>

Thursday, May 22, 2014

cunning love-15




Henry bersenang lenang diatas katilnya. Hari ini dia cuti dan Aliyah pula bekerja hari ini. Dia bermain dengan handphonenya. Gallerynya disentuh. Kelihatan gambar dia dan Aliyah yang diambil semasa photoshot hari itu. Teringat gelagat Aliyah pada hari itu, pipi Aliyah membahang merah ketika dia mendekati Aliyah. Apabila dia mencium tangan Aliyah, Aliyah kaku dan mata mereka bertemu. Dunia seakan berhenti, hanya mereka berdua sahaja disebuah taman yang indah. Bibir Aliyah yangn merah seakan memanggilnya. Kalau bukan si photographer yang menganggu memang show x-ratedlah dekat situ.

“henry” suara Tan Sri Mokhtar mematikan khayalan Henry. Hampir terlepas handphone dari tangan Henry. Dia memandang tok abahnya yang berada di muka pintu. Dia duduk bersila diatas katilnya.

“ ya tok.”

“ kamu buat apa hari ini? Tak keluar?” tok abahnya berjalan ke sofa yang berada dibilik cucunya. Dia melihat sekeliling bilik itu. Agak bersepah. Sudah diagak bahawa yang cucu kesayangannya suka buat sepah.

“ rasanya tak ada kot. Lepak dekat rumah sahaja.”

“ henry. “ Henry merasakan suara Tan Sri Mokhtar berubah. Seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan. Tan Sri Mokhtar menyambung.

“ henry tak ada rasa nak kahwin ke?” henry menggaru kepalanya. La ingat soalan membunuh rupanya ini aje.

“ ala tok abah henry muda lagilah.” Tok abah menggeleng.

“ kamu ini, umur dah berapa. Bilalah nak berubah tangga. Tu si Hasyim boleh pula kamu suruh dia kahwin. Ni kamu apa kes pula.” Henry hanya tersengih. Dia teringat ketika dia memaksa hasyim mencari jodoh sebelum dia umur 30. Kelam kabut si Hasyim menunaikan permintaan gila dia itu. Selepas itu selamba badak sahaja dia menyuruh Hasyim pergi berkenalan dengan setiausahanya. Tup tup mereka berdua beritahu yang mereka akan bernikah selepas itu.

“ eh kamu ini boleh pula termenung.” Tegur Tan Sri Mokhtar.

“ ala tok abah ini, kalau ada itu adalah. “ Henry tersenyum dan mengambil kunci kereta di rak sebelah katilnya.

“ kalau tok abah carikan kamu mahu tak?” henry tergelak. Gila takkan nak suruh tok abahnya pergi carikan calon isteri kot.

“ hisy tok abah ini. Relaxlah, henry boleh cari calon.”

“ hmm. Macam bertahunlah jawapannya.” Perlinya.

“ dahlah tok abah orang nak pergi keluar.”

“ tadi kata tak nak keluar?”

“ nak keluar rasanya.” Elak Henry. Kalau duduk lama lagi mungkin semua soalan akan keluar. Cepat- cepat dia keluar dari situ. Henry berjalan mendapatkan Hasyim yang berada diruang tamu. Dia menepuk bahu Hasyim. Hasyim yang sedang membaca paper terkejut dan terbang segala kertasnya. Hasyim berpaling melihat Henry yang sedang tersengih.

“jom keluar.” Dia berjalan ke keretanya. Hasyim termangu sebentar, lekas-lekas dia sedar dan berjalan kearah tuan mudanya. Pintu belakang dibuka dan henry memasukinya. Hasyim pula duduk ditempat pemandu menghidupkan enjin.

“ nak pergi mana tuan muda?” sekilas dia memandang belakang.

“sebelum itu, kau ada niat nak bergantung dekat mana-mana tiang tak?” Hasyim mula blur. Dah kenapa tuan muda aku ini. Mereng dah ke. Dia melihat cermin pandang belakang dan lihat Henry sedang memandang tajam kearahnya. Dah kenapa dia pandang macam nak bunuh aku? Apa salah aku? Dia cuba berfikir lagi. Dia tiba-tiba menepuk akhirnya.

“ opss sorry Is, terbiasa pula.” Dia tersengih. Baru dia tersedar yang dia memanggil henry tuan muda.

“ hmm. Kita pergi KLIA” Henry hanya menjeling sahaja.

“ kita ada nak ambil sesape ke?”

“ tak ada. Bawa sahaja. Jangan banyak tanya.” Hasyim mengangguk dan mengikut apa sahaja yang dikatakan tuan mudanya.

Tan Sri Mokhtar melihat sahaja kereta Audi keluar dari perkarangan rumahnya. Dia berjalan kearah meja kecil disebelah katil Henry. Dia mengambil gambar yang berada disitu. Gambar keluarga Henry ketika henry kecil lagi. Gambar itu diambil sebelum ibu bapa Henry meninggal.



“ Rayyan kamu tahu anak kamu tu taknak kahwin? Dah nak tua boleh dikata muda lagi. Agaknya nak jadi teruna tua kot rasanya. Tak apa nanti abah pergi cari calon isteri yang terbaik untuk anak kamu itu ye. Kamu ni pun bagilah hint sikit-sikit dekat abah. Senang abah nak kahwinkan dia nanti.” Tergelak Tan Sri Mokhtar dengan ayat dia sendiri. Hatinya tidak henti berdoa agar cucunya dijumpakan dengan seorang yang akan menyayanginya sebelum tutup mata.

No comments:

Post a Comment