“ mir dah besar nanti kahwin dengan aten tau.” Aten berkata sambil memegang tangan Mir. Mir memandang Aten lama. Baru 9 tahun dah fikir kahwin, apalah budak zaman sekarang.
“ kalau Aten bila dah besar taknak kahwin dengan Aten macam mana” dia menanya. Matanya melirik kearah air terjun. Dia berjalan dan duduk di bibir air. Kakinya dicelup kedalam. Dia membiarkan kawannya berfikir seorang diri. Aten mengetuk dagu seperti berfikir. Dia memandang mir tersenyum.
“ taklah. Takkan berlaku punya.” Dengan confident lagi. Aten berjalan duduk disebelah Mir.
“hmm. Yelah itu, kalau terjadi macam mana?” mir bertanya lagi.
Aten merenung mata Mir lama. “kalau macam itu suruhlah Aten kahwin dengan mir. Apa susah.” Dengan selamba sahaja dia cakap.
Mir tersenyum.tangannya membelai rambut Aten. “yelah tu.ok, kalau macam itu promise tau!” mir membuat pinky promise.
“ promise!” Aten menyambut. Mereka berjalan pulang kerumah.
-------------------____________________----------------------------_____________________
Beberapa tahun berlalu, di sebuah majlis yang cukup gala. Well, memang majlis VIP pun. Suasana agak bising disitu.
“ mai, kita buat apa disini? Ada function apa?” mai mengangkat bahu tanda tidak tahu jawapan kawannya.dia menghirup sedikit air jusnya.
“ ai, function family kau takkan taktau kot.” Kawannya memerli. Geram melihat jawapannya tidak diendahkan.
“ manalah aku tahu. Dah parents aku suruh datang. Datang ajelah. Malas aku nak ambil tahu.” Mai menjawab malas. Matanya meliar mencari parentsnya dimana.
“yelah”
Tiba-tiba bahu Mai ditepuk orang. Mai menoleh melihat siapa gerangan yang menepuk dia tadi. Seorang lelaki kacak bersut hitam dengan rambut terpacak lagi. Dia tersenyum manis kearah Mai dan kawannya.
“ hai, Cik Nur Faten Maisarah dan cik Fatihah.” Dia menegur Mai dan kawannya ramah. Mai mula membuat muka double jerk.
“ hi, Izhar. You buat apa disini” fatihah senyum melihat Izhar. Dia perasan kawannya mula membuat muka toya. Dia singgung siku kawannya tapi boleh kawannya buat derk. ‘ada yang berlaku perang lagilah ni’ bisiknya.
“ ala, Cik Fatihah ini macam tidak tahu pula yang Encik Mohd Amir Izhar ini dia sedang mengusha awek-awek yang cantik lagi da’boom yang ada disinilah. Dekat kelab dah habis rasanya. Itu yang sesat merayau sampai disini.” Mai sinis memerli Izhar dengan sopan santun lagi. Siapa tak kenal Mohd Amir Izhar playboy alam ini. Izhar tersenyum manis lagi. Amboi sesedap rasa Mai mengutuk lelaki depan dia. Mai pula rasa nak lipat-lipat lelaki depan dia.
“ eh, cik faten macam tahu pula saya hendak buat apa disini. hebat ini, saya patut hebah dekat orang lain tentang kehebatan Cik Faten itu. Oh sebelum saya terlupa. Apa yang cik Faten buat disini. Selalu setiap kali family you buat function 1001 alasan ada. Hari ini ada pula? Wow..i’m impress” lelaki berkata sinis. Mai mula berasap.
“ mind your own business” aku menjeling tajam. Api kemarahannya semakin memuncak. Ok mamat ini memang cari pasal dengan aku. Dia macam tak kenal siapa aku ini.
“ well, you should mind your own business first.” Izhar senyum sinis. Minah ini, kang aku sedas kang, pengsan lai ni jugak!
Fatihah yang menjadi pemerhati dari tadi mula merapati kawannya. Dia dah dapat percikan api petir ribut taufan dari mereka berdua. Amboi hiperbola metafora habis. Dia menarik tangan mai untuk pergi dari situ. Mai menepis.
“ kejaplah Tihah. Aku tak habis dengan mamat gila ni.” Mai menunjuk jarinya kearah Izhar. Izhar berubah wajah. Mukanya merah menahan marah barangkali.
“ kau kata aku gila? Amboi sesedap sugus kata aku. Habis kau, sewel?” izhar membalas.
“ apa kau cakap?” tangan mai mula digenggam. Ini rasa nak belasah lelaki dihadapan dia ini.
“ kau tak dengar? Meh aku ulang kau...” sebelum izhar menghabiskan cakapnya Mai menghayunkan tangannya menumbuk Izhar. Hilang semua keayuannya. Izhar mengelak. Nasib baik sempat, kalau tak masuk paper esok. Mai, mai actions act more than your word eh. Bisik Izhar.
“ kau ni apehal?” izhar mula berasap. Nasib baik dia elak tumbukan padu Mai. Jatuhlah maruah dia kalau kena tumbuk dengan perempuan. Aduh.
“kau..” mai ingin membalas tiba ada orang mencelah.
“ faten, mir” suara seorang perempuan mencelah.
“ akak.” Izhar menjawab panggilan perempuan tadi. Kakak Izhar tersenyum kearah Mai dan Izhar. Dia memang dah masak perangai Izhar dengan Mai yang bergaduh macam perang dunia ke 10. Ok itu sangat teruk.
“ Itu. Mama dan papa korang berdua panggil naik pentas.” Dia menunjuk kearah ibubapa Izhar.
“ kenapa mir kena naik. Bukan ada kaitan dengan mir pun. Ini kan function family budak ni” izhar memprotes dan menunjuk kearah Mai yang sedang buat muka. Mai mula buat muka bengang.
Mendengar kata Izhar, Mai mula hendak berperang teluk dengan Izhar kembali dan kakak Izhar mencelah menyelamatkan keadaan.
“ dahlah.korang berdua ni. Akak tak tahu, akak hanya sampaikan pesanan sahaja.” Dia menarik tangan Izhar dan Mai mengikutinya.
Ketika berada dipentas, mereka berdua menjadi tumpuan ramai. Ruang dewan menjadi senyap sunyi macam library pula. Suara seorang lelaki mengambil pentas.
“ erm. Hello. Assalamualaikum. Terima kasih kerana sudi hadir pada majlis malam ini. Tujuan kami mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan pertunangan puteri kami iaitu Nur Faten Maisarah dan Mohd Amir Izhar.”
Mai dan Izhar tercengang dengan apa yang berlaku. Lampu spotlight tiba-tiba kearah mereka. Orang sekeliling mula mengucapkan tahniah. Izhar dan Mai mula tersenyum kambing disitu. Mai perasan kawannya tersengih dibawah. Mereka memandang sesama sendiri tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mereka tidak tahu apa yang berlaku. OH MY GOD!!
--------------------------------________________________________________------------------------
“ kenapa Mai kenapa kahwin dengan mamat sengal ni?” Mai mula bersuara tidak puas hati. Selepas selesai majils mereka berdua pergi kebilik yang telah ditempah oleh family Izhar. Fatihah pulang dengan keretanya sendiri. Semasa datang majlis tadi Mai gerak dengan Fatihah bukan dengan keluarganya. Mai sekeluarga dan Izhar sekeluarga berada disebuah bilik. Mai kelihatan bengang. Izhar duduk dikerusi bilik seperti tidak kisah apa yang berlaku. Itu menambah amarah kepada Mai. Tambah-tambah lagi family dia siap tengok tv, main ipad dan baca paper lagi.
“ ala apa susah. Kahwin ajelah.” Abang Mai, Firuz bersuara. Dia mula memainkan sebagai hakim tak bertauliah. Izhar menjeling tajam kearah Firuz. Fairuz hanya tersengih.
“ amboi cakap senang. Siapa nak kahwin dengan dia? Aten taknak” Mai mula muncung dan kaki dihentak.
“ eleh, kau. Kalau kau taknak aku lagilah taknak.buat apa nak pada yang tidak sudi.” Izhar mula bersuara. Dia menyilangkan tangannya. Mai mencebik geram. Dia memandang familynya.
“ Aten tak kira the wedding is off!” tegas Mai. Keluarga kedua-dua pihak mengangkat kepala. Oh macam itu nak tarik perhatian dorang semua. Fairuz memandang ayahnya. Dia sudah kehabisan idea. Ayahnya memandang Mai tajam.
“ nope. The wedding will be. either you like or not.” Dato’ kassim memberi arahan.
“ no. Ayah. It won’t be” mai membantah keras. Apa nak jadi pun jadilah janji dia selamat. Dia takkan kahwin dengan buaya darat air tembaga emas perak itu. Ok sangat panjang nama dia.
“ kalau mai taknak semua kad kredit and your car akan ditarik balik. No more luxury life for you.” Ayahnya mengugut. Mai dah mula gigit jari. Aduh, aku baru nak beli kasut but baru, kalau ayah potong habislah aku.
“ and you’ll suspend from your post.” Sambung ayahnya lagi. Ok ini membunuh namanya. Aku boleh jadi gila macam ini. Mai mundar mandir memikirkan apa yang harus dibuat. Izhar hanya memandang Mai dan ayah Mai dengan pandangan kosong. Apa yang patut dibuat.
“ Mir, aku nak bincang kejap.” Ucap Mai sambil berlalu ke luar. Izhar mengangguk dan berjalan keluar. Dia menutup pintu dan berjalan kearah Mai. Keluarga mereka hanya melihat apa sahaja yang berlaku.
Izhar ambil tempat duduk dihadapan Mai.bertentangan sesama sendiri dan mereka berada di tepi kolam.
“ so, apa plan kau” Izhar membuka mulut setelah lama senyap.
“ gila kau. Tak nak aku kahwin dengan kau.” Mai memeluk tubuh. Dia mengetuk dagunya berfikir, tabiat masa kecil yang tak pernah berubah. Izhar tersenyum.
“ habis itu. Itu baru sahaja kau cakap. Kalau aku buka mulut tadi dengan baby dan darling aku papa aku sekat.” Mai mencebik. Tahu sangat siapa baby dengan darling dia siapa lagi kalau bukan kereta dia.
“ yelah. Tengah guna otaklah ini. Kau pun guna otak kau fikir!”
Tetiba Mai menepuk tangan, dia mendapat idea. Dia memandang Izhar yang seperti terpinga dan menepuk bahunya.
“ don’t worry and be happy.” Selamba ucap Mai. Dia mengeluarkan handphone dan mendail seseorang. Sebelah lagi tangannya mengeluarkan kertas dari begnya.
“ kau nak buat apa?” Izhar sudah pelik dengan perangai Mai. Ahh sudah jangan buat kerja gila sudah. Mai isyarat senyap pada Izhar. Izhar hanya duduk diam.
“ hello, wei kau dekat mana?” mai bercakap dengan sesorang di telefon. Izhar cuba bangun untuk memberi ruang untuk Mai bercakap tapi tangannya ditarik Mai. Mai memberi isyarat mata suruh duduk semula. Izhar hanya duduk diam disitu.
“ ok. Kau patah balik. Datang sini. Jangan tanya ambil sahaja.” Mai tersenyum.
“ ok bye” dia mematikan panggilan.
“ kau dah kenapa?” Izhar sudah blur apa yang berlaku.
“ well, kita lepak 15 minit dekat sini.” Ajak Mai dengan senyuman peuh maksud. Ahh macam dia tak kenal Mai. Kawan plus musuh dari kecil lagi.
“ nak buat apa? Buat bodoh.” Sinis Izhar.
“ memang kita nak buat bodoh pun. Kau baru tahu ke?”
“ habis kat dalam itu macam mana? Apa nak jawab dengan dorang semua.”
“ kan aku kata tadi don’t worry be happy.” Tangan dia ligat menulis sesuatu diatas kertas. Seusai menulis dia melipat dan menghulurkan kepada Izhar. Izhar mengambil dengan ragu-ragu.
“ apa benda ini?” tanya Izhar. Telefon Mai berdering dan Mai menjawab dengan senyuman.
“ ala benda yang boleh selamatkan kita berdualah. Dah kau pergi masuk bagi dia orang benda ini. Mesti semua suka. Lebih-lebih lagi Tok Har” Terus dia bangun keluar hotel. Izhar mengikuti Mai bila Mai jalan bertentangan dengan bilik keluarga berada, dia menahan.
“ kau nak pergi mana?” tanya Izhar
“ aku nak ke toilet? Nak ikut juga?” sinis sahaja. Izhar tersenyum dan membiarkan Mai pergi.
Dia melihat Mai keluar hotel dan menaiki kereta kawannya. Ya, dia tahu itu kereta Fatihah, semasa dia datang tadi dia nampak Mai tiba dengan kawannya. Dia berselindung dibelakang tiang untuk mengelak dari dikesan oleh orang. Dia hanya tersenyum dan membuka kertas yang dibagi oleh Mai.
“ Aten, aten, kau ini lari macam mana pun. Still akan kembali pada aku.” Tergelak dia dan berjalan kebilik keluarganya berada.
Izhar memasuki bilik dan semua ahli keluarganya memandang dia. Mereka semua pelik mana Mai pergi.
“ mana Mai?” tanya Fairuz.
“ entah” jawab pendek. Padahal tahu mana dia pergi.
“ oh ini dia bagi.”dia menghulurkan kepada ayah Mai, Dato’ Kazim. Dato’ Kazim mengambil dan membaca apa yang ditulis oleh puterinya. Dia terduduk dan menghulurkan kepada semua. Semua mengerumun dan membaca. Tetiba Fairuz tergelak kuat. Dato’ Kazim menjeling tajam kearah anaknya. Fairuz menekup mulut. Farisya kakak Izhar mengambil dan membaca.
“ kehadapan semua ahli keluarga yang tersayang, tercinta, dan semua TER. Saya Nur Faten Maisarah akan memberitahu anda semua yang saya akan keluar dari rumah dengan cara terhormat. Jangan risau kad kredit nanti saya pos ke rumah dan my baby kereta itu tolong jagakan. And the last, jawatan Mai bagi orang lainlah. Mai dah bosan, Mai nak cari kerja lain pula.” Semua ahli keluarga terdiam dan terkedu.
“ habis macam mana ini?” Dato’ Arif papa Izhar mula bersuara. Dato’ Kazim hanya menggeleng tidak tahu. Dia memandang Izhar yang sempoi duduk dihujung bilik.boleh buat derk saja.
“ Amir, Faten mana?” tanya Dato’ Arif kepada anaknya. Izhar mengangkat bahu tidak tahu.
“ tadi bincang apa lama sangat dekat luar.”
“ tak ada bincang apa pun. Sahaja brborak. Terasa lama tak jumpa” selamba Izhar menjawab. Dato’ Arif rasa mahu meluku kepala anak dia sahaja.
“ amboi selalu perang teluklah, perang saudaralah. Hari ini boleh duduk semeja dan berborak.” Perli papanya. Memang cari nahas ini. Mesti dia orang rancang apa-apa tadi.
“ ala papa. Biasalah kamikan dah lama tak berborak itu yang berborak lama sedikit.”
Dato’ Arif menahan geram dengan sambil lewa anaknya. Dia kena buat sesuatu.
“ Mohd Amir Izhar the wedding will be on. Papa tak kisah. Papa nak kamu pergi cari Faten dan settlekan benda ini semua. Kalau kamu tak buat apa yang papa cakap papa akan..” belum habis Dato’ Arif bercakap Izhar memotong.
“ papa nal buat apa? Nak buang nama Amir dari syarikat. Silakan amir tak kisah pun.” Dia tersenyum menang kearah papanya. Ala dia boleh cari kerja ditempat lain. Lagi pun dia ada syarikat bukan berkaitan dengan keluarga dia. Syarikat yang dia bangunkan sendiri.
Dato’ Arif tersenyum dengan Izhar. Dia tahu Izhar tidak memandang segala harta benda didunia. Anaknya tak kisah kalau dia jatuh miskin. Dia boleh cari kerja lain jadi penjual burger pun boleh.
“ nope, papa ingat nak buat conferencelah esok. Nak bagitahu semua orang yang Amir sudah bertunang dah akan berkahwin. Mesti paparazi suka kejar Amir nanti. Tak sabar menanti esok”
Muka Amir bertukar pucat. Conference dengan paparazi. Oh my. I’m so dead men. Ini semua salah Aten.
“ no papa. Jangan main-main papa. No paparazi!” suara dia sudah berubah. Dia tidak suka dunia media yang suka kejar dia setiap masa. Macam ninja bila dia kena sorok dari paparazi. Itupun aman sedikit bila papa membuat perintah mahkamah untuk Izhar apabila Izhar asyik bising dekat dia bahawa ada orang asyik ikut dia. Farisya terketawa sedikit melihat adiknya mula cuak. Dia menidurkan anak dia. Suami dia duduk sebelah dan memerhati drama sebabak adik iparnya.
“ la, ingat papa main-main ke?” Dato’ Arif mula mengusik anak dia.
“ papa please. Not them. Kalau papa bagitahu mereka semua. Malam ini juga Mir keluar dari negara ini.
“ be my guest. Bila Amir keluar nanti kirim salam dekat reporter sana tau.” Papanya hanya tersenyum. Amir hanya terduduk diam. Dia memikirkan sesuatu.
“ atok” Izhar memandang lelaki tua yang sedang bermain dengan cicitnya. Atuk Izhar, En Azhar memandang cucunya yang membuat muka sayu. Sedih hati dia melihat cucunya ini. Izhar pergi kearah atuknya.
“ Arif takkan kau nak paksa anak kau ini. Dah Aten taknak takkan nak dipaksa pula?” dia cuba memenangkan cucunya.
“ tapi abah. Ini semua bukan idea saya tapi idea..” en Azhar mengangkat tangan menyuruh anaknya berhenti bercakap.
“ kamu ini kalau nak buat suatu kerja. Idea mestilah best dan mantap. Dahlah plan tak betul.” Bebel En Azhar. Izhar hanya tersenyum bila memandang papanya terkulat-kulat disitu.
“ ok. Teruskan sahajalah pertunangan but no announcement. Bila satu masa nanti baru buat announcement” cadang En Azhar pula. Semua tercengang mendengar. Rasanya tadi en Azhar back up Izhar ini kenapa rasa tertukar pula. Izhar menarik nafas lega.
“ Mir, tahu tak apa yang dia tengah fikirkan?” bisik en Azhar ditelinga Izhar
“ mestilah tahu. Ini baru start sahaja.”jawab dia perlahan.
Semua orang melihat kearah Izhar dan En Azhar. Entah apa yang dibincangkan itu.
“ oklah, mir nak balik tidur. Bye semua.” Izhar bersalam dengan semua dan selamba meninggalkan keluarganya yang terpinga-pinga. Dato’ Kazim yang melihat dari tadi bersuara.
“ cik har. Apasal pula ini.” Semua sudah keliru dengan apa yang terjadi. Farisya hanya tersenyum disitu.
“ oh, Mirkan nak balik jadi dia baliklah.” Selamba sahaja.
“ abah apa maksud teruskan sahaja pertunangan ini?” dato’ Arif bertanya pula.
“ teruskan sahaja pertunangan. Nanti bila dah settle korang kahwinkan sahaja mereka berdua.”
Mereka semua blur dengan apa yang berlaku. En Azhar tersenyum dan farisya tergelak.
“ farisya please explain. Papa malas nak settlekan puzzle ini” arah Dato’ Arif. Farisya memandang semua dan tersenyum.
“ Papa tahukan ini semua perancangan Amir.” Dato’ Arif mengangguk.
“ so, he just need an exaggeration to make things worse for him. But actually according well to him. Mesti papa dan cik Kazim tak terfikir macam mana Faten boleh ada dalam majlis itu. Kalau dulu ugut macam mana pun dia takkan datang. Dulu guna ugut nak tarik segala benda kesayangan Faten, dia boleh buat derk lagi. But this time, dia datang juga tadi and mesti papa pelik kenapa atuk ada. Selalu atuk takkan terlibat langsung dengan event macam ini. Sebab dia tahu papa akan guna media untuk ugut dia. Well he just need atuk to control you. He don’t want any outside player to disturb his play. So that’s why no media for him. He just starting his game.”
Semua terkejut dengan apa yang didengar. Maksudnya mereka dipermainkan oleh Izhar.
“ oh lupa pula. Start esok, dia kena pergi outstation. Tak tahu berapa lama, dekat mana and buat apa. Tadi pagi Isya baru luluskan.” Ok bertambah lagi kejutan.
“ how’d you know all this stuff Farisya.” Soal Fairuz tidak percaya apa yang berlaku.
“ well, he’s my lovely little brother. So easy nak tahu apa yang dia buat. You pun tahu adik you itukan. Sama sahaja dengan Amir. Cuma Amir kejam sikit.” Dia ketawa dengan jawapan selamba Farisya. Ya memang dia kenal sangat dengan adik dia. Suka buat kerja luar alam.
“ kita tengok dulu.apa akan terjadi. When the time comes kita just proceed sahaja.” Dato’ Arif bersuara. Banyak yang dia terima. Boleh migrain macam ini. Boleh pula kepala anak dia bergeliga begini. Tempias kena dekat dia juga.
---------------------------------------_____________________________________------------------
Fatihah sedang khusyuk menyelesaikan kerja dia. Tiba-tiba pintu bilik dia diketuk.
“ masuk” dia memberi arahan. Pintu dibuka dan Fairuz berjalan masuk dan terus duduk dihadapan Fatihah. Fatihah yang sedang khusyuk tidak mengangkat muka terus tekun dalam dunianya.
“ ya nak apa?” fatihah terus bertanya tanpa melihat siapa dihadapannya. Dia fikir budak office dia juga. Budak office dia memang suka main duduk tanpa kebenaran dan dia tidak kisah pun.
“ hello sayang.” Fairuz mengejutkan Fatihah yang tengah kusyuk membuat kerja. Fatihah berhenti menulis dan mengangkat kepala. Keterbelakang dia melihat Fairuz dihadapan dia. Fairuz senyum manis kearah Fatihah.
“ Hai.” Jawab dia pendek dan gugup. Menenangkan hati dia sedang ribut taufan itu.
“ busy ke?”
“ tak adalah. Kenapa datang?”
“ saja. Tak boleh datang ke?”
“ bukan tak boleh. Tapi pelik. Setahu I you ini takkan datang sini kalau ada benda penting.”
“ jadi kena ada benda penting baru datanglah.” Fairuz mula tawar hati. Fatihah mula kalut. Takkan Fairuz merajuk pula. Dahlah dia ini paling payah nak pujuk.
“ fairuz, you ok ke?”
“ kalau nampak ok. Oklah itu.”
“ Ruz, jangan marah.” Fairuz tersenyum melihat Fatihah kalut. Dia suka menyakat kekasih hatinya.
“ hmm.” Saja nak menambah perencah.Fatihah mula tak tentu arah. Tetiba pintu bilik dibuka. Izhar berada dipintu bersama sejambak bunga. Fatihah dan Fairuz terkejut dengan kehadiran Izhar.
“ sorry wrong timing ke. Nak I keluar dulu ke?” tanya Izhar dengan senyuman nakal. Fatihah mula malu disitu.
“ kau nak apa? Sibuk sajalah. Aku baru nak berasmaradana disini. Kau dah menyibuk.” Marah si Fairuz. Apalagi bertambah malu si Fatihah dengan statement berani mati si Fairuz. Dia mengetuk geram lengan si Fairuz. Fairuz mengaduh dan hanya tersenyum sahaja. Izhar menjadi penonton disitu dan dia berdehem.
“ ala. Korang nak lovey dovey dulu ke. Kalau macam itu aku bagi 1jam cukup.” Gedik Izhar dibuat-buat. Dia berjalan keluar tapi dihalang oleh Fatihah.
“ kau jangan nak mengada Izhar. Nak apa datang sini.” Marah Fatihah. Izhar menutup pintu pejabat Fatihah dan memberi bunga kepada Fatihah. Fairuz terkejut dengan tindakan drastik Izhar.
“Cik Fatihah sudikah awak menerima bunga dariku.” Fairuz mula bengang dia merentap kasar bunga dan mencampaknya di atas meja.
“ kau nak makan monitor tak, mir. Takkan awek aku kau nak sapu kot.” Naik seoktaf si Fairuz. Izhar tersenyum dan duduk dikerusi sebelah Fairuz. Dia menarik tangan Fairuz supaya duduk.
“ hisy, kalau aku makan monitor ini, habis macam mana Cik Fatihah kita nak buat kerja?” usik Izhar lagi. Dia suka menyakat Mai dan Fairuz. Rasa seronok pula. Lebih-lebih lagi Mai.
“ izhar. Kau memang...” Fatihah memotong. “ sudah. Jangan nak berperang dalam bilik I. Nak apa Izhar datang sini?”
Izhar membetulkan baju dia. Hari ini dia pakai casual sahaja. Dengan t-shirt dipadankan dengan kemeja dan seluar jeans. Tak lupa dengan sneaker dia. Macam budak remaja bila di pakai macam itu. Lebih-lebih lagi rambut digayakan bad boy itu. Handsome sudah.
“ dia pergi mana?” tanya Izhar tanpa kona-kona dah.
“ siapa dia?” tanya Fatihah balik. Fairuz menjadi penonton disitu.
“ ai, takkan tak tahu kot. Semalam dia tak calling-calling you ke”
“ jangan main-mainlah.”
“ ai, marah?”
“ Izhar, kalau kau nak main pergi keluar. Jangan kacau aku.”
“ hmm.Mai pergi mana semalam?” soal Fairuz pula. Dia tahu kedatangan Izhar datang situ. Dia pun datang sebab yang sama. Siapa lagi dia akan cari kalau bukan kawan sehidup semati dia ini. Kalau dibiarkan Izhar bertanya memang sampai esok tak habis.
“oh pasal Mai ke?”
“ kau ingat pasal siapa? pasal Cik Abang Fairuz ini ke?” perli Izhar. Fatihah mencebik geram.
“ entah semalam aku hantar dia sampai KLIA sahaja.” Tercengang Fairuz mendengar. Ok adik dia sudah buat kerja gila.
“ dia pergi mana?” tanya Fairuz lagi.
“ mana I tahu.” Faithah teringat peristiwa malam tadi. Boleh kawan dia buat gila nak keluar negara on the spot. Dengan pakai dress pula itu.
“ Tihah, drive terus ke airport and bookkan i flight ke Singapore and London.” Ucap Mai sebaik naik kereta Fatihah. Fatihah dah pelik.
“ kau dah kenapa? Nak lari rumah ke?”
“ yup. Ayah aku suruh kahwin taknak aku. Jadi aku cabutlah”
“ berani kau. Kau nak pergi macam itu sahaja ke? Apasal aku kena book tiket flight kau?”
“ ayah aku potong kad aku. So pinjam kad kau dulu.”
“ apasal pergi Singapore and London serentak.”
“ saja nak kelirukan dia orang. Nanti diaorang follow aku. Mati aku.”
“ habis itu kau nak pergi mana?”
“ London kot.” Mereka tiba di KLIA. Fatihah menguruskan tiket pembelian Mai dan Mai pergi membeli pakaian dia untuk pakai disana. Selepas selesai, Fatihah menghulurkan tiket kepada Mai dan Mai menghulurkan pula handphone dia dan kad kredit. Fatihah sudah pelik.
“ apasal pula ?”
“ nanti esok abang aku mesti cari kau punya and dia mesti tanya kau macam-macam. So kau tolong paskan benda ini dekat dia. Dia tahulah.”
“ fon ini macam mana? Macam mana aku nak contact kau?”
“ skype sudah.”
“ kau nak skype guna apa? Public phone” Fatihah memerli.
“ ala pandai-pandailah nanti.” Mereka berdua berpisah disitu.
Flashback habis. Fatihah menghulurkan barang dipesan Mai kepada Fairuz. Fairuz mengambil tanpa banyak soal. Izhar hanya memerhati dan memikirkan sesuatu.
“ so dia pergi Londonlah ini?” tanya Fairuz. Fatihah mengangguk. Bunga ros yang dibawa oleh Izhar diambil Izhar dan dia meletakkan didalam pasu dibelakang Fatihah.
“ dia tak cakap apa-apa lagi?” soal Izhar pula. Fatihah hanya menggeleng.
“ ok. Oh Cik Fatihah hari ini ada keluar mana –mana ke?” Fatihah dah mula pelik dengan soalan Izhar.
“ kau kenapa?” potong Fairuz dengan rasa cemburu dia. Takkan si Izhar nak masuk jarum kot.
“ tak adalah. Kalau boleh harap dia jangan pergi mana-mana hari ini. Dengar kata nanti client dia semua serang dia dekat sini.” Ucap Izhar seperti dia tahu apa yang berlaku selepas ini. Dia meninggalkan pasangan kekasih yang terpinga-pinga disitu.
“ ok Singapore here I come.” Ucap dia perlahan.
Fairuz dan Fatihah pelik dengan perangai Izhar. Mereka mula sambung berborak seperti sebelum Izhar terjah office Fatihah. Tetiba pintu dibuka kasar, terkejut mereka berdua. Kelihatan seorang perempuan seksi dihadapan mereka dan dalam keadaan marah. Dah sudah apa kes ini?
“ you kekasih Izharkan?” dia menunjuk jarinya kearah Fatihah. Dia dan Fairuz terkedu.
“ cik salah orang ini.” Fatihah membela diri.
“ no. I’m not. Izhar told me that he has another lover that called Fatihah and he will give her bouquet of roses.” Dia menunjuk bunga ros yang diletak didalam pasu oleh Izhar tadi. Mereka bertambah confius.
“ miss you got it..” sebelum sempat Fairuz membela Fatihah. Tiba-tiba mereka diserbu lagi dengan 3 orang perempuan. Gaya semua seperti next top model. Masing-masing muka penuh dengan kemarahan. Ok mana si Izhar cekau semua awek ini.
Sesi bertekak dan bergaduh semua berlangsung di pejabat Fatihah. Kalau tadi 4 orang lepas itu model seksi datang berduyun-duyun ke office Fatihah dan semua tanya soalan sama.
“ awak kekasih Izhar kan?” ataupun “you’re Izhar’s lover?” . nasib baik guna kekasih kalau kata tunang atau isteri memang aku salai kau hidup-hidup Amir.
Akhirnya Fairuz memanggil sekuriti dan suasana beransur pulih. Fairuz menenangkan Fatihah yang sedang geram dengan Izhar. Suka hati dia sahaja pergi tolak semua awek dia dekat sini. Memang cari nahas ini.
“ I dapat si Amir memang I tembak dia dengan senapang gajah.” Fairuz geram. Fatihah hanya tersenyum. Dia pun rasa geram dengan tindakan Izhar.
“ baru I tahu perasaan si Mai.” Fairuz berasa pelik dengan Fatihah.
“ kenapa pula?”
“ sebelum ini yang asyik kena hanya Mai sahaja. Kalau si Izhar nak clash dengan aweks mesti guna nama Mai” terbeliak Fairuz mendengar apa yang ditutur Fatihah.
“ si Amir memang nak kena.” Fairuz mendail number Izhar. Apabila panggilan disambut.
“halo, En Amir Izhar, mana?”
“owh aku dekat KLIA” jawab Izhar selamba. Mesti Fairuz tengah berasap sebab aku hantar semua awek yang aku nak clash dekat pejabat Fatihah tadi.
“ kau buat apa dekat KLIA? Nak jadi steward pula?”
“ oh taklah aku nak pergi holiday kejap.”
“ amboi nak pergi holiday. Kata pergi outstation? Yang kau pergi campak awek kau semua dekat sini kenapa?”
“ package holiday and kerja, biasalah. Mai dah tak ada. Aku nak guna khidmat siapa kalau bukan Cik Fatihah itu.” Fairuz mengepal tangan dia geram.kalau si Izhar depan dia memang nahas dia kerjakan. Fatihah dihadapan hanya memandang dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Dibiarkan sahaja Fairuz disitu.
“ suka hati kau sahajakan. Kau nak balas dendam ke apa. Kau nak pergi mana?” Izhar tergelak.
“ aku nak pergi Singapore nak expend bussiness dekat situ.”
“ singapore?” fatihah berhenti menulis dia terkejut apa yang didengar tadi. Riaknya berubah. Cepat-cepat dikawal agar Fairuz tidak perasan.
“ yup.oklah aku nak masuk ini. Bye.” Fairuz mematikan panggilan. dia memandang Fatihah yang khusyuk membuat kerja.
“ dia pergi Singapore pula.” Fatihah diam tanpa memberi sebarang kata.
“ you tahu apa-apa lagi tak?” Fatihah menggeleng dan meneruskan kerjanya. Fairuz berasa pelik dengan perangai Fatihah. Dia tahu Fatihah tak reti menipu, dia terlalu jujur dan kadang kala blur teramat.
“ sayang you better tell me something or else.” Dia mendesak Fatihah. Fatihah buat derk sahaja. ‘Oh hari ini pasang perisai ya. Ok.’ Bisik Fairuz. Dia merapati Fatihah. Fatihah berhenti membuat kerjanya, dia menganjak jauh dari Fairuz tapi Fairuz mendekatkan dirinya lagi. Sampai satu tahap yang Fatihah tersekat nak pergi mana-mana.
“ sayang, you tell me. You tahu my lovely adik I buat apa dekat sana?”
“ erm mana I tahu dia buat apa dekat Singapore.” Fairuz tersenyum jeratnya mengena.
“ i tak sebut pun dia pergi singapore.” Terdiam Fatihah disitu. Kantoi sudah. Akhirnya Fatihah bercerita semuanya pada Fairuz.
Selepas habis telefon Fairuz, Izhar menelefon seseorang.
“ hello.” Suara garau lelaki menjawab panggilan Izhar
“ hello, macam mana dia?”
“ dekat sini baik sahaja,tuan. Sekarang gaya dia macam nak cari kerja.”
“ bagus nanti aku datang sana. Terus awasi dia. Jangan terlepas. Jangan bagi dia nampak kamu, faham.”
“ faham tuan.” Izhar mematikan panggilan dan dia berjalan ke balai berlepas.