>

Tuesday, January 14, 2014

cunning love 3




Suria KLCC tidak pernah sunyi tanpa orang, tengok sahajalah luar, dalm setiap aras penuh dengan orang. Aku berjalan sendirian, setiap kedai baju aku serang.Alfred Dunhill, Armani Exchange,Hugo Boss, CK Calvin Klein,Quicksilver,Topman, Timberland sampai Gucci dengan Chanel pun aku nak serang. Macam ada perempuan dekat rumah. Aku straight ok. Gaya macam dah lama tak shopping pula. Dahlah baru habis meeting. Boleh pula Tok Abah sesuka hati dia sahaja nak letak jawatan, cakap nak pergi bercuti. Kerja semua campak dekat aku. Director yang lain pun setuju dengan tindakan gila Tok Abah. Dah meeting mendrift aku pergi buat shooting pula, itulah orang dah ada kerja tetap sahaja pergi cari second job, memang cari nahaslah. Nak kata miskin memang taklah jawatan dia CHIEF EXECUTIVE OFFICER, memang taklah jawatan cikai saja. Ini semua idea kawan dia si Andrew, boleh pula ambil sahaja job ini buat hilang stress, sekarang nama dah naik bertambah stress adalah. Aku menggaru kepalaku yang tak gatal. Aku melihat sekeliling rasa diri macam diusha pula, well akukan lelaki terhangat sekarang. Angkat bakul sendiri kejap. Ada seorang perempuan mendekatiku. Aku berhenti dan melihat dia.

“ erm, awak Azlisyam,kan. Model tu kan?” dia bertanya ragu-ragu. Aku mengangkat kening. Wow peminat aku ke ini.

“ haah” aku menjawab dan tersenyum. Mata perempuan itu bersinar macam baru dapat habuan. Senyuman dia jangan cakaplah, dah sampai ke telinga dia tarik.

“ nak ambil gambar dengan abang boleh?” penuh pengharapan. Aku mengangguk setuju. Apalagi sukalah perempuan itu. Dia memanggil kawan dia dan aku pun mengambil gambar dengan mereka. Terasa macam artis pula. Setelah mereka mengucapkan terima kasih aku menyambung shoppingku.

Aku berjalan sambil menaip ditelefon. Jadi memang tak pandang depanlah. Tiba-tiba ada pula beg terbang kearah aku. Terduduk aku memegang perut.Terlepas handphone aku. ‘habis phone aku!’ marah aku. Ok gajet nombor satu. Kalau beg dia penuh dengan baju boleh dimaafkan tapi kalau penuh dengan buku memang cari nahaslah. Dia ingat ini apa? Softball ke nak baling-baling.

Aku lihat perempuan itu berjalan laju sambil meminta maaf. Aku bangun dan mengambil Iphoneku. Retak seribu wo fon aku! Ok ni mendatangkan amarah. Aku lihat perempuan didepan aku, macam pernah lihat dimana ya.

“ have we met before? ” aku bertanya setelah penat bertekak tadi. Dia kelihatan seperti terkejut dengan persoalanku. Aku membelek phoneku. Walaupun dah retak sejuta tapi still boleh hidup. Wa sayang sama lu Iphone! Aku mengskroll gallery dan aku terbehenti di satu gambar.

“nope.” Dia jawab pendek sambil menggeleng. Dia menggosok lengan kanannya. Mungkin nervous kot.

“ now, aku ingat kaulah orang yang langgar aku dekat KLIA!” aku terjerit pula. Buat malu buat announcement disini. Dia terpinga-pinga. Dia memandang aku seperti mengingati sesuatu. Tetiba riak dia berubah. Cuaklah itu. Aku tersenyum.

“ saya minta pasal tadi dan semalam.” Dia meminta maaf untuk hari ini dan semalam. Wow rasa macam lagu 6th sense pula.

“ saya hendak ganti rugi.”

“ok” Dia kelihatan cuak dan seperti ragu-ragu.

“ awak repair Iphone saya dan Ipad saya.” Terkejut dia dengan apa yang aku cakap.

“ kenapa saya kena bayar encik punya Ipad. Saya langgar phone encik sahaja.”

“ semalam kau dah langgar aku, sampai baju habis kau rentap dan masa kau langgar aku, ipad aku jatuh sekali.” Aku bersahaja.

“ mana ada. Semalam saya hanya langgar encik sahaja.” Dia membela diri. Mukanya merah menahan marah barangkali. Aku rasa suka pula dengan situasi ini.

“ awak ini banyak makan semutke? Atau dah tua sangat sampai nyannyuk.” Aku cuba menaikkan marah dia. Tangan dia digenggam kemas, rasa macam dia nak hayun sahaja.

“ encik cakap baik-baik ya. Semalam saya ingat saya langgar encik, memang tercabut butang baju encik tapi takdelah saya belasah sampai rosak encik punya Ipad.”

“ saya tak peduli. Saya nak awak ganti balik barang yang awak sudah rosakkan.”

‘eh suka mak bapak tiri dia sahaja arah aku.’ Bisik dia. Dia mengangkat beg dia dan pusing meninggalkan aku sendiri.

‘oh nak larikan diri ya?’ aku menggapai tangannya dan digenggam kemas. Dia berpusing dan merentap kasar tangannya. Brutal juga minah ini.

“ encik kenapa? Nak cari pasal ke?” marah sudah adik kita ini.

“ kau nak lari diri ke apa?”

“ haah! Tak nampak ke?” jawab dia dengan selamba.

“ kau jangan nak mengada-mengada. Ganti phone aku dulu.”

“ saya hanya ganti Iphone sahaja, Ipad encik ganti sendiri.”

“ amboi kau. Dah rosakkan suka hati nak pilih mana kena ganti. Aku tak peduli kau ganti dua-dua.”

Dia memeluk tubuh memandang aku marah. Ada aku kisah kalau nak jeling aku.

“ apa bukti encik saya rosakkan Ipad encik” kata dia tidak puas hati. Ok dia nak minta bukti pula. Tak apa aku kasi. Aku menarik tangan untuk disebuah tempat duduk yang kosong. Dia meronta tak mahu. Aku tak kisah dengan orang sekeliling memandang kami berdua. Setelah dia duduk aku menggodeh Iphone dan menunjuk satu video.

“ tengok ini.” Aku menunjukkan footage aku ambik dekat KLIA semalam. Macam mana aku ambil jangan tanya. Terkejut dia melihat apa yang berlaku. Terdiam dia disitu.

“ dah percayakan? Ganti blik barang saya.”

“ macam mana encik dapat video itu. Encik hack ke?”

“ tak payah sibuk nak tahu. Dah ada bukti puas hati?”

Dia memandang aku geram. Aku hanya senyum sinis. “ yelah. Encik nak repair dekat mana?”

Aku memegang dagu memikir sesuatu. Aku menarik tangan dia dan dia menarik tangannya balik. Aku berpusing dan kening ternaik sedikit.

“ tak payah nak pegang saya. Saya reti jalan sendiri.”

“ bukan aku kisah pun. Nanti kau lari nanti susah pula aku nak cari.” Aku menarik tangan dia. Dia melarikan tangan dia. Aku memandang geram. Aku pula rasa nak belasah orang, tadi dia sekarang aku pula. Aku merampas beg ditangan dia dan aku berjalan meninggalkan dia. Dia menghentak kaki disitu dan mengejar aku dari belakang. Tersenyum aku melihat dia.

_________________________---------------------------------------___________________________

Hisy, geram betul aku dengan laki ini. Terbantut niat aku nak pergi Lowyatt lepas ini. Dia membawa beg aku pergi jauh dari aku. Aku berjalan laju menyaingi langkahnya. Kaki dia memang panjang jadi memang jauh kedepanlah langkah dia. Aku memegang lengan baju kemeja dia. Dia berhenti dan berpusing memandang kearahku. Dia tersenyum dan aku tercungap disini. Kesianlah aku ni.

“ ai, tadi aku pegang marah. Kau pegang boleh pula.” Sinis sahaja aku mendengar.

“ jalan slow sikit boleh tak?” aku buat tak layan sindiran dia. Dia gelak dan menyambung langkahnya. Kali ini dia lambatkan langkahnya. Mungkin kesiankan aku kot.


Kami berjalan beriringan sampai kekedai repair handphone. Aku tengok sekekliling dan dia pula berurusan dengan kaunter. Bukan urusan aku pun. Eh bukan kau bayar ke. Hatiku mula berperang sesama sendiri. Dia menepuk bahuku dan aku berpusing.

“ dia kata lagi 2 jam nanti siap.” Aku hanya mengangguk sahaja. Berjalan karah tempat duduk disitu. Dia duduk disebelah aku, rapat pula itu. Aku menjarakkan kedudukan kami.

“jom. Jalan-jalan.” Cadang dia.

“ encik pergilah seorang. Saya malas nak jalan lagi.” Aku berkata malas.

“saya tak peduli, jom ikut.” Dia menarik tanganku. Dia ini memang tak makan samanlah.

“ taknak!”

“jom” desak dia lagi. Adalah adegan nak tak nak disitu. Akhirnya aku mengalah ikut sahajalah apa dia nak. Ai takkan mengalah kut Aliyah.

“ oh lupa pula nama saya mohd Azlisyam Iskandar dan awak?” nama penuh dia bagi

“ nur aliyah saffiyah” jawabku malas.

“ saya panggil Fiyalah.”
“ panggil Aliyah” tegas aku.

“ encik, kalau encik panggil saya Fiya saya tak layan.” Aku memberi amaran. Dia bo layan dengan amaranku.

“ like i care with your threat. Saya nak panggil Fiya juga and that’s final” aku geram betul dengan sikap mamat ini.

Mereka pun bejalan sekeliling suria ini,setiap kedai mereka serang. Sampai kedai lingerie pun si mamat ni nak masuk. Naik hangin si Aliyah nak bertekak dengan dia. Selepas dua jam mereka masuk balik kedai handphone tadi. Mereka pergi ke kaunter bayaran. Tercekik aliyah tengok harga bayaran RM1200. Dia mengawal riak muka dan menghulur kad debit dia. Kad debit ya bukan kad kredit. Habislah gaji dia. Nasib baik baru gaji. Mati aku macam ini. Mamat ini macam suka pula kenekan aku.

“thanks” kata dia setelah keluar dari kedai tadi. Aku hanya mengangguk sahaja rasa nak angkat kaki blah sekarang juga. Tapi kaki ini melekat dekat sini pula. Dia menghulurkan beg aku kepadaku.

“ lain kali jangan main hayun-hayun.kalau nak hayun pergi padang sana kalau nak hayun.” Aku hanya buat bodoh saja. Aku pandang dia dan melambai bye-bye dekat dia. Dan berjalan meninggalkan dia. Dia memanggil aku, aku tak pusing keluar dari sini lagi bagus.

Aku menghidupkan motor. Aku lihat langit makin gelap. Memanglah dah nak malam. Lepas kejadian di KLCC tadi aku terus pergi ke Lowyatt nak hilang stress aku. Bukan shopping sangat pun hanya beli pendrive si Fian sahaja. Tiba-tiba lagu Kita dari Forteen naik, oh bunyi fon. Aku memakai headphone dan menyambung dengan phoneku. Aku melihat panggilan dan tersenyum. Tanpa buang masa aku terus menjawab panggilan itu. Sambil menghidupkan enjin.

“ helo kak Qilah.”

“ assalamualaikum.” Jawab panggilan disana.

“ hehe. Sorry. Terexcited tadi.” Termalu-malu aku. Jawab disalam didalam hati. Perjalanan aku diteruskan. Bawa motor sambil bertelefon. Memang cari nahas jangan buat ye. Joinlah pakatan Oprah Winfrey don’t use phone while driving.

“ yelah sangat. Apa khabar?”

“sihat. Akak dekat mana ini?”

“ dah balik malaysia dah. Ini yang telefon Liya ini. Lama tak dengar khabar.” Aqilah menjawab pendek. Aqilah bekerja di London dan dia senior Aliyah dan Fian disekolah dulu.

“ la ye ke? Apasal tak bagi tahu awal-awal? Boleh orang ambil.Fian pun kerja dekat KLIA. “

“ dah jumpa dah dengan Fian,itu yang dapat nombor Liya ini.”

“oh yeke. Dah hilang number Liyalah ini. Tengok Liya still simpan number ini ” Aku tergelak sedikit. Masa aku bawa motor tiba-tiba ada kereta mengundur kebelakang. Aku tak sempat mengelak dan terlanggar bumper dia. Adoi.

“ adoi” aku mengaduh

“ liya, Liya ok ke tu” Aqilah mula resah dengan suaraku.

“ akak nanti Liya call lagi lah.” Aku cepat-cepat matikan telefon. Topi keledar aku dibuka dan dipegang. Pemandu kereta itu keluar dan melihat keretanya. Terbuntang aku melihat pemandu. YA ALLAH!! Dia lagi! Mati aku lepas ini.

“no,no,no,no. My darling!” seorang lelaki keluar dari kereta Audinya. Dia memeriksa keretanya yang sudah kemek dilanggar motor aku. Aku tergamam dan tidak tahu nak buat apa. Aku cepat turun dari motor dan bergerak ke tuan kereta itu. Dia memandang aku marah. Matanya merah macam nak laser aku je. Aku dah mula kecut perut, badan, otak segala-galanya lah.

“ You!! What have you done to my darling!” dia menengking ke arah ku.

“ sorry, encik saya tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf.” Takut- takut aku bersuara. Dengan jelingan tajam dia itu boleh mati aku.

“ apa sorry-sorry!! Ingat dengan sorry awak boleh betullah kereta saya.” Dia menengking lagi. Aku dah mula marah. Dia ni, aku dah minta maaf tak payah tinggikan suara dekat aku.

“ encik kan saya dah cakap elok-elok. Yang encik cari gaduh tu kenapa? Lagipun memang salah encik kan, undur tak pandang belakang.” Aku mula berlagak selamba. Cepat Aliyah habis drama ini terus chow jangan pandang belakang dah. Doa-doa dia tak ingat kau.

“ kau jangan nak salahkan aku pula. Kau yang salah bawa motor macam gila.” Dia mula hangin. Suka hati mak bapak tiri dia je tuduh orang.

“ apa pula saya salah. Encik salah juga ingat saya salah seorang saja ke?” aku memandang dia lama. Dia memandang aku lama. Ai dia mensearch aku dekat history otak dia ke? Masak aku lepas ini.

“ you bukan tadi yang langgar i kat KLCC tadi ke? Fiya kan” dia menembak.

“ ha? awak cakap apa? Mana pernah saya jumpa awak?” aku pura-pura pelik. Dah berI ber You pula. Rilex Aliyah, bertenang. Aku dah mula cuak. Janganlah dia perasan. Dia memetik jarinya.

“ of course I remember you! You the one that hit me your stupid bag. Before this you bum me at KLIA What a small world.”dia memerli. Mana dia boleh lupa dengan oran g yang membuatkan hidup dia huru hara.

“ bukanlah. Orang lain kot” aku cuba mengelak.

“ don’t try to lie. I recognize your stupid appearance.”

Ok aku dah hangin. Berapa banyak stupid ini.

“ helo, encik. Mind your language would you.”

“ like i give a damn about that. Dahlah baju aku rosak kau buat, ipad dengan iphone aku retak seribu, kau belasah aku dengan beg kau tadi sekarang kau langgar kereta aku! Kau ini memang pembawa malang ke apa.”

“ amboi suka suki kau sahaja tuduh aku bukan-bukan. Siapa bawa malang? Kau atau aku.” Dah takda sopan santun dah. Depan mamat ni, ini makan dia.

“ aku cakap pasal kau lah. Takkan pasal kucing belakang kau kot.”




aku mula geram. Tangan yang digenggam helmet dihayun dihadapan mamat itu. Nak menambah perencah malang aku. Tiba-tiba aku terlepas pegang dan helmet aku terbang ke cermin kereta mamat itu. Apa lagi berderailah cermin kereta dia. Dia tergamam dengan apa yang berlaku. Aku apa lagi, rasa nak langkah seribu saja. Aku berpusing belakang tetiba tanganku ditarik kasar. Aku berpusing dan melihat dia menahan amarah. Matilah aku.

“ Kau nak lari ke.” Suara kedengaran menyeramkan. Peluh dah merintik jatuh. Aku dah takut dah.

Dia menarik aku ketempat sunyi. Aku mula risau, takut apa yang berlaku. Dia membawa aku jauh dari tempat kejadian. Aku ingin melepaskan tetapi lagi erat dia ini pegang. Mesti merah lepas ini.

“ lepaslah “ aku mula bersuara selepas dia berhenti berjalan. Dia masih memegang erat tangannku. Aku dah mula pandang sekeliling. Sunyi dan dahlah jauh dari orang, macam mana nak tolong ini.

“ aku bawa kau jauh dari kereta aku takut apa lagi kau nak pedajalkan kereta aku. And now bayar ganti rugi.” Selamba sahaja berkata

“ aku bayar ansur-ansur boleh?”

Dia menggeleng tidak setuju.

“ aku mana ada banyak duit. Aku bayar ansur –ansurlah” rayuku lagi.

“ ok dalam sebulan kau kena setelkan hutang kau semua pada aku. Kalau tak aku hantar surat saman” Tegas dia. Terbeliak aku. mana boleh dahlah kereta dia import. Audi R8 kot mesti mahal pula itu. Proton pun tak mampu. Dahlah duit aku habis bayar dekat phone dengan ipad dia tadi. 

AUDI R8 SPYDER
“ mana boleh. Bagilah panjang sikit. Saya ini bukan orang kaya.”
“ owh masa kau rosakkan cermin aku tak sedar pula”

Aku mengetap bibr. Tak bertimbang rasa betullah.

“ encik, saya tak sengaja. Betul saya cakap. Encik janganlah macam ini.”

Dia seperti tiada perasaan. Aku dah mula risau. mana aku nak cekau duit. Takkan nak rompak bank kot.kalau aku mintak kat parents aku mati ini dorang dapat tahu aku pergi KL naik motor.

“ saya tak peduli dalam masa sebulan saya nak duit itu.” Dia memberi kata putus.

Aku seperti tiada harapan. Apa nak jadi-jadilah.

“ ok. Macam mana saya nak tahu bayaran dia?”

“ aku nak 3500. Hujung bulan ini bank in dekat aku. Ini number akaun aku.” Terkedu dengar 3 ribu. Wei biar betul 3K. Kemek aje takkan dia terkam aku 3K. aku baru habis SPM mana nak dapat 3500 itu. Habislah aku.

“ encik biar betul!” aku dah ragu-ragu. Man tahu dia mainkan aku.

“ kau ada nampak aku main-main.” Dia pamerkan muka seriusnya.

“ encik kereta encik kemek sahaja takkan encik nak cekau 3K melampau kot.” Aku dah hangin.

Dia hanya tersenyum melihat aku marah. Dah pahal mamat ini kan aku luku tembus tengkorak dia.

“ok. Aku hantar kedai kau bayar sendiri. Ok.” Dia bagi cadangan. Aku mengangguk setuju. Takkan nak bagi tipu kaw-kaw. Tobat den.

“ macam mana saya nak contact encik?”

“ ni number aku.simpan jangan hilang. Kau jangan nak hilangkan diri.kalau tak siap kau!” dia memberi number telephonenya kepadaku siap dengan amaran lagi.

“ ok. “ aku mengambil number itu dan terus lemah meninggalkan dia. Ambil topi keledar aku dan terus blah dari situ. Dah tak pusing belakang sudah. Lantaklah apa nak jadi.

Tiba dirumah aku meletakkan kunci dan terus mandi. Seusai mandi dan solat aku terus baring diatas katil. Lampu bilik aku sahaja dibiarkan terpasang. Ruang lain biarlah off bukan ada orang lain dalam rumah. Aku mengingati peristiwa tadi. Tiba-tiba mata aku berair. Sudah emosi tidak stabil. Aku menangis meraung segala emosi aku hamburkan disitu. Tak ada menganggu jiran sebelah pun. Aku teruskan melayankan emosi aku.

------------------------------------------___________________________________--------------------

Henry membuka pitu bilik dan merebahkan dirinya diatas katil. Dia melihat siling dan tersenyum sendiri. Dia teringat perempuan yang tadi terlanggar itu. Dia ketawa lucu. Tiba-tiba pintunya diketuk.

“ henry” Tok abah membuka pintu dan masuk kebilik cucunya.

“ ya tok abah.” Henry duduk dikala Tok abah masuk

“ jom makan atuk dah masak.”

“ atuk masak!” bersinar-sinar mata Henry. Rumah mereka memang tak diambil maid sepenuh masa. Kalau Cik Zidah adapun hanya dari pukul 10 pagi sampai 5 petang sahaja. Kalau hujung minggu memang mereka berdua sahaja tiada pembantu rumah. Bila ditanya Tok Abah kenapa tak nak ambik pembantu rumah dijawab malas nak keluarkan duit. Henry turun bawah bersama atuknya. Mereka berjalan ke meja makan. Di meja terhidang lauk asam pedas kegemaran Henry.

“ wow asam pedas!” teriak Henry. Terus dia senduk nasi dan mencedok lauk. Tok Abah hanya melihat sahaja cucunya. Hanya Henry sahaja warisnya. 

Ahli keluarganya semua telah meninggal dunia. Yang paling sedih sekali anak lelaki tunggalnya iaitu ibu bapa si Henry mati dibunuh ketika Henry kecil lagi. Pada masa itu, Henry dan ibunya,Mia diculik dan ayahnya Rayyan pergi menyelamatkan keluarganya. Bila dia datang membantu semuanya sudah terlambat, cucunya yang tidak jauh dari tempat kejadian dipeluk dan dicium. Kelihatan cucunya tidak bermaya dan hilang perasaan dia seperti hilangnya ibu bapanya. Sampai sekarang kes itu tidak selesai. Sekarang emosi cucunya berubah 100% bukan seorang periang dan nakal. Personaliti dia selalu membuatkan orang tertanya, senyum dia penuh tersirat, nakal dia masih ada Cuma diupgrade jadi kejam sedikit. Nak kata dia anti-sosial,sosial juga.tapi taktahulah

“ makan Tok abah” panggilan Henry mematikan lamunan Tok abah

“ baca doa dulu.” Tegur Tok Abah. Henry hanya tersengih dan memulakan doa. Mereka memulakan makan malam mereka. Seusai makan malam mereka duduk disofa ruang tamu sambil menonton maharaja lawak. 

Pintu loceng rumah berbunyi.




No comments:

Post a Comment