Henry merebahkan dirinya dikatil selepas dia menghantar Aliyah pulang. Seharian dia bersama dengan Aliyah. Dia mengajak Aliyah bershopping. Dia tahu Aliyah akan protes tapi dia buat don’t know je. Paling dia tak lupa reaksi Aliyah bila dia kata dia beli barang shopping tu semua untuk Aliyah. Tenganga Aliyah dibuatnya. Memang lalat beri salam masuklah. Walaupun Aliyah menolak sepenuh hati, Henry mesti pula memujuk sepenuh hati. Rasa macam kelakar pula. Comel pula Aliyah bila dia tengok gelagat dia. Muka dia protes, marah, terkejut, suka senang kata semualah emosi Aliyah dia tengok hari ni.
Dalam dia merenung siling bagai nak tembus. Pintu bilik dikuak, kelihatan Tok Abahnya berjalan masuk kebilik cucunya. Tok abahnya duduk dikatil cucunya.
“ dari mana Henry. Tok Abah tanya Aqilah kata kamu tak masuk pejabat selepas tengah hari.” Henry tersenyum mendengar persoalan Tok Abahnya. Takkan nak diberi dia pergi dating dengan Aliyah. Menempah maut tu namanya.
“ ada hal tadi.” Jawabnya pendek
“ tadi Tok Abah dah settlekan urusan merisik. Minggu depan kamu bertunang pula dan lagi 2 bulan kamu akan kahwin.” Tergamam Henry mendengar perancangan Tok Abahnya. Cepatnya!!! Zaman bujang aku dah nak tamat dah. Biar betul.
“ biar betul! Awal lagi kot. Kenapa tak buat esok je?” Tok Abah tahu cucunya menyindir dia tapi dia buat don’t know. Lagi Henry bertambah geram.
“ Tok Abah ingat nak buat malam ini. Tapi takut kamu lari pula.” Henry memeluk tubuhnya.
“ nah, ini gambar bakal tunang kamu. Nama dia nur Aliyah Safiyah. Dia baru habis SPM. Dia anak kawan baik ayah kamu.” Terduduk Henry. Dia mengambil gambar Aliyah dari Tok Abahnya. Memang sah itu Aliyah! Tak sangka kau rupanya jodohku. Tok Abahnya melihat Henry semakin lebar senyumannya. Dia gembira cucunya setuju dengan perancagannya. Dari segi gerak geri Henry dia tahu Henry setuju.
“ jadi kamu setujulah ni?”Henry seperti tersedar kembali menenangkan riak wajahnya.
“ er, tapi Tok, dia kan baru habis SPM, tak rasa awal sangat ke kalau kahwin dengan Henry. Lagipun dia setuju ke?”
“ parent dia dah setuju mesti anak dia pun kata ok.” Henry terdiam menggarukan kepalanya.
“ dahlah Tok Abah keluar dulu.” Tok Abah keluar meninggalkan cucunya.
Selepas Tok Abah menutup pintu bilik Henry. Henry cepat mengambil handphonenya dan menelefon pembantu peribadinya.
“ Hasyim datang ke rumah sekarang!” Henry boleh mendengar rungutan Hasyim.
“ hasyim berhenti merungut dan datang sekarang juga!” Handphonenya dimatikan dan dia kembali baring.
-------------------------------------___________________--------------------------------------
Aliyah sedang seronok membaca komiknya. Biliknya diterjah oleh adiknya, Farah. Farah tersenyum melihat kakaknya yang sedang senang lenang.
‘Sekejap lagi bakal berlaku gegaran dunialah.’ Bisik Farah.
“ along, nak tahu satu cerita tak?” farah baring sebelah kakaknya yang sedang baca komik. Aliyah menjeling dihujung matanya dan teruskan membaca.
“ apa dia? Kalau cerita tak best tak nak dengar.” Kata Aliyah dengan malas.
“ ini cerita boleh masuk box office! Boleh meletup dalam masa beberapa minit.” Farah bergurau. Aliyah memandang menyampah dengan adiknya.
“ kalau tak masuk box office siap kau!” Farah tersenyum. Dia mendekatkan mulutnya dia telinga Aliyah. Aliyah dah kegeliaan. Dah kenapa adiknya malam ini. Kena sampuk dengan hantu gila?
“ Along, tadi orang dengar along akan bertunang hujung minggu ini.” Terkejut, tergamam dan sinonim dengannya. Buku yang dipegang tadi terlepas. Dia memandang adiknya tidak percaya. Biar betul! Aku muda lagilah! Dia orang ingat ini zaman tok kaduk ke ada arrange marriage ini?
“ kau jangan main-main!” Aliyah menunding jarinya kearah Farah. Farah menurunkan jari kakaknya.
“ wahai kakakku yang perasan dirinya comel, rupa orang ini kuat menipu ke? Orang cakap betullah.” Aliyah terdiam. Jadi patung statue liberty kejap. Perasaan dia usah cakaplah macam taufan nuklear semua serang dia.
“jangan main-main farah.” Farah hanya mengangguk. Dia mengambil komik kakaknya yang terjatuh dan membaca. Aliyah dah berserabut. Kahwin? Aku baru masuk 18 dah kena kahwin? Biar betik?
“ ibu! Ayah!” aliyah menjerit terus keruang tamu. Sekarang memang semua ahli keluarganya menonton tv diruang tamu. Berlari dia keruang tamu.
No comments:
Post a Comment