Tan Sri Mokhtar tiba disebuah rumah teres. dia keluar dari kereta dan berjalan kepintu rumah itu. Pintu pagar rumah diketuk dan memberi salam. Kelihatan seorang perempuan lingkungan 40-an kelaur dan berjalan kearahnya.
“ ya?” perempuan itu mulakan bicara.
“ ni Nadirah kan?” Tan Sri Mokhtar membalas.
“ Ya. Encik siapa pula?” Pn Nadirah bekerut, siapa pula lelaki ini. Rasa macam kenal.
“ ini Cik Mokhtarlah. Takkan dah lupa kot.” Pn Nadirah memandang lama muka Tan Sri Mokhtar dan akhirnya dia tersenyum.
“ la cik Mokhtar, lama tak jumpa. Eh masuklah.” Dia mengajak Tan Sri Mokhtar masuk. Di ruang tamu terdapat En Harith sedang membaca surat khabar.
“ bang, tengok siapa datang ni.” Ujar Pn Nadirah menghentikan pembacaan suaminya. En Harith meletakkan surat khabar diatas meja dan terkejut melihat tetamunya itu. Dia terus mendaptkan Tan Sri Mokhtar dan menyalaminya. Dia mengajaknya duduk dan memanggil ibunya kemari.
Pn Ayu yang berjalan keruang tamu, tersenyum lebar dengan kehadiran kawan baiknya. Pn Nadirah meminta diri kedapur untuk menghidang air untuk mereka semua.
“ apa khabar, Cik Tar. Lama tak dengar berita. Paling terbaru pun tentang pelancaran hotel terbaru dekat Shang hai tu.” Seloroh En Harith. Tan Sri Mokhtar tersenyum dengan persoalan dia.
“ tak ada papelah, Ari. Biasa saja.” Pn Nadirah membawa air dan meletakkan air dihadapan tetamunya. Dia kembali duduk disebelahnya suaminya. Mereka berborak kosong dan ketawa mengingatkan perkara silam. Suasana kembali sunyi semula. Tan Sri Mokhtar berdehem.
“ saya sebenarnya datang ini ada hajat” tan sri Mokhtar memulakan bicara.
“ hajat apa? Macam besar sahaja dengar.” En. Harith membalas. Isterinya Pn Nadirah hanya melihat.
“ begini, saya sebenarnya nak melamar anak Ari dan nadirah.”
En Harith dan Pn Nadirah terkejut dengan apa yang didengarnya. Mereka memandang sesama sendiri. Pn Ayu menahan gelak. Terasa kelakar pula melihat keadaan itu.
“ apa maksud Cik Tar?” en Harith tanya blur. Suasana menjadi tegang+sunyi. Pn Nadirah dah mula panas punggung. Takkan dia nak pinang anak kesayangan dia untuk jadi bini dia!
“ eh. Saya nak melamar anak Ari bukan untuk saya tapi untuk cucu saya. Jangan salah sangka pula” Tan Sri Mokhtar memperbetulkan keadaan. Pn Ayu dah mula gelak. Dah tak tahan dari tadi. En.Harith dan Pn Nadirah melihat ibunya ketawa dengan wajah pelik. Dah sudah apa hal pula.
“ ayu kalau bab gelak, memang kau juaranya.” Sindir Tan Sri Mokhtar kepada kawannya. Pn Ayu mengelap air mata yang mengalir dengan lengannya. Tak sangka kawannya boleh putar belitkan keadaan. Pn Ayu berhenti ketawa.
“ maaflah, tak tertahan tadi.”
“ ok. Kita sambung pasal tadi.” Tan Sri Mokhtar menyambung katanya.
“siapa yang Cik Tar nak lamar?” En Harith bertanya pelik. Setahu dia semua anaknya sekolah lagi kecuali si Aliyah je. Tapi dia baru habis SPM.
“ yang sulong. Aliyah Saffiyyah.” Tergamam si ayah disitu.
“ si Aliyah baru habis SPM. Tak rasa muda sangat ke nak digandingkan dengan cucu Cik Tar” Pn Nadirah mula bersuara. Anaknya baru habis belajar dan baru belajar mengenal dunia luar takkan disuruh kahwin pula.
“ begini sebenarnya saya berkenan dengan anak kamu berdua. Dan saya inikan dah tua. Tinggal kubur panggil mari saja.” Tan Sri Mokhtar bergurau bermakna. Dia menyambung lagi.
“ cucu saya ini hanya dialah saya ada. Dia sajalah harta dunia akhirat saya. Jadi saya ingat nak satukan cucu saya si Iskandar dengan Aliyah. Saya takut lepas ini cucu saya berseorangan. Cukuplah masa dulu dia bersendirian.” Tan Sri Moktar mula sebak.
En Harith dan Pn Nadirah terdiam. Mereka tahu bagaimana keadaan keluarga Tan Sri dulu. Keluarga mereka memang berkawan baik dengan ayah Iskandar iaitu Rayyan. Arwah Rayyan memang sahabat sejati En Harith, dimana ada Rayyan di situ ada Harith. Suasana menjadi sunyi. Hanya bunyi kipas disiling.
“ kamu ni Mokhtar,janganlah buat cerita sedih dekat sini. Aku pun terasa sekali.” Pn Ayu memecah keheningan. Dia memandang anak dan menantunya. Dia tahu anak dan menantunya serba salah. Yelah siapa nak kahwin yang ditetapkan family kan? Dia cuba membantu kawannya.
“ begini Ari, Nadirah. Arwah Man dulu dengan Mokhtar ini nak bersatu jadi satu keluarga. Jadi masa kamu lahir dan anak si Mokhtar lahir masing-masing laki kan. Jadi mereka ingat nak cucu mereka bersatu. Arwah Rayyan pun tahu pasal ini. Dia setuju tapi dia kata jangan bagitahu Ari dulu. Dia kata nak buat surprise.”
En Harith terkejut mendengar apa yang diucapkan oleh ibunya. Matanya mula bergenang airmata. Dia tahu perangai sahabatnya yang suka buat surprise dengannya. Dia mula teringat kisah lama. Kisah mereka ponteng kelas bersama, kena rotan dengan cikgu, menyakat orang dan macam-macam lagilah.
“ mak, bukan kami tak setuju, tapi Aliyah muda lagilah.” Pn Nadirah mencelah. Dia menggenggam tangan suaminya. Dia tahu suaminya tengah sebak sekarang.
“ mak tahu. Tapi kalau jodoh dia dah sampai takkan mahu ditolak. Lagipun kita tahukan bagaimana keluarga mokhtar dan dia pun tahu keluarga kita macam mana” Sambung Pn Ayu. Dia juga mahu cucunya bersama dengan cucu Mokhtar.
Pn Nadirah terdiam hujah ibu mentuanya.
“ lagipun kalau Liyah nak sambung belajar, tak adalah kita risau sangat. Sebab dia sudah bersuami.” Sambung Pn Ayu lagi. Pn nadirah memandang suaminya. Dia tahu suaminya akan memberi keputusan yang menjamin masa depan anaknya.
Tan Sri Mokhtar kelihatan serba salah. Dia cuba berkata tetapi dipotong En Harith.
“ baiklah saya setuju.”
Tan Sri Mokhtar tersenyum gembira.
“ yes!” Pn Ayu bersorak. Tak padan dengan umur
“ hish mak ni. Macam mak pula yang nak kahwin.” Sinis En Harith. Pn ayu tersenyum malu.
“ macam Ari tak tahu perangai mak kamu. Kalau begitu nanti hujung bulan ini saya datang bawa rombongan bertunanglah kalau macam itu.” Tan Sri Mokhtar berkata kembali.
“ baiklah hujung bulan ini. Kalau tak ada aral melintang datanglah.”
“ kalau macam itu, saya beransur pulang dululah.” Tan Sri Mokhtar meminta diri.
“ eh, makan dululah. Nanti Dirah keluarkan lauk.” Ajak En Harith. Pn Nadirah bergerak kedapur menghidang makanan.
“ tak menyusahkan ke?”
“ tak adalah. Kan lepas ini kita bakal berbesan dah. Apa yang nak dimalukan.” Seloroh Pn Ayu. Dia mengajak Tan Sri Mokhtar dan Tan Sri Mokhtar mengangguk setuju. Mereka semua berjalan kedapur.
No comments:
Post a Comment