>

Saturday, January 18, 2014

cunning love 4




“ fian, kau tahu?” Aliyah menghentak tangannya di meja di kafeteria di KLIA. Sekarang dia dan Fian sedang break. Fian buat bodoh dengan panggilan Aliyah.

“ Fian! Dengar tak aku cakap.” Dia mengulangi. Fian hanya menghirup jus epalnya.

“ apa dia? Aku tak tahu apa-apa.” Selamba sahaja. Aliyah merengus geram. Hisy, macam nak sekeh je minah ini.

“ ni aku nak cerita pasal semalam ini.”

“ ha! Pendrive aku beli tak? Kalau tak aku suruh kau turun KL sekarang. Dahlah tengah ada sale sekarang. Kau jangan cakap tak ada pula.” Potong Fian.

“ adalah. Kau tahu menyesal aku pergi KL semalam. Sumpah! Yesterday was the worst day ever!” Aliyah menekup mukanya di meja. Rasa macam nak menangis pula.

“ apa kes pula. Semalam aku call happy sahaja. Harini macam taufan Aliyah nak datang je.”

“ kau ingat tak yang lelaki aku langgar hari itu?” Fian hanya mengangguk. Aliyah menarik nafas sebelum bercerita.

“ kau tahu semalam aku jumpa dia lagi. Aku telanggar dia and aku buat phone dia rosak. Lepas itu, aku pergi hantar kedai repair. And kau tahu,dekat KLCC itu memang barang mahal cekik darah. Boleh pula dia hantar dekat kedai Apple dekat situ. Gila banyak dia makan disitu. Kira settlelah cerita dekat KLCC. Then, lepas aku yang baik hati pergi beli pendrive kau itu aku terlanggar dia lagi. This time worse! Aku terlanggar kereta Audi dia!”

Fian yang mendengar terkejut bukan kepalang. Dia memandang Aliyah mana tahu dia cuba kelentong. Tapi tengok keadaan Aliyah yang beria bercerita dengan gaya kusut masai memikirkan masalah dia.

“ wei, fian aku cakap betul!”

“ seriously, wei Liya kau biar betul?”

“ kau nampak aku main-main ke? Dahlah masa tengah bertekak itu, aku boleh buat hangin and tercampak helmet aku dekat cermin kereta dia.” Ternganga mulut Fian. Lalat pun boleh beri salam masuk.

“ kau gila? Habis itu kau buat apa?”

“ dia mengamuklah. Dia minta ganti rugi. Mula- mula dia minta 3K”

“3k. Gila kau. Banyak duit itu. Teruk sangat ke kau buat. Sampai 3K”

“ aku pun tak pasti. Aku takut dia tipu aku, then aku suruh dia hantar kedai and telefon aku bayaran dia. Dia bagi sebulan untuk settlekan semua ini. Mana aku nak cekau duit?” Aliyah menekup mukanya ke meja kembali.

“ kau minta dekat family kau, mungkin boleh kasi.” Fian memberi cadangan.

“ kau gila? Kalau dorang tahu aku bawa motor pergi KL memang kena salai aku. Kau tak ingat ke hari itu aku jatuh accident sebab aku bawa laju aje. Sebulan aku kena rampas handphone, internet, tv mati kebosanan aku dekat rumah.”

Fian hanya mencebik. Dah tahu salah dia memang kenalah. Dia tahu,dah kata jiran. Walaupun dia kena grounded dia still pergi rumah Fian. Fian tinggal seorang dekat rumah, dia hidup sebatang kara dan rumah itu sahajalah peninggalan keluarga Fian.

“ habis kau nak buat apa?” Fian bertanya lepas lama diam. Aliyah hanya menggeleng. Dia tak tahu apa akan berlaku.

“ aku kena cari OT(overtime) sahajalah. Mana nak cari duit. Nanti kalau dah desperate sangat aku bagitahulah family aku.”

“ aku pun boleh tolong kalau kau nak” cadang Fian. Takkan nak dibiarkan kawannya susah. Kata sahabat sejati. Susah sama senang sama.

“ tengoklah nanti.” Aliyah hanya mengeluh. Dia menghirup horlicksnya. Melayan perasaan sendiri.

“ semalam aku jumpa kak Qilah.” Fian cuba merubah mood Aliyah. Takkan nak monyok sepanjang hari. Life must go on!

“ ha’ah. Semalam dia call aku. Macam mana kau jumpa dia?” mood Aliyah berubah ceria. Lupa sebentar masalah tadi.

“ masa aku nak balik semalam. Aku nampak dia macam tengah tunggu someone. Aku tegurlah, and you know. Kak Qilah dah kahwin dekat London!” terkejut Aliyah macam nak menjerit sahaja. Tak sangka Kak Qilah dah kahwin.

“ dia kerja apa sekarang? Kau jumpa tak husband dia?” Fian tersenyum melihat tindakan Aliyah yang mula bertanya macam bertih.

“ dia kata kerja secretary dekat sebuah company and mestilah aku tengok suami dia. Handsome kot. Tapi husband dia aku tengok macam clumsy sikit.”

Mereka meneruskan bercerita dan ketawa sehinggalah mereka habis waktu break mereka.

------------------------------------------------------------------------------

Henry menaip kerja di komputer Macnya. Kemudian dia menyelak beberapa fail. Kelihatan sibuk pula. Memanglah sibuk kalau tok Abahny a tak declare yang dia taknak terlibat dengan company lagi. Memang kelam kabut hidup dia nak arrange masa lagi. Pintu dia diketuk.

“ masuk” arah dia. Kelihatan seorang perempuan manis berbaju kurung berwarna peach berbunga masuk kebiliknya sambil tangannya memegang memopad.

“ morning, bos.”

“ morning, yes Qila. What my schedule for today?”

“ ok, you have appointment at 10 with department leader, after this and another one 3 pm with Dato Zayyan Ashraf. Bos ada photoshoot pukul 9 malam ini. Dekat bangsar. Lagi satu, ada beberapa cek yang kena bos sain and proposal yang bos kena semak. Benda itu semua kena submit hari ini juga.” Henry mengurut dahinya. Aduh penuh lagi jadual lagi.

“ Aqilah benda itu semua penting ke? Kalau saya nak postpone, boleh tak.” Aqilah hanya tersenyum. Dia tahu bosnya pasti nak mengelat. Kalau dia pun rasa nak buang sahaja semua kerja dia. Padat ya rabbi.

“ ermm, bos. Ini pun saya dah susun nak saya susun balik ke? Saya letakkan benda yang kena settlekan dulu hari ini.”

Henry mengurut dagunya pula. Jarinya mengetuk meja. Dia berfikir sesuatu. Nak postpone or not. Kalau tak, esok mesti lagi sakit.

“ tak apalah. Nanti lagi 10 minit dah nak start meeting panggil saya. Ada apa-apa lagi untuk saya.” Aqilah menyemak memopadnya.

“ oh lupa pula,bos tadi mekanik ada call and dia cakap kereta dah boleh ambil. And the payment is about RM3000.” Henry hanya tersenyum. Lupa pula tentang darling aku ini. Nasib baik ada orang tolong ingatkan.

“ ok. Nanti call sayang you suruh pergi ambil kereta dekat workshop and i want him to see ASAP.”

“ sayang saya yang mana bos?” tanya Aqilah blur. Henry gelak. Bertambah blur si Aqilah.dah kenapa bos aku ini?

“ husband yopulah. Takkan dah lupa kot. Baru berpisah beberapa jam dah hilang ingatan.” Perli Henry.

“ opss. Lupa pula. Bos jangan bagi tahu dia pula tau. Kalau tiada apa-apa lagi saya keluar dululah.” Henry mengangguk membenarkan setiausahanya keluar.

Aqilah duduk dipejabatnya. Walaupun dia hanya setiausaha dia tetap ada pejabat dia. Rasa dihargai pula. Dia mengambil handphone Samsung Beyond dia dan mendail nombor suaminya. Panggilan diangkat.

“ Assalamualaikum.”

“ waalaikumsalam, sayang bos suruh pergi ambil kereta and datang sini dalam masa 30 minit.”

“ huh?” terkejut Hasyim mendengar apa yang diucapkan oleh isterinya.

“ i said bos want my sayang fetch his car at the workshop and come here in 30 minutes top.”

“ anje, abang inin ada satu sahaja. Kalau abang pergi ke workshop dengan kereta macam mana abang nak bawa kereta tuan muda?” blur disitu.

“ sayang, naiklah taxi. Sayang suruh dia speed. Kalau sayang gerak sekarang mesti dah sampai sana.”

“ anje ini macam-macamlah. Ok nanti abang pergi pejabat. Bye.”

“ bye.” Aqilah mematikan panggilan. selamba sahaja dia mengenakan suami tercintanya.

40 minit kemudian, hasyim berlari menuju ke office tuan mudanya tetapi ditahan oleh Aqilah. Tangan Hasyim disalam dan dicium.

“ sayang nak buat apa.”

“ tadi kata tuan muda suruh datang.” Aqilah menepuk dahi kerana kealpaannya. Dia tersengih kearah suamnya.

“ sayang apa kata sayang rilex dekat sini dulu. Bos ada meetinglah. Nanti sudah habis, Ila bagitahu.” Hasyim memandang isterinya pelik. Dahlah tadi mendrift datang sini, nasib baik tak kena saman. Hasyim menggaru kepalanya. Tadi bukan main suruh datang cepat sekarang suruh dia bersenang lenang pula. Something fishy around here. Dia mengecilkan matanya melihat isteinya.

“ anje, tell me.” Keras suara Hasyim. Isterinya hanya tersengih selamba. Ditayangnya gigi putih.

“ anje, kenakan abang ya.kiss dekat sini baru.” Aqilah spontan menutup mulutnya. Dia menjeling manja kearah suaminya.

“ dahlah, sayang duduk sini sahaja. Ila nak pergi meeting. Duduk sahaja dekat sini.” Hasyin hanya mengangguk dan terus duduk ditempat isterinya. Ila mengambil beberapa fail dan terus pergi kebilik mesyuarat.

Sejam lepas itu, Henry berjalan kebiliknya, Aqilah mengikutinya dari belakang. Dia perasan Hasyim di tempat Aqilah. Dia berhenti dan memandang Aqilah. Aqilah hanya tersengih. Dia menggeleng. Mesti dia kena sakat dengan bininya.

Henry berjalan kearah Hasyim yang tengah main game Farmville dekat komputer Aqilah. Dia tidak perasan kehadiran Henry. Henry berdehem. Hasyim perasan kehadiran Henry terus ditutup gamenya dan kelam kabut berdiri. Aqilah menahan gelak dibelakang. Nasib baik tak terjatuh si Hasyim tadi. Memang cuai betul suaminya.

“ amboi seronok main sampai tak perasan saya disini. Cepat pula kamu datang, selalu macam nak tunggu bulan jatuh nak tunggu kamu sekarang sekejap pula.” Perli Henry. Hasyim hanya tersengih dan memegang belakang lehernya.

“ itu dulu tuan muda, sekarang dah insaf dah.”

“yelah. Dah jom masuk. And Qilah i dont want any disturbance.”

Henry dan Hasyim berjalan masuk kebiliknya.hasyim sempat lagi mengenyiykan mata dekat Aqilah. Amboi macam takjumpa pula lepas ini.

“ sudahlah itu.” Henry duduk disofa. Disuruhnya Hasyim duduk di sofabertentangan dengan dia.

“ kereta aku dah ambil?”

“ sudah, tuan muda. And resit pun saya dah ambil.” Dia menghulurkan resit kepada Henry. Henry hanya menyambut dan dia tersenyum.

“cantik tak kereta aku. Sama macam asal tak?” tanyanya lagi. Hasyim dah blur. Ai takkan kereta tuan mudanya bertanduk pula.

“ kereta ok sahaja saya tengok. Tadi saya bawa pun ok.” Henry hanya mengangguk.

“ hasyim berapa kali saya nak cakap panggil aku Is. Penatlah aku nak membebel dekat kau 24 jam.” Henry dah mula membebel. Hasyim hanya tersengih. Dia tahu tuan mudanya tak suka dipanggil tuan muda. Tapi dah terbiasa nak buat macam mana.

“ sorry.”

“ ok, saya nak awak siasat satu budak ini. Saya nak full profile tentang dia. Kisah gelap terang luar dalam semua saya nak tahu.” Henry menghulurkan satu gambar kepada Hasyim. Hasyim melihat gambar itu tapi rasanya pernah berjumpa tapi dimana ya.

“ and i want it confidential. Jangan bagitahu sesiapa even your wife.” Hasyim hanya mengangguk.

“ kalau kau boleh start kerja kau.” Arah Henry. Dia kembali kemeja kerjanya. Hasyim bangun dan menunduk memberi hormat. Dia berjalan keluar. Sempat lagi dia menyinggah kemeja isterinya.

“ busy ke?” Aqilah mengangkat kepala dan melihat siapa yang berani mengganggu dia. Nak kena belasah ini, tak nampak kita tengak bertungkus lumus siapkan kerja. Dahlah bos minta sebelum lunch. Oh suaminya, cancel nak belasah orang yang mengacaunya

“ sayang, haah busylah. Bos sahaja nak dera orang.” Adu Aqilah manja. Hasyim hanya tersenyum.



“ kalau macam itu, anje buatlah kerja, jangan lupa lunch tau. Abang nak pergi buat kerja. Nanti nak balik call abang.” Aqilah hanya mengangguk faham. Tangan hasyim disalam dan dicium. Hasyim terus berjalan keluar dari syarikat dan mula misi kerjanya.

No comments:

Post a Comment