“ ahh..aku dah lambat!! Mati lah aku kali ni!” aku berlari pecut di sekitar KLIA. Aku mencelah di lautan manusia itu macam berlumba di litar sepang rasanya. ‘ aduh kenapalah aku boleh lambat bangun? Aku rasa dah pasang banyak alarm dah semalam’ aku mula merungut. Aku tidak pedulikan sekeliling, yang perlu ingat kerja, kerja, kerja. Dalam aku mencelah, boleh pula aku langgar seseorang. BUM..macam nangka busuk da..
“aduh.” Kami berdua mengaduh. ‘aduh apesal pula kali ni.’ Aku mula merungut balik. Aku menghempap seorang lelaki.oh tidak. Cepat-cepat aku cuba bangun, tiba-tba aku rasa tudung aku tertarik. Aku dah mula pelik. Apa hal lah pula!! Aku cuba sekali lagi dan hasilnya juga sama. Aku tengok hujung tudungku.
‘ la patutlah.kat sini juga kau nak buat halkan’desis hatiku.
Tudungku berpintal dengan butang baju lelaki ni.apalah nasib aku hari ni “ehem” lelaki itu berdehem. Aku yang tengah kelam kabut, mendongak dan tergamam.
‘ oh my goodness’ aku terdiam lama.
“ehem..tahulah saya handsome. Tak payah tengok sampai nak tembus muka saya. “
aku tersedar dan darah panas mula menyerbu muka.malu wo!! “sorry.” Aku perlahan berkata.
“ ni bila nak bangun? Nak buat show ke kat sini” kedengaran sinis pada pendengaran aku.
Aku mula berangin, aku terpandang jam. 8.05 am. Mataku dah membulat dan mula cemas balik.
“ alamak.habis aku!” aku terjerit sedikit. Aku merentap kasar tudungku, habis butang baju lelaki itu tercabut. Opssie.Tergamam lelaki tu dengan tindakan aku.Huh ganas gila aku buat. Aku bangun. “ sorry encik. Tak sengaja tau” aku ucap sambil mula langkah seribu.
Tiba tiba tangan aku dipegang. Aku terkejut dan berpaling. Aii..suka hati mak bapak tiri kau je pegangkan?
Click. Bunyi kamera. Aku terkejut dan sebelum aku memarahi lelaki itu. Aku tengok jam sekali lagi. ‘alamak!’ aku menarik tangan aku dengan kasar dan meninggalkan lelaki itu. apa yang penting kerja aku ni.
Aku berjalan perlahan untuk punch card aku. Ada gaya perompak rasanya. Tiba-tiba ada tangan menepuk dari belakang, aku berpusing. Terkejut beruk aku disitu.turun semua darah dimuka aku.pucatlah senang kata. Didepan aku seorang perempuan namanya Rosalinda, aku panggil Kak Ros.mukanya seperti menahan marah.
“ Cik Nur Aliyah Safiyyah.” Aku memandang Kak Ros dan tersengih macam kerang busuk.hehe. “Ya,saya” aku menyahut.
“awal datang hari ini. Jam awak pukul berapa sekarang?” sinis kak Ros bertanya kepadaku.
Aku menarik nafas ‘bertenang’ bisik hatiku. Aku tersenyum dan menjawab “awal ke? Penat saya berlari tadi.ingat dah lambat.awal lagi rupanya” aku mula loyar buruk.
Muka Kak Ros makin merah menahan marah. “ masuk kerja pukul berapa sebenarnya?”
“pukul 7.30” aku menjawab perlahan
“sekarang dah pukul 8.tahu tak?”
Aku mengangguk sahaja tanpa menjawab. Menunduk sahaja seperti orang bersalah. Tapi memang salah aku pun.
“hah kali ini alasan apa pula nak bagi saya?”tanya kak Ros
“erm” aku mula memikirkan alasan. Aku mendapat idea. Aku tersenyum.
“tadi jammed kak.Taktau ada apa sampai jammed tadi.”
“oh jammed ye.” Kak ros mengulang balik apa yang aku cakap.
“jammed dari pukul 6 sampai pukul 8 ke?”
Aku mengangguk dengan rasa tidak bersalah. Tiba-tiba Kak Ros memukul perlahan lenganku.
“kenapa?” aku bertanya pelik
“banyaklah kau punya jammed.itu fian jiran kau boleh datang awal.apa kes pula? Nak kelentong orang tu betul-betullah” kak ros dah mula membebel
Aku tersengih.kantoi lah pula.
“ ala kak, saya tak sengaja lambat. Sorry lah.jangan potong gaji saya pula”
“dahlah. Yela kalau kau buat lagi. Akak potong 10% gaji kau. Faham?” aku mengangguk tanda faham.
Aku berjalan fian yang sedang memasak. Aku berdiri sebelahnya dan termenung.
“apa kau menungkan itu?dah nak tembus dah mangkuk aku nie.” Fian atau nama sebenarnya Safiannah menegur sambil menepuk mangkuk yang ditenung aku.
Aku ketawa. “ la bukan setakat mangkuk je tembus. Aku termenung sampai tembus lantai dah.” Aku mula loyar buruk. Fian mencebik.
“ko ni aku cakap sikit.mula la loyar buruk kau kan.mesti cita-cita kau nak jadi lawyerkan”
“hehe. Biasa lah.macam kau tak kenal aku? Kau masak apa?”
“ha’ah siapa tak kenal Cik Aliyah Saffiyah bt Mohd Haridan ni kan. Kau tak nampak ke aku masak kepala orang ni?” Fian dah mula sarkastiknya. Aku hanya ketawa. ‘hisy, dah tahu aku masak kari ayam boleh pula tanya.padahal hari-hari masak benda sama.’fian mula membebel.macam dia tak tahu perangai aku yang suka tanya benda yang memang ada jawapan. Apa orang kata abunden, entah betul atau tak.
“ala aku tanya je. Kau ni tak habis nak sentap. Kau masak kepala siapa?” aku mula mengacau Fian sambil tangan mengacau lauk.aku cuba juga usya mana tahu tiba-tiba fian ubah angin betul-betul masak kari kepala manusia.hisy, tak jadi nak tapau nanti.
“kepala kau lah”balas Fian geram.
Aku ketawa tak ingat dunia.Fian cubit lenganku. ‘Aduh’
“ha.padan muka.gelakkan aku lagi.”
Aku mencebik sambil mengusap lenganku.
“ha, kau tak de kerje ke?” tanya Fian.
“ada. Ni aku tengah buatlah ni.” Aku menjawab selamba.
“kerja apa” tanya Fian blur. ‘kerja pe benda kalau menempel dekat aku’.
“kerja baru.” Jawabku ringkas. Aku mula mengukir senyuman tapi ditahan
Fian dah mula rasa pelik dengan kawannya. “kerja baru apa?”
Aku tersengih, “ kerja tengok kau”
Fian geram memukul lengan buat kali kedua. Aku mengaduh. Nasib baik dia tak pegang pisau kang nanti ada yang kenduri 40 hari 40 malam kang. Fian menjeling kearah aku. Dia mula menyambung kerjanya. Aku hanya membantu kerja sikit-sikit. Tolong kupas bawang, gaul lauk dan macam macam lagi. Padahal aku kerja waiter je, ceh cari pahala lebih saje,
“ Tadi kenapa lambat?” fian mula memecah kesunyian kembali. Aku yang memotong carrot berhenti. Aku memandang Fian, tersengih macam kerang busuk.hehe.
“ala macam biasa lah” aku menyambung kembali kerja memotong.
“kau ni.kesian kak ros pagi tadi.dahlah customer ramai gila macam year end sale je tadi.”
“aku bukan sengajalah. Aku bangun lambat tadi. Semalam overnite.”
“ kau ni kali kau tengok cerita anime apa pula.”tanya fian. Dia memang tahu aku memang gila dengan anime.
“hehe. Aku tgok cerita yang hari itu aku beli dengan kau tu.best juga la.lepas itu aku marathon tgok cerita leverage pula.”
Fian terbeliak mata bila aku sebut cerita leverage.
“kau habiskan 5 season itu? Dalam satu malam? Kau biar betul?” bertubi-tubi soalan macam machine gun terlebih peluru dah.”
Aku hanya mengangguk. “ala biasa lah. Tgok skip forward rewind macam itu je.macam kau tak kenal aku.”
Fian mencebik.
“ dahlah aku pergi buat kerja asal aku baliklah. Karang mengamuk kak ros habis aku.” Kata aku sambil meninggalkan Fian. Sebelum keluar dari dapur, aku memanggil, “Fian break sama tau nanti”
Fian hanya mengangguk.
Aku berjalan keluar dari dapur. Aku memulakan kerja sebagai waiter. Aku kerja cafe di KLIA ini. Macam macam job aku angkut. Waiterlah, kerja dapaurlah, barista pun aku angkut Cuma cashier je taknak sentuh, walaupun manager nak naikkan aku, aku tolak, tak mahulah main duit. Bahaya seh. Hehe. Opps lupa nak kenalkan diri, nama diberi Nur Aliyah Saffiyah baru habis SPM 3bln yang lepas, jadi umur aku sekarang 18 tahunlah sekarang.hehe..interframe kejap
“aliyah!” tergendala termenung aku. Aku pusing dan melihat siapa yang memanggil aku. ‘oh kak ros, ingat siapalah tadi.’ Aku mengangkat kepala seperti menanya kenapa. Aku terus memandang kak ros dengan muka hairan.kita guna bahasa isyarat aje cakap.
“pergi ambik kek. Kek dah sampai.” Kak Ros memberi arahan.
“ok.” Aku menjawab pendek. Kaki terus melangkah keluar KLIA untuk mengambil kek. Hai,kerja mengangkut pun aku angkut sekali. Gumam aku sendiri.
.................................................------------------------------------......................................................................
‘aduh mana dia ni.’ Getus hatiku. Aku melihat jam pukul 8.30 pagi. aku mula melilau pandang kiri kanan. Tiba datang seorang lelaki bersut lengkap berwarna hitam berlari kearahku. Dia tersenyum dan aku mula masam mencuka macam jeruk sudah.
“dah lama tuan muda tunggu?”lelaki itu bersuara.
“ oh taklah. Saya baru tunggu 30 minit yang lepas. Kenapa tak nak datang 30 minit atau 30 jam akan datang?” aku mula sinis. Dia terkulat-kulat tersengih dihadapanku. Dia mengambil troli dari tanganku dan membawanya ke kereta.
“ saya minta maaf tuan muda. Tadi jammed.” Lelaki itu berkata lagi sambil membuka pintu untukku.
“sudah saya tidak mahu dengar sebarang alasan kamu.”aku berkata malas. Aku membelek ipadku yang retak seribu. Lelaki itu perasan ipad kesayangan tuannya.
“ kenapa dengan ipad tuan?erm baju tuan kenapa pula” dia menunjuk baju aku yang butang dah tercabut. Aku membuat muka.
“ ada perempuan gila langgar tadi.” Beritahuku ringkas. Lelaki itu terdiam mendengar penjelasanku. Dia memandang wajahku dan gaya seperti mahu jawapan lagi.
“tapi takkan sampai...” sebelum dia habis cakap aku memotong.
“ dah tak payah tahu. Oh lupa pula. Berapa kali saya nak cakap jangan panggil saya tuan muda.” Aku bersuara dan bersandar selesa dikerusi kereta.
“tapi tuan..” lelaki itu membantah tetapi dipintas aku. “jangan membantah cakap saya Hasyim. Kalau saya kata panggil guna nama saya jangan membantah. Faham?” aku mula tegas. Aku tak suka orang memanggil aku tuan muda. Aku tak nak orang tahu siapa aku. Aku mula melelapkan mata.
“ baiklah encik iskandar” hasyim bersuara perlahan.
“ encik pun dilarang guna.”marah aku sambil melelapkan mata.
Hasyim hanya tersenyum melihat keadaanku. Mengantuk sangat dengan jet lag lagi. Tiba –tiba aku tersedar.
“hasyim apa jadual saya?” mode bekerja aku tiba-tiba aktif pula
hasyim yang sedang memandu terkejut.
‘ai takkan dah nak kerja kut. Baru je sampai.apa kebende tuan muda aku ini’
Hasyim memandang cermin belakang dengan wajah pelik + hairan. Hasyim terdiam seperti berfikir sesuatu.lama jugalah dia diam.
‘Macam aku cakap dengan tunggul pula’. aku mula hilang sabar.
“hasyim bila bini kau datang sini?” aku menukar soalan. Hasyim terkejut dengan soalan cepumasku.
‘Apa kes dengan bini aku pula? Takkan bos aku skandal dia pula.’hasyim berkerut seribu macam jalan tar dah.
“tak payah buat muka pelik.kau lupa ke bini kau, aku punya secretary.”
Hasyim teringat hanya tersengih.
“oppss.lupalah is. Saya ingat pasal apalah tadi.”
“tak da maknanya nak mengurat bini kau.” Sinis sahaja. Aku mengambil phone dikocek seluar.
Aku mula mendail dihandpone sony experiaku. Talian bersambung.
“ assalamualaikum.Ya, encik Iskandar?” suara disana memulakan perbualan.
“Aqilah, apa jadual saya?” aku terus menyembur tanpa menjawab salam.hehe..jawab dalam hati sajalah.
Aqilah disana sudah menggaru kepala. ‘ai, takkan baru sampai Malaysia dah minta jadual dia’
“hello. Aqilah are you there”
“yes, Encik Iskandar.erm sebentar ya” aqilah mengambil buku plannernya dan menyelak setiap helaian.
“Encik Iskandar, you have photoshoot tomorrow at 9 am at wangsa maju, 12 noon at taman titiwangsa. At 8 pm you have commercial at KLCC.and later day, you have meeting with board of director at 9 and then..”
Aku yang tengah sedap mendengar, tiba tiba terkejut dengan meeting.
“what?hold on. Who arrange the meeting with the BOD?” aku mula berasap + hangin. Baru balik dah kena urus company. Haiyo.
“erm. That one your granfather tell me to arrange the meeting the day after tomorrrow.” Aqilah mula takut-takut. Habislah kalau bos dia marah.boleh telangkup dunia.
“and you didn’t tell me anything until today?” aku mula sinis.ye hari ini aku perli orang saja kerja.
“ sorry bos, but your grandfther said that he want to make a surprise for you.”
“surprise la sangat.hmm.apa lagi surprise yang tok abah i dah buat?” aku mula berasa bosan
“hanya meeting BOD sahaja. Yang lain semua shooting encik.” Aqilah kembali memberi jadual kepadaku.
Aku mula memincit kepala.
“bila kamu datang sini.” Aku bertanya
“ esok pukul 5 petang encik.”
“ok.tomorrow i’ll tell your husband to fetch you.”
“okay. Bos”
Talian dimatikan. Aku memandang jalan dihadapan.hasyim hanya membawa kereta dengan cermat dan sekali sekala melihat cermin dibelakang.
“hasyim, esok ambik bini kamu di airport pukul 5.tak payah ambil saya . saya pergi sendiri.”
“baik “
Aku mula melelap kembali. Pergi ke alam mimpi.
.................................................-----------------------------------------------.............................................................
Aku dan fian duduk dan makan di kafeteria. Aku makan wantan sup dan Fian makan nasi berlauk.kami mengambil tempat berdekatan dengan tv. Boleh tengok tv sekali.
“ Kau tau tadi aku nak datang aku ada langgar seorang mamat ni.” Aku mulakan bicara.
“so apa yang peliknya. ” Fian tanya dengan muka pelik.apa yang dihairankan kalau langgar orang.
“erm. Aku langgar sampai jatuh macam nangka wangi and aku tak sengaja tercabutkan butang dia.”
Fian beliakkan mata terkejut.dia memandang aku dengan muka tak percaya. Aku tersengih dan memandang matanya seperti nak bagi isyarat aku tak menipu.
“kau biar betul?” fian mula bertanya setelah lama diamkan diri.
Aku mengangguk dan menghirup horlicksku.
“ macam mana kau boleh langgar dia?” fian dah mula dah sesi CSI dia. Aku menceritakan dari awal sampai habis.
Fian tergelak mendengar ceritaku. Aku dah pelik. ‘apasal gelak? Aku buat lawak ke?’
“ kau boleh cabut butang baju dia dan kau cabut macam itu je.wow hebat kau.” Fian memerli. Aku mencebik.
“aku mana ingat. Aku ingat aku dah lambat je. Terus tak pandang belakang dah.” Aku membela diri. Aku memeluk diri gaya merajuk dah ni.
Fian buat nampak tak nampak je perangai aku. Dah masak dah. Itu yang malas nak melayan.
“muka dia macam mana. Handsome tak” fian mula memancing aku. Aku tersenyum.
“kau tahu muka dia macam matsumoto jun aku. Tak tak tak dia lagi handsome dari jun aku.”
Fian garu kepala. “ kau ni yang mana satu ni.”
“dia memang handsome seh.”aku mula memberi gambaran kepada fian. Fian hanya menganguk mendengar. Hentam sajalah labu.
“ esok kau pergi mana pula” fian bertanya keluar dari topik asal. Dia tahu aku cuti esok. Memang takkan melekat dekat rumah. Ibu dah selalu bising. Hish perempuan apa macam ini.
“ esok rasanya aku nak turun KL lah.” Aku jawab perlahan sambil menghabiskan airku
“naik train ke?”
“ tak. Naik motor. Kenapa nak ikut?”aku bertanya kembali. Fian terkejut.
“ kau gila.nak pergi KL naik motor? Tak mengamuk pula ibu kau?”
“mana ada gila. Kau bagitahu aku siapa yang gila bawa motor ke KL?” aku dah mula loyar dah.
“jangan nak mengarutlah. Tak mengamuk pula ibu kau?”
“Hehe. Family aku balik singapura malam ini.” Aku tergelak sedikit.
“kau ni.bahayalah dah lah tak ada lesen. Tau nak merempit aje”
“ala sekali sekala. “aku memberi alasan. Aku melihat Fian sudah buat muka risau.
“rilexlah kawan. Nanti dah sampai KL aku call kau ok.” Aku menenangkan Fian.
Hehe...macam best je permulaan dia.
ReplyDeletehaha..thanx
ReplyDelete