>

Sunday, September 21, 2014

cunning love - 26



Aliyah berjalan keluar dari tempat kerjanya. Dia berjalan menuju ke lif, sedang dia menunggu bahunya ditepuk. Dia berpaling dan melihat Aqilah berdiri di hadapannya tersenyum.

“ eh kak Qilah!” Aliyah terus memeluk Aqilah. Aqilah membalas pelukan kawannya itu.

“Liya apa khabar? Sihat? Fian mana?”

“ macam biasalah. sihat je. Fian OT hari ini.” Aqilah hanya mengangguk sahaja mendengar balasan Aliyah.

“ akak buat apa dekat sini?” aliyah ragu-ragu bertanya. Bukan kak qilah secretary mamat 3 suku ke?

“ oh tak ada tadi hal dekat sini. Ini baru nak balik.” Aqilah cuba berdalih. Dia mengekalkan reaksi muka agar Aliyah tidak mengesyaki apa-apa. Aliyah hanya mengangguk sahaja.

“ Liya nak balik ke? Meh akak hantarkan.” Tawar Aqilah.

“ eh tak apalah. Kang nanti menyusahkan pula.” Tolak Aliyah.

“ eh apa susahnya pula. Lagipun kita dah lama tak berborak. Alang palang kita boleh dekat kedai mana-mana.” Ajak Aqilah lagi. Aliyah berbelah bagi mahu ikut atau tidak.

“ kalau macam itu bolehlah.” Aliyah bersetuju dengan cadangan Aqilah. Mereka berborak sambil berjalan ke kereta Aqilah.

“ so bila result spm keluar?” tanya Aqilah sambil memandu keretanya keluar dari kawasan KLIA.

“ dalam bulan 3 nanti.” Aqilah hanya mengangguk. Mereka sepi hanya radio sahaja kedengaran. Aliyah perasan yang Aqilah bawa mereka bertentangan dengan jalan rumah dia.

“ kak salah arahlah.” Dia memandang Aqilah yang masih lagi fokus pemanduannya. Aqilah menoleh dan senyum. Dia memandang kehadapan semula.

“ akak tahu. Dah lama tak jumpa. Ingat nak pergi jalan-jalan.” Aliyah hanya membiarkan Aqilah bawanya pergi.

Tiba mereka di Alamanda, Aqilah mengajak Aliyah kesebuah butik. Dia menunjukkan beberapa dress kepada Aliyah untuk dia cuba. Aliyah menggeleng tidak setuju.

“ ala cubalah. Akak nak tengok.” Pujuk Aliyah.

“ tak mahulah kak. Lagipun nak buat apa dengan dress ni? Bukan saya ada function nak pakai dress ni bagai.”

“ ala itu akak tahulah. Liya try aje,bukan kita nak beli pun.”

“ tapi kak...”

“ sudah jangan degil. Tukar ajelah. Akak nak tengok.” Aqilah menolak Aliyah masuk ke bilik persalinan. Sempat lagi dia memberi semua baju kepada Aliyah untuk dicuba. Aliyah memperagakan semua baju yang dipilih Aqilah. Aqilah hanya memberi reaksi tidak puas hati wajahnya sahaja.

Tiba – tiba telefon Aqilah berdering, dia meminta diri sebentar. Aliyah berjalan sekeliling butik. Dia melihat sebuah dress yang menarik perhatiannya. Dia mengambil dress berwarna scarlet. Dia menggayakan pakaian dihadapan cermin. Cantik. Bisik Aliyah. Dia terdengar orang terkejut dibelakangnya. Dia berpaling dan melihat Aqilah yang tergamam disitu dan dia menjadi patug cendana tidak berbayar.

“oh my god! Masya Allah! You look gorgeous liya!” puji Aqilah. Aliyah sudah merah mukanya menahan malu.

“ biasa ajalah kak ni.” Aliyah menenangkan dirinya. Betul ke apa yang kak Qilah cakap? Entah-entah nak hati sahaja.

“ betullah Liya. Meh akak belanja beli dress ini.”

“ eh tak apalah. Tadi kata nak try saja.” Tolak Aliyah.

“ no i insist. Lagipun Liya,sebenarnya hubby akak ada reserved dinner tapi dia terpaksa cancel sebab ada emergency. Dia dah bayar deposit dah. Sayanglah kalau tak pergi. akak ingat nak bawa liya makan disitu.”

“ apa kaitan dengan dress ini pulak?” Aliyah mula pelik.

“ liya,restoran itu dah tetapkan dress code kalau mahu masuk. That’s why i want to buy you this dress.”

“ ala kak, liya tak biasalah nak pergi tempat macam itu.” Tolak Aliyah lagi. Lecehlah pergi dinner macam tu.

“ pleaselah, Liya sekali saja. Akak tak sampai hati nak cancel. Yang ni Liya tak perlu keluar duit pun. Semua akak tanggung,please.” Aqilah mimik sedih. Aliyah menghembuskan nafasnya. Serba salah dia nak menolak pelawaan Aliyah. Aliyah akhirnya mengangguk setuju. Melompat Aqilah bila Aliyah setuju, Aliyah hanya tergelak sahaja melihat gelagat temannya.

“ tapi kak takkan nak pakai baju ni terus. Liya dahlah baru habis kerja. Melekit badan ni.” Aqilah menggosok dagunya memikirkan sesuatu.

“ tak apa nanti kita singgah hotel, mandi dekat situ and siap-siap dekat situ juga.”

“ takkan semata-mata nak tukar baj, tempah hotel bagai.”

“ haip! Dah jangan banyak cakap. Ikut saja.”

“ yelah.” Aqilah mengambil pakaian Aliyah dan pergi membayarnya. Aliyah mengikut sahaja Aqilah membawa mereka berjalan. Aqilah menempah sebuah bilik dan Aliyah terus membersihkan dirinya. Setelah dia solat dan bersiap, Aqilah memakaikan mekap kepada Aliyah. Aliyah cuba menolak, setelah didesak beberapa kali siap guna ayat ‘ala hari nikan ladies night, so kena tip toplah’ barulah Aliyah mengalah. Setelah Aliyah bersiap, Aqilah mengarah Aliyah pergi dulu. Aliyah pelik.

“ kenapa tak gerak sekali je?” berkerut dahi Aliyah. Aqilah tersenyum.

“ akak takut nanti cancel pula. Jadi Aliyah pergi dulu ye. Dekat bawah ini aja.” Paksa rela Aliyah pergi ke tempat yang dicakapkan Aqilah. Aliyah dibawa pelayan ke tempat duduk mereka. Aliyah ditempatkan di sebuah bilik yang lagi private. Pelayan menarik kerusi untuk Aliyah duduk. Pelayan juga berpesan yang makanannya akan tiba sebentar saja lagi. Aliyah hanya mengangguk. Mungkin suami kak Qilah yang arrange semua ini. Makanan Aliyah pun tiba tapi Aqilah tidak muncul juga. Aliyah menunggu lagi. Dia menghabiskan masa menunggunya dengan bermain games di handphonenya. Pintu dibuka dan kepala Aliyah terangkat. Terkejut dia melihat orang yang berada di muka pintu. Matanya melirik gerakan selamba orang yang duduk dihadapannya. Tidak dilupakan juga senyuman manisnya.



“ Assalamualaikum darling.” Terasa berpusing kejap dunia Aliyah. Kenapa dia?

No comments:

Post a Comment