>

Wednesday, September 10, 2014

cunning love-24




Henry menyiapkan kerjanya yang telah diberikan oleh Aqilah. Hari ini jadual kerja dia padat, terlalu padat sampai terseksa pula rasanya. Pintu biliknya dibuka kasar. Aliyah menghempas tutup pintu bilik Henry. Aqilah sempat juga masuk bilik Henry sebelum dihempas Aliyah. Dia berhenti membuat kerjanya melihat Aliyah yang sedang marah dan setiausahanya yang tak tahu hendak buat apa. Dia memberi signal agar Aqilah keluar, Aqilah pada mulanya seperti tidak mahu tetapi pandangan mata Henry cukup membuat dia keluar dari situ. Henry menyandarkan diri kepada kerusi, pen bermain di tangannya. Dia hanya memerhati tindak tanduk Aliyah.

“ nak apa?” Aliyah memandang tajam kearah Henry.

“ takkan tak tahu lagi?” putar Aliyah sambil menarik kerusi dan duduk dihadapan Henry. Henry menjongkit keningnya.

“ aku kena tahu apa?” Henry menyembunyikan senyumannya. Dia tahu apa yang Aliyah cakapkan.mesti pasal kes kahwin itu.

“ kenapa atuk awak datang rumah saya semalam?”

“ bila atuk saya datang?” Aliyah mendengus kegeraman. Rasa nak diluku saja mamat 3 suku ini.

“ semalamlah. Takkan tak tahu kot.”

“ dia datang pasal apa?” Aliyah mula naik darah.

“encik jangan cari pasal dengan saya ye. Kenapa atuk encik datang rumah saya untuk pinang saya untuk encik?”

“ mana aku tahu kalau tok abah datang meminang kau.” Henry masih lagi tenang dikerusinya.

“ hello, dia atuk awak. Yang kena kahwin dengan saya awak bukan orang lain. Takkan tak tahu lagi.” Nafasnya mula tidak teratur. Suaranya mula naik seoktaf, silap-silap lepas ini satu bangunan dengar mereka bergaduh.

“ kau setuju jelah apa susah” terbeliak mata Aliyah. Memang rasa nak flip meja rasanya. Eh tak rasa nak flip si mamat ni rasanya.

“ jangan nak cari pasal dengan saya ye. Kenapa saya kena kahwin dengan encik? Encik pergi suruh awek encik kahwin dengan encik. Lagipun saya bukan suka kahwin dengan encik dan encik bukan encik suka saya pun.”

“ ala mana kau tahu. Entah-entah kau kahwin dengan aku, kau jatuh cinta dekat aku macam novel melayu yang kau baca itu.” Dia teringat novel yang Aliyah beli semasa mereka terserempak dulu.

“ tolong sikit, itu fantasi dan ini realiti. Lagipun saya baru habis belajar dan tak ada apa-apa. Saya tak mahu terikat dengan encik.”

“ yeah..yeah.. apa-apa pergi cakap dengan tok abah aku. Aku tak ambil port.”

“ encik tak ambil port! Amboi sesedap doremi je. Dengar sini encik, encik pergi cakap dengan atuk encik yang encik tak setuju dan cancel this whole stupid arrangement!!”

“ why don’t you ask your family to disagree all of this?”

“ sebab tak bolehlah saya suruh encik cancel. Kalau tak, takdenya saya datang sini.”

“so you want to abort this?”

“ yes.” Aliyah berharap Henry setuju dengan permintaannya. Henry melemparkan senyum dan membalas.

“ nope. Just move it on. It would be nice if you become my wife.” Tercengang Aliyah. Dia menghentak tangannya ke meja Henry. Henry terkejut dengan tindakan drastik Aliyah. Dia berundur sedikit. Mana tahu kalau Aliyah berniat nak campak semua barang dekat dia.

“ no! I won’t become your wife. If you are the last person on earth, i’ll never choose you.” Kata Aliyah sedikit sebanyak mencabar Henry.

“ careful, sweetheart. Your word might bite you back if not careful.” Suara Henry berubah keras. Aliyah mula takut, dia cuba mengumpul kekuatan melawan Henry lagi.

“ encik Muhammad Azlysham Henry Iskandar, dengar sini. Saya takkan TAK AKAN kahwin dengan awak.”

“ cik Nur Aliyah Saffiyah, kau akan menjadi isteri aku.” Henry memandang tajam kearah Aliyah.

“ no i said no! Read my lips it N-O no!”Aliyah berjalan menghentak kakinya keluar dari situ. Aliyah sempat lagi menghempaskan pintu pejabat Henry.

“ whatever you said sweetheart. In the end your gonna be mine.” Henry menenangkan fikirannya kembali. Dia teringat kembali wajah Aliyah yang begitu marah dengannya dan Aliyah membantah cakapnya. Pintu bliknya diketuk dan kelihatan pembantunya masuk dan duduk dihadapannya.

“ erm, is..” hasyim ragu-ragu hendak bertanyakan hal Henry dan Aliyah. Henry hanya memandang Hasyim. Hasyim menyambung.

“ setuju ke dengan cadangan Tan Sri tu.” Henry mengeluh. Dia pun tak tahu apa dia dah buat. Sepatutnya dia ikut sekali Aliyah bantah Tok Abahnya punya rancangan tapi bila Aliyah cari pasal dengan dia, dia rasa lain. Dia nak Aliyah.

“ aku pun tahulah.” Henry mengurut dahinya.

“ tahukan yang is punya pertunangan minggu ni.” Henry terdiam lagi. Apa lagi harus dia buat.

“ aku tak tahulah Syim. Ada masa aku nak dia, lepas dah jumpa dia aku kacau dia sampai dia benci aku.”

“mana is tahu dia benci is.”

“ her eyes said it. Bila aku dekat je mesti dia rasa menyampah. Mesti dah berjuta maki seranah dia cakap belakang aku.” Henry gelak terpaksa.

“ so pikatlah dia sampai dia suka is. Ala bukan susah pun macam is suruh saya tackle bini saya dulu” Cadang Hasyim. Melebar senyuman Hasyim kepada tuan mudanya. Dia teringat kenangan dia dipaksa berkenalan dengan setiausaha Henry, ingat senang ke nak pikat perempuan. Payah wo...

Henry mengecilkan matanya. Dia tahu Hasyim sedang memerlinya. Ingat dia boleh lupa penderitaan yang dia buat dekat Hasyim diluar negara dulu.

“ kalau aku tak kenal kau, aku tak tahu kau nak balas dendam.” Hasyim hanya tersengih sahaja.

“ dahlah malas aku nak layan. Pergi dapatkan jadual kerja Aliyah. Lepas itu kau suruh Aqilah masuk.” Hasyim masih lagi dengan sengihannya dan berjalan keluar. Beberapa saat kemudiaan Aqilah masuk pula.

“ ya, boss” Aqilah bersedia menerima arahan dari majikannya.

“ tempahkan saya satu meja direstoran biasa. Untuk malam esok dan kosong jadual saya untuk minggu ini dan bawa kepada minggu depan. Lagi satu nanti bawa semua fail yang perlu disubmit minggu ini.” Aqliah menggangguk dan mencatat arahan Henry.

“ada lagi?” Henry berfikir sebentar.

“ tak ada rasanya. Awak boleh keluar sekarang.” Aqilah seperti ragu-ragu, dia hendak bertanyakan sesuatu kepada bossnya. Serba salah pun ada juga. Karang dikata jaga tepi kain orang pula.

“ ada apa lagi Aqilah?”

“ erm, tadi pasal apa dengan Aliyah boss.”

“ dia bakal isteri saya.” Ternganga Aqilah mendengar jawapan pendek Henry. Aliyah nak kahwin? Dengan boss yang sadis ni. Woww!! Interesting.



“ada apa lagi Aqilah?” Aqilah cepat menggeleng kepalanya dan meminta diri dari situ. Henry kembali mood bekerjanya. Luar nampak dia tak kisah tapi dalam siapa yang tahu..

No comments:

Post a Comment