>

Sunday, May 4, 2014

cunning love- 14




Aliyah dan Hasyim duduk di meja yang terpisah jauh dari Henry. Henry sedang melayan clientnya dari tadi. Aliyah menghirup minumannya dan Hasyim kelihatan sibuk bermain handphonenya. Main game kot.

“ lama ke dia meeting?” Aliyah memecah kesunyian. Hasyim memandang dia dan hanya mengangguk. Dia kembali bermain dengan handphonenya. Aliyah memandang Henry yang sedang khusyuk berbincang dengan clientnya.

“ tak bosan ke?” Aliyah cuba bertanya lagi. Hasyim memandang lalu sahaja pertanyaan Aliyah. Pertanyaan Aliyah dibiar sepi.

“ dia meeting pasal apa?” cuba Aliyah lagi. Hasyim hanya mengangkat bahu sahaja.

Lama-kelamaan Aliyah berasa bosan. Game handphone habis dimainnya. Sampai habis bateri handphone dia. Nak ajak orang depan berborak memang tak dilayan dari tadi.

Kerusi disebelah Aliyah ditarik dan Henry duduk diseblah Aliyah. Aliyah memandang Henry yang selamba sahaja duduk disebelahnya.

“ dah habis?” Aliyah menghirup airnya. Henry mengangguk. Dia memanggil pelayan. Pelayan perempuan itu datang kearahnya. Matanya tidak lepas memandang Henry. Senyumannya jangan cakaplah. Sampai kebelakang dia menarik bibirnya. Aliyah mencebik. Henry melihat Aliyah dihujung matanya, tersenyum dihujung bibirnya. Ai jeles ke? Aliyah perasan jelingan sinis Henry, cepat-cepat dia pandang tempat lain. Jangan ingat aku jealous ye. Henry memandang kembali kearah pelayan tadi.

“ saya nak nasi goreng cili padi dan air anggur.” Pelayan itu mengangguk.

“ ada lagi?”

“itu sahaja. oh lupa saya nak nombor telefon awak sekali.” Selamba sahaja Henry. Aliyah tersedak dan pelayan sudah merah muka. Hasyim hanya tersengih melihat kejadian itu. Pelayan mengundur diri dan pergi membuat pesanan Henry.

“ playboy.” Sindir Aliyah perlahan. Henry memandang Aliyah tersenyum.

“ kenapa jealous? Ala aku bukan ngurat awak tapi dia” Aliyan memutarkan matanya keatas.

“urgh please. Tak ada masa nak jealous. Nguratlah dia ada saya kisah.” Hasyim memandang sahaja gelagat Aliyah dan Henry. Henry perasan akan renungan Hasyim berpaling.

“ oh ya, kau pergi office bagi fail ini dekat secretary aku and satu jam kemudian datang sini ambil aku.” Henry menghulurkan fail kepada Hasyim menerimanya. Hasyim mengangguk mendengar arahan dan berlalu pergi.

“ kita nak buat apa dekat sini lagi.”

“ makan.” Tepat pada masanya makanan Henry sampai. Pelayan perempuan menghulurkan nota kecil kepada Henry dan tersenyum. Henry mengambil dan membaca nota tersebut.

“ thanks.” Pelayan tadi hanya menganguk dan berlalu. Aliyah mencebik melihat apa yang berlaku. Pantang ada perempuan cantik saja terus usha. Buaya emas perak gangsa betul.

Henry menghulurkan sudu garfu kepada Aliyah. Aliyah mengambil dan memandang pelik.

“ suapkan aku.” Arah Henry.

“ tak nak.” Bentak Aliyah.

“ kau dah lupa ke. Tangan aku ada orang cederakan?” sinis sahaja suara Henry. Aliyah menggigit bibirnya.

“ ala bukan teruk sangat sampai kena suapkan.”

“ ha’ah. Itu yang aku suruh kau suapkan aku.”

“gedik. Mengada-ada macam budak kecik. Harap muka je handsome tapi perangai macam tongkang”perlahan sahaja bebelan Aliyah. Harap Henry tak mendengar apa yang dia cakap. Henry memandang Aliyah dengan tajam. Aliyah mula berasa tidak sedap hati.

“ apa kau cakap tadi. Aku rasa kau ada cakap sesuatulah.” Aliyah mula gelabah. Dah sudah jangan buat hal dekat sini sudah. Tulah liyah mulut taknak insurans awal-awal kan dah kena dengan singa slash buaya ini.

“ tak ada apa-apa” cepat-cepat Aliyah mengambil sudu. Dia menggaulkan makanan dan menyudukan makanan kepada Henry. Henry tersenyum dengan tingkah Aliyah. Dia membuka mulut dan makan makanan yang disuap Aliyah. Aliyah melihat muka Henry yang sedap makan dan kelihatan butir nasi dimulut Henry. Secara spontan Aliyah menyapu tepi bibr Henry dengan ibu jarinya. Henry tergamam dengan reaksi Aliyah. Dia merenung Aliyah. Aliyah tersedar cepat-cepat memandang pinggan dan berpura-pura tidak sedar. Lebar senyuman Henry. Tangannya memanggung kepalanya, dia terus menerus memandang Aliyah. Aliyah mula tidak selesa.

“ kau tak nak makan?” tanya Henry dan tersengih lagi. Aliyah hanya menggeleng kepala sahaja. Matanya langsung tidak memandang Henry. Aduh malunya. Yang dia pandang dari tadi kenapa.

Selesai sesi bersuap –suap, Henry menunjukkan gelasnya. Aliyah mengangkat kening. Dah kenapa tunjuk air dia takkan nak aku bagi juga kot?

“ nak air.” Selamba Henry mengarah. Terbeliak mata Aliyah. Henry tersenyum lagi. Tak penat agaknya asyik senyum sahaja.

“ ai takkkan teruk sangat sampai tak larat nak angkat air?” sindir Aliyah.

“ aku nak air.” Henry menyepetkan matanya memandang Aliyah. Aliyah mula geram. hisy besar kecil besar kecil je tengok dia ni. Aliyah buat tak endah.

“ Fiya sayang. NAK. AIR” sengaja Henry merapatkan badannya dengan Aliyah. Aliyah menjarakkan badannya. Setiap kai dia bergerak, Henry ikut sekali gerak. Aliyah semakin geram.

“ jangan panggil saya Fiya lah!” matanya dilarikan keluar cafe. Malas dia hendak memandang Henry. Macam ulat bulu dia ini. Terlebih bulu gamaknya. Henry senyum. Oh tak nak layan ye. Kebal juga hari ini. Takpe guna pelan B

“ sayang..haus” rengek Henry. Mukanya sengaja disedihkan. Aliyah memutarkan matanya keatas.

“ jangan nak mengadalah. Awak minumlah sendiri.” Aliyah mencebik. Henry mula tersenyum lagi. Oh taknak layan takpe.

“ sayang sampai hati sayang. Suami sendiri pun taknak layan. Dahlah tak jumpa sayang selama seminggu. Ayang baru balik outstastion. Baru nak ajak date pun tak boleh. Ginilah..” henry sengaja menguatkan suaranya. Suaranya dibuat-buat sedih. Saja menarik perhatian orang lain. Terkejut Aliyah dengan statement Henry, cepat-cepat dia menyuakan air kepada Henry. Dia perasan orang sekeliling memandangnya. Henry tersenyum kemenangan. Aliyah pukul lengan Henry geram. Henry hanya sengih sahaja dan membiarkan cebikan dari Aliyah. Ala bukan boleh buat apa pun.

“Awak jangan nak cari pasal disini. bila masa saya jadi bini awak? Yang awak panggi saya sayang kenapa? Gila ke? Kalau nak jadi gila, jadi sorang-sorang jangan ajak saya.” Aliyah mula membebel. Henry gelak kuat. Semua mata memandang kearah Henry kembali. Aliyah sudah menunduk malu. Aduh laki memang hantu betullah. Henry hanya mengangkat tangan dan hanya tersenyum kepada pelanggan lain. Dia memandang kembali Aliyah.

“ ai Fiya apsal muka kau merah? Kau malu ke or terlebih pakai blusher?” lagi merah muka Aliyah dnegan usikan Henry. Aliyah menjeling tajam kearah henry. Dia menyilangkan tangannya tanda tidak puas hati. Kalau tengok muka boleh membunuh memang tamat riwayat Henry disini. Henry buat bodoh sahaja.

“ ala aku main-main aja. Jangan ambil hatilah Fiya.” Aliyah diam lagi. Malas dia nak layan orang dihadapan dia. Buat sakit kepala sahaja.

“ fiya.” Lembut suara Henry. Bulat mata Aliyah mendengar suara Henry. Dahlah suara macam nak goda orang sahaja.

“ janganlah begini sayang.” Aliyah mula tidak selesa. Ahh sudah jangan buat drama sebabak dekat sini.

“ sayang jangan merajuk. Meh sini aku bagi tahu kau satu rahsia.” Henry menarik kerusi Aliyah agar rapatkan dengan dia. Aliyah mengeraskan badannya.

“ tak payah bersayang sangatlah. Apa rahsia dia?” Aliyah membetulkan kedudukannya. Dia menjarakkan kedudukan dari Henry.

“ ok. Kau boleh panggil aku Henry. Aku taknak kau panggil aku kau or awak. Kalau abang takpe dibenarkan. “ tersenyum Henry. Aliyah memandang pelik.

“ kenapa kenapa panggil Henry? Bukan nama awak Azlysham Iskandar ke?”

“ my real name is Azlysham Henry Iskandar. I want you to called me Henry. Only when you with me and not in public.” Bertambah pelik Aliyah. Dah kenapa hanya dengan dia sahaja panggil Henry?

“ kenapa pula?”

“ erm you can say it special.” Aliyah memutarkan matanya keatas. Naik jelak dengar ayat si romeo tak laku ini.

“ kalau tak nak macam mana?”

“ if not i..” Henry sengaja rapat ketelinga Aliyah. “ gonna make your day even worse.” Seram sejuk Aliyah mendengar Henry. Dia menolak Henry agar menjauhinya. Henry tergelak halus.

“ yelah.” Aliyah mengalah. “ bagus.” Puji Henry. Suka dia melihat Aliyah yang sedang membebelkan sesuatu.

-----------------------------------------------____________________-----------------------

Tan Sri Mokhtar berjalan masuk kerumahnya. Rumahnya sunyi tiada orang. Dia melihat sekeliling. Kemas tak bersepah. Akhirnya insaf juga cucu aku ini. Dia berjalan kebiliknya. Dia meletakkan begnya disisi katil dan duduk diatas katil. Tangannya menggapai gambar yang berada di sisi katil. Kelihatan gambar Henry bersama dia dan arwah isterinya.

“ sayang” dia mengusap gambar isterinyanya.

“ henry sudah besar..dah masuk 25 dah. Tapi tak reti nak kahwin. Nak kata tak ada calon ramai je yang nak dengan dia.” Adu dia. Seperti gambar itu boleh membalas.

“ nak kata anti sosial tak adalah Cuma tak ada nampak perangai hantu pun. Bila ditanya bila nak bawa calon kata seru tak sampai. Macam-macamlah cucu awak ni” matanya mula bergenang. Dia mula teringat peristiwa lama. Ketika dia dan arwah isterinya bersama Henry bergembira.



No comments:

Post a Comment