-----flashback------
“fiya miss me?” Fiya terkejut dengan kehadiran Henry. Dia mencebik dan memeluk tubuhnya. Badannya diseret kehujung kereta.
“ i’ll take it you miss me.” Selamba Henry menarik baju Aliyah. Aliyah merentap kasar. Tapi matanya still tidak memandang Henry. Henry menarik lagi hujung baju Aliyah. Sengaja membuat Aliyah berasap.
“ awak tak ada kerja ke?” Henry sengih.
“ tak nampak saya tengah buat apa? Tengah kerjalah ini.” Jawabnya selamba. Tangannya masih lagi menarik baju Aliyah.
“ kalau tengah kerja buat apa pergi sakat saya? Kerja baru ke?”
“ eh awak tak tahu ke. Nilah kerja baru saya.”
“ eh..awak ni.....” tiba-tiba kereta terlonjak sedikit. Aliyah terlompat sedikit dan peluk Henry. Henry terkejut dengan apa yang berlaku. Hebat betul si Hasyim sampai terlompat kereta aku. Aliyah seperti mati sebentar dan dia dikejutkan dengan sindiran Henry.
“ ai macam seronok je?” cepat-cepat dia menjauhkan diri semula. Henry gelak halus. Hasyim memandang belakang menggunakan cermin pandang belakang. Diadapat melihat betapa gembiranya tuan mudanya. Bukan selalu dia dapat melihat tuan muda dia gembira, kalau dia gembira pun seperti dibuat-buat sahaja.
Lamunan Aliyah terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Pintu dibuka dan neneknya menjenggolkan kepalanya kedalam.
“ liyah. Kamu nak pergi mana-mana tak?”
“ tak rasanya kenapa?” Aliyah duduk bersila diatas katil. Neneknya duduk disisi katil Aliyah.
“ jom keluar. Nenek nak pergi pasar rayalah.”
“ nak naik pe? Ayah tak balik lagi.”
“ naik keretalah. Takkan nak naik flight. Tak apa nenek bawa.”
“ nenek nampak ke? Ibu kasi ke?” dia ragu-ragu dengan neneknya. Boleh ke dia bawa kereta.
“ apa kamu igat nenek buta. Dah nenek nak keluar. Kamu ikut sekali. Pasal ibu kamu nanti nenek beritahu.” Arahan sudah keluar apalagi arahan jangan dilanggarkalau tak binasalah telinga mendengar celoteh dari nenek kesayangannya.
Aliyah dan nenknya berjalan ke cafeteria. Sejam lebih mereka berjalan dan membeli barang. Pn Ayu, nenek Aliyah memang kaki jalan walaupun dah berusia tapi jalan must go on. Pn Ayu duduk dikerusi berdekatan dengan cermin luar. Jadi dia dapat melihat permandangan diluar. Aliyah membawa nasi ayam dan air anggur ke meja makan mereka. Mereka berjalan keluar dari cafeteria, Pn Ayu seperti perasan sesuatu. Dia berjalan kearah seorang lelaki separuh abad. Aliyah mula pelik.
‘ dah kenapa nenek pergi dekat sini?’
“ eh mokhtar ke ni?” Pn Ayu menegur lelaki sebayanya. Lelaki itu menoleh. Dia melihat seorang perempuan sebayanya dan sebelahnya seorang gadis muda. Mungkin cucunya kerana ada iras muka peremuan berusia. Bisik hatinya. Dia cuba mengingati siapa dihadapannya.
“ Ayu ke?” dia bertanya kembali.
“ la, mokhtar. Memang kamu rupanya. Ingat siapa tadi. Takut juga nak tegur takut salah.” Pn Ayu tersenyum gembira.
“ tak sangka kita berjumpa lagi. Apa khabar sekarang sihat?”
“ biasalah dah tua ni.” Pn Ayu merendah diri.
“ mana ada tua. Gaya masih muda dan cantik lagi.” Dia memuji Pn Ayu.Pn Ayu tersipu malu.
“ hish kamu ni Mokhtar tak habis-habis dengan perangai gatal kau. Macam manalah arwah Zu suka dekat kau.”
Mokhtar tersenyum. Dia teringat akan arwah isterinya.
“ biasalah, lelaki terhangat dipasaranlah katakan. Ni siapa pula. Cucu kamu ke.” Dia menunjuk kearah Aliyah.
“ ha’ah, cucu sulung aku. Kamu seorang aje ke.”
“ takdelah. Dengan cucu juga tapi mana entah menghilang. Eh. Jomlah kita duduk minum dulu boleh sambung borak.” Mokhtar mengajak Pn Ayu dan Aliyah ke food court. Pn. Ayu memandang cucunya. Aliyah hanya mengangguk dan menolak troli ke food court. Mereka membeli minuman dan duduk disitu. Pn Ayu dan En. Mokhtar sambung berborak. Aliyah dah kebosanan. Dia mencuit Pn Ayu.
“ nek nak gi Popular kejap.” Pn Ayu mengangguk dan Aliyah bangun sambil tersenyum. Dia menunduk sedikit kearah En Mokhtar dan berlalu pergi.
“ cantik betul cucu kamu itu”
“ tengok siapalah nenek dia.” Pn ayu berseloroh
“ kamu ini tak pernah berubah. Macam manalah arwah Man suka kamu.”
Pn Ayu tersenyum. Dia teringat akan suaminya yang meniggal beberapa tahun yang lepas.
Mereka terdiam lama. masing-masing melayan diri.
“ ayu. Kau ada ingat tak dulu aku dengan Man ada cakap.” Mokhtar memecah kesunyian.
Pn Ayu mengangguk. “ mestilah aku ingat. Aku dengan Zu pun ada disitu. “
“ kau nak teruskan apa yang kita rancang tak?”
Pn Ayu terdiam lama. Dia memandang kosong dihadapannya.
“ macam mana dengan cucu kau. Dia ok ke?”
“ aku pun tak pasti. Tapi aku berkenan dengan cucu kau. Aku nak kita jadi satu keluarga.”
“ amboi sampai berkenan. Kau nak buat bini cucu atau bini kau ini.” Uji Pn Ayu.
“ hish kau ini. Buat isteri cucu akulah. Aku ni setia pada yang satu tau.”
Pn Ayu tergelak melihat kawannya.
“ aku setuju tapi kau kena jumpa sendiri dengan keluarga Aliyah sendiri. Ala macam kau pergi risik untuk anak kau dulu. Ataupun masa kau wakilkan abang man dulu untuk risik aku.” Usik Pn Ayu.
“ kau ni ayu. Kalau tak mengusik tak sahkan.”pipi mokhtar merah menahan malu. Kawannya suka mengusik dia.
“betul apa aku cakap.” Pn ayu sambung mengusik. Suka dia menyakat kawannya itu.
Aliyah memasuki kedai popular. Pantang nampak kedai buku je pasti diterjahnya. Dia mengimbas semua komik dan novel yang berada disitu. Tangannya mula penuh dengan barang yang dia ambil. Aliyah berjalan pula ke seksyen cd. Dia melihat kalau ada cerita yang menarik perhatian dia. Dia mengundur kebelakang dan tiba-tiba dia terlanggar tanpa dia sedari. Barang yang dia pegang jatuh. Aliyah lantas menunduk dan memungut semua benda yang jatuh. Orang yang dilanggarnya juga turuk membantunya. Sebelum sempat dia mengucapkan terima kasih ada suara menghalang dia.
“ jalan mengundur apa ingat ada mata dekat belakang ke?” Aliyah terhenti sebentar. Suara seperti pernah dengar. Oh my! Harap-harap bukan dia. Aliyah masih lagi menunduk tidak mengangkat kepalanya. Dia tak mahu tahu siapa dihadapannya.
“ fiya, sejak bila kau bisu.” Aliyah terus berdiri bersama bukunya. Henry menghulurkan buku Aliyah. Tidak dilupakan dengan senyuman yang terlebih gula itu. Aliyah merentap kasar buku dari tangan Henry dan terus berjalan meninggalkan Henry. Lagi lebar senyuman Henry. Memang dia perasan Aliyah ketika Aliyah masuk kedai ini. Dia mengekori Aliyah yang berada di kaunter bayar. Aliyah membuat endah tak endah dengan dia. Ketika Aliyah hendak membayar, tangannya ditepis dan Henry menghulurkan kad kreditnya. Aliyah cuba menahan tapi henry menggenggam kemas tangan Aliyah. Aliyahmenjeling dan mendengus geram. Aliyah selamba sahaja meninggalkan Henry yang di kaunter dan cepat-cepat keluar.
Henry mengekori Aliyah dari belakang. Aliyah yang sedar lagi laju dia melangkah pergi dari Henry. Dari hujung matanya dia melihat Henry masih mengikutinya sambil tersenyum, Aliyah berhenti dan terus berpusing. Akibat tindakan secara mendadak Aliyah, Henry hampir memeluk Aliyah. Nasib baik dia sempat membrek dirinya. Kalau tak confirmlah minah ni keluar silat lagi.
“ kenapa nak asyik ikut orang saja?” Aliyah mula naik angin apabila dia melihat senyuman Henry. Rasa mahu dikoyak-koyak sahaja.
“ siapa kata aku ikut kau?” dalih Henry. Aliyah berpusing dan berlalu pergi lagi. Henry mengikut dia dari belakang. Beberapa langkah Henry berhenti.
“ kalau ikut lagi saya jerit nanti.” Ugut Aliyah.
“ cubalah kalau berani. Tapi sebleum tu aku beri amaran. Kalau kau nak aku kiss kau dan announce ko bini aku cubalah.” Suara Henry kedengaran tegas. Aliyah mendengus kasar.
Telefon Henry berbunyi, dia mengangkat.
“ hello.” “ dah? Ok. Nanti Henry datang.” Henry mematikan telefonnya. Aliyah masih dihadapannya.
“ sorry sayang. Duty call. See you later.” Henry pergi meninggalkan Aliyah yang masih cuba memproses apa yang telah dia sampaikan.
Aliyah seperti tersedar dari alam fantasinya, hanya memandang Henry dari pergi. Sayang? Siapa sayang dia? Aliyah menghentak kaki dan berjalan kembali ke kafeteria mencari neneknya.
No comments:
Post a Comment