Aku mengeliat diatas katil. Ermmm..malasnya nak bangun pagi. Aku berpusing-pusing atas katil, rumahku sunyi tiada penghuni.kenapa? aku termangu berfikir sebentar.aku petik jari secara tiba-tiba.
“oh memanglah tiada! semua balik rumah nenek” aku bercakap seorang diri. Aku tersenyum. Oh rumah ini aku yang punya. Aku terus berangan, jam dipandang. ‘pukul 9’ desis hatiku. Aku berjalan mengambil tuala disisi katil dan berjalan keluar bilik terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Seusai mandi, aku berjalan ke almari memilih pakaian. Aku berdiri lama dihadapan almari, jari diletak pada bibir seperti memikirkan sesuatu.
“Nak pakai apa ye” aku menyelak setiap helai baju kasual milikku. Almari aku penuh dengan baju kemeja, well aku bukan ade dress atau baju feminin pun. Kalau ada simpan buat hiasan sahaja. Setelah lama berfikir akhirnya aku mengambil t-shirt biru gelap dan dipadankan kemeja biru muda. Seluar jeans hitam menjadi pilihan dan tudung bawal putih disarung. Setelah aku puas dengan penampilan aku, aku terus bergerak ke motor. Lafaz basmalah diucap dan Kuala Lumpur here I come.
-----------------------------------------________________________-----------------------------------------------
Aku memandang cermin menilik diriku. ‘ hm smart sudah’ desis hatiku sambil membetulkan rambutku. Kot kemeja aku betulkan dan jam tangan aku ambil dan pakai. Aku berjalan turun ke ruang makan. Kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 70-an sedang membaca suratkhabar sambil menikmati minum pagi.
“ Pagi, tok abah.”aku menyapa sambil menarik kerusi duduk.
Tok abah yang ku panggil mengangkat kepala dan meletakkan surat khabarnya di atas meja. “Pagi” balasnya pendek. Aku menghirup teh dan mula mengambil bihun goreng yang telah disediakan untukku.
“ Dah bersedia untuk hari ini?” tok abah memulakan perbualan. Aku mengangguk kepala sambil fokus kepada makananku.
“ oh lupa pula. Hari ini henry ada meeting dengan BOD” sambungnya lagi.
“kenapa mesti hari ini.orang baru nak senang lenang goyang kaki kejap.” Aku bersuara.
“ Banyakla kamu punya senang lenang goyang kaki. Tok abah dah malas nak handle lagi. Ni nak suruh kamu handle pula.”
Aku tercengang. ‘ok aku ingat hanya meeting biasa-biasa sahaja dengan BOD’ aku dah mula merungut.
“ La tok abah. Kenapa nak suruh henry handle pula? Henry baru lagilah dalam bidang ini. Dahlah bagi jawatan paling besar antara yang besar pula itu.” Aku meluahkan tidak puas hati. Tok abah kelihatan bersahaja minum airnya seperti sudah biasa dengan keadaan ini.
“ atuk nak pergi holiday.”
“ What?” Tercekik aku dengan holiday tu. Dia nak pergi dengan siapa pula? Arwah opah dah lama meninggal. Nak kata makcik pakcik memang tak delah. Dalam family ini tinggal aku dengan tok abah je.
“kenapa? Kamu ingat kamu sahaja boleh melancong? Atok pun bolehlah.” Tok abah tersenyum melihat karenahku.
“ Ala tok...” aku cuba memujuk. Tok abah memintas.
“Mohd Azlisyam Henry Iskandar. Atok cakap apa tadi? Sudah jangan mengada. Kamu dah belajar bisnes dekat London kan? Jadi you apply what you learn in here. Habiskan sarapan itu. Dah jom gerak. Mana Hisyam?” tegas Tok abah memberi arahan. Matanya melilau mencari bodyguardku.
“dia tak ada. Hari ini henry gerak sendiri.” Aku menjawab pendek.
“ nak naik dengan atuk ke?”
Aku menggeleng. Tok abah berjalan meninggalkan aku. Aku masih duduk disitu termenung.
“ tak payah nak termenung sangat. Meeting itu tak ada datang rumah. Move now.” Tok abah menjerit memanggilku.
Aku tersentak dengan jeritan itu. Pusing dan tersengih kearah atuknya. Tok abah hanya menggeleng kepalanya dan kembali memula langkahnya. Aku berjalan kearah kereta Audi kesayanganku.
“ oh darling did you miss me?” ucapku berjalan kearah kereta yang aku bawa sekali dari London. Umpama aku cakap dengan perempuan pula. Aku memulakan perjalananku dengan basmalah.
-----------------------------------_____________________________________-------------------------------------------
Aku bersiar-siar luaskan permandangan di KLCC kononnya. Habis semua mall aku terjah. Nak kata kaya memang taklah. Tengok baju dan gaya aku aje orang dah tahu aku ini dari mana. Aku gelak sendirian. ‘hish orang tengok ini mesti ingat orang gila.’ Aku menggeleng. Kakiku terus berjalan menuju kedai buku Kinokunikuya. Aku memang gila buku. Semua buku aku nak angkut kalau boleh tapi ongkosnya tidak cukup nak buat macam mana. Dalam aku membelek komik telefon aku berdering lagu Kita. Aku melihat siapa yang berani mengganggu hari indah aku ini, oh Fian rupanya. Aku menekan butang answer.
“ola” aku bersuara.
“Assalamualaikum.” Fian memerli.hehe..
“waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh” penuh harkat tajwid segala bendalah.
“ hahaha.bagus cukup ikfak,idgham, iqlab semua.”
“ yelah. Kenapa call?”
“kau kat mana”
“kat KLCC lagi ni.” Aku menjawab sambil sambung membelek komik.
“ kau kata nak call akukan bila dah sampai KL?”
Aku menepuk dahi. Aduh terlupa.
“ kau terlupa ke.Aik nampak kedai buku kesayangan kau terus lupa kawan kesayangan kau ini. Ni yang rasa nak membebel kejap ini.” Fian dah mula ceramah pendeknya. Aku memandang keatas dancepat memontong. Kalau tak memang cair lah segala benda dalam telinga aku ini.
“ sorrylah kawan. Aku tak sengajalah. Nanti aku belanja aiskrim solero ye.”
“ itu sahajalah kau tahu. Solero solero, itu aje.”
“ haha. Itu je mampu.”
“belanja aku tutti Frutti takpe lah”
“ haha nanti aku gaji belanjalah.”
“yelah. Kau nak pergi mana lepas itu”
“aku ingat nak singgah Lowyatt kejap.”
“Amboi.cakap macam Lowyatt belakang kau jekan.”
Aku gelak.macam-macamlah Fian ni. Kalah ibu aku.
“ ala kau ni. Kau tak tahu ke Lowyatt dah pindah kesini.”
Fian gelak sinis.
“ha, kau nak apa-apa tak?” aku mula bertanya.
“ aku ingat kau taknak tanya.” Aku memutar mata memandang atas.
“ belikan aku pendrive.” Fian menyambung.
“ok.” Aku membalas pendek. Kami berborak lepas itu. Gaya macam dah lama tak borak. Beberapa minit lepas itu, aku menutuskan panggilan. Aku menyambung shoppingku. Beberapa komik dan novel aku dah sambar. Gila betul aku ini.aku berjalan keluar sambil menghayun paper bag kinokunikuya aku. Hati banyak senang ma. Tiba-tiba beg yang aku hayun terlepas. Beg aku terkena orang didepan aku. Dia mengaduh sakit. Yelah, buku aku beli itu bukan sikit. Banyak dan tebal pula itu.Handphone dia jatuh. Oh my! Bermulalah nasib malang aku.
“ sorry encik.” Aku berjalan kearahnya dengan muka serba salah
Lelaki itu mengangkat muka. Aku memandang mukanya. Wow. Handsome tapi macam pernah tengok saja.
“ awak ini kenapa? Gila ke! Yang pergi hayun beg macam orang gila dah kenapa?” perli dia sambil mengusap perutnya yang sakit. Dia mengambil handphonenya yang terjatuh. Dia melihat handphonenya dan terkejut, tergamam, terkedu. Berapa banyak TER dah. ‘habis phone aku.” Desis dia.
“ kan saya cakap sorry tadi. Encik tak dengar ke.” Aku bersuara. Aku melihat pelik apa yang menunduk lama kebawah.
Tiba-tiba lelaki itu berdiri tegak. Aku terbelakang sedikit.mukanya merah seperti menahan marah.
“ ni kau nampak tak” dia menunjukkan Iphonenya dimukaku. Amboi retak seribu aku buat. Teruk sangat ke aku campak sampai rosak fon dia.
“er..saya” aku tidak tahu nak cakap apa.
“saya nak ganti rugi.”tegas lelaki depan aku ni. Macam nak makan orang sahaja. Aku terkedu. Aku mengangguk setuju.
Lelaki depan aku memandang aku lama. LAMA!! Dia ni dah kenapa?
“ have we met before? ” dia bertanya.
No comments:
Post a Comment