Aliyah duduk di perhentian bas. Dia kelihatan berserabut. Keadaan di perhentian bas sunyi dan tiada orang disitu.
‘ mana cukup hutang nak bayar ini?’ rungut dia. Aliyah teringat beberapa hari sahaja tinggal untuk dia melunaskan segala hutang piutangnya. Dia mengambil handfonnya dan mendail nombor Henry. Panggilannya tidak disambut, dicubanya sekali lagi. Tidak berjaya. Setelah 10 kali missed call, Aliyah geram + bengang.
‘mana mamat ini. Tak reti angkat fon ke? Fon pergi campak dekat longkang ke?’ dia membebel sendirian. Tangannya digenggam dan dihayunkan laju gaya menumbuk orang. Nasib tiada orang masa itu, kalau tak, malu seh. Handphone berdering dan dia melihat siapa menelefonnya. ORG GILA aka AZLISYAM ISKANDAR. Aliyah menarik nafas.
“hello.” Aliyah memulakan perbualan.
“ hello. Siapa ini?” tanya Henry. Dia berasa pelik siapa yang missed call sampai 10 kali.
“erm ini Azlisyam Iskandar ke?”
“ ya dan siapa ini?”
“erm saya Aliyah.”
“ nak apa?”
“ sebenarnya saya..” Aliyah ragu-ragu. Dia menarik nafas panjang dan menyambung.
“ saya nak minta panjangkan tempoh bayar hutang ataupun saya nak bayar ansur-ansur.”
“no.” Pendek sahaja jawapan henry.
“ encik bolehlah. Saya merayu. Saya bukan taknak bayar tapi saya nak minta encik panjangkan tempoh bayar hutang itu sahaja.”
“no.”Aliyah berasa hangin. Rasa macam nak masak-masak sahaja si mamat ini. Orang dah terdesak macam nak mati boleh dia buat derk sahaja.
“encik saya merayu ini....” Henry memotong. “no”
okay 3kali no. Ini tak boleh jadi memanglah aku dah peduli.
“ kau ini. Aku minta elok-elok. Cuba kau bertimbang rasa sedikit. Aku bukan tak nak bayar. Tapi aku nak panjangkan tempoh. Dahlah bagi sebulan, nak orang bayar habis terus. Cuba encik fikir kedudukan saya.” Aliyah mula marah. Sudah hilang kesopanan dan kesusilaan dia tadi. Henry gelak perlahan. Memang sengaja cari pasal dengan perempuan itu.
“ ada aku kisah. Sudah aku ada banyak kerja. Dari aku melayan kau baik aku sambung kerja. Jangan lupa hujung minggu ini. Bye.” Henry mematikan telefon. Aliyah terkedu dan melihat skrin phonenya. How dare hung up on me? Hish berserabut kepala.
Bas berhenti di hadapan Aliyah. Aliyah bergerak menaiki bas dan menuju ke tempat kerjanya.
Henry tersenyum melihat Iphonenya,seronok dia mengenakan orang. Tak sangka Aliyah tidak lupa dengan janji mereka. Henry memutarkan pen ditangannnya dan membelek failnya. Pintu biliknya diketuk dan Aqilah masuk setelah Henry menyuruhnya masuk.
“ bos saya nak ingatkan bos ada shooting dalam masa 30 minit dekat studio S.” Aqilah membaca notenya kepada Henry. Henry terkejut dan tergendala segala kerjanya. Dia mencapai telefonnya dan menelefon Hasyim.
“ Hasyim siapkan kereta dan ambil aku dalam masa 5 minit.” Laju sahaja Henry mengeluarkan arahan. Dia mencapai kotnya dan berjalan melulu keluar dari pejabatnya. Aqilah hanya melihat dan menggelengkan kepalanya. Dia mengemaskan meja kerja Henry dan kembali ke tempat kerjanya.
----------------------------___________________________________--------------------------
Andrew dudduk disudut kafeteria yang terpencil. Dia merenung kearah Fian yang seronok berborak dengan seorang lelaki. Tangannya dikepal geram dan matanya dah mula berbola api cemburunya. Kalau dia sepupu sepapat Superman memang dia laser sahaja lelaki itu. Lagi lama dia tengok lagi berasap dia disitu. Andrew berjalan kearah Fian. Langkahnya terhenti apabila melihat Aliyah tiba disitu dan mengambil duduk di sebelah Fian. Dia membatalkan niatnya, kembali duduk semula.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aliyah duduk disebelah Fian. Didepannya Redza yang sedang menghabiskan minumannya.
“ wei korang buat apa disini?” Aliyah memulakan perbualan. Mata Redza memandang atas dan dia mencebik sinis.
“ la tak nampak ke kita orang tengah goreng pisang ini.” Perli Redza. Fian hanya ketawa sahaja. Bebola mata Aliyah diputar keatas. Sengaja dia tanya walaupun dia tahu mereka tengah makan.
“ aduh mananya goreng pisang itu sik.” Seloroh Aliyah. Dia dan Redza memang selalu bergurau kasar.
“ ada. Mau sik aku ambikkan?”
“boleh aja kalau kau mau bah”
“ bila den pikir balik. Maleh den nak poi ambik. Kau poi sondirilah.”
“ ala mu ni. Kedekut sokmo.” Fian dah gelak tak ingat dunia. Segala longhat diaorang bantai. Entah betul atau tidak.
“ sudahlah korang kalau mengarut memang tak habis.” Fian menghentikan perbualan Aliyah dan Redza. Mereka berdua hanya tersengih. Fian menyambung.
“ awal kau datang hari ini.”
“ ala aku datang awal salah, datang lambat kena perli. Macam mana ini” Aliyah mencebik geram. suaranya sayu sengaja dibuat buat.
“ bukan perli tapi kenyataan. Selalu kau buat rekod datang lambat. Lepas ini kau nak buat rekod datang awal ke.” Redza menyampuk. Aliyah tersengih, dia tahu memang dia selalu buat rekod datang lewat. Fian hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
“ sudahlah korang malas aku nak layan. Aku nak pergi toilet.” Fian berlalu jalan ketoilet. Aliyah menyambung kembali berborak dengan Redza.
Seusai Fian di toilet. Dia bergerak kembali tempat keberadaan kawannya tadi. Tiba-tiba tangannya ditarik. Fian menoleh dan melihat Andrew dihadapannya.
“ Illi.”Andrew bersuara. Fian merentap kembali tangannya. Gagal. Andrew menarik Fian ke sebuah lorong sunyi. Dia menolak badan fian kedinding dan menguncinya dari bergerak. Fian menolak badan Andrew tapi hampa.
“lepaslah.” Fian meronta lagi
“ Illi.” Andrew pandang mata hitam Fian. Andrew cuba memegang pipi Fian tetapi ditepis kasar. Tangan Fian masih digenggam erat.
“ kau nak apa lagi.”
“ you’re mine. Remember.”
“ kau siapa? Kau bukan siapa-siapa” Fian mula marah.
“ don’t tempt me, Illi.” Sambung Andrew. Dia teringat gelak tawa Fian dengan lelaki tadi. Api cemburunya meninggi.
“ jangan nak cari pasal dekat sini boleh. Blah boleh tak!”
“ Illi, who’s that guy.”
“ itu bukan urusan kau. Aku bukan milik siapa-siapa? Lepaskan akulah.” Muka Andrew merah menahan marah.
“ illi answer me.”
“ lepaskan aku.lepaskan akulah gila.”suara Fian naik seoktaf dan tangannya Fian digenggam erat lagi.
“ what did you say?”
“ kau pekak ke? Aku kata..” Andrew mendiamkan Fian dengan bibirnya. Lama. Fian mula menolak dan Andrew mengeraskan tubuhnya. Tangan Andrew diletak dipinggang Fian. Andrew melepaskan Fian. Fian terduduk diatas lantai. Dia cuba mencerna apa yang berlaku. Andrew hanya melihat sahaja dan dia mengukir senyuman yang menyembunyikan seribu maksud. Dia mencangkung ditepi Fian.
“ Illi, don’t try to tempt me again. And never forget that your mine.” Andrew kembali berdiri dan terus berjalan meninggalkan Fian yang terduduk dibawah. Fian hanya melihat sahaja Andrew pergi. Matanyan bertakung dan tangannya dikepal geram.
“ min, you such a jerk.”
No comments:
Post a Comment