Henry berjalan masuk kedalam pejabatnya. Aqilah yang perasan bossnya lalu mengikut sekali masuk kedalam pejabat. Henry duduk ditempatnya dan Aqilah berdiri dihadapannya smbil menyelak buku kerjanya.
“ selamat pagi boss. Hari ini bos ada meeting dalam 30 minit lagi. Lepas itu, meeting dengan Dwina Corp.” Aqilah terus membentangkan jadual Henry pada hari ini. Henry dengar tak dengar sahaja dengan apa yang dikata oleh setiausahanya.
“ Tok Abah ada tak hari ini?” tanya Henry seusai Aqilah membaca jadualnya.
“ saya pun tak pasti. Dari pagi saya tak nampak Tan Sri.” Henry hanya mengangguk.
“ ok. Nanti 5 minit sebelum start meeting panggil saya. Boleh pergi sambung kerja” Aqilah mengangguk dan berjalan keluar dari pejabat Henry. Henry menyelak beberapa fail diatas mejanya. Dia juga menyema segala email dikomputernya untuk double check segala kerjanya. Dalam sibuk dia menyiapkan kerjanya, Aqilah masuk.
Henry mengangkat mukanya.
“ Boss meeting dah nak bermula.” Henry mengangguk dan menyiapkan kerjanya sebelum bergerak ke bilik meetingnya.
Selesai meetingnya, Henry kembali kepejabat. Terkekut dia melihat Tok Abah duduk disofa biliknya. Tok Abah sedar akan kehadiran Henry memanggilnya duduk bersama. Henry mengambil tempat disofa dihadapan tok abahnya.
“ dah fikirkan apa yang tok abah cakap hari itu?” Tan Sri Mokhtar memulakan bicara. Henry mencebik geram. kusut betullah.
“ bukan Henry dah cakap tak nak ke?” mukanya bertukar merah.
“ henry, Tok Abah buat demi kebaikan Henry.”
“ Tapi Tok biarlah Henry tentukan siapa pasangan hidup Henry. There no such thing arrange married today.” Suara Heny keras. Dia tak mahu bersetuju dengan cadangan atuknya.
“ tu kan permintaan arwah ayah Henry. Henry taknak tunaikan ke?” Dia cuba berlembut dengan cucunya. Memang dia tahu kalau dia paksa cucunya nanti lain pula jadinya. Henry memikirkan kata Tok Abahnnya. Dia menimbang tara adakah patut dia bersetuju dengan cadangan atuknya.
“ siapa yang Tok Abah cari?” Dia memandang tempat lain, dia tak mahu memandang Tok Abahnya yang pasti kini membuat muka sedih. Tok abah bersinar mendengar persoalan Henry, mungkin dia menerima candangan Tok Abahnya ini.
“ Dia anak kawan arwah ayah kamu. Nama dia Mohd Harith. Mereka biasa-biasa saja. Anaknya baru habis SPM, sekarang dia kerja sementara tunggu keputusan.“ Henry mendengar penerangan Tok Abahnya. Nama itu macam pernah dengar tapi dekat mana ya.
“ siapa nama anaknya?”
“ Nur Aliyah Saffiyah.” Henry terkejut mendengar nama yang disebut Tok Abahnya. Riak muka cuba dikawal agar Tok Abahnya tidak perasan. Adakah dia adalah orang sama atau hanya kebetulan sahaja.
“ dia kerja dekat mana?”
“ tok abah tak berapa pasti, tapi katanya dia kerja waiter aje dekat KLIA. Tak pastilah.”
“ ada gambar dia tak?”
“ mana ada lagi. Nak tanya pendapat kamu dulu. Kalau boleh Tok Abah nak kamu setuju dengan benda ni semua.” Henry menggosok belakang lehernya. Dia tak tahu nak cakap apa.
“erm, nanti-nantilah Henry beritahu.” Tok Abahnya hanya mengangguk. Dia bangun dan beredar kepintu keluar. Sebeum keluar dia berpaling kearah cucunya.
“ Tok Abah harap Henry setuju ya. Tok Abah pergi dulu. Assalamualaikum.” Henry hanya melihat sahaja kepergian Tan Sri Mokhtar.
Beberapa lama selepas itu, interkom Henry berbunyi. Dia menjawab.
“ Boss ada shooting pukul 1 nanti di studio X.”
“ baiklah terima kasih.” Dia menelefon pula pengawalnya.
“ hello Hasyim pergi ambil budak itu dan bawa kesini.”
“ budak mana tuan muda?”
“ siapa lagi si Aliyah lah.”
“ baiklah tuan muda.”
“ ok. Dah sampai telefon aku. Cepat sikit hari ini ada shooting.” Henry mematikan telefonnya.
Pukul 12 tengah hari, Henry sudah terpacak berdiri dihadapan syarikatnya. Dia menunggu Hasyim mengambilnya. Tiba-tiba kereta berhenti dihadapannya dan Hasyim keluar membuka pintu keretanya memberi laluan Henry masuk. Henry membolos masuk kedalam kereta.
Aliyah duduk disebelahnya, dia hanya memandang dihadapan. Muka Henry langsung tidak dipandangnya. Henry tersenyum melihat Aliyah. Mesti Aliyah terkejut tiba-tiba dia panggil. Hasyim memulakan perjalanan ke studio X.
“ kita nak pergi mana?” Aliyah memecah keheningan.
“ kerja.” Pendek jawapan Henry.
“dekat mana?”
“ tak payah nak tahu.” Aliyah menyepetkan matanya. Geram pula dengan mamat ni. Orang tanya jawablah.
“ saya mestilah nak tahu. Mana tahu kalau encik nak culik saya.” Henry gelak halus.
“ kalau aku nak culik pun biarlah.” Aliyah mendengus geram dengan jawapan Henry. Dia mendiamkan dirinya. Dia berpaling dari memandang Henry. Pandang luar lagi aman.
Mereka tiba di kawasan shooting Henry. Henry menarik lengan Aliyah agar mengikutinya. Hasyim berjalan dibelakang tuan mudanya. Henry berjalan sambil menarik Aliyah ketempat setnya. Disana dia melepaskan dan mula bertegur sapa dengan orang disitu. Dia berjalan kearah photographer disitu dan kelihatan mengangguk kepalanya seperti burung belatuk sudah. Dia kembali ketempat Aliyah dan menarik Aliyah bersama ke tempat pakaian. Ai takkan aku kena jadi model lagi. Tak mahu!!!!
Henry perasan riak wajah berubah, mesti dia ingat dia kena jadi model lagi. Dia tersenyum melihat Aliyah yang tiba-tiba jadi patung cendana.
“ pilihkan pakaian untuk aku.” Arah Henry. Bulat mata Aliyah mendengar arahan/perintah Henry.
“ tak mahu. Kenapa saya pula? Kan ada orang yang buat kerja tu semua.” Bantah Aliyah.
“ kalau kau nak jadi model sekali lagi tak apa ke.”Aliyah gigit bawah bibirnya apabila mendengar ugutan Henry. Sebelum dia membantah kelihatan seorang perempuan masuk kedalam bilik itu juga.
“ hello I rita. I akan arrangekan you punya pakaian and make up today.” Aliyah memutarkan bebola matanya keatas apabila mendengar lenggok manja nada suara Rita itu. Rita berjalan kearah Henry, ditolak Aliyah ketepi dan dia memegang lengan Henry.
“ tak apa rasanya. Hari ini I ada bawa pembantu I. Dia akan arrangekan semua benda untuk I.”
“ but..” Henry mengangkat tangannya menunjukkan dia tak mahu mendengar apa-apa.
“ it’s okay. I already talk with your boss and he said ok.”Rita memusingkan badannya dan keluar dari situ. Sempat dia memberi jelingan maut + tajam pada Aliyah. Aliyah pura – pura tidak nampak. Selepas dia keluar suasana kembali awkward.
“ so, pick my clothes now, Fiya.”
“ tadi encik cakap encik dah ada pembantu yang akan arrangekan baju encik. Panggil sajalah dia.”
“ i talk about you, Fiya. What did i said when i told you to call me” Aliyah serba tak kena. Apalah masalah aku dapat hari ini.
“ erm, Henry. Kenapa saya kena arrange baju untuk awak?”
“ sebab aku suka.” Berhenti sebentar nafas Aliyah mendengar kata Henry. Rasa lain pula.
“ tapi saya tak tahu nak pilih mana dan make up lagi. Karang rosak saya juga yang kena.”
“ takpe. Yang kena buakn aku tapi kau.” Selamba sahaja Henry. Aliyah mencebik geram.
“ apa tema dia?” Henry tesenyum dengan soalan Aliyah. Ai dah mengalah dah. Selalu bermati-matian nak membantah. Sekarang dah give up. Aliyah memutarkan matanya keatas. Mesti Henry mengata dialah tu.
“ tema santai. Now shuh shuh, pergi ambil baju aku.” Aliyah berjalan sambil menghentak kakinya. Tunjuk protes. Henry menahan perutnya dari ketawa melihat perangai kebudakan Aliyah. Bibirnya masih mekardengan senyuman.
Aliyah kembali semula dan memberi Henry pakaian untuk shooting. Baju biru v-neck dengan jeans hitam.Henry mengambil pakaian dan menukarnya. Dia mengarahkan Aliyah supaya jangan pergi kemana-mana. Aliyah mencebik dan memeluk tubuhnya. Selepas selesai menukar pakaian, Henry menyuruh pula Aliyah menggayakan rambut dia.
“ tak mahu.” Aliyah protes lagi. Apa dia ingat aku hairdresser dia?
“ cepatlah aku tak ada masa lagi.”
“ saya tak mahu. Encik buat sendiri rambut encik tu. Itu tadi orang nak offer taknak. “
“jangan nak membantah boleh tak. Buat apa yang aku suruh. Lagi satu, aku cakap apa kau kena panggil aku?” Henry mula berasap. Perempuan ni memang nak kena. Kenapalah asyik membantah apa yang aku cakap. Buat ajelah. Aliyah menggigit bibirnya, dia tak tahu nak memberi reaksi apa.
“ dah cepat, adjust rambut aku. Or aku cium kau on the spot.” Ugut Henry pula. Cepat-cepat Aliyah mencapai krim dan menggayakan rambut Henry. Lepas itu, dia menyapukan make-up sikit di muka Henry. Setelah puas dia mengerjakan muka Henry, Henry bangun terus ke setnya tanpa sebarang kata terima kasih. Aliyah dah memuncung disitu. Dahlah tak cakap terima kasih, jalan macam itu. Hampeh punya mamat. Lebar lagi senyuman Aliyah apabila dia melihat Aliyah sedang merungut disitu. Tahu dia siapa yang dia kutukkan. Pasti pasal dirinya siapa lagi.
“ wow, you got the bad boy look today.” Kata Zack merangkap photographer pada hari ini.
“ well, thanks.” Henry terus berada diposisinya. Disisinya bersama seorang model perempuan. Aliyah melihat sahaja Henry membuat kerjanya. Dia dapat melihat model perempuan tu menggedik manja sebelah Henry. Mulalah perbualan antara hati ke otak.
‘ai dah jeles ke?’
‘ bukanlah. Rimas aje.’
‘ ai lain macam je bunyi.’
‘ cik hati jangan buat pasal ye.’
‘ takde, i’m just making statement, ms brain’
‘yeah right. Naik menyampah aku pula tengok dorang ini.’
‘uhuh.’
‘si Henry ni pun satu. Yang pergi layan model tu kenapa? Tahulah lawa + seksi.’
‘o..yang tu bukan jeleslah.’
‘ ha..diamlah kau’
Perbualan dia terhenti apabila Henry melambaikan tangannya dihadapan dia.
“ kau kenapa aku panggil tak jawab. Apa yang kau menungkan tu. Masalah negara ke?” bertubi-tubi soalan Henry tembak. Huh, suka hati akulah nak termenung ke apa. Apa masalah kau?
“ fiya, kau dengar tak apa yang aku nak cakap ni?” geram dia apabila melihat Aliyah seperti tidak melayan dia sahaja.
“ dengarlah saya tak pekak lagi.”
“ habis tu apasal kau tak jawab soalan aku?”
“ sebab saya rasa tak penting.”Henry mengetap giginya. Oh hari ini dia nak cari pasal dengan aku nampaknya.
“ oh maksudnya kau nak kena tinggal dekat sinilah.” Terbeliak Aliyah mendengar kata Henry. Dia bermain jarinya dan memandang tanah. Tiba-tiba model tadi datang menghampiri mereka.
“ Azly you dah nak pergi ke? Jom kita lunch sama” dia memaut lengan Henry dan merapatkan badanya ke Henry. Aliyah mula membuat muka menyampah. Henry nampak perubahan muka Aliyah, dia tersenyum.
“ erm, I tak tahulah.” Matanya melirik kepada Aliyah yang sedang membuat muka. Rasa seronok pula tengok Aliyah macam itu.
“ jomlah.” Model itu cuba memujuk Henry lagi.
“ erm..” Henry masih lagi memandang Aliyah yang sedang menahan perasaan disitu. Aliyah dirinya direnung, dia tahu siapa yang memandangnya. Mesti si mamat perasan bagus tu.
“ jomlah, budak ni kan boleh balik sendiri. Dekat sini banyak je public transport boleh je hidup.” Aliyah mengenggam tangannya geram. suka hati perempuan ni aje kan. Karang ade yang aku karate kang. Terkarate menangis dekat sini. Model itu pula makin rapat dengan Henry. Berasaplah Cik Aliyah kita.
“ i rasalah tak bolehlah. Lagipun....” Henry meleraikan pelukan ditangannya dan berjalan ke Aliyah. Bahu Aliyah dipaut dan dirapatkan ke dadanya.
“ i ada date dengan dia ni.” Lebar senyuman Henry manakala model itu dan Aliyah melopong mendengar apa yang Henry sampaikan tadi. Henry terus menarik tangan Aliyah lalu meninggalkan model itu. Aliyah berpusing dan melihat model itu sedang hentak kakinya tanda tidak puas hati. Aliyah tersenyum kemenangan.
Mereka tiba dikereta, Hasyim membuka pintu untuk mereka berdua. Setelah masuk kedalam, Hasyim pergi ke tempat pemandu dan mulakan pemanduan.
“ Tuan muda nak pergi mana selepas ini?” Hasyim memandang dengan cermin belakang.
“ bawa aku pergi...” tiba-tiba handphone berbunyi. Dia membuka pesanan mesejnya. Dari Tok Abahnya.
Hari ini tok abah pergi merisik keluarga perempuan. Nanti Tok Abah bagitahu lagi selepas settle semua.
Muka Henry berubah, Aliyah yang perasan perubahan Henry cuba bertanya.
“ Henry? Kenapa?” Henry mengawal kembali emosinya tapi matanya boleh menunjukkan betapa marahnya dia.
“ pergi Times Square, Hasyim.” Hasyim hanya mengangguk dan mulakan pemanduannya. Henry memandang luar, Aliyah dan Hasyim melihat sahaja Henry tanpa sepatah kata.
No comments:
Post a Comment