>

Sunday, September 21, 2014

cunning love- 25



Aliyah menghempas segala kerjanya disingki kerja. Mulutnya terkumat kamit memarahi sesuatu. Semua pekerja cafe perasan dengan perubahan Aliyah tapi tiada siapa yang berani tegur. Pabila dia teringat Henry lagi tinggi amarah dia.

“ gila punya orang. Nak kahwin sangat pergilah cari sendiri. Yang pergi kacau aku buat apa?” Aliyah membebel seorang diri sambil membasuh. Bahunya ditepuk. Hampir terlepas cawan yang dia pegang. Dia berpusing dan melihat Fian sedang tersengih.

“ kau apahal Fian. Nasib baik tak pecah cawan ni.” Fian buat muka tak bersalahnya.

“ dah kau tu, hangin tak tentu pasal apasal?” Aliyah diam dan kembali melakukan kerjanya.

“ ni mesti kes laki tu kan?” tembak Fian. Aliyah menjeling tajam kearah Fian. Fian tahu tekaan dia betul.

“ kau dah jumpa dia ke suruh dia cancel?” tanya Fian. Aliyah hanya memuncungkan mulutnya dan mengangguk sebagai jawapan.

“ Dia kata apa? Dia setuju ke?”

“ kau tahu Fian. Dia pergi setuju dengan cadangan atuk dia! Gilalah dia tu.” Marah Aliyah. Teringat Henry lagi membara dia.

“ habis kau nak buat macam mana. Lagipun itu wasiat terakhir arwah keluarga dia.”

“ aku pun tak tahulah.”

“ Liya!” Aliyah dan Fian pusing dan melihat Kak Ros berdiri di pintu.

“ pergi break.” Arah Kak Ros lagi. Aliyah mengangguk. Dia menyiapkan kerjanya dan keluar untuk break. Sebelum dia keluar, dia melambai kearah kawannya. Aliyah berjalan kearah lif, tiba-tiba tangannya ditarik. Dia melihat Henry berjalan kearah tempat kapal terbang berlepas. Aliyah meronta untuk dilepaskan dan Henry menggenggam kemas tangan Aliyah. Setiba disana dia melepaskan tangan Aliyah. Aliyah mengurut tangannya dan duduk dikerusi disitu. Jauh dari Henry.

Henry tersengih dan sengaja duduk disebelah Aliyah. Aliyah mendengus kasar. Mereka mendiamkan diri. Tiada siapa memulakan bicara. Disitu agak lengang. Kalau adapun cleaner, itupun hujung sana.

“ nak apa? ” Aliyah mula bertanya.

“ saja bawa kau tengok permandangan.” Dari hujung mata Henry, jelas melihat kegeraman Aliyah. Bila-bila masa sahaja dia boleh kena pelangkung.

“ baik tak payah.” Aliyah bangun dari situ. Henry cepat-cepat menarik tangan Aliyah dan menariknya duduk kembali. Aliyah menggoyangkan tanganya agar Henry melepaskannya. Tapi dia buat bodoh sahaja. Akhirnya Aliyah diam memeluk tubuh.

“ kau nak apa Henry?” tanya Aliyah lagi. Matanya menjeling Henry.

“ tak boleh ke aku lawat bakal isteri aku?” Aliyah mendengus kasar. Henry memandang luar.

“ bila masa aku jadi bakal isteri kau?” sinis Aliyah bertanya kembali.

“ habis kerja pukul berapa?” Henry menukar topik.

“ bukan urusan kau.” Tegas Aliyah. Dia masih memandang kapal terbang disitu. Henry mengeluh. Keras kepala betul.

“ nak makan tak?”

“ nak pergi makanlah ni.” Aliyah terus bangun tapi Henry pantas menarik tangan Aliyah duduk kembali. Aliyah cuba melepaskan dirinya dari Henry tapi tidak berdaya.

“ lepaslah.” Ronta Aliyah.

“ aku ikut sekali.”

“ tak payah!” bantah Aliyah.

“ kalau macam itu, duduk dekat sini sampai kau habis break kau.” Ugut Henry.

“ tak kisah.” Dengan selamba Aliyah membalas. Mereka duduk diam disitu. Masing-masing diam seribu bahasa. Henry menjeling sekilas Aliyah disisinya. Dia tahu Aliyah tidak selesa dengan dia disitu. Dan dia tak tahu kenapa dia nak bersama dengan Aliyah sekarang. Walhal kerja dekat office bertimbun dan dia pasti setiausaha akan cari dia nanti.

“ tuan muda.” Suara lelaki mematikan lamunan dan kebisuan antara Henry dan Aliyah. Mereka berpaling dan melihat Hasyim berdiri disebelah. Dari mana dia datang pun tak tahulah. Aliyah melihat jam tangannya. Dia bangun. Henry memegang tangan Aliyah, jangan pergi.

“ masa break dah nak habis.” Senada Aliyah berkata. Hasyim menyuakan plastik KFC kepada Aliyah. Aliyah hanya memandang sahaja plastik disuakannya.

“ kenapa?” tanya dia kepada Hasyim. Hasyim hanya berdiam diri dan memberi isyarat suruh ambil.

“ untuk kau. Tak payah banyak tanya, ambil sahaja. Tak sempat letak racun pun.” Henry menyampuk. Aliyah teragak-agak mengambilnya. Dia terus pergi meninggalkan Hasyim dan Henry disitu.

Hasyim memandang tuan mudanya yang masih memandang arah Aliyah walaupun dia sudah pergi.

“ tuan muda.” Hasyim teragak memula kata. Henry mengeluh halus. Dia memandang kehadapan kembali.

“ duduk syim.” Hasyim mengikut arahan tuannya. Mereka berdua diam sejenak, Henry menyambung lagi.

“ apa yang aku patut buat lagi. Dia tak nak dengan aku. Aku cakap baik atau teruk pun still dia tak nak juga.” Henry mengeluh.

“ aku nak bantah cadangan Tok Abah. Aku tak dapat nak tunaikan amanat papa. Tapi bila aku nampak Fiya. Aku jadi kaku. Jadi macam patung dan tiba-tiba aku nak dia. Pelik kan?” luah Henry. Dia memaksa dirinya gelak. Hasyim membiarkan tuannya bercakap lagi.

“ you know hasyim she’s not pretty like other i’d been seen and she’s totally not perempuan melayu terakhir.” Gurau Henry. Hasyim gelak sedikit apabila mendengar statement tuan mudanya.

“ but.. there’s something in her that make me like her. I don’t know Syim. She’s cute, adorable and funny. Dan kau tahu setiap kali aku buat dia marah, aku rasa macam seronok.” Hasyim melihat sahaja tuannya berseronok bercerita tentang Aliyah.

“ sekarang tuan muda nak buat macam mana supaya dia setuju?” tanya Hasyim setelah dia habis mendengar segala luahan tuan mudanya.

“ aku ada plan.”

“ kalau tak jadi macam mana.” Hasyim ragu-ragu bertanya. Henry menjeling tajam kearah Hasyim. Hasyim terkedu disitu.

“ kalau tak jadi aku ada plan B. Jangan risau aku ada plan sampai Z.” Henry tersenyum megah dengan rancangan yang direncananya.

“ ok kalau macam tu. Apa plan A tuan muda?”

“ ok. Plan aku ialah nak gantung kau dekat kapal terbang tu dulu.” Selamba sahaja Henry sambil menunjuk kapal terbang dihadapannya. Hasyim ke terbelakang sebentar. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

‘dah kenapa gantung aku masuk dalam plan dia.’

“ er..tuan...” tak sempat Hasyim berkata, Henry sudah menghadiahkan pandangan tajam menikam kalbu gitu kepada dia. Tangannya digenggam kemas. Turun naik halkum Hasyim melihatnya.

“ sorry is. Sambung..sambung.” Hasyim tersengih dan menggayakan tangannya menyuruh tuannya menyambung lagi.

“ bagus. Aku perlukan Aqilah disini. Kau pergi telefon dia cakap dengan dia suruh datang sini. Tinggalkan semua kerja yang dia tengah buat sekarang.”

“ sekarang ke?”

“ yelah takkan tahun depan kot?” sinis Henry membalas.

“ er.. tapi sekarang dia dalam mood membunuh.” Serba salah Hasyim hendak menelefon isterinya.

“ dah kenapa dia tu?” Henry sudah membuat muka.

“ er...is dah lupa ke. Yang is selamba saja tinggalkan kerja macam itu, office tadi pun bersepah is buat. Dan hilang macam itu aja. Tak pesan dia apa-apa. Hanya cakap nak pergi lunch aja.” Hasyim mengurut lehernya.

‘haiya. Janganlah disuruh aku pula. Tak mahu nak mengadap amuk dia.’

“ ala kau call aje. Dah okey dah tu.” Arah Henry lagi dengan selamba badaknya. Hasyim dengan paksa rela dia menelefon isterinya. Setelah beberapa dering panggilannya disambut, Hasyim menarik nafas.

“ assalamualaikum ye kenapa bang?” Aqilah menjawab panggilan.

“ waalaikumsalam. Er.. sayang busy ke?” Hasyim sudah tidak keruan. Dia memandang tuan mudanya meminta tolong. Tapi dia boleh buat bodoh je. Akan ku sekeh kepala tuan muda aku suatu hari nanti.

“ agaklah, kenapa?”

“ er, tuan mudasuruh datang KLIA sekarang. Dan dia suruh tinggalkan semua kerja yang sayang tengah buat.” Dalam satu nafas dia menyampaikan arahan tuannya. Tiba-tiba senyap. Hasyim dah mula pelik.

‘ ai takkan bini aku dah letak telefon?’ dia mendengar kembali deruan nafas Aqilah.

“ oh, boss ada dekat situ ye bang?” tiba-tiba badannya merasa sejuk semacam.

“ ya”

“ boss suruh pergi KLIA ye?”

“ya”

“ boss suruh tinggalkan kerja ni semua?”

“ ya”

“ boss tak bagitahu kenapa?”

“ tak”

“ boss ada cakap tak dia ada appointment hari ini?” Hasyim memandang Henry. Dia tahu Henry dengar apa Aqilah kata. Buat loudspeaker memanglah. Henry hanya mengangkat bahu sahaja.

“ tak.”

“ boss lupa nak bagitahu sayang ke yang dia nak lunch sampai ke malam?”

“ ya.”

“ boss sengaja ke sepahkan office dia?” Henry hanya mengangguk.

“ er..ya?” tiba-tiba Henry merampas handphone dari tangan Hasyim.

“ Aqilah just do what i’ve said. Come here and don’t say another word.” Dengan selamba Henry mematikan telefon dan memulangkan handphone kepada Hasyim. Hasyim terkebil-kebil melihat selamba tuannya. ‘ habislah dia kena dia isterinya membebel lagi.’

“ Relaxlah hasyim. Ok sambung dengan perancangan aku.” Henry menyambung kembali perancangannya.

































No comments:

Post a Comment