>

Monday, June 2, 2014

cunning love - 16



Aliyah sedang mengelap meja di cafe. Suasana cafe agak lenggang. dia berjalan dikawasan rehat,disebabkankurang customer bolehlah dia goyang kaki disitu.

“ liya.” Kak Ros memanggil Aliyah. Aliyah memandang Kak Ros dan berjalan ke arah Kak Ros.

“ kenapa?”

“ ni kamu jadi barista sekejap. Saf nak pergi break sekejap.” Aliyah mengangguk dan dia berjalan kearah kaunter. Kak Ros memanggil Saf dan menyuruhnya pergi break. Aliyah berdiri dan melihat sahaja orang lalu lalang. Disebabkan cafe tempat kerjanya berdekatan dengan balai berlepas bolehlah dia menonton drama sedih sebabak disitu. Ala bukan dia curi tulang pun. Dah memang tak ada kerja. Tiba-tiba ada suara menegurnya.

“hello.” Aliyah memandang siapa yang menegurnya. Tergamam dan tidak terkata dia. Mata coklat kemerahan memaku kearahnya seakn-akan dia memukau Aliyah agar tidak bergerak.

“ Am i too sexy in your eyes?” tegurnya lagi lalu gelak halus. Aliyahcepat-cepat tersedar dan dia mencebik.

“is that your reaction towards your customer?” Dia sambung lagi. Dah boleh nampak asap kemarahan Aliyah.

“ well, hello sir. May i take your order.” Nada Aliyah kedengaran sarkastik sahaja.

“ hmm, what would you offer to me?” dia meletakkan lengannya di meja kaunter dan memanggung kepalanya. Matanya bermain nakal dengan Aliyah. Aliyah mula tidak senang. Harap-harap dia tak cari pasal dekat sini. Dalam banyak kedai makan kenapa lah si Henry makan disini? Tak ada tempat high or low class ke dia nak pergi. Aliyan menenangkan dirinya dan menarik nafas panjang.

“ do you want coffe, tea,milkshake or carbonate drinks?” Henry mengetuk dagunya seperti berfikir.

“ coffee.”

“ cold or hot?”

“ hmm. Give me suggestion?” Henry bermain lagi. Aliyah mula memutarkan matanya. Memang sah dia nak mainkan aku!!

“ how about you takehot americano?” Henry memandang Aliyah yang sedang memaksa dirinya senyum.

“oh dear it just plain and pure black coffee.”

“ well how about cappucchino or au lait?” tangannya digenggam dan cuba menenangkan dirinya.

“ hmm i don’t want hot. How about cold beverage?”gigi Aliyah diketap kuat. Memang lelaki dia sedang cari pasal dengan dia.

“carbonate drinks? Milkshake? Or you can see the menu up here and choose.” Aliyah menunjuk menu diatas. Giginya diketap geram, memang mamat ni bawa malapetaka kalau macam ni. Makin suka Henry melihat reaksi Aliyah.

“ bila you break?” Henry mula melencong.

“ tak payah nak sibuk.” Marah Aliyah perlahan.

“ oh takapalah. Nanti saya order balik.” Henry berlalu pergi meninggalkan Aliyah yang sedang tercengang. Urgh memang menghabiskan boreh je melayan dia.

Sejam kemudian Saf masuk ke cafe dan menyambung tugasnya. Kak Ros menyuruh Aliyah pergi berehat. Aliyah keluar dari tempat cafenya, tangannya ditarik. Dia melihat Henry menarik dirinya dan mereka berjalan ke Mcd. Dia membawa Aliyah ke kaunter dan mengorder makanan. Aliyah meronta minta dilepaskan. Henry buat derk sahaja dan genggamannya diperkemas. Selepas mengambil makanan, Aliyah ditarik lagi dan mereka duduk ditempat tersembunyi. Henry duduk disebelah Aliyah dan menghalang Aliyah dari gerak dari tempatnya.Aliyah kini tersepit antara dindind dengan Henry.

“ encik Azlysham, encik memang takde kerja ke hari ini. Bukan selalu encik busy mengalahkan perdana menteri, sekarang buang tebiat ke?” sindir Aliyah.Henry hanya tersenyum mendengar sindiran Aliyah. Dia menyuakan makanan kepada Aliyah dan dia terus makan makananya. Aliyah hanya melihat gelagat Henry yang buat derk dengan dia.

“ Encik sekarang saya tengah break, kenapa encik kacau saya dekat sini? Dah takde tempat lain nak melepak ke?” tanya Aliyah lagi. Dia melihat Henry yang masih buat taktahu dengan soalan Aliyah. Aliyh menyepetkan matanya, dia melihat kecil besar je si Henry.

“ encik pekak ke? Saya cakap dengan orang pekak ke?” kesabaran Aliyah semakin menipis. Geram dia melihat gelagat Henry yang buat seperti dia tiada disitu. Aliyah mendengus kasar. Dia bangun dari kerusinya tetapi tindakannya dihalang Henry. Henry menarik lengan Aliyah supaya Aliyah tidak dapat bangun. Aliyah menarik nafas dalam. Cuba menenangkan dirinya.

“ Henry, sejak bila awak bisu dan pekak?” Aliyah mengawal suaranya agar kemarahan dia tidak terlepas disitu.

“ siapa kata aku bisu dan pekak.” Akhirnya Henry bersuara. Memang sengaja dia taknak bercakap dengan Aliyah. Dia nak Aliyah memanggil dia dengan nama yang dia suruh panggil dulu.

“ awak buat apa dekat sini?”

“ saja, aku bosan. So, aku datang kacau kau.” Aliyah cuba menahan tangannya mengetuk kepala Henry. Kepalanya sudah mula berasap. Henry melihat gelagat Aliyah dihujung matanya. Bibirnya mengukir senyuman. Dia suka melihat Aliyah kemerahan menahan marah. Seronok pula rasanya apabila dapat mengenakan Aliyah.

“ break saya dah nak habis. Saya tak makan lagi. Saya dah lapar ini”

“ tu aku ada belikan makanan untuk kau. Tak reti nak makan ke? Nak aku suapkan. Meh aku suapkan” Henry mengambil quarter pounder yang diletak dihadapan Aliyah dan membuka pembalutnya. Dengan selamba dia cuba menyuapkan burger ke mulut Aliyah. Aliyah cuba mengelak. Henry buat lagi. Matanya kelihatan bersinar ketika dia mengusik Aliyah. Dia suka perasaan itu.

“ tak apalah saya boleh makan sendiri.” Aliyah cuba mengambil burger dari tangan Henry tapi Henry melarikan burger dari tangan Aliyah. Dia melambaikan burger dihadapan muka Aliyah. Muka Aliyah semakin merah. Dia tahu apa Henry nak buat. Dia nak suap Aliyah! Gila punya laki suka buat jantung hati limpa usus buat kerja overtime.

“ aku suapkan.” Itu bukan permintaan tapi satu arahan. Aliyah menggeleng kepalanya. Gila!!tempat awam kot. Jangan buat pasal dekat sini.

“ kalau taknak aku habiskan. Break kau dahnak habiskan? Nanti kau nak sambung kerja. Lapar nanti, kesian dia nak buat kerja.” Dan itu bukan pujukan tapi satu ugutan. Dia memandang tajam kearah Henry. Lagi lebar sengih Henry melihat Aliyah menjeling kearahnya. Entah kenapa dia berasa senang dengan Aliyah. Bila dia bersama Aliyah, dia seperti berada didunia lain. Hanya dia dan Aliyah sahaja. Walaupun dia selalu keluar dengan banyak perempuan tapi semua dia tinggalkan dengan kejam. Tapi bila dia berada dengan Aliyah, dia mahu Aliyah sentiasa dengannya dan tak mahu Aliyah jauh dari dia.

“ taknak.” Aliyah mematikan lamunan Henry. Dia sedar yang mereka ditempat awam dan sekarang mereka tengah bergaduh kerana nak suapkan dan sorang lagi tak mahu disuapkan.

“ betul ini?” Henry mula mengacah. Makin merah muka Aliyah. Dia menggeleng kepalanya. Tak mahulah, gila! Tak tahu malu ke? Tempat awam ini. Berapa banyak gila daa..

‘oh kalauberdua oklah?’ otak Aliyah mula berperang sesama sendiri.

‘lagilah taknak! Entah lagi teruk dia buat nanti.’

‘dia buat apa?dia buat...’

‘ oh diamlah otak!! Kau tak membantu aku langsung!’

Henry perhatikan sahaja perangai Aliyah. Mesti sekarang dia tengah berlawan dengan perasaan sendiri. Dari reaksi muka dia tahu yang apa yang fikirkan. Comel pula. Comel? Amboi Henry pelangi + taman dan muncul dalam hati ke?

“ fiya. Hurry up. Your break time almost done. You want it or not?” Aliyah melihat jam tangannya. Lagi beberapa minit lagi sahaja masanya nak habis. Henry merapatkan burger ke bibir Aliyah. Akhirnya Aliyah membuka mulut. Kalau tak makan memang kebulur dia nanti. Boleh gila dia kalau tak makan. Selepas Aliyah menghabiskan burgernya, Henry menyuakan kentang dan juga air kepada Aliyah. Naik malu Aliyah apabila dimanjakan sebegitu sekali. Selesai semua, Henry mengelap mulut Aliyah dengan comot dengan tisu. Gaya dia memberi makan kepada budak kecil sahaja. Walaupun Aliyah cuba protes tapi setelah diugut beberapa kali barula dia mengalah.

Aliyah kembali ke cafenya, sebelum masuk, lengannya direntap sekali lagi. Dia memusingkan badannya mengadap Henry.

“ pukul berapa habis kerja?” tanya Henry.

“ tak payah sibuk.” Henry menggenggam erat. Aliyah mendesis sakit.

“ fiya.” Henry mengeraskan suaranya. Aliyah memandang Henry yang sudah berubah wajah. Macam hulk pula.

“ 3.30” jawab Aliyah.Henry melonggarkan genggamannya. Tapi masih tidak melepaskan lengan Aliyah.

“ good, nanti balik sekali dengan aku.”

“ takmahu!” bentak Aliyah.

“ don’t defy me, Fiya or you’ll be suffer the consequences.” Dia melepaskan lengan Aliyah dan berlalu pergi. Aliyah menggosok lengannnya dan melihat arah Henry meninggalkan dia.

Aliyah cuba melengahkan shiftnya daripada habis. Bukan nak cari overtime tapi elakkan diri dari balik dengan Henry. Setelah punch out, dia mengintai luar takut Henry menunggu dia disitu. Tiada sebarang bayang Henry, Aliyah senyum. Dia keluar daricafe tiba bahunya ditepuk. Terkejut dia, dia berpusing dan melihat Hasyim yang memandang dia dengan muka blur. Hisy, dia ni kalau tak terkejutkan orang tak boleh ke?

“ kenapa ada dekat sini?” Aliyah memulakan bicara.

“ tuan muda minta saya bawa kamu pulang.”

“ mana dia?”

“ dia ada emergency.” Lebar senyuman Aliyah apabila Henry tiada. Kalau boleh dia nak buat lompat bintang disitu. Gembira tak terkata, kalau boleh nak buat announcement yang si hantu tu dah balik!!! Aman dunia dia. Harap boleh berkekalan sampai minggu depan.

Mereka berdua berjalan ke parking lot, mereka masuk kedalam kereta dan Hasyim menghidupkan enjin. Tiba-tiba pintu sebelah penumpang dibuka. Henry masuk kedalam kereta dan duduk sebelah Aliyah. Bukan tadi dia kata ada emergency ke? Henry memandang muka Aliyah yang pucat. Dia menahan diri dia dari tergelak dari situ. Senyuman paling sinis diberikan kepada Aliyah. Dia nampak Aliyah gembira apabila Hasyim memberitahu yang dia ada emergency.



“ fiya? Miss me?” senyuman Henry memang tak boleh disorokkan lagi. Aliyah mengalihkan pandangan dari memandang Henry. Dia berpeluk tubuh. Urgh si hantu ni ada lagilah pula! Harapan memang tinggal harapan. Harapan....harapan menjadi layu...

No comments:

Post a Comment