>

Saturday, August 9, 2014

cunning love -21



Aliyah sedang memeluk lengan Henry. Ya sedang ‘PELUK’ lengan si mamat 3 suku. Selepas photoshoot tadi, mereka pergi TS. Tapi bukan untuk shopping atau pe. Untuk main di AMUSEMENT PARK. Ok kalau roller coaster bolehlah lagi, lepas itu dipaksanya masuk rumah hantu. RUMAH HANTU!!!! Dia tak tahu betapa seram dan gelapnya dalam itu. Walaupun tiket dia Henry yang bayarkan tapi bila part masuk rumah hantu ada dia kisah kalau dia nak masuk atau tidak?? Malangnya bagi si mamat 3 suku ni dia TAK KISAH. Ada dia pergi heret aku kedalam rumah walaupun aku memprotes dan melekatkan kaki aku dilantai. Masuk je kedalam apa lagi memang lengan dia kena peluk dengan aku. Aku tak peduli apa nak jadi pun jadilah. Selepas penat menjerit pelbagai tone nada akhirnya kami keluar dan duduk dikerusi yang berdekatan.

“ sakit telinga aku kau jerit tadi.” Marah Henry, dia duduk disebelah Aliyah. Dia menggosok telinganya, ala-ala sudah pekak akibat jeritan Aliyah.

“ awak yang paksa saya masuk tadi kan. Jadi terima ajelah padahnya.”

“ hisy budak ni.” Henry nak menyekeh kepala Aliyah tapi Aliyah bangun. Aliyah tergelak melihat Henry yang tidak berjaya menyekeh dia.

“ lepas ni kita nak buat apa?”

“ jom kita main roller coaster skali lagi.” Henry tersengih. Ternganga Aliyah mendengar cadangan Henry. Tak reti penat ke?

“ lagi sekali? Kan kita dah main tadi?” Aliyah cuba membangkang.

“ kau pilih nak main roller coaster o masuk rumah hantu lagi.”

“ tak mahu!!” Aliyah memeluk tubuhnya. Bibirnya dah terkumat kamit membebel tentang Henry. Henry menggerakkan jarinya dihadapan Aliyah.

“ pick one my dear.”

“ i pick latter.” Aliyah memusingkan kepalanya. Dia tak mahu memandang wajah Henry. Kalau dia pandang alamatnya memang dia setuju dengan semua cadangan Henry. Apasallah mata dia terlalu menggoda sangat. Apa jampi dia pakai agaknya.

Henry tersenyum melihat protes Aliyah. Dia tahu kalau dia desak Aliyah lagi mesti dia setuju punya. Aliyah mesti pilih roller coaster punya. Dia bukan berani mana nak masuk rumah hantu lagi. Aliyah sudah memeluk dirinya dan memandang tempat menjual cotton candy.

“ jomlah. Apa kata kita masuk dua-dua sekali lagi?” cadangan Henry menambah lagi kebengangan Aliyah. Dia menjeling tajam umpama menikam jiwa gitu kepada Henry. Henry yang masih lagi tersenyum melihat reaksi Aliyah. Mesti tak sampai 1 minit dia mesti mengamuk punya. Amboi Henry beria kau predict bila time dia mengamuk. Tapi betullah.

“ gila!! Kalau nak masuk sangat pergi sorang-sorang. Saya tak nak ikut. Kalau genting takpelah sebab dia ada banyak,ini ada satu je. Apa yang bestnya?” Naik seoktaf suara Aliyah. Kan betul tak sampai satu minit mesti dia mengamuk punya . Hangin betul badan dengan si mamat tiga suku ini. Tak habis-habis cari pasal. Henry boleh bantai gelak masa dia tengah angin. Memang menempah kubur betul mamat ini.

“ yelah. Jom kita main semua game dekat sini dulu lepas tu kita pergi genting main dekat sana pula.” Tercengang Aliyah mendengar apa yang disampaikan tadi. Memang mamat ni hilang skru hari ini. Apasal dalam banyak-banyak hari kau pilih hari ini untuk kau jadi gila?!

“ encik Azlysham Henry Iskandar.” Muka Aliyah cuba dimaniskan dan suaranya dilembutkan. Henry menahan diri dari ketawa lagi. Dia tahu Aliyah tengah mengawal diri.

“ tak sangka saya Cik Nur Aliyah Saffiyah ingat nama saya. Ya ada apa boleh saya bantu?” Aliyah mengawal tangannya dari mengetuk kepala lelaki dihadapannya.

“ hari ini awak tak makan ubat ke? Atau skru dah tercabut masa dekat rumah hantu tadi? Awak ingat genting dengan sini dekat? Dorang jiran sebelah menyebelah ke?” Henry buat bodoh dengan sindiran Aliyah.

“ ala apa salahnya. Bukan selalu. Sekala sahaja.” Aliyah mula mahu memberontak. Iye! Memang sekala kalau selalu memang botak aku setiap hari!

“ tak mahu. Saya dah penat. Saya nak duduk sini. Kalau awak nak main sangt pergi main sorang-sorang.”

“ Ala jomlah.” Henry menggapai lengan Aliyah dan digoyangkannya. Matanya dibuat puppy dog. Urgh siapa yang sanggup nak tolak. Sabar Aliyah control diri, cool Aliyah. Aliyah mengeraskan dirinya dari mengikuti permintaan Henry.

“ jomlah sayang. Ayang bosanlah. Sayang taknak menemankan ayang ke?” Henry mengubah suara kepada manja pula. Terkedu Aliyah. Dia tahu Henry tukar taktiknya supaya dia setuju dengan cadangan Henry. Mukanya merah menahan rasa apabila dia perasan orang sekeliling yang memandangnya. Argh malunya.

“Awak jangan cari pasal dekat sini pula. Hari itu sudah pasal takkan dekat sini pun nka buat juga.”

Henry tersenyum. Dia tahu Aliyah cakap pasal apa. Mesti kes yang dia suruh Aliyah suap dia dekat restoran hari itu.

“ so jomlah main sebelum aku buat drama disini.” Ugut Henry pula. Ai tadi cadang lepas itu desak sekarang ugut pula. Hebat betul si Azlysham Henry Iskandar ni.

“ yelah kita main roller coaster je. Tak nak masuk rumah hantu.” Lagi lebar senyuman Henry apabila cadangannya dia diterima Aliyah. Dengan segera dia menarik Aliyah pergi ke roller coaster. Aliyah hanya mengikut sahaja dengan menggeleng kepalanya.

Selepas mereka bermain disemua permainan disitu, Henry mengheret Aliyah untuk bershopping pula. Aliyah sudah membuat muka. Adoi kena jadi khadam pula. Sebagaimana dia bershopping di KLCC hari itu sama juga Henry membawa Aliyah bershopping. Henry membawa Aliyah makan di Kenny Roagers pula.





No comments:

Post a Comment