Aliyah berbaring malas diatas katil. Hari ini dia kerja shift pagi. Dia memandang siling, termenung. Gaya macam nak settlekan masalah dunia pula.
“ aduh, apa nak buat ini? Aku dah mati kebosanan dekat sini?” dia bercakap seorang diri. Dia merenggangkan segala sendi-sendi di badan. Dah pelbagai kuak lentang dia apply diatas katil. Boleh masuk olympic kalau macam ini. Dia melihat jam, baru pukul 5.30 petang.
“ alang palang dah kebosanan macam ini pergi kacau ibulah.” Aliyah berjalan kedapur. Pn Nadirah sedang menggoreng cekodok dan pisang untuk santapan makan petang. Aliyah berdiri belakang ibunya dan mencuit pinggang ibunya. Terkejut Pn Nadirah dan dia berpusing melihat anaknya tersengih macam kerang busuk disitu.
“ Hisy, kamu ini. Nak kena senduk ke apa?” gaya dia seperti nak mengetuk kepala Aliyah dengan senduk. Aliyah mengelak dan mengekek ketawa. Pn Nadirah terus menyambung kerja dan menghiraukan sahaja anak sulungnya, kalau dibiarkan memang hangus makan petangnya nanti. Aliyah berdiri sebelah ibunya.
“ ibu buat apa?” sahaja disoal walaupun tahu ibunya sedang buat apa.
“ clubbing, tak nampak ke?” perli ibunya.
“ la ya ke? Mana bola diskonya dengan musiknya?” Aliyah mengusik lagi.
“ sekarang tak pakai bola disko lagi. Pakai bunyi minyak ini dah cukup.” Ibunya hanya melayan anaknya mengarut.
“ oh hebatlah rumah kita. Boleh buka disko lagi. Nanti Liya ajak kawan Liya disko dekat sinilah.”
“ Liya tak tahu ke memang rumah kita tempat clubbing.”
“ ok. Sekarang juga Liya call Fian datang sini. Clubbing.” Sambung Aliyah. Dia meraba-raba poketnya konon mencari handphonenya.
“apa yang kamu berdua mengarut dekat sini. Sampai keluar rumah nenek dengar.” Suara perempuan tua mengejutkan Pn Nadirah dan Aliyah. Mereka tersengih sahaja.
“ nek, ibu nak buat clubbing. Nenek nak join?” Aliyah menyakat neneknya pula. Pn Nadirah mencubit anaknya geram.
“ aduh” dia mengaduh dan ibunya menjeling tajam kearahnya.
“ aduh, ibuku. Jelinganmu menikam hatiku yang suci ini.” Aliyah surah mengarut. Pn Nadirah rasa macam mengetuk-ngetuk anaknya sahaja. Pn. Ayu hanya ketawa.
“ apa yang kamu mengarut itu,Liya?” Pn Ayu bersuara
“ mak layan sahajalah dia ini. Mengarut tak habis.” Nenek Aliyah,Pn Ayu hanya tersenyum dan berjalan ke meja makan. Dia menarik kerusi dan mengambil minumannya dan minum. Pn Nadirah menyambung kerjanya kembali.
“ sudahlah Liya. Jangan diusik ibu kamu. Meh duduk dengan nenek dekat sini.” Aliyah berjalan kemeja makan dan duduk setentang dengan neneknya. Dia mengambil cekodok yang telah dimasak oleh ibunya tadi.
“ Liya tak kerja ke hari ini?” Pn Ayu bertanya.
“ minggu ini Liya kerja shift pagi.”
“ Liya tak sambung belajar ke?”
“ dah apply dah. Tunggu keputusan sahaja.” Aliyah mencapai pula pisang goreng yang baru diletak oleh ibunya.
“ ambil apa?”
“ ambil kursus grafik.” Pn ayu mengangguk dan minum tehnya.
Adik Aliyah, Farah masuk kedapur dan duduk disebelah kakaknya. Aliyah bermain dengan rambut adiknya. Farah menepis kasar. Dia takkan terkena buat kali kedua. Dia teringat Aliyah pernah mengikat rambutnya dekat kerusi. Mengamuk dia masa itu. Mentang-mentang rambutnya panjang dan boleh bun lagi. Suka hati dia sahaja pergi perdajalkan rambut orang.
“ Along jangan main rambut orang.” Farah memberi amaran. Aliyah tersenyum dan menghiraukan amaran adiknya.
“ mana ada main. Orang nak buat tocang lah.” Selamba Aliyah membuat tocang kecil. Farah mulanya tidak percaya dan melihat apa yang dikatakan kakaknya. Dia biarkan sahaja. Aliyah tersenyum jahat.
Dia mencamtumkan semua tocang dan diikat dengan getah. Dia mengambil tali dan diikat hujung getah dan diikat dekat belakang kerusi. Dengan berhati-hati dia melakukan kerjanya, takut ibunya perasan.
“ ok siap.” Seusai tugasnya. Dia menepuk bahu adiknya dan terus berlari ke bilik. Farah meraba rambutnya. Dia menarik rambut kedepan tetapi rasa terikat dengan sesuatu. Tangannya diraba dikerusi dan dia terasa rambutnya terikat dengan kerusi. Mukanya sudah merah. Alongnya memang nak kena!
“Along!!!” menjerit Farah. Pn nadirah menolong anak bongsunya membuka ikatan di rambut. Dia membebel disitu. Pn Ayu sudah menggeleng melihat telatah cucunya. Cucu sulungnya memang kuat menyakat orang. Nampak sangat tengah bosan.
Aliyah gelak didalam bilik. Sudah dibayang wajah adiknya yang mesti merah. Suka dia melihat adiknya marah. Comel pula. Dia melompat keatas katil, telefon dicapai dan terdapat satu MMS. Dia membuka dan terkejut dan terkedu. Hilang senyuman dia tadi. Terus mood dia berubah 360 darjah.
Bayaran 2500. Itu aku dah bagi diskaun. Jangan lupa bayar. Ingat aku bagi sebulan sahaja.
dia check siapa pengantarnya. Mungkin orang salah hantar. Terbeliak dia. Memang nombor lelaki yang dia langgar hari itu. Tiba-tiba telefon berdering. Aliyah melihat siapa menelefonnya, mukanya berubah pucat. Dia slide hijau.
“ hello?” Aliyah tergagap-gagap. Dia cuba mengumpulkan semangatnya.
“ hello, kau dah dapat kan mesej aku tadi. Aku siap bagi gambar resit sebagai bukti” perli dia.
“ ya.”
“ kau jangan lupa pula. Kalau tak siap kau.”
“ aku tahulah. Aku tahu apa yang aku janji dekat kau.” Aliyah mencebik geram. Hisy, dia ini. Nanti aku tak bayar ada surat saman melayang dekat aku.
“ baguslah kalau kau tak lupa.” Dia mematikan telefon.
Aliyah mencampak telefonnya jauh dari dia. Dia menutup matanya, tangannya diletak diatas dahi.
‘hisy aku ingat dia dah lupa. Dah seminggu kot.’ bisik dia. Dia teringat kembali perkara yang berlaku seminggu lepas. Memang dia trauma nak bawa motor sekarang. Kalau apa-apa hal dia suruh angah dia sahaja bawa motor. Aliyah tertidur selepas berhempas pulas mengenangkan masalah yang dia akan hadapi.
No comments:
Post a Comment