Fian yang tengah sedap melihat lawak Jozan dalam Raja Lawak tiba-tiba rumahnya dirempuh Aliyah.
“ Fian!!” jerit Aliyah dan meluru masuk kerumah Fian. Dia dengan selamba duduk disebelah Fian. Fian hanya memandang tindakan drastik jiran baiknya.
“ assamualaikum” perli Fian. Aliyah hanya membiarkan sahaja perlian Fian. Mukanya kelihatan risau, gayanya sudah berserabai macam orang ‘bahagia’ pula.
“ fian” Aliyah memanggil fian lagi. Tangannya menarik tangan fian dan dihayunkan kiri kanan. Suaranya sayu dan gelisah. Seperti orang dalam kesusahan.
“awat?” fian bertanya pelik. Dah kenapa kawan dia ini? Gelisah tak tentu pasal.
“ orang itu hantar surat saman dekat aku.” Fian blur. Surat saman? Siapa yang kena saman? Aliyah?
“ kenapa?” Fian bertanya pelik. Mata Aliyah mula bertakung. Dah sudah, jangan ada drama sedih dekat sini sudah.
“ kau ingat tak orang yang aku langgar dulu? Yang aku pernah cerita dulu.” Fian hanya mengangguk.
“ini dia hantar surat saman dekat aku. Aku dah bayar dekat dia tapi dia still hantar surat saman dekat aku.” Aliyah menghulurkan suratnya kepada Fian. Nasib baik Aliyah yang mengambil surat itu, kalau ibunya yang ambil habis masak salai dia lepas ini. Fian mengambil surat lalu membacanya. Dia tergamam.
“ kalau kau dah bayar macam mana dia boleh hantar surat saman dekat kau. And lagi satu, setahu aku hari itu kau cerita dia hanya tahu nama kau sahaja, macam mana dia tahu alamat rumah kau.” Fian membaca sekali lagi surat itu dan tidak percaya.
“ aku bayar,Fian. Aku bayar separuh sahaja. Aku nak minta bayar ansur-ansur dia taknak. Dia nak full by end of this month. Aku mana ada duit banyak itu. Kau tahu aku keluarkan semua gaji aku bayar ganti rugi dia tahu.” Aliyah mula menangis. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Otaknya blur.
“ habis macam mana dia tahu alamat rumah kau ini?” aliyah menggeleng kepalanya tidak tahu.
“ kau tak cuba slowtalk dengan dia.” Fian menyambung lagi.
“ sudah. Aku dah cuba banyak kali sudah. Dia asyik cakap no,no,no. Itu sahaja. Dia fikir tentang diri dia sahaja yang aku ini, dia biar sahaja.” Fian mula berasa marah. Memang lelaki itu cari pasal. Dia mesti nak mengenakan Aliyah. Dia menggigit bibir menahan geram.
“ dia ada bagi alamat pada kau?” tanya Fian. Aliyah berasa pelik dengan persoalan Fian.
“ ada tapi kenapa?” Aliyah menjawab dengan ragu-ragu. Takkan nak pergi serang mamat itu. Bukan tak tahu si Fian ini. Feminin dia ini berbahaya. Teringat dia semasa trial dulu dia hampir belasah seorang budak lelaki yang cuba cari pasal dia.
“ aku nak pergi jumpa dia.” Selamba Fian menjawab. Terbuntang mata Aliyah. Memang kuduga akan jadi begini.
“ kau jangan buat gila Fian. Cukuplah kau buat pasal masa sekolah. Kang mati dia kau kerjakan. Takkan aku nak back-up kau lagi.”Fian tersenyum sinis. Memang dia ada buat pasal masa sekolah. Tapi bukan dia seorang. Aliyah lagi teruk, dia pergi belasah mamat yang lain sampai lunyai hanya kerana diaorang mengejeknya. Nasib baik dia penolong ketua pengawas, jadi sebagai pengawas yang ‘berdedikasi’ dengan tugasnya dia tolong mengcover aktiviti dia dan Aliyah dari pengetahuan sekolah dan keluarga Aliyah. Kalau tak, memang tak ambil SPMlah tahun itu.
“ kau ini bagi ajelah.” Desak Fian. Aliyah menyeluk seluarnya dan mengambil kad nama Henry lalu memberikan pada Fian. Fian mengambil dan tersenyum.
“esok kau cutikan?” tanya Fian lagi. Aliyah jongkit keningnya. Apa kaitan esok dengan kad nama itu?
” apa kaitannya?”Aliyah bertanya kembali. Fian tersenyum. Aliyah mula cuak.oh no no no. Tolong jangan kata dia nak pergi serang si Azlisyam Iskandar.
“esok jom pergi jumpa dia.” Ternganga Aliyah.tepat pula tekaan dia kali ini. Selalu tak betul. Aduh parahlah macam ini.
“ kau biar betul. Takpayahlah biarlah aku settlekan. Esokkan kau kerja pagi.”Aliyah cuba mengingatkan Fian tentang kerjanya.
“esok aku MC” selamba sahaja Fian berkata. Ternganga Aliyah mendengarnya.
“ bila kau jumpa doktor ambil MC?” perli Aliyah.
“esok pagi. Kau ikut sekali.” Aliyah menggelengkan kepalanya sahaja. Tidak ada guna cakap dengan Fian. Memang dia tidak peduli. Tiba –tiba suara memanggil Aliyah dari rumah sebelah aka rumah Aliyah.
“ liya.” Aliyah berjalan kearah suara ibunya. Ibunya berdiri ditepi pemisah antara dua rumah.
“ ya,bu.” Jawab Aliyah.
“ tak reti nak balik ke? Nak tidur dekat rumah Fian ke?” tanya Puan Nadirah sinis. Aliyah mengoyakkan senyuman buat ibunya.
“ liya nak tidur rumah Fianlah hari ini. Esokkan kita orang berdua cuti. Jadi ingat nak buat wayang.” Aliyah melebarkan senyumannya lagi. Puan nadirah hanya menggelengkan kepalanya. Kalau tak setuju memang dia tahu anak sulungnya akan membuat pelbagai cerita sedih. Lagipun Fian tinggal keseorangan dirumah. Ibubapa meninggal dalam kemalangan 2 tahun lepas dan dia menetap dirumah itu walaupun ada saudara maranya mahu menjaganya. Tapi dia menolak, dia memberi alasan yang dia nak habiskan belajar dekat sini. Harta pusaka keluarga Fian digunakan sebaik mungkin oleh Fian dan selepas tamat SPM dia terus mencari kerja untuk kehidupannya.
“ yelah. Jangan buat sepah rumah orang pula.” Puan Nadirah memberikan kebenaran dan kembali masuk rumah. Aliyah membuat simbol peace. Apabila ibunya masuk, dia terus berlari ke Fian yang tengah seronok tengok Raja Lawak.
“ fian hari ini aku tidur rumah kau.” Aliyah selamba sahaja memakan jajan Fian. Fian memandangnya tidak percaya.
“ apasal kau nak tidur sini. Kau kena halau ke?” Aliyah memutar matanya keatas. Dramatik betul kawannya ini.
“ ai tidur sini pun salah ke?” perli Aliyah.
“ tak salah. Tapi kau itu dahlah terlebih hyper. Karang kita tak tidur malam nak layan berborak sahaja.” Aliyah mencebik kemudian tersenyum.
“ la. Memang niat aku pun.”
“ kau jangan nak mengada. Pergi tidur esok nak jalan. Kau itu bukan morning person. Nak kejut macam nak gila.” Fian menolak badan Aliyah. Aliyah buat derk.
“ ala malam masih muda.” Dia mengambil remote tv dan menukar-nukar channel.
“ hotak kau. Sudah pergi tidur. Kalau tak aku call ibu kau sekarang juga.” Dia menolak lagi badan Aliyah. Akhirnya Aliyah mengalah. Dia berjalan menuju kebilik Fian yang berada diatas.
“ kau pun sama jangan tak tidur pula. Esok kau yang bawa kereta bukan aku. Aku maam besar sahaja.” Laung Aliyah dari bilik Fian.
“ yelah.” Fian menjawab. Mulutnya terkumat kamit membebel. Aliyah baring diatas katil Fian. Dia dan Fian sudah biasa tidur menumpang sesama sendiri. Selepas kematian ibu bapa Fian, Aliyah kerap menemani Fian setiap malam. Walaupun Fian tak mahu Aliyah menemaninya. Tapi dia tetap berkeras dengan tindakannya dan akhirnya Fian mengalah dan sampai sekarang Aliyah akan tidur menemani Fian.(aku bukan lesbian ok.) Selepas berhempas pulas. Akhirnya Aliyah tidur dalam kepekatan malam.
-----------------------------_____________________________-------------------------------------------------------
“ Aliyah bangun!” Fian menggoncang badan Aliyah. Hampir pecah anak tekak dia mengejutkan Aliyah. Aliyah hanya buka mata tapi beberapa saat kemudian dia mengalih kedudukan baringnya dan sambung tidur semula. Siapa tak hangin?
“aliyah!!” jerit Fian lagi. Ini kalau tak bangun minah ini aku simbah dengan air. Fian berura-ura dengan rancangannya. Badan Aliyah digoncang lagi.
“ 5 minit.” Itu sahaja Aliyah membalas. Fian mula bengang. Tadi cakap 5 minit, dah lepas 5minit tambah lagi 5 minit. Memang nak kena. Fian berjalan kedapur dan membawa botol air kebiliknya. Dia mencurahkan air keatas Aliyah.
Terkejut Aliyah dibuatnya. Terus terduduk dia.
‘Takkan hujan kot dalam bilik ini. Apa bumbung dah bocor ke?’ Fian sudah mengekek ketawakan Aliyah. Aliyah menyepetkan matanya kearah Fian yang tidak berhenti ketawa dari tadi. Otaknya mula berfungsi dan dia mengambil bantal lalu dicampaknya kearah Fian. Fian mengelak.
“ sudah cepat balik pergi mandi. Kau dah lupa ke kita nak keluar hari ini?” tanya Fian. Aliyah menggaru kepalanya memikirkan sesuatu.
“ ala awal lagi.” Aliyah kembali baring dan menyelimuti dirinya. Sudah tak kisah tempat tidurnya basah disimbah air tadi. Fian membuntangkan matanya.
“ dah kau jangan nak mengada. Nanti dah tengah hari, kau takkan keluar kau cakap panaslah, matahari terik sangatlah, kau sepupu puteri lilinlah.” Fian membebel. Dia tahu Aliyah tak suka jalan tengah hari. Dia lebih rela jalan pagi dan petang. Kalau malam pun dia sanggup keluar, tapi tengah hari dia sanggup berkurung dalam rumah.
“ yelah aku bangun.” Aliyah akhirnya mengalah. Dia bergerak pulang kerumahnya untuk bersiap. Fian hanya melihat sahaja perlakuan kawan aka jirannya. Dia menyiapkan dirinya untuk bergerak.
“ ha nak pergi mana pula itu.” Tegur Puan Nadirah melihat Aliyah bersiap-siap hendak keluar. Aliyah mengambil tempat di meja makan dan menyeduk makanan dipinggannya.
“Fian ajak keluar,bu.”jawab Aliyah. Doa makan dibaca dan mula makan.
“ nak pergi mana.” Puan nadirah mengambil tempat setentang dengan Aliyah.
“ keluar jalan-jalan.”
“ itu ajelah kerja korang. Cuti je jalan. Tak boleh duduk rumah langsung.” Aliyah hanya tersengih.
“ jangan balik lambat.” Pesan Puan Nadirah. Aliyah hanya mengangguk. Dia menghabiskan makanannya. Setelah selesai, dia menyarung sneakernya dan tangan ibunya disalam. Aliyah bergerak ke kereta Fian.
“ sudah.” Tanya Fian sambil menghidupkan enjin.
“ sudah.” Fian memulakan perjalanan.
No comments:
Post a Comment