dan Aliyah. Henry hanya memandang Hasyim. Hasyim menyambung.

“ setuju ke dengan cadangan Tan Sri tu.” Henry mengeluh. Dia pun tak tahu apa dia dah buat. Sepatutnya dia ikut sekali Aliyah bantah Tok Abahnya punya rancangan tapi bila Aliyah cari pasal dengan dia, dia rasa lain. Dia nak Aliyah.

“ aku pun tahulah.” Henry mengurut dahinya.

“ tahukan yang is punya pertunangan minggu ni.” Henry terdiam lagi. Apa lagi harus dia buat.

“ aku tak tahulah Syim. Ada masa aku nak dia, lepas dah jumpa dia aku kacau dia sampai dia benci aku.”

“mana is tahu dia benci is.”

“ her eyes said it. Bila aku dekat je mesti dia rasa menyampah. Mesti dah berjuta maki seranah dia cakap belakang aku.” Henry gelak terpaksa.

“ so pikatlah dia sampai dia suka is. Ala bukan susah pun macam is suruh saya tackle bini saya dulu” Cadang Hasyim. Melebar senyuman Hasyim kepada tuan mudanya. Dia teringat kenangan dia dipaksa berkenalan dengan setiausaha Henry, ingat senang ke nak pikat perempuan. Payah wo...

Henry mengecilkan matanya. Dia tahu Hasyim sedang memerlinya. Ingat dia boleh lupa penderitaan yang dia buat dekat Hasyim diluar negara dulu.

“ kalau aku tak kenal kau, aku tak tahu kau nak balas dendam.” Hasyim hanya tersengih sahaja.

“ dahlah malas aku nak layan. Pergi dapatkan jadual kerja Aliyah. Lepas itu kau suruh Aqilah masuk.” Hasyim masih lagi dengan sengihannya dan berjalan keluar. Beberapa saat kemudiaan Aqilah masuk pula.

“ ya, boss” Aqilah bersedia menerima arahan dari majikannya.

“ tempahkan saya satu meja direstoran biasa. Untuk malam esok dan kosong jadual saya untuk minggu ini dan bawa kepada minggu depan. Lagi satu nanti bawa semua fail yang perlu disubmit minggu ini.” Aqliah menggangguk dan mencatat arahan Henry.

“ada lagi?” Henry berfikir sebentar.

“ tak ada rasanya. Awak boleh keluar sekarang.” Aqilah seperti ragu-ragu, dia hendak bertanyakan sesuatu kepada bossnya. Serba salah pun ada juga. Karang dikata jaga tepi kain orang pula.

“ ada apa lagi Aqilah?”

“ erm, tadi pasal apa dengan Aliyah boss.”

“ dia bakal isteri saya.” Ternganga Aqilah mendengar jawapan pendek Henry. Aliyah nak kahwin? Dengan boss yang sadis ni. Woww!! Interesting.



“ada apa lagi Aqilah?” Aqilah cepat menggeleng kepalanya dan meminta diri dari situ. Henry kembali mood bekerjanya. Luar nampak dia tak kisah tapi dalam siapa yang tahu..