>

Wednesday, April 23, 2014

cunning love-13




Aliyah mengemas rumah Henry. Hari ini agak sunyi. Henry dekat bilik kerjanya tak keluar- keluar dari tadi. Busy memanjang. Aliyah menyambung mengemas. Kadang-kadang dia terfikir kalau Henry memang tinggal seorang dekat rumah besar ini. Diekor matanya kelihatan seorang lelaki sedang memerhatikan dia sedang bekerja. Dia berpusing dan terkejut melihat Hasyim. Ingatkan siapa tadi, dahlah macam perompak.

“ encik ini kalau tak terkejutkan saya tak boleh ke?” tegur Aliyah. Hasyim hanya tersengih.

“ tuan muda mana? “

“ entah. Dekat bilik kerja kot.” Hasyim mengangguk dan berjalan meninggalkan Aliyah. Aliyah menyambung kembali kerjanya. Tiba terdengar bunyi Hasyim mengaduh. Dia berpusing melihat Hasyim tersadung di tangga. Aliyah mengawal gelak mengelakkan Hasyim terasa hati dengannya. Hasyim mengawal dirinya dan terus berjalan naik keatas dengan kakinya yang terhencot. Hilang bayang Hasyim melepas gelak si Aliyah.

Memang cuai betul pembantu si Henry itu. Hari itu boleh dia terjatuh dekat jalan yang rata and suci dari batu. Lagi satu dia pernah terlupa pesanan Henry setelah Henry berpesan dengan dia seribu kali. Nak tahu apa? Henry hanya suruh dia pergi belikan Tutti Frutti, dia boleh belikan mineral untuk tuan mudanya. Memang mengamuklah si Henry. Last-last si Aliyah juga kena ikut si Hasyim pergi beli aiskrim itu.

------------------------------------------------------------------------------

Henry sedang khusyuk menaip kerjanya di laptop kerjanya. Pintu biliknya diketuk. Selepas memberi arahan masuk, Hasyim masuk dan terus duduk dihadapan Henry. Henry tidak mengangkat kepalanya kerana dia tahu pengawalnya yang berada dihadapan dia sekarang.

“ nak apa?” tanya Henry memecah keheningan.

“ ini Aqilah suruh beri kertas kerja dekat tuan. Dia kata kena completekan hari ini juga. Lepas itu, tuan muda ada meeting dekat Hotel Clinton pada pukul 3 petang dengan Haji Azmi.” Henry mengangguk dan mengambil fail dari Hasyim dan menyelaknya.

“ hmm. Ni Hasyim kalau saya malas nak pergi meeting itu. Kau gantikan aku boleh?” selamba sahaja Henry. Terjatuh tangan Hasyim yang memanggung kepalanya. Tenganga Hasyim dibuatnya.

“ biar betul tuan muda.”

“ awak ada nampak muka saya main-main.” Henry mengawal riak mukanya dari ketawa. Dia sengaja mengenakan Hasyim.

“ tapi tuan saya bukan tahu pun pasal apa meeting itu.” Hasyim mula resah. Takkan nak pergi jumpa client tuan muda dia. Dahlah dengan haji Azmi itu. Haji Azmi dahlah cerewet bagai nak rak. Demand gila.

“ ai selalu boleh sahaja.” Usik Henry lagi. Hasyim sudah tidak senang duduk. Memang dia boleh handle client tuan muda dia. Tapi bukan semua. Hish.

“ aku bergurau sahajalah.” Henry menyambung selepas Hasyim mendiamkan diri dengan lama. Hasyim melepaskan nafas lega. Dia memandang tuan mudanya dengan geram . Henry tersengih melihat Hasyim marah kepadanya.

“ dah masuk lunch hour. Kau taknak makan dengan wife kau?” tanya Henry. Jam menunjukkan pukul 1 petang.

“ erm. Tuan muda tak kisah ke? “ tanya Hasyim ragu-ragu. Yelah kerja sebenar dia kena berada dengan tuan mudanya 24/7. Sebagai seorang bodyguard, kerja dia sandang sejak dia berumur 14 tahun lagi..

“ aku tak pergi mana-mana. Dekat sini sahaja.”

“ ok kalau macam itu oklah.tapi sebelum itu saya nak tanya boleh?”

“ apa dia?”

“ perempuan itu dia nak kerja sampai bila?”

” siapa?” tanya Henry kembali. Dia tahu siapa Hasyim maksudkan. Siapa lagi kalau bukan kuli free dia yang tengah buat kerja di bawah a.k.a Aliyah.

“ Aliyah.”

“ sampai aku bosan kot.” Hasyim mengeluh perlahan.

“ tak baik permainkan orang. Apa salah dia.” Henry diam membiarkan soalan Hasyim.

“ tadi tuan telefon dia kata dia balik minggu depan. Tak pasti hari apa. Dia pesan jadikan rumah kepada bentuk asal bukan seperti tongkang pecah.” Henry tergelak mendengar pesanan Tok Abahnya. Memang dia suka menyepahkan rumah. Tapi bukan bilik tidurnya. Bilik tidurnya kemas seperti bilik hotel. Kadang- kadang dia terdengar juga Aliyah membebel tentang rumahnya yang bersepah walaupun ditinggalkan selepas seminggu.

“ hmm. Ok. Ada apa lagi tak?”

“ tak ada lagi rasanya. Saya minta diri dulu tuan muda.” Hasyim berdiri bergerak ke pintu.

“ oh nanti jangan lupa datang balik pukul 2.30 ambil aku.” Hasyim hanya mengangguk mendengar arahan Henry.

Henry menggeliat selepas berhempas pulas meyiapkan kerjanya. Dia melihat jam, pukul 2 petang. Wow lama gila dia bertapa dalam bilik ini. Dia berjalan kedapur dan melihat Aliyah yang sedang memanjat di kerusi dan terkial-kial mencapai bekas didalam almari. Henry hanya melihat sahaja gelagat Aliyah. Kalau ditegur karang nanti ada yang jadi nangka busuk disini.

Aliyah terasa dirinya diperhatikan, kepalanya diteleng dan melihat Henry berdiri di muka pintu sedang memandang dia. Nak menyedapkan cerita. Kakinya tergelincir jatuh dan dia menjerit kecil.matanya tertutup rapat harap dia jatuh nanti tak adalah patah tulang-temulangnya. Aliyah berasa pelik tadi rasanya jatuh kenapa tak rasa sakit? Dia membuka matanya dan melihat Henry berada dibawahnya. Aliyah cepat bangun dari Henry. Henry mengerang kesakitan. Aliyah melihat tangan Henry yang terluka akibat kena kaca yang jatuh sekali.

“ sorry sorry sorry.” Ucap Aliyah tidak berhenti. Dia membantu Henry bangun. Setelah mereka berdua berdiri, Henry ditarik ke sinki. Aliyah membasuh darah ditangan Henry.

“ Wei sakitlah gila.” Marah Henry. Boleh selamba Aliyah basuh terus dari paip.

“ tahan kejaplah encik.” Aliyah menahan tangan Henry dari bergerak dari paip. Selepas membersih dia membawa ke kerusi. Aliyah mencari first aid kit. Kelam kabut keadaan Aliyah mengubat Henry. Mana nak letak iodin, nak letak antiseptik atau nak balut lagi. Henry mengaduh sakit lagi.

“ ini semua salah kau.” Henry memarahi Aliyah setelah Aliyah membalut tangan Henry.

“ saya minta maaf.” Dia memandang bawah.

“ apa kalau kau minta maaf kau ingat tangan aku dah ok ke?” Aliyah menggigit bibirnya. Hish dia ini orang dah minta maaf pun bising lagi. Aliyah mendiamkan dirinya. Kalau dia bercakap lagi mesti Henry lagi bising.

“ aku panjangkan hutang kau dengan aku.” Sambung Henry lagi. Aliyah menggigit bibirnya. Henry berdiri dan melihat Aliyah masih lagi terdudk menunduk memandang lantai. Henry menarik kasar tangan Aliyah supaya bangun.

“ sorry.” Ucap Aliyah sambil memandang lantai. Matanya langsung tidak bertemu dengan Henry.

“ kau tak boleh memandang mata aku ke?” perli Henry. Secara spontan Aliyah mengangkat mukanya dan memandang mata Henry. Tergamam Henry melihat mata Aliyah yang hitam dan bundar. Rasa dunia terhenti seketika pabila mereka merenung sesama sendiri. Tiba-tiba handphone Aliyah berdering. Aliyah cepat-cepat berjalan mengambil handphonenya di kerusi. Hilang Aliyah dari dari dapur, Henry menghembus nafasnya. Seperti dia menahan nafasnya, tangannya diletak pada dadanya. Dup dap dup dap.

‘ kenapa jantung buat kerja lebih ni.’ Desis Henry. Dia berpaling dan melihat Aliyah yang sedang tersenyum melihat handphonenya. Entah apa yang menarik sangat sampai tersenyum manis gitu. Rasa nak tahu apa yang menyebabkan dia tersenyum begitu. Amboi Henry dah mula hati ada tasik ke?

“ Fiya! Kemas tempat ini. Kau tak payah masak kita keluar sekarang.” Aliyah memandang Henry dan mengangguk mendenagr arahan Henry. Henry berjalan naik kebiliknya dan menukar pakaian siap sedia untuk kerja.

Pintu diketuk dan henry menyuruhnya masuk. Kelihatan Aliyah berada di muka pintu.

“ encik, encik hasyim sudah sampai.” Henry mengangguk.

“ fiya sini kejap.” Henry melambaikan tangannya menyuruh Aliyah mendekatinya. Aliyah tidak berganjak dari situ. Terangkat sebelah kening Henry.

“ kan saya suruh panggil Aliyah. Cakap dari sini pun boleh juga.” Protes Aliyah. Rasa pelik pula apabila ada orang panggil Fiya.

“ suka hati aku nak panggil apa. Datang sini sekarang atau nanti kau kena dengan aku.” Aliyah hanya memeluk diri dan mencebik. Ada dia kisah dengan Henry. Henry geram dengan perangai Aliyah. Dia berjalan kearah Aliyah dan menariknya ke almari pakaian. Aliyah memprotes tapi apakan daya kudrat dia memang tak kuat.

“ pilihkan aku tie and pakaikan aku.”

“ saya tak reti.” Matanya memandang tingkap. Tak mahu dia memandang Henry. Teringat dia perkara tadi. Ingat dia terlupa tentang pandang memandang tadi. Dahlah jantung buat shift terlebih.

“ yelah tu kau tak reti.” Perli Henry. Aliyah buat endah tak endah sahaja.

“ kalau kau taknak buat nanti kau kena dengan aku.” Ugut Henry. Dia merapatkan dirinya dengan Aliyah sengaja nak menakutkan Aliyah. Tengok mukanya yang cuak pun dah tahu. Aliyah menolak Henry ketepi dan memilih tie Henry di almari. Tersengih Henry melihat umpannya mengena. Tie light blue disuakan kepada Aliyah. Henry memandang sahaja tie yang disuakan kepadanya. Aliyah mengoyangkan tangannya menyuruh Henry mengambilnya.

“ pakaikan.” Aliyah menggelengkan kepalanya.

“ tangan aku sakit. Tadi ada orang lukakan tangan aku.” Henry menunjukkan tangannya yang luka tadi. Aliyah memusing matanya keatas. Sengaja betul dia ini. Aliyah menyarungkan tie dileher Aliyah. Entah berapa kali dia cuba lilit tapi gagal.

Henry melihat sahaja tingkah Aliyah. Dia cuba menahan dirinya dari tersenyum. Macam-macam reaksi muka dia dapat tengok dengan jarak dekat. Dia mencebik geram, mulutnya muncung sedepa, kadang-kadang mulutnya terkumat kamit seperti cuba mengingati sesuatu.

“ sudah siap.” Aliyah menepuk tie Henry. Mata Henry masih lagi memandang Aliyah. Aliyah cuba bergerak ketepi tetapi dihalang badan Henry. Dia memandang Henry dan cuba kata sesuatu.

“ kau bau sedap.” Henry memotong.tergamam Aliyah disitu. Sedap? Dah sudah jangan dia nak makan aku sudah. Dia kawan Hannibal ke? Henry berjalan rapat ke Aliyah. Aliyah mula berasa tidak selesa. Bunyi deheman mematikan tindakan mereka. Mereka berpusing dan melihat Hasyim dimuka pintu. Henry memandang Aliyah kembali.

“ pergi tunggu dekat kereta.” Aliyah hanya mengangguk. Tak sanggup dia duduk lama disitu. Henry menyarung kotnya dan mengambil brief casenya. Dia berjalan keluar.

“ is.” Hasyim bersuara.



“ don’t say anything.” Henry memberi amaran. Dia diam dan mengikuti gerak langkah tuan mudanya.

No comments:

Post a Comment